Friday, January 2, 2009

Guru Besar Oh Guru Besar (GB)

MACAM MANA GURU BESAR KITA?

Jawatanmu semegah kedudukan. Kerajinanmu mengangkat tahap prestasi tahunan. Sungguh bertuah badan dapat mengecapi dalam tempoh yang singkat tanpa perlu lama menunggu giliran. itulah kehebatan yang terhebat dalam sebuah kehidupan seorang guru besar.

Sesetengah guru sangat merindui seorang bila guru besar itu seorang yang baik, ketidakhadirannya di sekolah terasa diperlukan. Setiap masa kalimah pujian tak lekang di bibir, terkenangkan kebaikan dan keprihatinannya. Di hadapan murid nama selalu disebut oleh guru, di kantin pun begitu apatah lagi di bilik guru, di pejabat pula sudah tentunya. Pendek kata apa saja yang di tunjukkan itulah ikutan dan teladan. Alangkah bahagianya kiranya suatu hari nanti, aku menjadi seorang guru besar yang handsome yang selalu dipuji dan disayangi. Mahu aku belanja tiap-tiap bulan nasi lemak kopi 'o'. Lagi banyak puji lagi kerap aku belanja. Manakan tidak, orang bila dah sayang tak mandi pun kata wangi, bila kita marah dia kata nasihat, pendek kata apa saja yang kita buat semuanya baik. Wow!berniaga manusia lebih untung dari berniaga unta.

Tapi bila dah benci, guru besar puji pun kita kata sindir, kalau marah apalagi, mula la rasa nak memberontak, boikot itu, boikot ini.. semuanya bila dah benci apa pun akan nampak tak kena jer. Umpat guru besar adalah topik utama lebih-lebih lagi guru perempuan yang memang suka jadikan amalan mengumpat suatu kebiasaan mereka. Hanya itu saja cara yang mampu mereka meluahkan perasaan. Kalau nak difikirkan berdosa, memanglah berdosa, nama pun mengumpat, confirm masuk neraka kalau tak sempat minta maaf.. Kena ingat tu.. Lepas ni, mana-mana guru-guru yang dah berbakul-bakul umpat cepat-cepatlah minta maaf. Manalah tahu, kot-kot pendek umur.

Guru besar pun satu, kerja dia tahu nak menyusahkan orang saja. Tak boleh tengok orang nak senang sikit, ada je yang dia nak suruh buat. Namun begitu, memang terpaksa suruh cikgu-cikgu buat pun. Dah memang kerja mereka tapi tak siap-siap, faham-faham jelah kalau kena marah, perli, sindir dek guru besar reti-retilah siapkan kerja. Tapi kadang-kadang tu, saja jer GB nak suruh buat kerja walaupun dah jelas sangat kerja tu mengarut tapi suruh jugak buat. So! kena la buat walaupun hati tak ikhlas. Terdapat di setengah sekolah yang mempunyai seorang GB yang pendendam. Bila dia dah benci seseorang, sepanjang tahun cikgu tu selalu kena. Kadang-kadang kena marah, kena perli dan macam-macam lagi bala yang akan kena. Tapi sesetengah tu memang patut kena pun. Apa pun, kalau boleh pada tahun ini di harapkan semua GB-GB kat malaysia ni berpada-pada lah kalau nak susahkan cikgu.. Kalau macam ni selalu boleh pening cikgu dibuatnya. Nanti bila cikgu dah naik fed up lagi lah susah. nanti ada pulak keluar paper seorang GB ditampar oleh cikgu. Tak mustahil semua tu, bila dah hati bengang semuanya akan jadi. Tak percaya, cuba bilang jumlah penghuni kat tanjung rambutan, golongan manakah yang paling ramai bermukim di sana? Cikgu? mungkin jugak.

Kepada semua Gb kat malaysia ni, jadilah seorang GB yang baik. Jangan fikirkan untuk kejayaan seorang diri je, kenang-kenangkan cikgu-cikgu di bawah ni. Mereka semua ni mahu dianggap sebagai anak, sebagai adik. Bertolah ansurlah dalam membuat keputusan. berhemahlah bila menggunakan budi bicara jangan terlalu tunjukkan perasaan marah di depan guru. Kalau nak marah sangat pun, mengadulah pada GPK yang paling rapat. Dan kepada GPK, jangan pula menjadi batu api, nanti tak pasal-pasal dapat saham untuk ke neraka. bertaubat lah..

Aku tulis ni bukan apa, cuma sekadar untuk mengisi ruangan malam sementara menunggu masa mengantuk. Sama-sama lah saling sayang menyayangi supaya suasana persekolah akan sentiasa ceria dan harmoni. Tak guna juga kalau kedudukan sekolah pada rangking yang tinggi tapi hubungan antara bos dan pekerja renggang. Perbanyakkanlah muhasabah di suatu ikatan yang murni, selak-selaklah buka gelagat organisasi untuk mengetahui cara hubungan dengan orang bawahan.

Semoga GURU BESAR - GURU BESAR di negara kita ini menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Dan ingatlah, jasa yang baik akan sentiasa dikenang walaupun sedikit.

No comments:

Post a Comment