Saturday, August 24, 2013

AKU DAN SK TAMAN PUTERI































Thursday, August 22, 2013

BILA DAH JADI BODOH SOMBONG

Kitaran hidup ini begitu sukar bila diri sendiri yang membataskan ruang perhubungannya. Menutup pandangan kearah kebenaran disebabkan keegoan yang tinggi namun pada masa yang sama tidak kebodohan melingkari diri. Bila ada yang sudi memberikan teguran, dianggap pula menyibuk dalam urusan orang lain. Namun bila tiada yang sudi mempedulikan, dituduh pula enggan bekerjasama. 

Bersikap sedemikian hanya akan menghakis rasa kasih sayang antara dua hubungan. Enggan menerima kesilapan hanya akan membejatkan lagi pemikiran yang menjurus kepada kekolotan yang teruk. Hendaklah bersedia bersemuka dengan semua pihak baik yang tua atau yang muda, lama atau yang baru untuk mendapatkan sedikit sebanyak nasihat dan panduan untuk meneruskan perjalanan diari kehidupan. Jangan terlalu memilih penasihat kerana terhadnya penasihat akan mengurangkan hikmah perbincangan yang boleh membuahkan hasil dan jawapan yang tepat.

Rujuklah sentiasa mereka yang pakar bukan merujuk kerana mereka sahabat kita. Tiada istilah malu dan segan dalam memulakan perbincangan. Mereka yang lebih mengetahui ini selalunya senang untuk memberikan pandangan dan nasihat namun biarlah dengan cara beradab bila memerlukan khidmat nasihatnya. 

Janganlah menjadi BODOH DAN SOMBONG bila ingin memulakan sesuatu perkara. Berlagak bijak dan hebat tetapi bengap sebenarnya hanya akan menzahirkan kebodohan diri sendiri kepada mata orang lain. Rajinlah bertanya dan meminta pendapat dan kurangkan menyalahkan orang lain bila ada kekurangan dalam urusan kita..

Saturday, August 17, 2013

ANGIN PERUBAHAN MELANDA

Bagaikan perjuangan untuk menegakkan keadilan dunia, kampung ku juga tidak terkecuali. Suara pemuda yang kembali bangkit menuntut pembaharuan setelah dilihat mereka yang tua-tua sudah tidak mampu untuk meneruskan perjuangan. Bagai harimau yang hilang taring, mereka seharusnya diusir dan digantikan harimau muda yang mula menampakkan kukunya. Hasil dari cetusan seorang dua yang berpengaruh dari kalangan kaum muda, maka direncanakan satu jalan untuk merampas tahta sebuah empayer keluarga yang kini dikuasai oleh kroni dan sanak saudara. Tanggal 26 ogos 2013 akan datang, sama-sama kita saksikan angin yang akan melanda itu bersifat perubahan atau sebaliknya.