Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala yang masih mengurniakan nikmat iman dan nikmat Islam kepada kita semua agar kita sentiasa dapat mengabdikan diri kepadaNya. Dalam kesibukan kita mengejar kelebihan-kelebihan ibadah kepadanya sehingga terlupa terbuat perkara-perkara yang terlarang di sisiNya. Selalunya perkara-perkara seperti ini berlaku berpunca dari kurangnya ilmu pengetahuan yang cukup sehingga hadis-hadis maudhu' tersebar di kalangan para-para abid dan masyarakat awam.
Teringat saya perkara-perkara yang berlaku di sekitar surau-surau di Selangor terutama surau di tempat saya sendiri iaitu surau Taman Seraya tidak terlepas dari perkara-perkara ini. Apabila telah terlalu lama masyarakat terdedah dengan adat lama sehingga amalan ini seolah-olah menjadi wajib yang mana apabila tidak melakukannya berasa bersalah dan satu kerugian besar. Antara amalan-amalan yang menjadi seolah-olah amalan wajib adalah bacaan yasin pada malam jumaat. Amalan ini telah diamalkan sejak bertahun lamanya sehingga tidak ada bacaan lain yang lebih utama selain dari surah ini. Sedangkan kalau kita perhatikan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w terdapat satu hadis yang menyatakan kelebihan membaca surah al-Kahfi pada hari atau malam jumaat tetapi amalan ini tidak masyhur malah dirasakan tidak berasa satu kerugian sekiranya tidak membacakannya. Bukan saya bermaksud hanya surah ini yang boleh dibaca sekurang-kurangnya kita mempelbagaikan bacaan agar tidak menjadi hanya satu surah saja yang patut dibaca sedang surah yang lain tidak ada keutamaan.
Terdapat beberapa suara yang mengatakan surah yasin lebih pendek dari surah al-Kahfi jadi mereka lebih memilih surah yasin untuk dibaca pada malam jumaat. Kalau sebab ini yang dikatakan mereka lebih baik baca surah surah al-jum'ah lagi pendek. Yang sebenarnya mereka telah setkan dalam minda mereka adalah suarh yasin yang mesti dibaca. Hanya yang sebenarnya.
Begitu juga bila dipanggil untuk kenduri naik rumah baru, tiada bacaan lain yang dibaca kecuali yasin juga sedangkan dalam hadis jelas mengatakan surah al-baqarah elok dibaca untuk rumah atau lebih kepada pengjagaan rumah dan ahlinya. Kenapa mereka lebih memilih surah yasin? kalau dengan alasan surah al-baqarah terlalu panjang, bacaan boleh dibahagikan kepada beberapa orang agar menjadi sedikit yang penting satu surah tersebut habis dibaca.
Inilah akibatnya kalau hanya surah yasin saja yang menjadi amalan sehingga masyarakat sudah tidak berapa pandai untuk membaca surah lain dan apabila ada majlis surah yasin jugalah yang kan menjadi pilihan.
Oleh itu, kepada semua kaum muslimin dan muslimat janganlah terlalu mewajibkan srah yasin sebagai amalan harian pelbagaikanlah bacaan agar al-quran itu bukan hanya lah surah yasin sahaja bahkan masih lagi mempunyai 113 surah yang lain yang elok untuk dibaca. Cubalah kaji kebenaran dan kesahihan hadis yang menceritakan mengenai yasin adalah hati al-quran agar kita tidak tergolong bersama dengan mereka-mereka yang teramal hadis palsu atau maudhu'.
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Sunday, January 11, 2009
Sekitar kisah surau
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment