Saturday, May 30, 2009

7 GOLONGAN YG MENDAPAT NAUNGAN ‘ARASY ALLAH SWT




Hadith:

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)


Huraian:

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

a) Pemerintah yang adil

Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya

Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

Sesungguhnya terdapat hadith yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripadaNya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"

Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya

Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah

Inilah sifat muslim mu'min sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifatNya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.


~ laman JAKIM

Berjalan bermusafirlah!!!

Pagi esok lebih kurang pukul 9.00 pagi insya allah aku sekeluarga akan bertolak balik kampung. Perjalanannya akan melalui negeri Terengganu sebelum ke Machang, Kelantan. Sengaja buat keputusan ikut Terengganu kerana mahu menghirup udara segar negeri orang sambil melepaskan tekanan kerja yang tak kunjung habis lagipun baru saja selesai ujian pertengahan tahun. Mengikut perancangan, sebelum ke Terengganu akan singgah sekejap untuk makan tengah hari di Cherating dan ambil angin kat situ lebih kurang sejam dua kemudian terus ke Kuala Terengganu kerana adik sedia menunggu kami apabila sampai disana nanti. Bila berada di sana, antara tempat yang akan dikunjungi adalah masjid kristal di pulau duyung (kalau tak silap) dan kawasan-kawasan yang berdekatan di situ. Kemungkinan akan bermalam di situ sebelum bertolak balik keesokan harinya.

Nak pergi melancong macam orang kaya sudah tentu tidak mampu kerana kekangan kewangan yang sangat terhad, sekadar jadi cikgu sekolah rendah lupakan saja nak melancong keluar negeri cukuplah dalam negeri saja tu pun tak habis nak lawat. Apa pun demi menyahut seruan ilahi yang menggalakkan kita supaya memjelajah bumiNya ini supaya kita dapat mengambil iktibar pada setiap keagungan ciptaanNya.

Perbincangan Sia-Sia

Empat hari yang lepas selepas solat isya' di surau Taman Saraya, aku singgah di salah satu kedai makan di kawasan Taman Saraya kerana menerima jemputan seorang kawan. Dengan berpakaian baju melayu dan berkain sarung aku memulakan perbualan kosong untuk memenuhi agenda perbualan termasuklah agenda pemilihan jawatankuasa surau yang akan dibuat pada 13 Jun 2009 ini. Sedang asyik bersembang dengan kawan-kawan yang rata-rata umur mereka berbeza 15-20 tahun lebih tua dari ku. Seorang daripada mereka bertanyakan kepada satu soalan yang cukup bodoh bagi ku namun demi menghormatinya yang sangat lebih tua dariku maka aku layan soalannya dengan penuh berhati-hati. Soalanya begini " Boleh atau tidak nabi kita panggilkannya ulama' " terkejut juga bila soalan seperti itu ditujukan kepada ku. Lalu ku soal balik kepadanya " Boleh atau tidak orang yang ada PHD kita panggil dia dengan level Master"? atau "Boleh atau tidak orang yang dapat gelaran TUN tapi kita masih panggil dia dengan gelaran DATO' SERI"? Dengan tanpa sebarang keputusan dia alih tajuk mengenai maksum. Aku rasa penjelasannya mengenai maksum itu tidak tepat dan kemungkinan boleh terseleweng tapi aku pun kurang pasti. Mengikut pendapatnya, maksum itu bermaksud rasul tidak pernah membuat sebarang kesilapan tetapi aku rasa maksum itu bermaksud rasul akan diampunkan segala dosa yang lepas dan akan datang. Maka berlakulah perbincangan yang panjang dengannya. Tapi lepas itu aku terus naik angin bila kita berikan pendapat, dia buat-buat tidak dengar dan sengaja berbual-bual dengan kawan yang lain tanpa memikirkan jarak perbezaan umur aku terus tinggikan suara supaya dia tahu aku serius dalam perbincangan ini.

Apa-pun ini lah di antara perbincangan yang sia-sia yang aku lalui pada malam itu. Dan orang semacam ini tidak elok untuk dibuat berbincang tapi tak boleh dibiarkan kerana dia menyebarkan kepada orang lain yang kurang pengetahuan dalam ilmu agama. Lama-lama akan membahayakan akidah orang lain.

Friday, May 29, 2009

Ujian buat Al-Qaradhawi

Al-Qaradawi Yang DizalimiFeb 1, '08 3:18 PM
for everyone
Oleh: Bakariah Musa
Di dalam buku Fatawa Mu'asarah (Fatwa Masakini) jilid ke-3, al-Qaradawi telah mendedahkan bagaimana dirinya telah dizalimi. Dizalimi di sini bukanlah bermaksud beliau dipenjara, disiksa ataupun dituduh sebagai pengganas. Semua kezaliman tersebut pernah beliau lalui dan telah berjaya beliau atasi. Kezaliman yang beliau bawakan di dalam buku tersebut amat berat dan amat menguji keimanan beliau. Kezaliman tersebut adalah di dalam bentuk fitnah dari mereka yang mengaku diri mereka Muslim yang sebenar. Kezaliman tersebut datang dari dua pihak yang saling bermusuhan. Menariknya, di dalam isu al-Qaradawi mereka bersepakat.

Satu pihak mengkafirkan beliau, manakala satu pihak yang lain pula telah menyesatkan, dan tergamak menggelar beliau sebagai "anjing". Pihak pertama yang mengkafirkan beliau adalah kumpulan Ahbash, manakala pihak yang kedua pula adalah kumpulan Salafi jalur keras. Sudut yang menarik, kedua-dua pihak tersebut saling bermusuhan. Kumpulan Ahbash mengkafirkan puak Salafi secara umum. Puak Salafi jalur keras pula menyesatkan puak Ahbash, namun dalam kes al-Qaradawi mereka bersetuju di antara satu sama lain. Seperkara yang menakutkan ialah kedua-dua kumpulan ini telah sampai di Malaysia. Siapakah mereka?, artikel ini akan cuba mengupasnya.

Al-Qaradawi bukanlah seorang ulama yang asing pada masa kini. Keilmuannya, ketokohannya, malah keunggulan beliau bukanlah sesuatu yang diragui. Sebagai ulama yang menjadi rujukan hampir dalam setiap lapangan ilmu di zaman moden ini, beliau amat diminati dan dikagumi ramai. Beliau amat konsisten di dalam menyikapi isu-isu umat. Selain daripada kesungguhannya untuk menyebarkan dakwah, al-Qaradawi juga terkenal dengan sikap perjuangannya. Kebersamaan beliau dengan umat Islam lewat isu-isu berkaitan umat di peringkat antarabangsa menjadikan beliau amat berbeza dengan ulama-ulama lain di seluruh dunia. Isu Palestin, isu Iraq, isu Afghanistan dan semua isu melibatkan umat merupakan kepedulian beliau.

Di dalam bidang fiqh pula, beliaulah mujadidnya. Di dalam bidang dakwah, beliau juga merupakan seorang pejuang. Di dalam bidang hadis, tulisan-tulisan beliau telah berjaya mempopularkan perjuangan ulama hadis sezamannya. Di dalam bidang politik, beliau merupakan seorang mentor. Pendekata, jika ada yang ingin menamakan "mujaddid" di zaman ini, maka al-Qaradawi merupakan orang yang paling layak untuk gelaran tersebut di dalam abad ini.

Malangnya mujaddid ini telah dikafirkan. Kumpulan ekstrimis Ahbash telah mengkafirkan beliau kerana pegangan agamanya yang sederhana. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap keterbukaannya. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap ilmiah beliau yang sanggup menerima ijtihad ulama sezamannya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan dakwahnya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan aqidahnya yang mengikuti metod para salafusoleh. Beliau dikafirkan oleh kumpulan ini juga kerana manhaj beliau tidak seperti pendirian kumpulan ekstrimis Ahbash yang fanatik mazhab Shafii di dalam fiqh dan ekstrim mazhab ilmu kalam di dalam berakidah.

Kumpulan ekstrimis Ahbash ini berasal dari Lubnan. Kumpulan ini telah diasaskan oleh Abdullah Harari yang berasal dari Habsyah. Beliau telah dihalau keluar dari negerinya kerana fitnah yang telah ditimbulkan olehnya di kalangan ahli masyarakat di sana. Beliau melarikan diri ke Lubnan. Di Lubnan beliau telah merekrut ahli-ahli yang taksub dengannya. Berbekalkan fanatisme kepada mazhab Shafii di dalam fiqh dan juga ekstrimisme di dalam mazhab Abu Hassan al-Asyari di dalam akidah, beliau telah memulakan dakwahnya. Beliau menjadikan "takfir" sebagai senjata utama di dalam mengembangkan dakwah. Segala pendapat yang bertentangan dengan fikrahnya dianggap kafir. Ulama-ulama terkemuka telah beliau kafirkan seumpama Ibnu Taymiyah, Ibn Qayyim dan lain-lain. Beliau juga menjadikan tema mengkafirkan Muhammad bin Abdul Wahab sebagai jalan untuk menghasut orang agar bersetuju dengan fikrahnya. Beliau juga mengkafirkan Hassan al-Banna dan Syed Qutb. Yusuf al-Qaradawi merupakan di antara mereka yang dikafirkan oleh beliau dan para pengikutnya. Lebih lancang lagi, mereka juga telah mengkafirkan ulama-ulama kontemporari yang lain seperti Said Ramadan al-Buti, Abdul Aziz Bin Baz, Dr Wahbah al-Zuhayli, Syeikh Mahmud Syaltut, Syed Sabiq dan kebanyakan ulama moden dan juga pemimpin tarekat sederhana seperti Jibril Haddad, tokoh tarekat Naqshabandi zaman ini.

Kumpulan ini telah mengamil langkah menyusup masuk ke adalam jabatan-jabatan agama di Lubnan, Syria dan Jordan. Kementerian Waqaf (agama) di Jordan pada satu waktu dahulu telah dipengaruhi oleh kumpulan ini. Mereka telah menyokong Israel yang ebrdamai dengan rejim al-marhum Raja Hussein demi menempatkan diri mereka di dalam hati pemimpin Jordan. Mereka telah menghantar imam-imam Ahbash untuk menghasut masyarakat agar mengkafirkan sesama Muslim. Bertemakan "memerangi fahaman Wahabi" mereka berakhir dengan mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya. Jordan, bertuah, pada akhirnya pengaruh kumpulan ini akhirnya telah berjaya dibendung. Para imam Ahbash akhirnya telah dibuang dari tempat masing-masing. Di Lubnan, mereka akhirnya telah diharamkan selepas peristiwa pembunuhan Rafiq Hariri. Rekod telefon Hariri menunjukkan perbualan terakhir beliau adalah bersama salah seorang pimpinan tertinggi Ahbash. Kumpulan ekstrimis yang dikenali sebagai pro-Syria ini disyaki terlibat di dalam peristiwa pengeboman tersebut. Tidak mustahil juga beliau bersekongkol dengn Syiah di dalam usaha membunuh Hariri yang berketurunan Saudi. Kini, kumpulan ini begitu berpengaruh di Syria.

Kumpulan ini sering menjadikan "fahaman Wahabi" sebagai kambing hitamnya. Sepertimana golongan Syiah juga, slogan anti-Wahabi itu akan berakhir dengan isu takfir. Kumpulan ini juga telah mengkafirkan Muawiyah sahabat Rasulullah SAW seperti golongan Syiah. Di Jordan, kumpulan ini mempunyai sahabat setia mereka yang berkongsi fikrah "takfir", iaitu Hassan al-Saqqaf. Al-Saqqaf terkenal sebagai seorang yang gemar mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama besar yang lain. Seperti Syiah dan Ahbash, beliau juga mengkafirkan Muawiyah bin Abi Sufian, sahabat besar Rasulullah SAW. Kini kumpulan ini mula berkembang di Malaysia.

Mungkin ramai pihak merasa pelik melihat perkembangan terkini Islam di Malaysia. Isu Wahabi bukanlah satu isu yang besar satu waktu dahulu. Malah, Muhammad bin Abdul Wahab telah dianggap sebagai salah seorang mujaddid di kalangan gerakan-gerakan dakwah dan kumpulan Islam di Malaysia. Umat Islam pasca kebangkitan Islam di Malaysia juga amat menghormati adab berbeza pendapat. Malangnya kedatangan pengaruh kumpulan ini ke Malaysia telah mengubah segalanya. Secara tiba-tiba perjuangan "memerangi Wahabi" muncul. Selari dengan usaha AS memerangi keganasan, usaha memerangi "Wahabi" muncul di Malaysia. Sesuatu yang menarik, modus operandinya sama seperti di Jordan. Jika Kementerian Waqaf (agama) telah digunakan di Jordan. Di Malaysia, JAKIM pula sedang diintai untuk mereka tunggangi. Sesetangah jabatan agama negeri juga sedang cuba dipergunakan untuk menjayakan misi Ahbash melalui orang-orang yang telah mereka susupkan ke dalam badan-badan tersebut. Sehingga kini, mereka telah berjaya mempengaruhi beberapa tokoh agama tempatan. Hal ini bukan lagi rahsia.

Kini sudah mula kedengaran di Malaysia suara-suara "takfir". Dr Yusuf al-Qaradawi juga tidak terlepas dari perbuatan keji kumpulan berkenaan. Gejala takfir ini semakin merebak dan amat mengerikan umat Islam di Malaysia. Bertopengkan memerangi "fahaman Wahabi", kumpulan Ahbash terus bergerak subur di Malaysia untuk menimbulkan fitnah.

Di satu sudut yang lain, al-Qaradawi juga telah dikafirkan oleh kumpulan Salafi jalur keras. Kumpulan yang sentiasa menjadikan tulisan-tulisan dan pemikiran-pemikiran Rabi' Madkhali dari Madinah dan Muqbil Hadi dari Yaman juga tidak kurang kelancangannya. Kumpulan ini menolak ulama-ulama selain dari ulama Saudi dan Salafi yang ekstrim. Mereka juga menyesatkan kumpulan-kumpulan dakwah bealirankan gerakan Islam. Mereka juga memerangi pendapat ulama-ulama yang tidak selari dengan pendapat mereka. Mereka tidak teragak-agak untuk menuduh pihak yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai sesat, ahli bid'ah, zindiq, malah al-Qaradawi telah digelar sebagai "anjing".

Amat malang sekali, kumpulan ini juga mula menular di Malaysia. Mereka telah mengakui bahawa mereka adalah pejuang aliran Salafi yang sebenar. Mereka juga menamakan diri mereka sebagai "Salafi Original". Mereka sanggup untuk menyesatkan aliran salafi yang lebih majoriti (di Malaysia) kerana tidak bersama kefanatikan mereka di dalam menyesatkan al-Banna, Syed Qutb dan juga al-Qaradawi. Kumpulan ini sanggup menghabiskan waktu mereka untuk menghebohkan kepada rakyat Malaysia bahawa Hassan al-Banna, Syed Qutb dan Yusuf al-Qaradawi sebagai sesat lagi menyesatkan yang lain. Mereka juga sanggup untuk menerbitkan risalah-risalah untuk tujuan tersebut. Di kala kumpulan Ahbash sedang giat memfitnah golongan Salafi dengan mengatakan bahawa kumpulan Salafi adalah kumpulan sesat dan ekstrimis, kumpulan ini seakan mengiyakannya. Mereka bertemu di dalam persoalan ini. Kesimpulannya, al-Qaradawi sekali lagi menjadi mangsa.

Umat Islam di Malaysia kali ini benar-benar diuji. Di kala masyarakat Islam sedang diancam pelbagai isu moral dan kerosakan akidah, dua kumpulan ini muncul. Kemunculan mereka hanya mengeruhkan lagi masa depan Islam yang semakin terhakis di Malaysia. Apakah perlu al-Qaradawi dijemput ke Malaysia untuk merawatinya?

Friday, May 22, 2009

Allah berada di mana?

Akhir-akhir ini banyak suara-suara yang membincangkan mengenai keberadaan Allah s.w.t. Ada yang mengatakan bahawa Allah Taala berada di suatu tempat dan dalam kedudukan yang tertentu. Dan ada juga yang lantang menyuarakan pendapat bahawa Allah Taala tidak bertempat..
Namun apa yang jelas adalah semua pendapat-pendapat tersebut bagi saya mempunyai alasan masing-masing tanpa niat untuk memburukkan dan menghina Allah Taala.

Bagi mereka yang mengatakan bahawa Allah berada di suatu tempat, mungkin pendapat mereka berdasarkan isra' dan mikraj yang mana Rasulullah s.a.w menghadap Allah Taala di Sidratul Muntaha suatu tempat yang tak tercapai oleh manusia biasa kecuali yang terpilih sahaja. Apakah dengan berpendapat demikian terus dituduh memyebarkan fahaman yang salah? Dengan tidak menafikan bahawa Allah Taala adalah meliputi (Muhith) yang mana Allah sebenarnya berada di mana-mana sahaja kerana Allah Taala Maha Berkuasa yang tidak terbatas mana mungkin boleh dikatakan bahawa Allah hanya bertempat itu sahaja. Tetapi sebagai simbolik kepada kedudukan Allah yang Maha Tinggi maka mereka yang berpendapat Allah berada di Sidhratul Muntaha suatu tempat yang melambangkan ketinggian darjat dan kekuasaanNya.

Bagi mereka yang bertegas mengatakan Allah tidak bertempat pun betul juga kerana memang Allah Taala tidak berada hanya pada satu tempat sahaja berdasarkan salah satu Nama-Nama Allah (Muhith) iaitu meliputi yang membawa pengertian Allah meliputi di segenap alam.

Apa yang jelasnya, kita tidak perlulah memberatkan persoalan ini dengan menuduh sebahagian yang lain sebagai satu fahaman yang salah, dan saya yakin yang menyampaikan fahaman tersebut bukan dengan niat menyeleweng fakta sebenar tetapi mengambil maksud zahir daripada dalil-dalil yang ada sekarang ini dan tidak berani untuk membuat sebarang takwilan.

Apa pun, ini hanya pendapat saya sahaja, kiranya pembaca lebih mengetahui perkara ini saya sangat mengalu-alukan pendapat pembaca agar kita dapat sama-sama kongsikan pendapat dan ilmu supaya kita semua mendapat kebenarannya. Eloklah sangat kalau disertakan alamat blog pembaca pada ruangan pesanan untuk rujuki pada masa-masa akan datang...

sekian terima kasih...

Tuesday, May 19, 2009

Berhati-hati dengan jampi ustaz dukun

Jampi Perangai

Soalan: Ibu saya ada mengambil air jampi dari seorang ustaz untuk diminum oleh ayah yang mempunyai perangai yang buruk. Ustaz itu menyuruh dicampurkan air tersebut dalam minuman ayah tanpa disedarinya. Apakah hal ini diajar oleh Islam?

Jawapan: Tidak dinafikan baginda Nabi s.a.w pernah menjampi penyakit seperti mana baginda juga berubat dengan bahan-bahan perubatan yang lain. Ini disebut dalam hadis-hadis yang sahih.

Namun dakwaan bahawa dengan air atau kismis atau apa bahan-bahan jampi orang yang tidak pintar pun boleh dipintarkan, suami atau anak yang tidak baik perangainya boleh dipulihkan, ini sudah luar biasa lagi mengatasi Nabi s.a.w. sendiri.

Baginda tidak menjampi kaum Quraish agar beriman, bahkan bapa saudaranya yang dekat dan dikasihi iaitu Abu Talib pun meninggal dalam keadaan kufur tanpa dijampinya. Kalau dengan menjampi manusia boleh berubah sikap, pasti Nabi s.a.w akan menjampi telaga zam-zam kerana itu sumber air Quraish ketika itu. Pasti Quraish akan berubah apabila terminum.

Hal ini tidak berlaku dalam sirah baginda. Kalau benar ada orang boleh menjampi sehingga mengubah sikap manusia kepada baik, atau mencerdikkan manusia maka eloklah kita mengupahnya menjampi empangan-empangan air di negara ini agar semua rakyat menjadi baik dan cerdik.

Ketahuilah sesungguhnya jalan untuk manusia mendapat hidayah adalah dakwah yang benar, keikhlasan hati penerimanya dan keizinan Allah s.w.t.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 256-257(maksudnya): “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya (iman). dan orang-orang yang engkar, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan-kegelapan. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Sunday, May 17, 2009

Zamihan Al-Ghari: Sejauhmanakah kejujuran beliau mengenai Syeikh Albani?


Post new topic Reply to topic
View previous topic
Printable version
View next topic
Author Message
mohamadfaizal
Martabat 1
Martabat 1


Joined: Aug 13, 2008
Posts: 5
Location: putrajaya
Post Posted: Apr 12, 2009 - 04:38 PM Reply with quote Back to top
Post subject: SJ-13-0537 : Pendapat Ganjil Syeikh Al-Albani

(Soalan)
salam, saya keliru dan inginkan penjelasan... saya membaca satu laman web dari zamihan al gharri... dalam tulisannya ditulis

Jika kita membuka lembaran fatwa yang melibatkan al-Albaani, khususnya bab feqah, disana terdapat beberapa fatwa syadz al-Albaani yang bertentangan Ijmak ulamak. Contohnya masalah wajibnya dipindahkan maqam Nabi SAW dari masjid Nabawi al-Syarif kerna maqam tersebut dianggap sebagai berhala. Nauzubillah. Ummuhatul Mukninin didakwa beliau harus utk berzina dengan lelaki lain selepas kewafatan Nabi SAW. Umat Islam Palestin wajib keluar dari Palestin kerana tidak berkuasa melawan Yahudi dan macam lagi fatwa pelik tapi benar2 berlaku. Dan direkodkan dalam kitabnya. Apakah kita harus berdiam diri sahaja dan terus menyanjunginya. Tanpa menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan beliau. Masya Allah.

saya inginkan penjelasan dari pihak tuan... terima kasih saya dahulukan

View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
Abu_Umair
Panel Feqh
Panel Feqh


Joined: Jan 21, 2007
Posts: 1287
Location: K.S.A
Post Posted: May 14, 2009 - 04:09 PM Reply with quote Back to top


(Jawapan)

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


- Pendapat-pendapat Syeikh ALbani tidak boleh diambil dari laman web atau blog orang yang memusuhi beliau. Apatah lagi orang yang dikenali tidak amanah dalam menukilkan fakta.

- Contohnya, mustahil Syeikh Albani mengatakan isteri-isteri Nabi harus berzina selepas kewafatan baginda. Tanpa kita periksa balik pendapat ini, kita sudah tahu kebohongan orang yang mendakwanya.

- Kadang-kadang, seseorang ulama bercakap atau menulis dalam uslub jadaliy, iaitu uslub berhujah, tetapi orang yang tidak cerdik mengambil kata-katanya secara zahir, semata-mata untuk menuduhnya.

- Contohnya, dalam Quran menyebut: “Katakanlah (Wahai Muhammad) Kalaulah Tuhan al-Rahman mempunyai anak, maka akulah yang mula-mula memuliakannya”. (Al-Zukhruf: 81).

- Ayat ini adalah bentuk jadaliy (perdebatan) iaitu menghujahkan bahawa Tuhan tidak ada anak. Bukannya Tuhan menyuruh Nabi Muhammad mengatakan 'Aku yang mula-mula memuliakan anak Tuhan'. Hanya orang bebal sahaja mengatakan Tuhan suruh Muhammad memuliakan anak Tuhan.

- Oleh itu, pendapat seseorang tokoh mestilah diambil dari sumber yang sahih, bukannya dari sumber orang yang memusuhi, yang menukilkan separuh kalam dan menyembunyikan sebahagian.

Wallahu A'lam

Satu lagi fitnah: Tuduhan Terhadap Dr. Asri Menghalalkan Liwat

Baru sekejap td saya terbaca artikel dalam blog www.abu-syafiq.blogspot.com. Semoga pemilik blog ini diberikan hidayah oleh Allah Taala dengan secepat mungkin. Saya tidak mengatakan beliau sesat namun dengan fikiran waras saya tidak mampu untuk menerima kritikan beliau terhadap Dr. Asri. Dengan tuduhan yang dilemparkan oleh beliau bahawa Dr. Asri menghalalkan liwat adalah sangat tidak berasas sama sekali kerana saya pernah mendengar ceramah Dr. Asri yang menjelaskan mengenai hukum liwat itu adalah haram. Dan Dr. Asri juga tidak bersetuju dengan pendapat beberapa ulama terdahulu yang menghalalkan liwat. Jadi masakan hukum liwat boleh dihalalkan oleh Dr. Asri sebagaimana yang dituduh oleh pemilik blog tersebut.

Adalah sangat bahaya kalau tuduhan ini tersebar luar kerana ia akan mendatangkan fitnah yang sangat besar kepada masyarakat lagipun dengan tuduhan yang sangat tidak berasas ini secara tidak langsung akan menjatuhkan maruah pemilik blog ini. Blog nya padat dengan ilmu dan berita tetapi sayang ia dipenuhi dengan fitnah-fitnah lebih-lebih lagi fitnah yang melampau terhadap wahabi.. Kenapa marah sangat pada Wahabi?.. saya pun hairan tapi yang jelasnya mereka dan golongan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh suatu kuasa yang menutup minda dan hati dengan memandang bahawi hanya golongan mereka saja yang betul dan golongan lain termasuk wahabi tergolong dalam golongan sesat.... Astaghfirulla al-Azim...

Kepada semua pembaca artikel ini, berhati-hatilah dalam menilai seseorang dan jangan berani menghukum kerana lebih baik tersalah ampun dari tersalah hukum...

Saturday, May 16, 2009

Berbicara tentang "KELEBIHAN TENTANG DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

Hadis Palsu tentang Kelebihan Doa Awal & Akhir Tahun PDF Print E-mail
Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Thursday, 18 January 2007
Hadis Palsu tentang Kelebihan Doa Awal & Akhir Tahun

Oleh al-ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Laman web http://www.islam.gov.my/program/doa.html mencatatkan satu hadis tentang kelebihan membaca doa awal tahun bermaksud: sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak- Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Sememangnya menjadi amalan sebahagian masyarakat Muslim Melayu berhimpun pada hari terakhir tahun hijri untuk berdoa dengan doa awal tahun dan akhir tahun. Doa yang selalu dibaca dan kononnya datang daripada Nabi berbunyi:

اللهم ما عملته في هذه السنة مما نهيتني عنه ولم ترضه ، ونسيته ولم تنسه ، وحلمت عليَّ في الرزق بعد قدرتك على عقوبتي ، ودعوتني إلى التوبة بعد جراءتي على معصيتك ، اللهم إني استغفرك منه فاغفر لي ، وما عملته فيها من عمل ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك يا كريم ، يا ذا الجلال والإكرام أن تقبله مني ، ولا تقطع رجائي منك يا كريم ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Ulasan

Hadis tidak diriwayatkan dalam mana kitab-kitab hadis. Penentuan awal tahun dan akhir tahun hanya berlaku di zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi. Bagaimana mungkin baginda menjelaskan hadis ini dan doa awal tahun kepada para sahabat?

Justeru hadis ini adalah palsu dan haram serta tidak wajar disebarkan.

Baginda bersabda:مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “sesiapa yang berdusta menggunakan nama ku,maka tersedialah untuk dirina satu tempat duduk dalam neraka.” (hadis riwayat Bukhari dan Ahmad)

Diriwayatkan daripada Samurah bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حدَّثَ عنِّي بحديثٍ يرى أنَّه كذبٌ فهو أحدُ الكاذبيـن

Maksudnya: “sesiapa yang bercerita atas namaku satu hadis yang dirasakannya bohong, maka dia adalah salah seorang pembohong. (hadis riwayat Muslim)

Bersangka baik itu satu nikmat yang tersembunyi

Kita selalu memandang orang lain dengan pelbagai pandangan, ada yang memandang serong dan ada juga terlalu memandang baik. Yang seeloknya bersederhanalah bila memandang seseorang. Yang pertengahan itu yang terbaik. Alasan selalu diberikan bahawa memandang buruk terhadap seseorang itu adalah sikap berhati-hati, persoalannya betulkah berhatu-hati? Bila kita tanya diri sendiri dengan akal yang sempurna ternyata ia adalah perasaan yang salah. Apatahlagi bila di depan kita itu yang lebih dari kita, maka pelbagai andaian yang muncul dalam fikiran kita.

Ramai yang lupa bahawa dengan bersangkan baik ia akan memberikan kita nikmat yang luarbiasa. Sebab itulah dalam Islam terlalu menggalakkan penganutnya supaya sentiasa berbaik sangka sesama manusia apatahlagi sesama Islam. Dengan merujuk kepada pendapat pakar kaunseling, berbaik sangka ini adalah suatu yang berkait dengan perasaan yang boleh menyalurkan perasaan kita terhadap orang yang kita sangkakan. Terdapat arus dalam yang boleh kita katakan di sini sebagai aura dan aura ini yang menyalurkan arus dari kita terus kepada orang tersebut lebih-lebih lagi orang tersebut sentiasa berada di sekeliling kita. Sebab tu lah, kalau kita perhatikan, bila kita mempunyai perasaan benci terhadap seseorang secara tak langsung orang tersebut dengan sendirinya tidak mesra dengan kita. Dan kita jangan terlalu yakin dengan orang yang kita sangka buruk baik dengan kita walaupun kita berperasaan demikian sebab dalam bab menjaga hati atau berlakon memang terjadi sedangkan dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu. Manakan dia boleh senang hati dengan kita secara jujur sedang kita sendiri pun berperasaan tidak baik terhadapnya. Atau contoh yang lebih senang lagi kalau kita berkenan pada seseorang gadis walaupun kita tidak menzahirkan perasaan kita terhadapnya tetapi secara tidak langsung terbit rasa malu atau gelabah di hatinya. Kalau tak percaya cuba bayangkan wajah gadis yang kita kita minat yang selalu bersama dengan kita kemudian perhatikan kesannya dalam tempoh seminggu. Dia terima atau tidak itu bab lain tapi yang jelasnya hati dia tidak akan tenteram bila kita ada bersama pada waktu itu. Inilah yang dikatakan telepati.. mengalurkan arus melalui perasaan.

Oleh yang demikian, sekiranya kita inginkan kita sentiasa dipandang baik oleh orang lain, maka bermula hari ini ubah lah perasaan kita bahawa semua yang berada di sekeliling kita ini adalah semuanya baik-baik belaka. Nikmatnya sangatlah banyak, Insya Allah semua yang baik akan mengelilingi kita dan kejahatan sedikit demi sedikit akan terhakis terutamanya sikap mengumpat, keji mengeji, mengutuk dan sebagainya. Tidak susah nak dapat pahala dan senang juga nak dapat dosa, semuanya bergantung pada perasaan kita atau lebih tepat lagi hati. Dan lepas ini, kalau nak senang dapat naik pangkat cubalah fikirkan apa kebaikan yang ada pada bos atau majikan kita, hasilnya kalau dulu bos kita memang menyampah dengan kita, lama kelamaan ia akan bertukar menjadi suka dan mesra.. itu lah nikmat bersangka baik yang selalu kita abaikan dalam perasaan kita...

sekian, wassalam.....................


Friday, May 15, 2009

Minda Sedar: Bagaimana kita memperalatkannya?

Kalau mendengar lagu "jika fikirkan boleh, kita boleh melakukan" dan seterusnya. Sejauhmanakah kita mempraktikkannya. Selalu juga bila mengikuti program motivasi, rasa hairan bila fasilitator mampu menaikkan semangat kita yang selama ini selalu saja rasa lemah. Itulah sebenarnya, kita lupa bahawa dalam diri kita sebenarnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Cuba kita lihat para Sahabat Rasululullah s.a.w sendiri yang sentiasa bertarung nyawa mempertahankan Islam dan sememangnya mereka ini berkehendakkan syahid, dengan bilangan hanya beberapa ratus sahaja dapat kalahkan jumlah yang beribu.. Sebab apa? kalau yang biasa kita dengar adalah itulah pertolongan Allah Taala dan mukjizat Nabi s.a.w, tetapi tidak kah kita terfikir bahawa itupun salah satu dari minda sedar yang dimiliki oleh mereka yang secara tidak langsung menerbitkan minda bawah sedar (sub concius mind) yang mampu melahirkan kuasa yang luar biasa..

Wednesday, May 13, 2009

j-QAF: Suatu tanggungjawab besar

Semalam aku menghadiri taklimat pengurusan j-QAF yang diadakan di PPD Hulu Langat Blok C, yang disampaikan oleh Ust. hasnol telah menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang masih mengecewakan beliau berkaitan dengan pengurusan j-QAF di seluruh Selangor khususnya kawasan PPD Hulu Langat. Beliau juga ada menyatakan bahawa PPD Hulu Langat mendapat giliran yang kesepuluh yang mana sekarang ini sudah lapan PPd telah dipantau oleh PPD luar.

Dalam taklimat tersebut Ust. hasnol menyatakan antara aspek-aspek yang akan dipantau adalah:

  1. P&P
  2. Khatam al-Qur'an dan Model Tasmik
  3. Headcount
  4. Fail-fail
  5. Data-data j-QAF
  6. Minit mesyuarat (Penekanan diberikan mengenai peningkatan prestasi murid)
  7. dan beberapa perkara lain yang berkaitan
Oleh yang demikian, kepada semua guru j-QAF, bersedialah dari sekarang, perkemaskan apa yang patut dilakukan dan sentiasa cergas dalam memikul tanggungjawab... Insya Allah segala usaha akan diberkati oleh Allah Taala

Tuesday, May 5, 2009

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab : Satu jawapan sebagai perbandingan kisah

Fitnah ke atas Syeikh Muhammad Abdul Wahab: Ini jawapannya
Posted by : zain-ys on Friday, December 16, 2005 - 12:58 PM CCT 10032 Reads Printer Friendly Page Printer Friendly Page




Tuduhan 1: Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya membenci Nabi Muhamad s.a.w:

- Tongkat syeikh lebih baik dari Nabi Muhamad s.a.w.

- Syeikh melarang berselawat ke atas Nabi s.a.w. selepas azan di atas menara.

Tuduhan 2: Nabi s.a.w. melaknat Nejd kerana tempat naiknya tanduk syaitan.

Tuduhan 3: Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan para pengikutnya telah melarang daripada membaca kitab: “Dalail Al khairat” dan “Syawariq Al Anwar”



Syubhat syubhat Ke Atas Syeikh Muhammad Abdul Wahab

Oleh: Tuan Guru Abdul Qadir Al-Mandeely (Guru di Masjidil Al-Haram Mekkah Al-Mukarramah)

Syubhat syubhat dan fitnah fitnah yang dilemparkan ke atas SMAW adalah teramat banyak serta ianya masih lagi bersarang di dalam kepala sesetengah umat Islam. Disini memadailah kita membawa dua atau tiga syubhat keatas SMAW sebagai contoh. Di antaranya:

>>Syubhat Pertama

Mereka mendakwa bahawa SMAW dan pengikut pengikutnya membenci Nabi Muhammad SAW, menghina baginda SAW dan para nabi yang lainnya a’alaihimussolatu was-salam.

Bagi menguatkan dakwaan mereka, mereka berkata bahawa SMAW telah berkata:

“Bahawa Nabi Muhammad SAW seumpama seseorang yang tuli yang diutuskan kepada manusia untuk menyampaikan sesuatu perkara kemudian ia pulang.”

Berkata Alwi Al Haddad dalam kitabnya “Misbah Al An’am” :

SMAW dan para pengikutnya berkata :

” Tongkat saya adalah lebih baik daripada Muhammad kerana ia dapat membunuh ular dan seumpamanya. Sedangkan Nabi Muhammad telah mati dan tidak terdapat manfaat sekali padanya ”.

Manakala Sayed Ahmad Zaini Dahlan pula berkata:

“Pengikut SMAW telah terlarang daripada berselawat kepada Nabi SAW selepas azan diatas menara, sehinggakan apabila seseorang tukang azan yang buta berselawat kepada Nabi Muhammad SAW selepas azan lalu ia dibawa kepada SMAW dan dibunuhnya tidak akan wujud melainkan pada diri orang orang Maulid, Yahudi dan Nasrani”.

Bantahan Kepada Syubhat Yang Pertama

Sesungguhnya dakwaan ini adalah fitnah yang keji yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada individu Islam yang berusaha gigih untuk menegakkan Al-Quran dan As Sunnah. Tambahan pula sikap membenci Nabi Muhammad SAW tidak akan wujud melainkan pada diri orang orang Maulhid, Yahudi dan Nasrani.

Sepertimana yang kita telah ketahuio, syarat untuk seseorang itu menjadi seorang Islam adalah dengan ucapan dua kalimah syahadat “Bahawasanya aku naik saksi tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah” oleh itu bagaimana mungkin seorang yang mengaku dirinya Islam membenci Rasulullah serta melarang berselawat kepadanya.

Allah berfirman:

“Katakanlah, Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosa kamu”. (Ali Imran 31)

Ayat ini mejelaskan kepada kita bahawa adalah syarat bagi seorang hamba yang mendakwa ianya mencintai Allah SWT itu mengikuti RasulNya. Dan mengikuti RasulNya tidak dapat tidak adalah dengan wujud perasaan cinta terhadapnya. Rasulullah SAW bersabda:

”Maksudnya: Tidak beriman seseorang itu sehingga adalah aku lebih dicintainya daripada bapanya dan anaknya serta manusia sekeliannya”.

Justeru itu bagaimana mungkin sahnya iman seseorang itu sdangkan ia tidak mencintai rasulullah SAW.

Di samping itu kita harus menyedari bahawa SMAW juga turut menghasilkan kitab “Seerah Rasulullah SAW”.Andaikan beliau tidak mencintai Rasulullah Saw, nescaya beliau tidak akan mengarang kitab “SIRAH” yang memaparkan kehebatan dan kebesaran rasulullah SAW dari mula baginda dilahirkan hingga wafat.

SMAW adalah seorang yang bermazhab Hambali, mereka berpendapat berselawat ke atas Nabi SAW di dalam tahiyyat akhir adalah daripada fardhu. Solat iti tidak sah melainkan dengan selawat ke atas Nabi SAW. Pendapat ini adalah bertepatan dengan pendapat (qaul) kedua imam Syafe’I, manakala mazhab Maliki dan Hanafi pula menyatakan ianya sunat. Oleh itu bagaimana mungkin kita boleh menuduh orang yang mewajibkan selawat ke atas Nabi SAW di dalam solat itu menbenci Rasulullah SAW.

Adakah mereka itu lupa bahawa selawat ke atas Rasulullah SAW itu adalah merupakan perintah Allah SWT. FirmanNya:

Maksudnya: “sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman! Berselawatlah kami ke atas Nabi dan ucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Azhab:50)

Para ulama’ telah sepakat mengatakan bahawa berselawat tanpa mengangkat suara selepas azan itu merupakan bid’ah yang berlaku pada tahun 781H, di man a ia tidak pernah berlaku pada zaman para sahabat, tabi’in serta imam yang empat.

>>Syubhat Yang Kedua

Meraka mendakwa SMAW serta para pengikutnya telah berkat: “Bahawa Nabi Muhammad Saw telah mela’nat menghina negeri Najd serta melarang daripada berdoa untuk ahli-ahlinya, telah sabit dalam hadith sahih bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ya Allah! Berkatilah bagi kami pada negeri Syam dan negeri Yaman kami. Mereka berkata: “dan pada negeri Najd kami”. Bersabda Nabi: “Ya Allah! Berkatilah kami pada negeri Syam kami dan negiri Yaman kami. Mereka berkata: “Dan kepada negeri Najd kami. Maka aku menyangka mereka bersabda pada kali yang ketiga; di sana terdapat gempa dan fitnah dan di sana naiknya tanduk syaitan…. Di dalam hadith yang lain pula: “Kepala kufur dari sebelah matahari naik”.

Muhammad b. Abdul Wahab dilahirkan dan di besarkan di negeri Najd, manakala Nabi Muhammad SAW pula memberitahu di sana terdapat gempa dan fitnah, Maka da’wah SMAW adalah sebahagian daripada gempa dan fitnah. Sesungguhnya telah lahir sebelumnya daripada negeri Yamaamah “Musailamah Al Kazzab’ yang mendakwa sebagai Nabi, begitu juga dengan Thulaihah b. Khuwailid Al Asadi. Najd terletak sebelah Timur Madinah.

Bantahan Terhadap Syubhat Yang Kedua

Kita tidak menafikan bahawa Hadith yang mereka kemukakan di atas adalah sahih, tetapi ia bukan untuk mela’nati negeri Najd Al Yamamah, bahkan kalimah Najd itu disebut bagi setiap sesuatu yang lebih tinggi atau menonjol daripada permukaan mukabumi. Manalaka kawasan yang terletak di timur Madinah adalah Iraq dan bukanya Al Yamamah seperti mana dakwaan mereka.

Telah berkata Al Karmaani didalam Syarah Al Bukhri: asal “Najd” Itu adalah sesuatu yang meninggi daripada permukkan bumi dan ia bersalahan dengan tanah rendah”. Ibnu Hajar Al Asqolani pula berkata: “ Telah bersepakat mereka yang telah mensyarahkan hadith dan par imam lughah pada kalimat “Najd” itu bukannya nama bagi negeri yang khusus dan bukannya nama bagi negeri yang tertentu, bahkan ia disebutkan bagi setiap bahagian di muka bumi yang meninggi dan yang menonjol daripada permukaan yang sekitarnya.

Jesteru itu “Najd” di negeri Arab adakah teramat banyak, di antaranya: Najd Al Barq, Najd Ija’, Najd Al Iqab di Damsyik, najd Yaman, Najd Hijaz dan Najd Iraq yang terletak di sebelah timur Madinah Al Munawwarah.

Ketika mensyarahkan hadith “Tanduk syaitan itu terbit daripada Najd”, Al Karmaani telah berkata: “Ianya adalah permukaan bumi yang tinggi daripada Tihamahhingga kepada negiri Iraq:.

Dari itu jrlaslah kepada kiat bahawa hadith yang mencela “Najd” di mana terbitnya tanduk syaitan darinya bukanlah ditujukan kepada Najd Al Iraq dan sekelilingnya.

Telah berkata pengarang “Akmalul Bayan fi Syarhi Hadith Najd ’Qarnul Syaitan’”. Yang dimaksudkan dengan negeri-negeri yang terletak di sebelah timur Madinah Al Munawwarah seperti mana yang tersebut di dalam hadith-hadith itu ialah tempat bermulanya fitnah dan fasad, pusat kekufuran dan ilhad serta tempat terbitnya bid’ah dan kesesatan. Maka lihatlah pada peta Arab dengan pandangan yang teliti, nescaya jelaslah kepada kamu bahawa permukaan bumi yang tinggi di sebelah timur Madinah itu aialah Iraq yang terletak pada Kufah, Basrah dan Baghdad”.

Di antara gempa dan fitnah yang telah berlaku di Najd Iraq itu ialah: peperangan Jamal dan Siffin. Di mana kedua-dua peperanagn ini sedikit sebanyak telah meretakkan perpaduan umat Islam dan menjadi sebab munculnya golongan sesat seperti Khawarij dan Syiah serta berlakunay peristiwa kafir mengkafir dikalangan umat Islam ketika itu.

Kemudian berlaku pembunuhan Hasan b. Ali RA dan ia adalah sebesar-beasr fitnah yang berlaku kepada umat Islam. Kemudian munculnya Al Mukhtar Al Ubaed ath Thaqafi yang mendakwa menerima wahyu serta berlakunya tragedi pembunuhan Zaid b. Ali b. Husain.

Di sanalah munculnya golongan Mu’tazilah dan Qadariyah serta berlakunya tragedi fitnah Al Quran itu Makhluq, di mana Al Ma’mun telah memaksa umat Islam agar ber’itiqad bahawa Al Quran itu Makhluq sehingga membawa kepada pembunuhan Imam Ahmad Al Khazaie’, manakala Imam Ahnad b. Hambal pula disisksa dan dipenjarakan kerana menentang I’tiwad yang bathil ini.

>>Syubahan Yang Ketiga

Meraka menyatakan SMAW dan para pengikutnya telah melarang daripada membaca kitab: “Dalail Al khairat” dan “Syawariq Al Anwar” di man kitab ini banyak menghimpunkan fadhilah-fadhilah berselawat ke ats nabi SAW dab berbagai lafaz selawat.

Bantahan Syubahat Yang Ketiga

Kita seharusnya meneliti adakah larangan SMAW itu daripada membaca kedua-dua kitab tersebut di atas adalah berdasarkan kepada larangan berselawat ke atas nabi Saw atau sebaliknya.

Terlebih dahulu kita seharuslah menyedari bahawa kedua-dua kitab tersebut di ats adalah di penuhi dengan hadith-hadith yang daif dan palsu (maudhu’) bahkan lafaz-lafaz selawat di dalam kitab itu tidak warid daripada Al Quran dan As Sunnah. Ianya hanyalah semata-mata ciptaan pengarang kitab tersebut.

Pengarang kitab di atas telah menjadikan selawat-selawat itu sebagai hizib yang perlu dibaca pada hari-hari tertentu sepanjang minggu, sedangkan perbuatan menjuzu’kan selawat-selawat serta membahagi-bahagikan selawat mengikut hari adalah merupakan bid’ah yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW, para sahabt, tabi’in serta para imam yang mu’tabar.

Selawat kepada nabi SAW adalah merupaka ibahad dan perkara ‘qurbah’ (mendekatkan diri kepada Allah SWT) yang di bina atas tauqifiah di man ibadah itu hendaklah berpunca daripada Al Quran dan As Sunnah dan bukannya dicipta ola\eh manusia. Jesteru itu bagaimana mungkin kita menjadilak selawat-selawat yang di hasilkan oleh pengarabg kitab tersebut sebagai ibadah kita setiap hari dan sepanjang minggu.

Di sini kita kemukakan contoh hadith yang di sandarkan kepada Nabi SAW yang terdapat di dalam kitab tersebut. Bersabda Nabi SAW:

“Tidak ada daripada seorang hamba yang berselawat kepadaku melainkan keluar selawat daripada mulutnya dengan segera tidak daratan dan tidak lautan, tidak timur dan tidak barat melainkan lalu selawat itu serta berkata: “Aku berselawatlah Fulan b. Fulan dan ia telah berselawat ke atas Nabi pilihan”. Maka tidak ada sesuatu melainkan berselawat ke atasnya. Dan Allah jadikan daripadanya seekor burung yang mempunyai 70 ribu sayap dan tiap-tiap sayap 70 ribu bulu dan tiap-tiap buku 70 ribu muka dan pada tiap-tiap muka 70 ribu mulut dan tiap-tiap mulut ada 70 lidah dan setiap lidah itu bertasbih bagi Allah dengan 70 ribu bahasa dan Allah menulis pahala semua itu untuk orang tersebut.”

Jelaslah kepada kiata bahawa larangan SMAW daripada mengambil panduan dari kitab “Dalail Al Khairat” dan ‘Syawarariq Al Anwar” adalah berdasarkan kepada beberapa kaedah syarie dan bukannya kerana tidak suka berselawat ke Atas Nabi SAW.


Petikan dari: http://www.al-wahidah.com/artikel/wahabi0.html

Isu Tahlil: Sedekah dan Upah

Banyak juga saya kena hentam mengenai isu ini.. Tapi tak apa, itu hak mereka dan mereka berhak untuk mengeluarkan pendapat. Saya juga pernah untuk diajak untuk berdebat mengenai isu ini, saya tak kisah sangat dan saya sanggup terima kalau kebetulan bersemuka tapi kalau berjanji untuk berjumpa semata-mata untuk berdebat saya rasa tidak berguna sebab itu bukan lebih mencari kebenaran cuma sekadar mahu menegakkan pendapat masing-masing.

Apa pun yang ingin saya tuliskan di sini adalah mengenai sedekah dan upah dalam majlis tahlil. Bagi pendapat saya (mungkin betul, harus salah) memberi makan kepada peserta majlis adalah lebih kepada upah makan bukan sedekah makanan. Sebab apa? Kerana mereka diberi makan setelah berzikir beratus-ratus zikir. Mereka diberi makan bukan kerana sebab nak bagi makan saja-saja tapi kerana mereka berzikir kepada arwah yang diminta oleh tuan rumah untuk disedekahkan pahala zikir mereka kepada arwah keluarga tersebut.

Andainya kalau tuan rumah memanggil hadirin untuk makan saja kemudian balik rumah, sama atau tidak, hadirin dipanggil untuk berzikir dan sedekah pahala zikir tersebut kepada arwah kemudian diberi makan? Mana satu sedekah yang lebih tepat dari segi maknanya?. Sebab itulah saya lebih katakan itu adalah upah sebab berzikir bukan sedekah makan kepada hadirin tersebut.

Saya tidak nafikan bahawa pahala zikir tersebut itu sampai, kerana terdapat ulama yang mengatakan sampai, jadi ini bukan persoalannya cuma yang menjadi persoalan di sini adalah jamuan makan tersebut dikira sedekah atau upah? Eloklah kalau pembaca menilai kembali yang mana satukah yang lebih tepat lagi....

kalau diperhatikan dalam hadis pun, Banyak hadis yang lebih menganjurkan agar yang hidup memohon keampunan untuk si mati, cuba lah lihat hadis-hadis Nabi s.a.w dengan hati yang terbuka. Apakah dengan kenyataan saya begini, saya terus dianggap Wahhabi yang terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah.. Na'uzubillah........

Walau apa pun biarlah apa yang mereka katakan, yang jelas di sini saya sangat tidak bersetuju dengan jamuan makan oleh keluarga si mati untuk hadirin khususnya penduduk kampung kerana penduduk kampung harus lebihmemberikan pertolongan dan memberi makan kepada keluarga si mati bulan keluarga si mati yang memberi makan kepada hadirin yang lain. Apatah lagi kalau keluarga itu miskin hanya sekadar untuk makan ala kadar saja, bila diberi upah lagi mepada hadirin yang berzikir untuk arwah kemana lagi harus dikorek duit selepas ini.. Dan saya sangat bersetuju kalau nak buat sangat majlis tahlil, bila urusan makan dan minum diuruskan seratus peratus oleh penduduk kampung tanpa keluarga si mati tidak mengeluarkan sedikit pun wang ziarah yang mereka perolehi daripada mereka yang menziarah si mati....

Apa yang penting, kita sebagai manusia yang serba kekurangan jangan terlalu sangat memberatkan perkara yang mudah... Cuba fikirkan kalau keluarga si mati membuat majlis tahlil tanpa membuat makanan, apakah jiran-jiran dan hadirin yang lain akan berterusan ke majlis zikir hingga tamat 7 malam? Tapi mengikut pengalaman saya, dijamu sekadar makan roti pun dah bising apatah lagi tidak diberikan langsung... Ini masalahnya sekarang ini...

Sekian, Wassalam.......

Monday, May 4, 2009

Antara Guru, Tok Guru dan Mahaguru

Bila berada di sekolah banyak sangat kedengaran bunyi keluahan dari guru-guru tak kira lelaki atau perempuan. Kebanyakkan daripada mereka sangat tidak mahu masuk ke dalam kelas tahap 1 teritsms darjah 1. Pengalaman yang sebelum ini memcetuskan secebis trauma dalam hati terutamanya dari kalangan guru yang kurang perasaan keguruan dalam jiwa mereka. Maka mereka akan rasa menyampah bila bersama murid yang belum matang untuk di didik dengan sepenuhnya hati dankeikhlasan yang layaknya sebagai seorang guru.

Dalam kesunyian yang membawa diri untuk termenung kosong tiba-tiba terfikir keseronokan mengajar murid tahap 2 yang kurang banyak kerenah berbanding murid tahap 1. Sebab tu lah guru yang lebih senior lebih memilih untuk mengajar murid tahap 2 berbanding dengan tahap 1.

Setelah diperhatikan antara situasi ini maka saya dapati terdapat 3 kategori yang boleh dilabelkan kepada golongan pendidik masakini. Yang pertama: Guru: Mereka adalah yang sentiasa bersama dengan murid yang sangat suka melayan kerenah murid walau apa jua keadaan sekalipun. Dan juga mereka adalah guru tahap 1 yang terpaksa berlakon diri untuk menghadapi bahana keganasan dan kenakalan murid semata-mata untuk menyuapkan sedikit ilmu agar menjadi insan yang berotak. Yang Kedua: Tok Guru: Selalunya mereka yang mendidik murid tahap 2 dan murid sekolah menengah yang sudah berakal dan mampu untuk menterjemahan arahan guru dalam bentuk pelaksanaan yang memuaskan hati guru. Situasi ini yang tidak memerlukan suapan ilmu hanya sekadar menyampaikan dalam bentuk bimbingan kerana murid ini sudah mampu untuk menyimpan ilmu yang disampaikan oleh guru. Dan Yang Ketiga: Mahaguru: Pendidik yang berada di tahap yang paling selesa sekali iaitu pensyarah-pensyarah universiti atau kolej kerajaan atau swasta dan tidak ketinggalan juga guru yang mengajar murid tingkatan 6 yang mana murid sudah memiliki hati dan akal yang cukup sempurna untuk menilai kebaikan dan keburukan.

Justeru, kalau anda sebagai pendidik, sila pastikan kategori manakah kedudukan anda? Guru, Tok Guru atau mahaguru..... Hanya yang mampu menilai diri anda sendiri... Dan kalau anda mahu berada dalam ketegori Mahaguru silalah lanjutkan pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi lagi... Insya Allah akan sentiasa bersama anda dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini... yang penting berjuanglah demi agama, bangsa dan negara.... Subhanallah....

Saturday, May 2, 2009

Kepada pencinta dan musuh Wahhabi.... Sila baca!!!

Aqidah : Fahaman Wahhabi, Satu Penilaian

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan, di bawah adalah pandangan dan penjelasan tentang fahaman 'wahhabi' oleh Us TMSTI. Artikal ini merupakan posting ke-3 mengenai 'wahhabi' dalam laman TasekPauh, dan kami yakin ia adalah satu penilaian yang adil mengenai topik ini. Sila baca sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang konklusi. Semoga artikal ini memberi manafaat kepada semua dan merapatkan jurang antara kedua-dua pihak; yang pro dan yang kontra, semata-mata atas dasar perpaduan ummah. Bersama-sama kita menegakkan Islam - zy.

Fahaman Wahhabi, Satu Penilaian

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.

Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun temurun kini dikatakan menular di kalangan cerdik pandai muda. Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Qur’an untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah”. Ini Adalah keratan akhbar Mingguan Malaysia, 27 November lepas (2005). Ia merupakan sebahagian daripada pandangan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Antara katanya: “Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain”.

Berdasarkan keratan-keratan akhbar ini, fahaman Wahhabi dianggap sebagai satu fahaman yang menyeleweng dan lari daripada landasan “Ahli Sunnah Waljamaah”. Kertas kerja ini akan menerangkan serba sedikit gambaran fahaman Wahhabi, moga-moga ia boleh menjadi asas kepada kita untuk menilai sendiri kebenaran atau kebatilan fahaman ini.

Siapakan Golongan Wahhabi?

“Mausuah al-Muyassarah Fil Adyan Wal Mazahib al-Mua’sorah” menamakan mereka sebagai kumpulan “Dakwah Salafiyyah” dan memperkenalkan mereka sebagai pencetus Harakah Islahiyyah (reformasi) yang timbul di hujung zaman kemunduran dan kejumudan pemikiran di dunia Islam. Ia adalah satu kumpulan yang menyeru supaya kembali kepada berpegang dengan Aqidah Islamiyyah dan asas-asasnya yang suci bersih. Ia juga mengajak supaya menyucikan Tauhid daripada sebarang unsur syirik. Dan mereka juga digelar sebagai Wahhabiyyah kerana dinisbahkan kepada pengasasnya iaitu Muhammad bin Abdul Wahha[1]. Pada hakikatnya para penganut fahaman ini bukanlah satu kumpulan yang asing (terkeluar daripada Islam) bahkan mereka adalah satu kumpulan yang masih menjaga asas-asas Islam ataupun (boleh dikatakan juga bahawa) mereka adalah kaum muslimin yang bermazhab Hanbali, yang mana sandaran pegangan-pegangan mereka merupakan al-Qur’anul Karim dan juga Hadis Nabawi[2].

Kemunculan Fahaman Wahhabi

Kumpulan ini muncul kerana keterlampauan dalam mentaqdiskan individu-individu tertentu dan keterlampauan dalam mengambil berkat dengan mereka dan mendekatkan diri dengan menziarahi kubur-kubur mereka[3]. Dr Muhammad Imarah menganggap kemunculannya adalah sebagai tunas kesedaran Islam dan sebagai petunjuk pertama kepada era baru umat Islam[4]. Beliau juga menganggap bahawa fahaman ini adalah kesinambungan aqidah salaf yang terdahulu yang bersumberkan nas dan dipelopori pada asalnya oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Menurut kitab “al-Madkhal ila Dirasatil Adyan Walmazahib”, Wahhabiyyah ini muncul sebagai reaksi tindak balas kepada banyaknya perkara-perkara bid’ah yang tidak ada asalnya dalam agama. Timbulnya kumpulan ini untuk menentang bid’ah tersebut dan kumpulan ini menghidupkan ajaran Ibnu Taimiyyah. Pada hakikatnya mereka bukanlah satu kumpulan yang berasingan, bahkan mereka adalah sebahagian daripada kaum muslimin yang bermazhab Hambali, yang mana sandaran akidah mereka juga adalah al-Qur’anul Karim dan Hadis Nabawi. Tujuan mereka adalah untuk mengasaskan kerajaan Islam di atas asas-asas Syariah Islamiyyah. Mereka menolak fahaman Syiah dan menentang sagala bentuk bid’ah yang dibawa oleh golongan Syiah dan Sufiyyah[5].

Antara Wahhabiyyah Dan Salafiyyah

Para penganut fahaman Wahhabi tidaklah menamakan diri mereka dengan gelaran Wahhabi, bahkan mereka lebih suka dengan gelaran Salafi[6]. Ini kerana pada pandangan mereka akidah dan amalan yang mereka perjuangkan tidaklah lari daripada cara para Salafussolih. Dan hakikat ini diakui oleh ramai ulamak dan pemikir-pemikir Islam. Sebahagian daripada mereka menganggap gelaran Wahhabi adalah gelaran daripada penentang fahaman mereka yang cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan bahawa mereka adalah golongan sesat yang terkeluar daripada “Ahli Sunnah Wal Jamaah”[7]. Berkata al-Malik Abdul Aziz (pengasas Negara Arab Saudi dan pendokong fahaman ini, dan kata-kata ini merupakan khutbah yang diucapkannya pada 11/05/1929M, bersempena musim haji 1347H): “Mereka menamakan kita sebagai orang-orang Wahhabi dan mazhab kita adalah mazhab Wahhabi, dan menganggapnya sebagai satu mazhab yang lain. Ini adalah satu kesilapan besar yang timbul kerana kepercayaan kepada dakyah-dakyah palsu yang disebarkan oleh orang-orang yang bertujuan jahat. Kami bukanlah satu mazhab yang baru, ataupuhn akidah yang baru. Dan Muhamad bin Abdul Wahhab tidaklah membawa satu perkara yang baru, bahkan akidah kami adalah akidah para Salafussoleh yang berpandukan al-Qur’an, as-Sunnah dan juga fahaman Salafussoleh. Kami menghormati imam-imam mazhab yang empat dan tidak ada beza di sisi kami antara imam Malik, Syafie, Ahmad dan Abu Hanifah. Mereka semua adalah mulia pada pandangan kami…"[8].

Dan sebahagian mereka juga berkata bahawa nisbah yang paling tepat untuk mereka adalah “Muhammadiyyah” dan bukannya “Wahhabiyyah”. Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Baz (bekas Mufti Arab Saudi): “Gelaran yang sahih kepada mereka adalah al-Muhammadiyyah, kerana ini jelas membawa erti bahawa pengasas dakwah ini (fahaman ini) ialah Syeikh Muhammad dan bukannya ayahandanya Abdul Wahhab. Dan antara yang sangat pelik ialah kamu tidak akan dapati bagi galaran ini (Wahhabiyyah) sebarang kesan di Najd, bahkan orang-orang Najd mengengkari gelaran ini kepada mereka. Dan ini jelas menunjukkan bahawa gelaran ini adalah datang dari lpihak luar yang memusuhi dakwah ini…"[9].

Syeikh Al-Albani pula menyatakan gelaran Wahhabiyyah sebenarnya satu kemuliaan, kerana ia dinisbahkan kepada salah satu nama Allah SWT, iaitu "Al-Wahhab". (walaupun tujuan musuh menamakannya demikian untuk memburuk-burukkan mereka). Beliau juga menganggap faktor utama fitnah yang dilemparkan kepada golongan ini adalah masalah politik di zaman tersebut[10].

Pengasas Fahaman Ini

Pengasas fahaman ini ialah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi an-Najdi (1115-1206H, 1703-1791M)[11]. Dilahirkan di al-Uyaynah, satu kampung yang memang dikenali di al-Yamamah di Najd, tenggara Bandar Riyadh. Beliau membesar dalam suasana keagamaan dan pada mulanya belajar dengan ayahandanya sendiri Syeikh Abdul Wahhab bin Sulaiman. Ayahandanya adalah Qadhi al-Uyaynah dan datuknya pula Syeikh Sulaiman merupakan seorang ulamak yang terkemuka di Najd. Beliau menghafal al-Quran sejak kecil lagi iaitu ketika berumur sepuluh tahun.

Beliau merupakan seorang yang sangat cerdik, sehinggakan ayahandanya yang merupakan seorang Qadhi pernah menyatakan bahawa terdapat beberapa hukum hakam yang beliau ambil kefahaman daripada anaknya sedangkan anaknya itu masih belum baligh. Ayahandanya pernah menajdikannya imam solat semenjak umurnya dua belas tahun lagi. Setelah beliau pergi ke Mekah menunaikan haji, (dalam lingkunga umur 12 tahun), beliau sempat belajar dengan sebahagian ulamak-ulamak Masjidil Haram. Kemudian beliau menuju ke Madinah, dan belajar dengan Syeikh Muhammad Hayat al-Sindiyy (1165H). Syeikh Wahabi juga telah pergi ke Iraq untuk menimba ilmu. Dan beliau pernah berazam untuk ke Syam, namun tidak kesampaian kerana masalah perbelanjaan.

Beliau kahwin dalam usia yang sangat muda iaitu ketika berumur dua belas tahun dan dikurniakan beberapa orang anak. Tinggal di “ad-Dar’iyyah” lebih kurang 50 tahun dan di situlah pusat beliau mengembangkan ajarannya dengan disokong oleh pemerintah “ad-Dar’iyyah”, iaitu Muhammad bin Su’ud. Beliau bukan sahaja menghabiskan masanya dengan dakwah secara lisan, bahkan seperti juga ulamak-ulamak yang lain yang berdakwah dengan penulisan. Beliau pernah menulis beberapa surat untuk menyatakan dakwahnya. Beliau juga meninggalkan beberapa buah seperti kitab “at-Tauhid”, kitab “Kasyfus Syubuhat”, kitab “al-Usulus Salasah”, kitab “al-Kaba’ir”, kitab “al-Qawaidul Arba’”, kitab “Fadhlul Islam”, kitab “Usulul Iman” dan lain-lain lagi.kitab-kitab beliau ini telah dikumpulkan dan kita boleh mengenali pendapat dan pandangan beliau berdasarkan kitab-kitab ini.

Beliau meninggal pada hari isnin pada bulan Syawwal tahun 1206H, dalam lingkungan umur 91 tahun.

Fikrah-fikrah Imam Muhammad bin Abdul Wahhab Dan Pengikutnya

- Syeikh Muhammad dalam pengajarannya bermazhab Hambali, tetapi beliau tidak melaziminya secara mutlak. Ini kerana beliau akan meninggalkan pendapat mazhab Hanbali jika pendapat yang lain adalah lebih “rajih” dalilnya pada pandangan beliau. Kerana inilah dikatakan bahawa golongan “Salafiyyah” ini tidak bermazhab pada “usul” dan bermazhab Hambali pada furu’.

Ertinya dalam masalah aqidah, Syeikh Muhammad dan para pengikutnya tidaklah bermazhab “Asyairah, atau Maturidiyyah, Muktazilah dan sebagainya, kerana mereka hanya menyambung pegangan para salaf yang terdahulu. Dan dalam masalah furu’ atau fiqh pula mereka bermazhab Hanbali. Dalam hal ini Syeikh Muhammad pernah menyatakan: “Alhamdulillah, sebenarnya aku bukanlah membawa ajaran yang baru, bahkan aku hanya menurut ajaran golongan salaf yang terdahulu. Akidahku dan peganganku yang mana aku berpegang dengannya ialah akidah “Ahli Sunnah Waljamaah” yang mana ia merupakan pegangan sebenar kaum muslimin, sebagaimana pegangan imam-imam mazhab yang empat dan juga pengikut mereka sehingga hari kiamat[12]. Beliau juga pernah berkata: “Adapun mazhab kami ialah mazhab Imam Ahmad bin Hanbal, iaitu Imam Ahlus Sunnah (dalam masalah furu’), dan kami tidak mendakwa mampu berijtihad. Dan jika jelas kepada kami satu sunnah Rasulullah yang sahih, kami akan amalkannya dan kami sekali-kali tidak akan mendahulukan pendapat orang lain, walaupun siapa sahaja yang mengatakannya[13].

Ada juga yang menganggap bahawa fikrah Syeikh Muhammad tidaklah lari daripada pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah (728H), cuma pandangan beliau agak lebih keras.

- Fahaman Wahhabi menekankan kepada perlunya kembali kepada ajaran al-Qur’an dan Sunnah.

- Ia juga mengajak kepada membuka pintu ijtihad.

- Mengajak kaum muslimin supaya kembali kepada dasar tauhid yang dibawa oleh para salafussolih yang terdahulu dan menyucikannya daripada sebarang syirik.

Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi: “Perkara yang paling utama bagi al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab di semenanjung tanah arab ialah perkara aqidah. Iaitu untuk menjaga aqidah daripada sebarang syirik dan khurafat yang boleh mengotorkannya dan mengeruhkan kejernihannya. Di atas perkara itulah beliau menulis buku-bukunya dan juga surat-surat kirimannya, dan beliau telah bangkit dengan dakwahnya dan amalannya untuk meruntuhkan syiar-syiar syirik tersebut[14].

- Mengisbatkan al-Asma’ was Sifat sebagaimana yang Allah SWT isbatkan dan Rasulullah s.a.w. isbatkan tanpa “tamsil”, “tasybih”, takyiif dan “takwil”.

Ini kerana mereka berpendapat bahawa tidak ada yang mengenali Allah SWT melebihi darupada diriNya sendiri dan juga RasulNya. Berkata Imam Ahmad: “Tidak boleh kita sifatkan Allah SWT melebihi daripada apa yang disifatkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak boleh melampaui al-Qur’an dan juga al-Hadis"[15]. Dan mereka tidak menerima takwilan dalam bab ini kerana telah sepakat ulamak samada yang menerima takwil atau menolaknya bahawa takwilan adalah perkara yang “zhanni”, iaitu perkara yang tidak pasti. Dan mereka tidak mahu menyifatkan Allah SWT dengan perkara yang tidak pasti kesahihan nisbahnya kepada Allah. Kerana itulah mereka menerima segala sifat-sifat tersebut dengan menyakini bahawa tidak ada persamaan antara Allah SWT dengan para makhluk. Ini kerana perbincangan mengenai sifat Allah SWT adalah cabang daripada perbincangan tentang zat Allah SWT. Kalaulah kita mengisbatkan zatNya dengan isbat bahawa zatNya itu wujud dan bukannya isbatkan kaifiatNya, maka samalah juga kita mengisbatkan sifatNya tanpa isbatkan kaifiatNya.

- Memerangi perkara-perkara bid’ah dan khurafat seperti berdoa kepada kuburan, bersembelih dan bernazar kepadanya.

Berkata Dr. Abdullah al-Faqih: “Sesiapa yang mengenali Najd dan semenanjung arab sebelum tersebarnya dakwah Syeikh Muhammad, akan mengetahu betapa luasnya tersebar perkara-perkara bid’ah dan khurafat akan mengetahui betapa banyaknya peranan yang diberikan oleh dakwah ini daripada kesan-kesan yang baik dan terpuji, dan peranannya yang sangat besar dalam menghidupkan sunnah dan menghapuskan bid’ah[16].

- Menanamkan semangat jihad. Para penganut Wahhabi sanggup berjihad untuk menyebarkan dakwah mereka dan menghilangkan unsur-unsur syirik.

- Membahagikan tawassul kepada tawassul yang dibenarkan dan yang dilarang. Yang dibenarkan adalah dengan “Asma’ul Husna” dan yang dilarang pula adalah seperti dengan ketinggian Rasul, para solihin dan sebagainya.

- Melarang membina binaan di atas perkuburan.

- Menganggap meninggalkan dalil yang jelas dan menggunakan dalil yang kesamaran sebagai cara kumpulan yang sesat seperti golongan “Rafidhah” dan “Khawarij”.

- Membahagikan syirik kepada beberapa martabat, seperti “syirik akbar” iaitu syirik dalam beribadah, niat, ketaatan dan mahabbah. “Syirik asghar” pula ialah riak dan “syirik khafi”pula ialah syirik yang tidak disedar[17].

Wahhabiyyah, Antara Khilaf Dan Fitnah

Penentangan terhadap golongan Wahhabiyyah sebenarnya tercetus kerana perkara-perkara khilafiyyah dan juga kerana fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Sebagai contoh, keratan akhbar tadi mengandungi perkara-perkara yang memang menjadi khilaf di kalangan para ulamak seperti qunut, talkin, membaca al-Qur’an untuk orang yang meninggal dunia dan sebagainya. Dan ada juga yang memang fitnah yang sengaja dilemparkan seperti mengatakan bahawa fahaman ini menolak berzikir, berdoa dan mengharamkan perkara-perkara sunat dan harus di sisi “Ahli Sunnah Waljamaah”.

Adakah mazhab Hanafi dan Hanbali yang tidak berqunut pada solat subuh itu dianggap sebagai Wahhabi? Adakah Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bermazhab Wahhabi kerana mereka tidak menggalakkan membaca al-Qur’an di perkuburan[18]? Adakah Imam Nawawi dan para pengikut fahaman Syafiei dianggap Wahhabi kerana beliau ada berkata: “Membacakan al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat dan bersembahyang untuknya dan seumpamanya, maka dalam mazhab Syafie dan jumhur ulamak bahawa perkara itu tidaklah sampai kepada mayat dan memang khilaf ulamak padanya"[19]. Kerana inilah Syeikh Muhammad Basyir as-Sahwani (seorang ulamak Hindi) meyatakan bahawa tidak ada satu pun daripada pendapat Imam Muhammad yang hanya pendapat beliau dan tidak pernah dikeluarkan oleh para ulamak sebelumnya.

Dan antara fitnah yang paling besar yang dilemparkan oleh Dr Uthman kepada Wahhabi ialah “semata-mata memberikan penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah”. Fitnah ini adalah satu fitnah yang sangat besar yang dilemparkan kepada golongan ini (jika sahih kenyataannya itu sebagaiamana yang tersiar di akhbar) selain daripada fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan kepada Syeikh Muhammad seperti mengaku Nabi, menghina Nabi, menyamakan mereka dengan Khawarij, mengkafirkan orang Islam dan lain-lain lagi. Dan sebagai menerangkan lagi perkara ini, saya akan mengutarakan jawapan Imam Muhammad sendiri terhadap fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya:

"والله يعلم أن الرجل افترى علي أمورا لم أقلها ولم يأت أكثرها على بالي، فمنها: قوله إني مبطل كتب المذاهب الأربعة، وإني أقول إن الناس من ست مئة سنة ليسوا على شيء وإني أدعي الاجتهاد، وإني خارج عن التقليد وإني أقول: إن اختلاف العلماء نقمة، وإني أكفر من توسل بالصالحين، وإني أكفر البوصيري لقوله: يا أكرم الخلق، وإني أقول: لو أقدر على هدم قبة رسول الله صلى الله عليه وسلم لهدمتها، ولو أقدر على الكعبة لأخذت ميزابها وجعلت لها ميزابا من خشب، وإني أحرم زيارة قبر الني صلى الله عليه وسلم وإني أنكر زيارة قبر الوالدين وغيرهما، وإني أكفر من حلف بغير الله...وجوابي عن هذه المسائل أن أقول: { سبحانك هذا بهتان عظيم }[20].

Ertinya: “Dan Allah SWT mengetahui bahawa lelaki itu telah memfitnah diriku dengan pelbagai perkara yang mana ia bukanlah pendapatku, bahkan sebahagian besar daripadanya tidak pernah terlintas di fikiranku. Antaranya ialah perkataannya bahawa aku telah menganggap silap buku-buku mazhab yang empat itu, dan aku berkata bahawa orang Islam tidak mempunyai sebarang nilai sejak daripada enam ratus tahun yang lampau, dan aku berkata bahawa aku adalah mujtahid yang mampu berijtihad, dan aku berkata bahawa aku sudahpun keluar daripada bertaqlid, dan aku berkata bahawa khliaf ulamak itu adalah satu bala dan aku mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dengan para solihin, dan aku mengkafirkan Syeikh al-Busiri kerana (burdahnya yang berbunyi): “Wahai semulia-mulia makhluk Allah”, dan aku juga dikatakan berkata: “kalaulah aku mampu untuk meruntuhkan kubah makam Nabi, nescaya aku akan runtuhkannya, dan jika akau mampu meguasai kaabah, nescaya aku akan tukar saluran airnya kepada saluran air yang dibuat daripada kayu, dan aku mengharamkan menziarahi maqam Nabi s.a.w. dan mengengkari menziarahi kubur para kedua ibu bapa dan juga lain-lain, dan aku juga mengkafirkan sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah…dan jawabanku terhadap semua masalah ini adalah dengan bahawa aku berkata: “Maha suci Engkau (wahai Tuhanku), sesungguhnya ini adalah satu pembohongan yang sangat besar”.

Wahhabiyyah Dan “Ahli Sunnah Waljamaah”

Antara tohmahan berbisa yang biasa dilemparkan kepada golongan Wahhabi ialah mereka telah terkeluar daripada golongan “Ahli Sunnah Waljamaah”. Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tuduhan ini, kita perlu melihat kepada istilah “Ahli Sunnah Waljamaah”. Istilah “Ahli Sunnah Waljamaah"[21] diertikan sebagai “Orang yang kekal dengan cara Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya samada dalam bentuk aqidah, syariah dan akhlak"[22]. Mengikut Dr. Hasan Ibrahim Hasan penggunaan istilah “Ahli Sunnah Waljamaah” sebenarnya tidak digunakan melainkan pada permulaan zaman Abbasi, iaitu ketika mana berkembangnya mazhab “Muktazilah. Nama “Ahli Sunnah Waljamaah” digunakan kepada orang-orang yang berpegang kepada al-Qur’an dan al-Hadis, manakala “Muktazilah” pula digunakan kepada mereka banyak menggunakan ilmu “Kalam”[23]. Namun mengikut Abdul Rahim as-Sulami, gelaran “Ahli Sunnah Waljamaah” sebenarnya sudah bermula sejak berlakunya fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Usman r.a. Ini kerana kaum muslimin yang sebenar memerlukan kepada gelaran yang boleh membezakan mereka dengan golongan sesat yang telah lari daripada panduan Sunnah dan terkeluar daripada kumpulan sebenar orang Islam[24].

Sebenarnya Syeikh Muhammad yang merupakan pengasas kepada fahaman ini pernah menerangkan pendiriannya dalam masalah ini. Beliau pernah berkata: “Alhamdulillah, sebenarnya aku bukanlah membawa ajaran yang baru, bahkan aku hanya menurut ajaran golongan salaf yang terdahulu. Akidahku dan peganganku yang mana aku berpegang dengannya ialah akidah ““Ahli Sunnah Waljamaah” yang mana ia merupakan pegangan sebenar kaum muslimin, sebagaimana pegangan imam-imam mazhab yang empat dan juga pengikut mereka sehingga hari kiamat. Cumanya aku menerangkan kepada masyarakat tentang perlunya mengikhlaskan agama semata-mata kerana Allah SWT, dan aku melarang mereka daripada berdoa kepada selainNya samada yang hidup atau yang telah mati dan samada para solihin atau lain-lain. Aku juga melarang mereka daripada cara mereka beribadat kepada Allah yang mengandungi unsur syirik seperti penyembelihan, nazar, tawakkal dan sujud (kepada selain Allah) yang mana perkara-perkara itu tidak boleh ada sebarang syirik kepadanya samada para malaikat muqarrabin atau para Nabi yang mursalin (diutuskan Allah SWT). Dan akidah inilah (menyucikan sebarang syirik) merupakan intipati dakwah para Rasul, dari permulaan mereka hingga kepada Rasul yang terakhir. Dan inilah akidah “Ahli Sunnah Waljamaah[25].

Dan sebahagian ulamak (terutamannya golongan “Asyairah” dan Maturidiyyah”) telah mengkhaskan penggunaan “Ahli Sunnah Waljamaah” kepada mereka yang berfahaman “Asyairah” atau Maturidiyyah”. Padahal penggunaan takrif “Ahli Sunnah Waljamaah” kepada dua golongan ini sahaja pada hakikatnya adalah satu juzuk daripada “Ahli Sunnah Waljamaah”. Manakala sebahagian ulamak golongan Salafiyyah pula menganggap bahawa gelaran “Ahli Sunnah Waljamaah” hanya tertentu kepada kumpulan mereka sahaja. Mereka menganggap bahawa kumpulan “Asyairah” atau Maturidiyyah” samalah seperti golongan “Muktazilah” yang telah pun terkeluar daripada kumpulan “Ahli Sunnah Waljamaah"[26].

Dan cara yang terbaik untuk kita memahami perkara ini adalah seperti yang disebut oleh al-Baghdadi dalam kitabnya “al-Farqu Bainal Firaq” bahawa golongan “Ahli Sunnah Waljamaah” terdiri daripada pelbagai lapan kumpulan manusia dan mereka pula terdiri daripada ulamak ataupun orang awam. Antara kumpulan yang disebutkan oleh beliau ialah ulamak akidah, para fuqaha, muhaddisin, mufassirin, sufiyyah, ulamak bahasa, para mujahidin dan juga kaum awam muslimin.

Kesimpulannya golongan Wahhabiyyah bukanlah terkeluar daripada kumpulan sebenar “Ahli Sunnah Waljamaah” tetapi ia bukanlah kumpulan “Asya’irah” atau “Maturidiyyah” yang hanya dianggap sebagai “Ahli Sunnah Waljamaah” oleh sebahagian manusia, terutamanya di rantau ini yang rata-ratanya berfahaman “Asyairah”.

Wahhabiyyah Dan Kebangkitan Islam Masa Kini

Mengikut sesetengah pemikir Islam, Harakah Islah yang dibawa oleh golongan Wahhabiyyah ini memberikan kesan yang sangat positif kea rah kebangkitan dan kesedaran umat Islam. Berkata Syeikh Muhammad Qutb: “Sesungguhnya gerakan yang dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab untuk memperbetulkan akidah umat Islam merupakan factor sebenar kepada kesedaran dunia Islam, sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat dan menghapuskannya”.

Dr Yusof al-Qardhawi pula berkata: “Sesungguhnya kebangkitan yang kita lihat pada hari ini bukanlah timbul daripada kosong dan tidaklah meletup secara tiba-tiba, dan ia juga bukanlah “parasit” yang timbul sendiri tanpa ada penanam dan penjaganya sebagaimana yang digambarkan oleh sebahagian manusia. Sesungguhnya kebangkitan yang timbul ini merupakan kesinambungan dan tajdid kepada gerakan-gerakan Islamiyyah dan madrasah-madrasah pemikiran dan amali yang lepas, yang mana sebahagian daripadanya telahpun lenyap dan sebahagiannya masih lagi wujud dengan gambarnya atau dengan penjelmaan yang lain. Ia merupakan gerakan-gerakan yang diusahakan oleh lelaki-lelaki yang ikhlas yang mana setiap daripada mereka ingin mentajdidkan agama atau ingin menghidupkan ummah Islam di suatu tempat tertentu atau di lebih dari satu tempat, dalam sudut tertentu atau lebih daripada satu sudut, samada dalam pegangan, pemikiran dan juga akhlak. Sejarah telah mencatatkan bahawa antara mereka ialah “nujaddid” semenanjung arab, iaitu pembangkit “Dakwah Salafiyyah”, keluaran “Madrasah Hanbali”, iaitu Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang mana dengan asas gerakannyalah tertegaknya kerajaan Arab Saudi[27].

Pandangan Ulamak Terhadap Golongan Wahhabiyyah

Ramai di kalangan ulamak, samada yang sezaman atau yang datang selepas Syeikh Muhammad yang memuji beliau dan harakah dakwah yang di bawa oleh beliau. Antara ulamak yang memuji beliau ialah Imam Syaukani, al-Amir as-Son’ani, Muhammad Rashid Ridha, al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Ali Tontowi, Muhammad Qutb, Dr Yusuf Qardhawi, Dr Muhammad Imarah, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan lain-lain lagi. Di sini kami akan memetik sebahagian daripada pandangan para ulamak tersebut mengenai Syeikh Muhammad.

1. Syeikh Muhammad Bahjah al-Baitor (seorang ulamak Syam, dalam kitabnya “Hayat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah”): “Bukanlah Wahhabi dan Imam Muhammmad bin Abdul Wahhab itu satu mazhab yang baru, tetapi beliau (semoga Allah merahmatinya) merupakan mujaddid bagi dakwah Islamiyyah dan mengikut mazhab Ahmad bin Hanbal”.

2. Dr Wahbah az-Zuhaili: “Antara yang paling berani meyatakan kebenaran, dan reformis yang sangat agung dalam islah, pembinaan dan jihad untuk mengembalikan pegangan kepada Islam dan mengembalikan manhaj (method) para salafussolih ialah dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab”.

3. Dr. Yusof al-Qardhawi pernah menamakan beliau sebagai “Syeikhul Islam” dalam bukunya “Haqiqatul Tauhid”.

4. As-Sayyid Muhammad Rasyid Ridha: “Sesungguhnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhaban-Najdi merupakan salah serang mujaddid yang ikhlas itu. Beliau bangkit untuk membersihkan tauhid dan mengajak kepada mengikhlaskan ibadat semata-mata kepada Allah SWT sebagaimana yang dianjurkan al-Qur’an dan juga as-Sunnah. Beliau juga bangkit untuk menghapuskan bid’ah-bid’ah dan maksiat-maksiat dan untuk mengangkat kembali syiar-syiar agama yang ditinggalkan dan untuk membuang perkara-perkara haram yang dicerobohi. Dan telah bangkit menentang dakwah ini tiga kekuatan, iaitu kekuatan kerajaan dan pemerintah, kekuatan penolong-penolong mereka daripada kalangan ulamak munafiq dan kekuatan masyarakat yang hina dina. Dan senjata yang paling kuat untuk menentang gerakan ini ialah gerakan ini telah menyanggahi jumhur umat Islam. Siapakah sebenarnya umat Islam yang mana Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sanggahi dalam dakwahnya? Tidakkah mereka itu adalah para arab badwi yang mana kehidupan mereka itu lebih teruk daripada golongan jahiliyyah[28].

Kesimpulan

Pada kesimpulannya, saya melihat bahawa fahaman Wahhabi bukanlah satu fahaman yang terkeluar daripada “Ahli Sunnah Waljamaah”, apatah lagi daripada Islam. Bahkan kumpulan ini merupakan kesinambungan kepada fahaman salafussolih yang terdahulu. Khilaf teori mereka dengan “Asya’irah” dan “Maturidiyyah” tidaklah menyebabkan mereka terkeluar daripada golongan “Ahli Sunnah Waljamaah”, kerana “Ahli Sunnah Waljamaah” tidaklah tertentu kepada dua golongan tersebut. Tetapi ini tidaklah bererti bahawa hanya fahaman Wahhabiyyah sahaja yang berada dalam kebenaran, kerana fahaman ini adalah salah satu cabang daripada pendapat para ulamak. Semoga kita memberikan nilaian yang sebenar kepada fahaman ini dan tidak menzalimi dan menganiayai mereka.

Kebimbangan terhadap menularnya fahaman ini adalah tidak lain melainkan kerana kejahilan dan terpedaya dengan tohmahan yang dilemparkan kepada golongan ini yang sebenarnya ingin kembali kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. Bahkan kalau kita memerhatikan apa yang dinyatakan dalam permulaan keratan akhbar tadi, maka kita akan dapati bahawa kefahaman ini banyak menular di kalangan cendikiawan muda, dan bukannya pada golongan awam yang tidak mengerti atau kepada sebahagian remaja yang telah rosak kerana terpengaruh dengan budaya barat. Pada pandangan saya, fahaman ini mudah menular di kalangan mereka (cendikiawan) kerana merekalah sebenarnya yang lebih pandai untuk menilai kesahihan atau kebatilan sesuatu perkara. Firman Allah SWT: “Katakanlah: adakah sama orang yang mengwetahui dengan orang yang tidak mengetahui”.

والله أعلم، وصلى الله على محمد وعلى آله وصحبه وسلم. والحمد لله رب العالمين.

Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Shariah, Universiti Mu’tah, Jordan & Sarjana Pengajian al-Quran & as-Sunnah (Pengkhususan Hadis) UIAM, KL, 1426HDec2005

انظر الموسوعة الميسرة في الأديان والمذاهب المعاصرة, الندوة العالمية للشباب الإسلامي، الرياض, ص 273 , ط 2, 1409هـ [1]

[2] المدخل إلى دراسة الأديان والمذاهب، ج 2، ص 236.

[3] تاريخ المذاهب الإسلامية في السياسة والعقائد وتاريخ المذاهب الفقهية للإمام أبي زهرة, ص 208، ج 1, ب. ط., دار الفكر العربي، 1989م

الصحوة الإسلامية والتحدي الحضاري, للدكتور محمد عمارة, ص18, ط 2, دار الشروق, 1418هـ. [4]

المدخل إلى دراسة الأديان والمذاهب, للعميد عبد الرزاق محمد أسود، ج 3، ص 237, [5]

[6] سلفية لا وهابية، ص 377.

[7] Bahkan mereka telah menulis kitab khas untuk perkara tersebut. Antaranya ialah kitab:

دعوة الإمام محمد بن عبد الوهاب سلفية، لا وهابية”. Sila rujuk kitab tersebut, iaitu karangan Ahmad bin Abdul Aziz al-Husoin, cetakan pertama, Dar Alamul Kutub, Saudi Arabia, m/s 376. Rujuk juga

تصحيح خطأ تاريخي حول الوهابية" m/s25.

[8] [8] Rujuk buku " دعوة الإمام محمد بن عبد الوهاب سلفية، لا وهابية, m/s 378.

[9] Ibid, m/s 377.

[10] فتاوى الشيخ الألباني، عكاشة عبد المنان الطيبي، ص 12

[11] Antara buku yang terbaik ditulis dalam menceritakan tentang peribadi beliau ialah buku

الشيخ محمد بن عبد الوهاب، عقيدته السلفية ودعوته الإصلاحية وثناء العلماء عليه"” karangan seorang Qadhi Qatar, Syeihk Ahmad bin Hajar Abu Thomi, dan buku yang ringkas pula ialah buku karangan Syeikh Abdul Aziz bin Baz

انظر "الاتجاه السلفي بين الأصالة والمعاصرة"، د. راجح عبد الحميد الكردي، ص 49، ط 1، دار عمار، الأردن، 1409هـ [12]

انظر التجاه السلفي بين الأصالة والمعاصرة، للدكتور راجح الكردي، ص 48. [13]

[15] شرح العقيدة الواسطية لمحمد خليل هراس، ص 26، مؤسسة الرسالة، بيروت، ط 1، 1417هـ.

[16] Layari laman web www.islamweb.net (مركز الفتوى بإشراف د. عبد الله الفقيه)

[17] Sila rujuk fikrah-fikrah ini kepada kitab: “الموسوعة الميسرة في الأديان والمذاهب المعاصرة”.

فقه السنة للسيد سابق، ج 1، ص 493، دار الكتاب العربي، ط 8، 1407هـ [18]

[19] المنهاج شرح صحيح مسلم للنووي، تحقيق: خليل مـأمون شيحا، ج 11، ص 88، دار المعرفة، بيروت، ط 2، 1417هـ

[20] انظر مفاهيم يجب أن تصحح للسيد محمد بن علوي المالكي، ط 10، دائرة الأوقاف والشؤون الإسلامية، دبي، ص 74. وانظر أيضا تصحيح خطأ تاريخي حول الوهابية للدكتور محمد بن سعد الشويعر، ص 58، مكتبة المعارف، الرياضط 2، 1413هـ.

[21] Lihat perbahasan mengenainya dalam الفرق بين الفرق للبغدادي، من ص 276-325، ط 2، دار المعرفة، 1417هـ.

[22] Lihat takrif-takrif “Ahli Sunnah Waljamaah” dalam أهل السنة والجماعة للسيد ممحمد عقيل المهدلي، ص 7, حقيقة التوحيد بين أهل السنة والجماعة والمتكلمين لعبد الرحيم صمايل السلمي والعقيدة الصافية للفرقة الناجية, ص 29.

[23] تاريخ الإسلام، د. حسن إبراهيم حسن، دار الجيل بيروت ومكتبة النهضة المصرية، القاهرة، ج 2، ص 134، ط 13، 1411هـ.

[24] Rujuk " حقيقة التوحيد بين أهل السنة والمتكلمين", karangan Abdul Rahim bin Somail as-Sulami, m/s 35, cetakan pertama, Darul Mua’llimah, Riyadh, 1421H.

انظر "الاتجاه السلفي بين الأصالة والمعاصرة"، د. راجح عبد الحميد الكردي، ص 49، ط 1، دار عمار، الأردن، 1409هـ. [25]

[26] Sila lihat perbahasan ini dalam buku-buku berikut : حقيقة التوحيد بين أهل السنة والمتكلمين، عبد الرحيم السلمي، ص 40، أهل السنة والجماعة للمهدلي، ص 9، منهج أهل السنة والجماعة ومنهج الأشاعرة، لخالد بن عبد اللطيف، ص 40-49، في باب حكم إطلاق لقب أهل السنة والجماعة على الأشاعرة.

[27] Layari: http://ikhwan.net

[28] انظر الشيخ محمد بن عبد الوهاب بقلم الشيخ أحمد بن حجر آل أبو طامي، ص 92، طبع بنفقة جلالة الملك فيصل بن عبد العزيز، 1395