Bila terdengar orang lain yang mengamalkan lebih dari satu mazhab, maka terbunyi suara-suara sumbang yang mengatakan pelbagai hukum termasuklah hukum talfiq. Tetapi kebanyakan mereka yang berbicara mengenai hukum ini selalunya sangat tertutup dengan satu pandangan saja sedang pendapat mengenai isu ini telah banyak dibincangkan dalam seminar-seminar dan forum-forum sedunia. Malah banyak juga kitab-kitab dulu dan kini yang membicarakan isu ini.
Mengenai hukum ini, kadang-kadang kita terlalu emosi bila dapat tahu ada yang mengamalkan lebih dari satu mazhab terumanya mereka sangat taasub kepada sesuatu mazhab. Seperti yang saya sebutkan di atas telah ramai ulama-ulama yang membincangkan permasalahan ini bermula dari ulama salaf mahupun ulama khalaf. Ada yang mengharam terus mereka yang melakukan talfiq dan ada juga yang mengharuskannya.
Namun begitu, saya lebih bersetuju dengan ulama yang mengharuskan talfiq selagi kita tidak mengunakannya mengikut hawa nafsu semata. Antara ulama-ulama sekarang yang mengharuskan talfiq adalah seperti Wahbah al-Zuhaili dan Yusuf al-Qaradhawi.
Terasa hairan juga bagi mereka yang terlalu emosi dengan mengatakan haram talfiq, dimanakah hujah mereka sehingga terlalu marah bila orang lain bertalfiq sedangkan sesetengah ulama dulu dan sekarang berselisih pendapat mengenai hukumnya. Sedangkan ada di kalangan Imam Mazhab sendiri pun kadang-kadang mengamalkan pendapat imam lain seperti Imam al-Syafi'e yang tidak membaca qunut tanpa sujud sahwi ketika solat di masjid al-Azimiah berhampiuran kubur Imam Abu Hanifah.
Seperti yang ditulis oleh ustaz Maszlee Malik dalam bukunya " Talfiq: Apakah anda salah seorang pengamalnya?" mengatakan satu pembentangan / seminar telah diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei yang dihadiri oleh tokoh-tokoh seperti Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi telah membuat kesimpulan bahawa talfiq adalah diharuskan selagi pengamalnya bukan mengikut hawa nafsu bahkan diharuskan kerana darurat atau hajat.
Justeru itu, untuk lebih memahami persoalan talfiq ini, disarankan kepada semua termasuk mereka-mereka yang taasub mazhab supaya mendapatkan dan memiliki buka ustaz Maszlee Malik sebagai salah satu panduan di samping beberapa kita lain seperti "Rakhhas Syar'iyyah" yang ditulis oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dan sebagainya.
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Tuesday, January 20, 2009
Talfiq: Berhati-hati bila berbincang mengenainya
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment