Thursday, January 9, 2014

PETUALANG HIDUP


Petualang ini bertanam tebu
manisnya pekat lagi melekat
dinding halkum yang merasai
betapa peritnya untuk ditelan

Petualang ini menabur benih
tumbuhnya melata di sana sini
jika melangkah biarlah bermata
silap terpijak tertusuk duri

Petualang ini memetik mancis
ranting kering menjadi unggunnya
jangan di biar ia merapati jati
nanti terbakar apa di sekeliling

Petualang ini menempah kerusi
kerusinya panas dan berapi-api
jatuh terduduk kerana hati
hangit terbakar setelah mati