Friday, October 25, 2013

ISU KORBAN DALAM KAWASAN SEKOLAH: TOLERANSI BERAT SEBELAH



Apabila isu ini timbul baru-baru ini, saya begitu tertarik untuk mengikuti perkembangannya dari perbualan di meja kopi hingga ke catatan akhkbar. Dan terbaru kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan memberikan kata putus bahawa amalan tersebut tidak dibenarkan dilakukan dalam kawasan sekolah. 
Saya tertarik dengan tulisan Dato' Dr. Mohd Asri berkenaan isu ini, beliau mengaitkan juga dengan amalan agama lain yang melakukan upacara agama dengan berarak di jalan raya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain. 

Kenapa semua ini berlaku? Bila kita nilai semula persoalan ini, maka kita akan dapatinya ialah kerana terlalu bertolak ansur dan mengalah sehingga amalan agama dipertikai dengan cara yang begitu tidak sopan. Entah sampai bila sikap bertolak ansur ini akan berterusan. Lama kelamaan sedikit demi sedikit amalan Islam akan dipertikai dan akhirnya akan dimansuhkan. Sedih bila mengikuti perkembangan isu ini, Di mana pemimpin-peminpin politik untuk membicara bersama tantang perkara ini? Paling kurang ada keputusan positif yang memuaskan semua pihak samada di pihak agama Islam atau agama lain. 

Upacara perarakan dan memecahkan kelapa di tempat yang sesuai patut dibendung juga, biarlah semua merasa aman dan selesa. Kenapa apabila sesuatu amalan yang dikaitkan dengan agama Islam begitu senang dipertikai? Jawapannya adalah kerana mereka tahu MELAYU ISLAM tak berani angkat suara tanda menetang. 

Ayuh semua yang mengaku Islam, saya tidak mengajak anda semua mempertahankan isu korban dalam kawasan sekolah, cuma saya ingin mengajak anda semua supaya bangkit dari diperkotak-katikkan oleh mereka yang biadap dan kurang ajar. Tidak mengenal erti tolak ansur antara agama. Mari semua kita bangkit untuk bertegas bahawa perarakan di jalan raya atas nama upacara agama juga salah dan tidak sesuai. Biar mereka tahu bahawa KITA SEMUA UMAT MUHAMMMAD S.A.W tetap bertegas dalam mempertahankan agama tetapi sentiasa bertolak ansur dan menghormati agama lain.