Sunday, June 30, 2013

Abu Anas Madani : Perihal Bulan Sya'ban

Posted by on 12 Jun 2013
Hadis-Hadis yang menyebut tentang Fadhilat Sya’ban.
بسم الله الرحمن الرحيم
Himpunan Maqalah Mengenai Sya’ban
KELEBIHAN SYA’BAN:
Antara Amalan & Fadhilat Yang Sahih dan Palsu.

Bulan Sya’ban merupakan bulan yang mulia, terletak di tengah-tengah antara dua bulan yang mulia, iaitu bulan Rajab yang merupakan salah satu bulan haram dan bulan Ramadhan merupakan bulan yang diwajibkan umat Islam berpuasa padanya.
Bulan Sya’ban terdapat beberapa kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang disebut dalam hadis, namun banyak juga tersebar hadis yang dhaif atau maudhu’ (rekaan) tentang fadhilatnya, untuk menjelaskannya risalah ringkas ini ditulis, semoga menjadi panduan dan peringatan buat kita semua.
Terdapat hadis-hadis yang menyebut Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Sya’ban.
Kalau dikatakan, apakah hikmahnya memperbanyak berpuasa di bulan Sya’ban?
Maka jawapannya adalah perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar:
“Yang lebih tepat apa yang diriwayatkan oleh Nasa’i dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya bertanya:
“Wahai Rasulullah, saya tidak melihat tuan (sering) berpuasa dalam satu bulan seperti tuan berpuasa di bulan Sya’ban?”
Baginda bersabda: “Itu adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya yaitu antara Rajab dan Ramadhan. Yaitu bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh Alam. Maka aku ingin amalanku diangkat, sedang aku dalam keadaan berpuasa.” [Dinyatakan hasan dalam Sahih An-Nasa’i, no. 2221].
Adalah mendukacitakan, ramai yang tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w tanpa mengira kethabitan iaitu kepastian tentang ketulenan sesebuah hadis, juga tidak meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih teruk lagi jika terus disebarkan kepada masyarakat tanpa menjelaskan kedudukannya.
Dengan itu apa-apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh Al-Mughirah bin Syu’bah:
إنَّ كذبًا عليَّ ليس ككذِبٍ على أَحَدٍ،
من كذبَ عليَّ متعمدًا فليتبوَّأْ مقعدَهُ من النارِ. (رواه البخاري)
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim).
Ini termasuk menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.
Hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” [lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut].
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Contohnya, apabila muncul bulan Rejab dan Sya’ban maka hadis-hadis palsu mengenainya akan dibaca dan diajar secara meluas. Ramai
penceramah, imam, khatib dan media massa menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu dan malam Nisfu Sya’ban adalah dusta ke atas Nabi s.a.w (kesemuanya adalah PALSU).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w”.
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Sya’ban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Kelebihan Khas Malam Nisfu Sya’ban:
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:
عن أبي موسى الأشعري عبدالله بن قيس:
((إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ)).
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) [HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh].
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan daripada ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Sya’ban:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka”. [Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut].
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).
Mereka hanya membaca hadis yang mereka hafal dan memetiknya tanpa mengetahui dan cuba memastikan kedudukan hadis tersebut.
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Sya’ban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w. [Sumber: http://drmaza.com/home/?p=646]

HADIS-HADIS YANG LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU SYA’BAN
Berikut adalah beberapa contoh hadis-hadis lemah dan palsu tentang fadhilat malam Nisfu Sya’ban.
HADIS PERTAMA:
Daripada ‘Aisyah r.a, dia berkata: “Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah s.a.w. lalu saya keluar, ternyata baginda berada di Baqi’, lalu Rasulullah bersabda:
“Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?”
Saya (‘Aisyah) jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang lain).”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia lalu mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.” [Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. “Dhaif Jiddan”].
HADIS KEDUA:
Daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika datang malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan berpuasalah pada waktu siangnya. Sesungguhnya pada saat itu sejak tenggelamnya matahari, Allah turun ke langit dunia seraya berfirman: “Ketahuilah, sesiapa yang meminta keampunan, maka Aku akan mengampuninya dan ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya, ketahuilah sesiapa yang sakit maka aku akan menyihatkannya, ketahui sesiapa yang begini aku akan begitu hingga terbit matahari. [Hadis riwayat Ibnu Majah – “Maudhu’”].
HADIS KETIGA:
“Wahai ‘Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam Nisfu Sya’ban, pada setiap rakaat membaca surah al-Fatihah dan Qul huwallahu ahad 10 kali, Nabi s.a.w. bersabda: “Ya ‘Ali, tidaklah seorang hamba yang solat seperti ini kecuali Allah akan memenuhi setiap setiap keinginan dan permintaanya pada malam itu…
Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Lali al-Masnu’ah.
HADIS KEEMPAT:
“Sesiapa solat dua belas rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan membaca pada setiap rakaatnya Qul huwallahu ahad 30 kali, tidak keluar hingga melihat tempat duduknya di syurga…”
Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Laali al-Masnu’ah.
Perhatian: Antara buku yang mengumpul hadis palsu tentang kelebihan bulan-bulan ialah buku: (Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi).

Friday, June 28, 2013

TOKOH PENENTANG KEMUNCULAN SYI'AH DI MALAYSIA

Kemunculan aliran yang berfahaman Syi'ah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kampung Nakhoda yang dulu popular sebagai perkampungan aliran Qadiani sebenarnya menjadi salah satu pusat berkembangnya fahaman Syi'ah. Di sekitar Gombak baru-baru ini pihak JAIS telah menahan satu kumpulan yang disyaki berfahaman Syi'ah telah menggemparkan penduduk Malaysia yang berakidah ASWJ betapa begitu cepatnya berkembang fahaman Syi'ah di negara ini. Begitu juga di beberapa kawasan sekitar kajang, jumlah penganut yang berfahaman Syi'ah mulai berkembang dari masa ke semasa dan dibimbangi akan bergerak ke kawasan Bangi.

Belum dapat dipastikan lagi, sejauh mana penyebaran fahaman ini masuk ke universiti-universiti di seluruh negara. Selalunya, antara sasaran utama semua aliran akan tertumpu kepada mahasiswa-mahasiswi universiti. Tidak mustahil fahaman ini juga telah menyusup masuk ke dalamnya. Pihak pengurusan universiti perlu berwaspada terutama pensyarah-pensyarahnya. Kesannya begitu besar sekali kalau tidak ditangani dengan perancangan yang tersusun.

Kita bersyukur kerana masih ada lagi tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam masyarakat yang begitu lantang mendedahkan penyebaran Syi'ah di negara ini. Boleh jadi, sekiranya tiada mereka yang berani menentang penyebaran aliran ini, sudah pastinya penularan fahaman ini makin berkembang dengan lebih cepat lagi. Tokoh tersebut tiada lainnya adalah dua orang ilmuan Islam yang disegani masyarakat ialah Dr Asri Zainul Abidin dan Maulana Asri Yusof.

Thursday, June 27, 2013

ABU MIKHNAF PEROSAK SEJARAH ISLAM

Dari permulaan era pemerintahan Khulafa'ul Rasyidin, pelbagai cerita yang disampai berdasarkan versi tersendiri. Namun yang telah mengoncangkan pemikiran umat Islam yang lahir pada zaman terkemudian ialah seorang pembawa cerita mungkar yang bernama Abu Mikhnaf. Jalan cerita yang tersusun namun mempunyai tujuan yang tersembunyi. Dikhabarkan oleh pengkaji sejarah bahawa Abu Mikhnaf ini merupakan salah seorang dari pengikut fahaman Syiah.

Antara cerita yang menyebabkan umat Islam kini berani memcerca beberapa orang sahabat ialah peristiwa Majlis Tahkim. Bawaan cerita ini menyebabkan segelintir umat Islam mencerca Muawiyah dan Amr al-Ash. Sehingga kedua-dua mereka ini dikatakan sebagai penghianat, penipu, penzalim dan sebagainya. Sedangkan hakikat yang sebenarnya Muawiyah dan Amr al-Ash r.a dalam peristiwa Majlis Tahkim hanya berlaku khilaf antara mereka dengan Ali k.w.

Justeru, pemilihan dalam pengambilan sumber sejarah Islam perlu diperhalusi, sekira dalam periwayatan tersebut terdapat nama Abu Mikhnaf, maka berhati-hati lah kerana dia seorang yang pendusta besar. Kebanyakan hadis yang diriwayatkan olehnya adalah hadis palsu semata-mata untuk mengucar kacirkan pandangan umat Islam terhadap kemuliaan para Sahabat s.a.w.


Wednesday, June 26, 2013

Bila Dah Rasa Pandai Semuanya Boleh Hukum

"Bijak tak bistari" kalimah keramat ini memang benar-benar berlaku kepada para ilmuan masa kini. Ilmu yang diperolehi hanya sekadar untuk memanjat kedudukan martabat diri sementara insan lain dibiarkan berada di bawah agar diri sentiasa dipandang tinggi dan dihormati. Tiada lagi rasa tanggung jawab yang perlu ditunaikan demi memenuhi amanat Allah untuk semua insan di muka bumi ini. 

Berada dalam kelas yang tersendiri, merasakan begitu sia-sia bila bersama-sama dengan bukan cerdik pandai. Mereka yang berada dalam kelas pertengahan mengenai fahaman agama hanya dibenarkan untuk bertanya sahaja dan tidak layak untuk memberikan pendapat. Dengan pakaian kemas, suci dan bersih, berkopiah putih merupakan lambang keilmuan agama yang tinggi, janggut sejemput menunjukkan berpegang teguh hati pada sunnah Rasulullah s.a.w namun lidahnya basah untuk mencaci dan mencerca terhadap mereka yang tidak sealiran dengan mereka. 

Lidah yang tidak bertulang begitu fasih untuk melemparkan kata-kata nista,petah berberhujah dengan ayat-ayat biadap, lembut lidah memperdengarkan nas-nas dari al-qur'an san al-hadith, namun segalanya itu untuk membela diri semata-mata dan bukan untuk menegakkan kebenaran Islam yang dijunjung. Lidah berikrar melaung-laungkan panji keagungan Islam tetapi hati berkait mengejar kemewahan. 

Segala bentuk hukum dan sumpah begitu senang dilafazkan, tanpa mengira waktu dan tempat. Yang paling berkesan fitnah dan cercaan dilemparkan dalam siri kuliah dan ceramah di masjid dan surau. Ditambah lagi dengan kebodohan para pendengar yang begitu asyik dengan kepetahan penceramah. Asalkan ceramah tersebut mengandungi unsur mengutuk dan mencerca tentu rasa terhibur dalam hati, hilang rasa kebosanan diri. Kemana perginya uslub dakwah sekarang, penceramah upahan yang datang menyampaikan kulian atau tazkiran, hanya memandang nilai upah yang diterima. Kadang-kadang kosong isinya, sumber ilmu yang tidak dapat dipetik oleh para pendengar, hanya gelak dan hilai tawa yang terisi dek kenakalan penceramah dalam mengolah ayat. 

Betapa ruginya umat Melayu Islam sekarang, duit tabung masjid dan surau mengalir keluar secara mingguan semata-mata untuk membayar penceramah yang kosong nilai budinya. Tiada keberkatan untuk majlis seperti ini, manakan mampu untuk melekat di sanubari para pendengar. Justeru, jangan melihat kepetahanan penceramah sahaja, lihat lah juga nilai dirinya. Jangan terlalu asyik bila mereka senang sangat menjatuhkan hukum kepada orang lain tetapi lihat kepada penceramah yang sering memberi nasihat dan muhasabah untuk penambahbaikan diri tanpa menjatuhkan maruah orang lain. Jauhkan diri dari penceramah yang sebegini " Bila Dah Rasa Pandai Semuanya Boleh Hukum "

 


Tuesday, June 25, 2013

BILA RINDU

http://www.youtube.com/watch?v=N7pCyc0CZpg

Itu lah silap nya
banyak membuat alasan
bila dah kena
baru kembali mengejar
tapi dah tak terkejar

bila berjauhan menggamit rindu
dulu depan mata bagai tak nampak
khabar berita endah tak endah
bila dah terhantuk
tersedar lah lamunan

berusaha lah
kejar lah lagi
biarpun berbatu-batu
teruskan mengejar
sehingga hilang bayangnya
barulah kau berhenti

kerna
kau patut sedar
pemergian itu penamatnya
usahlah kau mencari
pastinya ia tiada lagi




REALITI NYA APA?

Lafaz manis lembut lidah berbicara. Kadangkala sumpah seranah maki hamun berbaur darjat kedengaran. Janji palsu yang direka-reka mengikat hati si bodoh jugak dilaungkan. Ikrar setia menuntut kebahagiaan entah kemana. Merendah diri penuh kesopanan dengan langkah yang lemah gemalai biasanya tersembunyi suatu dendam membara. Berwajah ceria dengan ulas bibir merah merekah tersenyum-senyum belum tentu baik dalamnya. Boleh jadi pemangsa buas untuk menbaham siapa yang saja yang sempat diterkam. Realitinya apa? Semuanya bohong. Nista melata di dataran rata. Yang bodoh sentiasa ditakdirkan sebagai mangsa. Yang bijak rakus meratah dengan hilai ketawa yang berdekah-dekah. Diam seseorang itu tidak semestinya tanda setuju, bahkan lebih gila bergolak di dada. Perempuan bertudung litup melabuh ke lutut bernafsu gila, mendidih rasa meminta-minta untuk dipuaskan. Apakah ini semua? Dunia oh dunia. Berlikunya jalan hidup ini. Berfikirlah dengan akal sempurna. Usah biarkan ia menguasai diri yang sentiasa gila dan menggila ini.

Saturday, June 22, 2013

BIARLAH KENA CARANYA

Keluar kau dari sini! kau tak layak tinggal di sini! Apakah besar tindakan itu? Melampau sangat kah bila tindakan menghalau dilakukan? sewajarnya, biarlah kita menilai di mana silapnya perbuatan kita sehingga dihalau, semestinya kita mesti tahu adab-adab menumpang di rumah orang.

Melayan kehendak hati kadangkala berakhir dengan kemarahan orang lain. Perlu sedar cara macam mana untuk tidak dipersalahkan. Patutkah bersembunyi dalam bilik tanpa beramah mesra dengan tuan rumah biarpun hanya seketika? Kenapa perlu laju langkah itu menuju ke bilik? terjejaskah waktu tidurmu bila berbual bersama? 

Justeru, fikirlah dengan kepala yang dianugerahkan Allah. Rasailah kesusahan orang lain tatkala kamu bersenang-senang menikmati drama bersiri di kaca televisyen. Cubalah sekali sekala bersama-sama di dapur bantu membantu menyiapkan menu hidangan makan malam. Makanlah bersama-sama keluarga tuan rumah walaupun sekali dua dalam seminggu. Berat sangatkah untuk kau lakukan? Jijik sangatkah pinggan mangkuk rumah ini? Atau terlalu bosan dengan karenah si kecil yang sentiasa mengganggu waktu rehat mu? kalau itu tak mampu untuk kau hadapi dan tempuhi, maka memang tak layak untuk kau menumpang di sini. 

Nyah kau jauh-jauh! Jangan kau datang lagi! Aku tak berkuasa ke atas diri mu tetapi aku tetap dengan pendirian ku. Dan perlu kau ingat " KALAU TAK KENA PADA CARANYA, AKU MEMANG CEPAT NAIK DARAH"

Wednesday, June 19, 2013

BIARLAH HUKUMAN ITU SETIMPAL

Harian Metro 19 JUN 2013

Pemabuk yang binatang, penjara dan denda yang tak seberapa tidak menggerunkan pemabuk gila ini untuk berhenti menyusahkan orang lain. Mungkin bila terkena pada ahli keluarga sendiri baru pihak yang mempunyai kuasa terfikir untuk menilai semula undang-undang dan hukuman ke atas pemabuk gila ini.

Tuesday, June 18, 2013

Petrol Oh Petrol

Di Indonesia sudah huru-hara pasal minyak kononnya harga akan naik lebih 30 peratus. Maka bermula lah tunjuk perasaan di sana sini terutama di sekitar Jakarta yang begitu padat dengan penduduk, Itu belum lagi harga minyak betul-betul naik, cuma dijangka naik sahaja. Cuba bayangkan sekiranya harga tersebut betul-betul naik, besar kemungkinan tunjuk perasaan semakin berleluasa dan amukan ganas pasti akan berlaku sebagai tanda protes rakyat terhadap kerajaan.

Betapa besarnya pegaruh minyak dalam sesebuah kehidupan masa kini. Mana tidaknya, setiap langkah pergerakan bukan lagi peluh yang menitis tetapi wang poket menipis. Bila sahaja kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, segala kos perbelajaan pasti akan meningkat, para penjual akan menaikkan semua harga runcit termasuk lah barang yang sudah tersimpan lama.

Desas desus pasal harga minyak di Indonesia kini membimbangkan rakyat di negara ini MALAYSIA. Pelbagai spekulasi yang diandaikan,antaranya akhbar-akhbar Malaysia sengaja melaporkan isu-isu sebegini adalah sebagai tanda bahawa selepas Indonesia, minyak akan melonjak naik juga di Malaysia. Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku selepas ini, harga petrol akan naik atau tidak..