Sunday, April 3, 2011

Hujah Perbandingan Daripada Ulama' Muktabar

Diharapkan dengan hati yang adil akan diketengahkan beberapa pendapat Ulama' silam yang muktabar berhubung dengan perkara-perkara khilafiat mudah-mudahan para pembaca tidak mengambil dan berpegang hanya satu pendapat sahaja bahkan dapat menilai kiranya pendapat-pendapat ulama lain diketahui juga.

PERBANDINGAN 1

Hadis yang bermaksud:

DaripadaAbu Zar, sesungguhnya sekumpulan daripada sahabat Nabi mengadu kepada Nabi s.a.w : Wahai Rasulullah s.a.w orang-orang yang berharta mendapat pahala yang banyak. Mereka bersembahyang seperti kami sembahyang, juga berpuasa seperti kami berpuasa. Mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda s.a.w bertanya: Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu kepada kamu yang boleh kamu sedekahkan? Sesunggunya setiap tasbih (ucapan Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap takbir (ucapan Allahuakbar) itu adalah sedekah, setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap tahlil (ucapan lailaha illa Allah) itu adalah sedekah. (riwayat Muslim)

(petikan dari buku "6 perkara asas memahami khilafiyyah" Muhadir bin Hj. Joll. hlm 216)

Petikan hadis ini adalah tidak penuh sedangkan dalam Shahih Muslim ada lagi sambungannya antaranya "setiap yang makruf itu sedekah dan banyak lagi"

Ramai di kalangan masyarakat berhujahkan hadis ini untuk melakukan tahlil atau sedekahkan pahala untuk si mati termasuklah pengarang buku dia atas yang turut berhujah menggunakan hadis tersebut.

PPENJELASAN DARI "KITAB HADIS 40: SUSUNAN IMAM MUHYIDDIN ABU ZAKARIYYA YAHYA BIN SHARIF AL-NAWAWI (IMAM NAWAWI)

Dalam kitab ini (terjemahan Mustafa Abdul Rahman) mengenai hadis di atas (Hadis bil. 25 m/s 289) menyatakan bahawa sedekah yang dilakukan seorang kepada dirinya sendiri dan faedahnya adalah baginya. Mithalnya seperti zikr iaitu: takbir, tasbih, tahmid, tahlil, istighfar, membaca Qur'an dan berjalan datang ke masjid. Sekelian ini adalah sadaqah untuk diri sendiri iaitu pahalanya bagi orang yang melakukannya.