Selepas 8 Mac 2008 bermula era baru sebuah pemerintahan yang bercampur aduk dan bercampur baur. Penguasaan parti politik yang bertahta lama semakin berkurang dan mungkin akan berkubur kalau tersilap percaturan pemimpin parti. Parti-parti pembangkang semakin berkembang menawan hati rakyat dengan janji-janji yang sukar untuk BN lakukan. Sebahagian rakyat bergembira namun begitu sebahagian lagi bersedih kerana sudah tidak lagi dapat projek yang berjuta-juta. Kini di masjid-masjid khususnya di negeri Selangor sentiasa berkumandang kuliah dan tazkirah agama yang disampaikan oleh tokoh agama jemputan dari parti PAS atau PKR. Di sini kita lihat perubahan ketara yang telah berlaku dalam pentadbiran dan pengurus masjid. Nampak begitu berkesan di hati rakyat. Dan ini juga merupakan salah satu cara dakwah melalui demokrasi.
Di sebalik perubahan demi perubahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin negeri khususnya di negeri pembangkang, terzahir suatu kesan yang pada pendapat penulis akan memberi kesan yang berpanjangan yang merugikan melayu. Perkataan "Ketuanan Melayu" yang kononnya disalahertikan oleh UMNO seolah menunjukkan sedikit kebenaran.
Pada pendapat penulis, situasi sekarang ini telah menunjukkan kuasa orang melayu sudah menjadi lemah dan tidak mustahil suatu hari nanti akan menjadi seperti nasib melayu di Champa. Kaum-kaum lain sekarang ini sudah berani menuntut hak-hak masing yang sebenarnya bukan hak mereka. Bahkan mereka sudah berani untuk mempertikaikan beberapa hak-hak keistimewaan orang melayu. Adakalanya berbentuk perkataan dan adakala berbentuk perbuatan seperti meletakkan kepala babi di rumah orang melayu.
Kadang-kadang penulis terfikir juga landasan perjuagan PKR. Apakah mereka sanggup untuk menghakis ketuanan melayu yang selama ini berkuasa. Kenyataan ini bukan bermaksud menyokong UMNO dan BN, tetapi memandang dari bentuk kebimbangan dan kerisauan. Bukan penulis PKR mengalah atau berundur, bukan juga mahu bergabung dengan UMNO dan memang UMNO pun patut ditendang kerana terlalu bongkak dan sekular. Biar lah UMNO muhasabah dulu kesilapan mereka.
Sekiranya parti pembangan terlalu sangat mengalah kepada DAP, kesannya orang malayu akan terasa. Sudahlah ekonomi mereka pegang bahkan pemilikan aset pun banyak telah dikuasai mereka. Yang nyata MCA, GERAKAN dan MIC sudah berani menyokong terang-terangan beberapa kenyataan DAP untuk kebaikan orang Cinn dan India. tetapi orang melayu masih lagi berkekah sesama sendiri.
Fikirlah jalan yang terbaik untuk kebaikan bangsa melayu. Jangan untuk mendapat untuk yang sedikit memberikan kesan panjang yang merugikan. Cukuplah Pulau Batu Putih diserahkan kepada mereka, jangan satu negara pula yang menjadi taruhan hanya untuk kemenangan kepada parti.
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Saturday, January 3, 2009
Kesan politik di Malaysia: Suatu analisis awal
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment