Monday, August 14, 2017

GURU BERMOTIVASI ASAS KECEMERLANGAN

Menjalankan tugas dengan penuh bersemangat dan berjiwa luhur perlukan motivasi yang tinggi dan sokongan moral yang kuat dari pelbagai lapisan manusia. bermula dari sokongan keluarga, rakan sekerja dan para ibu bapa, sokongan padu dari pihak majikan atau pentadbir sekolah sangat diperlukan oleh setiap guru yang ingin terus mengekalkan motivasi yang tinggi dalam mendidik anak bangsa. 

Sikap pentadbir sekolah yang terlalu merngutamakan kasta dalam setiap organisasi, bersikap angkuh dan sombong serta berlagak dengan jawatan yang dimiliki hanya akan membantu untuk menjatuhkan lagi motivasi guru untuk terus berkhidmat. Berlagak sebagai "BOS" yang diktator, mengugut guru-guru akan dipotong markah, mendendami guru-guru yang menentang hanya akan mengundang kemerosotan hasil pencapaian sahaja.

Namun semuanya ini seolah-olah dibutakan oleh suasana dengan muslihat para GPK yang berhati busuk yang sering melaporkan kepincangan palsu guru, meracuni GURU BESAR yang berkasta tinggi lantas terus mempercayainya, makin meranalah para guru, tiada siapa yang dapat membantu kerana ruangan untuk melaporkan ketidakaturan Guru Besar seolah-olah tertutup, tiada lapangan yang selamat untuk membuat pengaduan. Lama-kelamaan motivasi sedikit demi sedikit akan berkurangan dan akhirnya hilang lenyap bersama luahan rasa yang terpaksa dipikul di pundak kepalanya. 

Bertuah kepada guru-guru yang memiliki pentadbir yang memahami dan menjiwa kehidupan hati para guru. dapat mengekalkan motivasi kerja hingga akhir hayat malah berasa sentiasa seronok menjadi guru dan sentiasa ikhlas dalam apa jua sumbangan termasuk wang ringgit tanpa perlu berkira itu banyak atau sedikit. 

Meranalah para guru yang mempunyai Guru besar yang berhati busuk, mengejar impian dan kecemerlangan tanpa menilai batas kekeluargaan sehingga mewajibkan sabtu kedua dan keempat sebagai hari bekerja, surat tunjuk sebab tersebar merata-riti pada setiap kesalahan baik kesalahan besar atau kesalahan kecil. Hingga para guru kurang lagi kenal jenis kesalahan kerana segala kesilapan akan diberikan surat tunjuk sebab. 

Menilai Guru Besar disanjungi, perginya ditangisi, hilangnya dirindui, wajahnya dibayangi, suaranya dihayati dan pesannya ditaati biar badan jauh di sana namun hakikatnya bersemadi di jiwa. 

SEDARLAH WAHAI SEMUA GURU BESAR DI MALAYSIA, ANDA TIDAK BERADA DIPUNCAK PEMERINTAHAN SELAMANYA, SEKALI ENGKAU MENINGGALKAN DUNIA PENDIDIKAN HANYA HEMAH DAN SANTUNMU YANG BERSEMADI DI HATI SEMUA GURU. 


SEKIAN WASSALAM