Fananya aku dalam dirimu,
Rindunya hatiku pada zatmu,
Lekanya aku pada namamu,
semadi aku dalam sifatmu,
Dimataku tiada dunia,
Dibibirku tiada nista,
Dihatiku tiada leka,
Dijiwaku tiada duka,
Kananku penuh pancaroba,
Depanku penuh noda-noda,
Kiriku penuh tipudaya,
Belakangku penuh hilai tawa,
Aku hanyut di alam syuhud,
Aku rebah di dalam sujud,
aku khayal ke alam malakut,
Aku hancur di dalam jabarut,
Bicaraku dalam makrifat,
Gembiraku dalam hakikat,
Terbawaku dalam tarikat,
Semadiku dalam zat dan sifat.
30 Mei 2004
03.18 pagi
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Saturday, January 10, 2009
Bicara Kesufian
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment