Thursday, December 30, 2010

Fiqh Empat mazhab (siri 1)

Perihal Fardhu Wudhuk

Suatu huraian ringkas sekadar maklumat dan pendedahan awal untuk dikongsi bersama. Di sini akan disertakan beberapa fakta ringkas mengenai Fardhu Wudhuk berdasarkan hukum fiqh empat mazhab yang masyhur.

Fardhu Wudhuk

Al-Hanafiah (ada 4) :

1 Membasuh muka
2 Membasuh kedua tangan hingga ke siku
3 Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali
4 Menyapu 1/4 daripada kepala


Al-Malikiah ( ada 7) :

1 Niat
2 Membasuh muka
3 Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4 Menyapu ke seluruh kepala
5 Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali
6 Berturut-turut
7 Menggosok pada setiap anggota wudhuk (at-tadlik)


Al-Syafi'iyyah (ada 6) :

1 Niat
2 Membasuh muka
3 Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4 Menyapu sebahagian kepala
5 Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali
6 Tertib


Al-Hanabilah (ada 6) :

1 Membasuh muka
2 Membasuh kedua tangan hingga ke siku
3 Menyapu ke seluruh kepala
4 Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali
5 Tertib
6 Berturut-turut

(Rujukan : Kitab Fiqh Ala al-Mazahib al-Arba'ah , Abdul Rahman al-Juzairi)

Itulah beberapa maklumat yang boleh dikongsi bersama pada kali ini. Untuk huraian yang lebih detail mengenai perkara akan dimasukkan pada waktu dan masa yang sesuai.

Sunday, December 19, 2010

Tanggungjawab Sosial Kurang Wujud Di Kalangan Kakitangan Klinik Kerajaan

Rasa bertanggungjawab atas dasar sosial di kalangan kakitangan Klinik Kerajaan terlalu rendah berbanding dengan kakitangan hospital. Biarpun di mana sahaja samada di klinik kawasan bandar atau pun daerah pedalaman termasuk beberapa tempat di negeri Kelantan.

Anggaran ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis ketika dilayan oleh kakitangan klinik kerajaan di KLINIK KESIHATAN LABOK, MACHANG, KELANTAN. Agak menyedihkan apabila melihat sikap sebegini terutamanya yang beragama Islam. Terlalu mementingkan masa pulang mereka sedangkan waktu berkerja sepatutnya tamat pukul 4.30 ptg tetapi sebahagian besarnya telah bersiap-siap dangan beg yang sedang digalas di bahu untuk menuju pulang ke home sweet home.

Memang penulis akui terlewat sampai dan kebetulan pada hari tersebut ialah hari khamis merupakan hari terakhir untuk minggu tersebut. Namun begitu, tidaklah begitu lewat kerana jam baru menunjukkan pukul 3.35 ptg. Sesampai sahaja di depan lobi belum sempat menuju ke kaunter pendaftaran seorang kakitangan di situ memaklumkan bahawa pendaftaran sudah ditutup dan sila datang pada minggu depan. Maka pemulis dan isteri pun terus balik dengan hampa kerana anak penulis (7 bulan) pada waktu tersebut mengalami demam sudah melebihi 3 hari setelah diberikan ubat demam yang dibeli dari farmasi tidak berkesan. Kakitangan tersebut tanpa bertanyakan tahap kesihatan anak penulis tetapi seolah-olah memberi makluman yang berbau menghalau supaya datang minggu depan. Beginikah sikap yang sepatutnya ada pada diri mereka yang perkhidmatan mereka adalah menolong pesakit dan mereka yang memerlukan.

Penulis tidak menyalahkan mereka kalau jam ketika sampai menunjukkan sudah pukul 4.00 petang. Boleh dikatakan sudah lewat tetapi pukul 3.35 ptg pada hemat penulis masih boleh dibincang dan dibudibicarakan lagi. Disebabkan itu, terpaksalah pergi ke bandar Machang untuk memberi rawatan kepada bayi ini yang demam yang agak panas dan kerap menangis. Klinik yang dicari ialah Klinik Perdana tetapi malangnya klinik tersebut tutup pada hari itu. Pilihan kedua ialah Klinik Bima Sakti, alhamdulillah masih beroperasi pada waktu tersebut, maka dapatlah anak penulis diberikan rawatan dan penulis mengeluarkan kosnya sebanyak RM 25.00 sebagaui bayaran untuk rawatan tersebut. Tidak tergamak untuk melihat anak ini sentiasa menangis semata-mata menunggu minggu depan walaupun hanya selang dua hari sahaja.

Pada minggu yang lainnya, kebetulan anak kedua dijangkiti gatal-gatal pada kulit dan anak ketiga cirit-birit. Maka penulis yang hanya penjawat awam biasa tidak mampu untuk terus menerus mendapatkan rawatan di klinik swasta lalu berkunjung ke klinik tersebut seawal mungkin iaitu sebelum pukul 3.00 petang kerana takut dihalau untuk kali yang kedua. Semasa pendaftaran di kaunter berkenaan, penulis sempat menanyakan beberapa soalan kepada salah seorang daripada mereka yang bertugas di situ. Soalan pertama penulis ialah :

1. Pukul berapakah klinik akan ditutup setiap hari?

Kata staf tersebut, kaunter pendaftaran tutup pada pukul 4.00 petang dan pada hari khamis tutup pukul 3.00 petang. Apabila penulis melihat pada jadual waktu bertugas ianya tidak sama dengan makluman kakitangan tersebut lalu penulis tanya lagi:

2. Kenapa lain dengan makluman waktu seperti yang tertera pada papan
kenyataan / makluman waktu buka dan waktu tamat atau balik?

Yang itu adalah yang lama, pekeliling tetang waktu dan masa yang baru telah keluar dan berkuatkuasa pada bulan mei yang lepas tetapi belum digantikan lagi jadual tersebut. Sebelum ini, penulis kerap juga ke Klinik Cheras Bharu pada hari jumaat merupakan hari terakhir minggu tersebut untuk warga kota tetapi sampai pukul 3.30 ptg masih lagi menerima pendaftaran. Agak pelik bila berbeza tempoh bertugas. Pekeliling terbaru memang keluar macam tu ke?


3. Kenapakah tidak sama waktu perkhidmatan antara Klinik Kesihatan Labok dengan Klinik Kesihatan Cheras Bharu?

Air muka berubah dan jawapan yang diberikan adalah " tidak tahu".

....................................................................................................................................................................

Saranan kepada Kementerian Kesihatan supaya perbanyakkan unsur kerohanian di kalangan kakitangan klinik dan perkasakan rasa tanggungjawab sosial dan integriti dalam diri mereka. Kenapa kakitangan di jabatan lain boleh melakukan sedangkan jabatan ini tidak boleh? Mesti ada sesuatu yang tidak kena pada hemat penulis.

Sekian...


Wednesday, November 3, 2010

Nas-nas galakan supaya bersedekah

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

)ما من يوم يصبح العباد فيه، إلا ملكان ينزلان، فيقول أحدهما: اللهم أعط منفقا خلفا، ويقول الآخر: اللهم أعط ممسكا تلفا(.

"Pada setiap hari manusia berada pada waktu pagi dua malaikat turun lalu seorang daripada mereka mengucapkan: "Ya Allah, berilah gantian kepada orang yang melakukan infaq" dan seorang lagi pula mengucapkan: "Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan diri dari membelanjakan harta."

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. (al-Munafiqun: 10)


Kebakhilan dengan harta boleh membinasakan diri begitu juga sikap boros dan membazir. Yang terbaik adalah bersederhana. Allah s.a.w. berfirman:

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. (al-Isra’: 29)

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أي الصدقة أعظم أجرا؟ قال: (أن تصدق وأنت صحيح شحيح، تخشى الفقر وتأمل الغنى، ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم، قلت: لفلان كذا، ولفلان كذا، وقد كان لفلان(.

Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, September 24, 2010

Shanghai, Islam, Melayu Dan 1 Malaysia : Komentar dari artikel Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Oleh: Ajey Abu Ali

Setelah saya baca artikel yang ditulis oleh Sohibul Samahah Dr. Asri agak terkejut juga dengan beberapa perkara yang telah berlaku di Shanghai. Saya sangat bersetuju dengan pandangan sinis tp bernas yang dilemparkan oleh beliau. Betapa kita rakyat Malaysia yang berkerajaan Melayu Islam, bertuankan Yang Di Pertuan Agong, negeri-negerinya yang bersultan alangkah sedihnya gambaran sebuah negara Islam Malaysia dipaparkan sedemikian rupa. Penganjuran yang menelan belanja tidak kurang RM 20 juta hanya memaparkan agama dan bangsa lain. Apakah bangsa Melayu sekarang ini hampir bertukar menjadi melukut? Barang tendangan dan sampahan? Betapa kurang cerdiknya kementerian tersebut sehingga terlupa untuk menceritakan kepada dunia keindahan sebuah kehidupan bangsa yang bernama Melayu Islam di Malaysia.

Begitu cantik desa, kota dan bandar tetapi tidak berjaya memikat hati pihak terbabit untuk mempopularkan masyarakat Melayu Islam. Yang paling sedih sekali, kementerian yang terbabit adalah ketuanya yang berbangsa Melayu pun terlupa juga kemelayuannya. Apakah agamanya pun terlupa juga. Na'uzubillahi min zalik.

Mungkin juga pihak Malaysia Pavilion tersebut semuanya bukan beragama Islam malah bukan melayu pun sehingga paparan sebuah kehidupan yang berkaitan Melayu pun tak disertakan. Apakah mereka ini sebenarnya anti Melayu? atau sengaja sembunyikan simbol kemelayuan agar semua bangsa tidak tahu bahawa wujudnya sebuah tamadun yang bergelar MELAYU.

Perbelanjaan sebanyak RM 20 juta tersebut bukan sedikit dan bukan terlalu besar tetapi amat sangat cukup untuk menceritakan bahawa di Malaysia bukan hanya ada dua agama malah ada tiga agama yang agama yang terbesar sekali adalah agama Islam. Manakala bangsa yang menjadi majoriti adalah bangsa Melayu.

Sedar wahai mereka yang terlibat, anda semua bertanggungjawab untuk segalanya. Kalau tak nak sebarkan melayu pun, sebarlah Islam kerana itu yang paling penting sekali. Tak perlulah nak tunjuk sangat semangat 1 Malaysia sehingga tengelamkan ketuanan Melayu..

"Sesekali jadi orang bijak ok lah jugak, janganlah jadi bodoh memanjang, kesianlah sikit pada orang yang cerdik di sini"

Sunday, September 19, 2010

Mengimbau kenangan lalu di Maahad Tahfiz Al-Qur'an Pulai Chondong (MTAQ)

Masa dulu kita semua tiada bezanya. Makan sekali, mandi sekali malah tidur pun bersama. Tiada jarak yang membezakan siapa yang berdarjat ataupun tidak. Namun setelah sekian lama, masing-masing mencari haluan sendiri, mengejar kejayaan dunia mahupun akhirat, berpegang pada prinsip masing-masing berdasarkan keyakinan dan keilmuan ada yang bersamaan dan ada yang bercanggah baik dari fahaman politik mahupun ideologi akidah.

Itulah hakikatnya, bila kembali bertemu dalam alumni yang dianjur oleh AMTAQ terselit rasa rendah diri memandang sahabat-sahabat yang begitu hebat di depan mata berbanding dengan diri sendiri yang serba kekurangan. Terlihat saja pada janggut mereka sudah terserlah keilmuan mereka. Itulah antara jarak darjat yang rasanya tidak mungkin untuk disaingi. Apa pun segalanya terletak di hati sejauhmanakah kemahuan kita untuk mendalami ilmu-ilmu Islam di samping menguasai ilmu kehidupan di dunia.



Yang berbaju merah dibelakang sahabat yang berjanggut panjang itu lah saya..

Saturday, September 18, 2010

Bila Penghulu Kampung / JKKK Tidak Berperanan

Bila kita berada di kampung atau sesekali bercuti di kampung kadang-kadang kita dikhabarkan dengan berita-berita yang tidak berapa elok untuk didengari tetapi itulah hakikatnya. Seringkali terjadi kecurian dan pengkhianatan, masalah penagihan dadah berleluasa, maksiat bermaharajalela dan banyak lagi. Semuanya ini berlaku di kampung yang mempunyai penghulu atau JKKK bahkan satu kampung sampai mempunyai dua penghulu sesorang dari parti pembangkang dan seorang lagi dari parti pemerintah.

Tragedi terbaru yang berlaku sekarang ini di Kelantan adalah wabak denggi yang berpunca dari gigitan nyamuk. Punca nyamuk boleh membiak adalah berpunca dari sampah sarap dan benda-benda yang boleh memyebabkan air boleh bertakung. Sehingga seorang mangsa dari depan rumah saya dan seorang lagi mangsa denggi dari belakang rumah saya telah selamat dari wabak berbahaya itu dari kematian setelah berada dalam wad Hospital Machang selama beberapa hari.

betapa serius wabak ini sedang melanda sehingga dalam radio Kelantan.fm sering memberikan peringatan agar berwaspada dengan wabak denggi dengan membersihkan kawasan sekitar. pihak Klinik Kesihatan pula terpaksa memendekkan cuti raya mereka semata-mata untuk menangi wabak tersebut sehingga mereka terpaksa membawa plastik sampah untuk diedarkan kepada masyarakat / penduduk kampung supaya memungut dan membrsihkan sampah dan memasukkan sampah tersebut ke dalam plastik yang dibekalkan dan plastik yang sudah terisi tersebut akan dipungut oleh pihak mereka.

Kenapa boleh sampai ke tahap itu sekali? kenapa sampai perlu dibekalkan plastik sampah? Sesekali saya terfikir masyarakat kini seolah-olah sama tinggi tahap pemikiran mereka dengan orang asli di hutan. Tak reti nak bertindak sendiri walaupun di sekitar rumah masing-masing. malu betul................

Dan yang paling peliknya satu kampung ada dua penghulu, tapi penghulu buat apa sekarang? Mungkinkah tersalah pilih penghulu yang bebal sampai tak terfikir untuk mengadakan majlis gotong-royong membersihkan sampah sarap. Duit elaun dapat, dulu dapat sikit tapi sekarang sudah dinaikkan. Kalau tak reti atau tak mahu buat letak je jawatan supaya mudah untuk dipikul oleh mereka yang benar-benar layak.

Saturday, September 11, 2010

Fenomena Raya Aidilfitri 2010

Setelah sebulan lamanya berpuasa menahan lapar dan dahaga, menahan lidah dari berbicara nista, menghijab pandangan dari kelekaan mengqasadkan hati kepada Allah maka muncul lah 1 syawal. Merupakan hari kemenangan bagi umat Islam dan kebahagiaan untuk mengadap Allah pada suatu masa kelak.

Untuk menikmati suasana raya dengan lebih lengkap perlu dimulai dengan aktiviti yang paling pertama dan paling utama iaitu solat hari raya atau idilfitri. Bersama-sama jemaah berkumpul di surau dan kebetulan saya bersolat hari raya di surau dusun durian, kg. Chap, Bachok. Dan kebetulan juga saya diminta untuk membacakan khutbah pada hari yang mulia tersebut.

Tanpa rasa gabra dan gundah gulana saya lancar membacakan teks khutbah. Namun yang menjadi rasa gundah gulananya di hati adalah isi kandungan teks khutbah tersebut. Mana taknya, isinya sangat terkesan di jiwa dan kiranya tiada merasai apa-apa kandungan tersebut maka ini bermakna krisis nilai yang sangat parah sedang mengusai hati dan perasaan diri tersebut.

Melihatkan keadaan masa kini yang kian meruncing maka kandungan teks khutbah untuk Aidilfitri dikarang sesuai dengan kehendak semasa baik yang faham atau tidak. Hanya satu pokok utama yang menjadi asas dalam kandungan khutbah ialah kepincangan politik dan perpecahan umat yang semakin lama semakin hancur. Apakah punca utama yang boleh kita persalahkan di sini? Bolehkah kita kata perpecahan umat berkaitan dengan kewujudan parti politik yang bertambah. Atau pun disebabkan sikap manusia yang tamakkan kuasa dan sebagainya....

Ahhhh.... mengantuk kita sambung di lain kali....

Thursday, July 29, 2010

Antara Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Friday, July 23, 2010

Penyuburan Ilmiah Semasa

(dipetik dari darulkautsar.net)

Beberapa Riwayat Batil Tentang Menghadiahkan Pahala Kepada Orang Mati

Untuk mensabitkan masalah menghadiahkan pahala kepada orang mati, ulama-ulama kita mengemukakan riwayat-riwayat yang terdapat dalam kitab al-Suyuti, iaitu Syarh al-Sudur dan beberapa kitab ulama muta`akhirin (ulama kemudian). Semua riwayat ini tidak disebutkan di dalam kitab-kitab ulama mutaqaddimin (ulama terdahulu) kerana ia sebenarnya dicipta oleh para tukang cerita untuk melariskan majlis-majlis mereka.

Kebanyakan kitab ulama muta`akhirin mengandungi riwayat-riwayat jenis ini. Sandaran dan rujukan al-Suyuti juga adalah kitab-kitab dari jenis ini dan beliau berdalil dengan riwayat-riwayat tersebut. (Sayangnya mereka yang mengutip riwayat dari al-Suyuti tidak memasukkan sekali komentar al-Suyuti berkenaan riwayat-riwayat tersebut – penterjemah).

Shah Abdul Aziz al-Dahlawi membahaskan perkara ini di dalam kitabnya Ujalah Nafi’ah dan Bustan al-Muhaddithin.

Kebanyakan riwayat tersebut dihukumkan oleh al-Suyuti dalam kitabnya al-La`ali al-Masnu’ah Fi al-Ahadith al-Maudhu’ah sebagai hadis-hadis palsu.

Di antara beberapa contoh riwayat-riwayat tersebut ialah:

" من زار قبر والديه أو أحدهما يوم الجمعة فقرأ يس غفر له "

"Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripada mereka berdua pada hari Jumaat kemudian membaca surah Yasiin nescaya diampunkan untuknya."

Al-Suyuti menukilkan kata-kata Ibn ‘Adi yang menghukumkan riwayat ini sebagai batil. Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang dituduh berdusta iaitu ’Amar bin Ziyad.

Ibn al-Jauzi mengemukakan rujukan Ibn ‘Adi dalam kitabnya al-Maudhu’at. Kata Ibn ‘Adi: "Hadis ini dengan sanad ini batil dan tidak mempunyai asal. ‘Amar dituduh berdusta dan dia menceritakan riwayat-riwayat yang batil serta mencuri hadis. Kata al-Daruqutni: Dia sering mereka-reka hadis.

Kemudian al-Suyuti mengemukakan rujukan daripada al-Tabarani sebagai syahid (sokongan) yang lafaznya:

من زار قبر أبويه أو أحدهما كل جمعة غفر له وكتب برا

"Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripada mereka berdua pada setiap hari Jumaat nescaya diampunkan untuknya dan dia dicatat sebagai orang yang melakukan kebajikan."

Kemudian al-Suyuti sendiri menulis: "Sanadnya terdapat Yahya bin al-‘Ala dan Muhammad bin al-Nu’man, dua orang yang tidak dikenali dan Abu Umayyah Abdul Karim, seorang perawi yang dha’if ".

Al-Suyuti juga mengemukakan satu riwayat daripada Ibn Umar dengan lafaz:

من زار قبر أبويه أو أمه أو عمته أو خالته أو أحد من أقربائه كانت له كحجة مبرورة ومن كان زائراً لهم زارت الملائكة قبره

"Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau ibunya atau saudara perempuan ayahnya atau saudara perempuan ibunya atau salah seorang saudara maranya pasti dia memperolehi pahala haji mabrur dan sesiapa menziarahi mereka pasti malaikat menziarahi kuburnya."

Kemudian al-Suyuti sendiri menulis pendapat Ibn Hibban iaitu hadis ini tidak mempunyai asal kerana perawinya, Abu Muqatil Hafs bin Sulaim sering meriwayatkan hadis-hadis mungkar.

Sekiranya diteliti dengan cermat, sebenarnya ketiga-tiga riwayat yang dikemukakan di atas, sama sekali tidak menunjukkan kepada sampainya hadiah pahala kepada si mati kerana ia menyebutkan tentang keampunan untuk orang yang menziarahi kubur bukannya keampunan untuk orang yang meninggal dunia.

Ada sebuah riwayat lain tentang menghadiahkan pahala yang berbunyi:

من مرّ بالمقابر فقرأ الإخلاص إحدى وعشرين مرة ثمّ وهب أجره للأموات أعطي من الأجر بعدد الأموات.

"Sesiapa melalui perkuburan dan membaca Surah al-Ikhlas dua puluh satu kali kemudian menghadiahkan pahala bacaannya kepada sekalian orang yang telah mati, nescaya diberikan kepadanya pahala sebanyak bilangan orang yang telah mati."

Allamah Muhammad Tahir Fattani menghukumkan riwayat ini maudhu’ dan riwayat ini ada dalam nushkah yang dinisbahkan kepada Abdullah bin Ahmad.

Mungkin kerana untuk menggalakkan supaya orang bertawaf di kubur-kubur, pereka hadis ini berlebih-lebihan dengan menjanjikan pahala yang sama dan serupa kepada semua orang mati. Apakah bilangan ini merangkumi semua orang mati yang ada dalam bumi ini atau riwayat ini khusus mereka yang tertentu sahaja? Apakah orang bukan Islam pun termasuk juga di kalangan mereka yang mendapat manafaat ? Jawapan kepada perkara-perkara ini hanya akan diketahui dengan cara mendedahkan isi kubur! Pada pandangan kami, ilmu ghaib itu hanya di sisi Allah s.w.t. dan kami berlepas diri daripada semua kebatilan dan kekarutan ini. Semoga Allah memberi taufiq kepada umat ini untuk mengikuti Syariat-Nya. Amiin.

Saringan oleh Mohd Hanief Awang Yayha dari tulisan asal oleh Allamah Habibur Rahman al-Kandahlawi

Monday, July 19, 2010

Kisah TAUBAT Seseorang Yang Menuduh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab

(Dipetik dari al-fikrah.net )Tokoh Sunnah

Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh (wafat 1389 H) rahimahullah mengatakan:

“Aku sekarang akan menyebutkan sebuah kisah tentang Abdurrahman al-Bakri, salah seorang penduduk Najd.

Pada mulanya ia adalah seorang thalibul ‘ilmi (penuntut ilmu) yang belajar pada pamannya, yaitu Syaikh Abdullah bin Abdullathif Alu Syaikh dan para Syaikh yang lain. Kemudian beliau ingin membuka madrasah di Aman.

Di sana beliau mengajarkan Tauhid dari biaya sendiri. Apabila harta yang dimilikinya telah habis, maka beliau mengambil barang dagangan dari seseorang dan pergi ke India. Terkadang beliau menghabiskan waktu selama setengah tahun di India.

Syaikh al-Bakri mengatakan :

“Aku pernah berada di sisi sebuah masjid di India. Di sana terdapat seorang guru, yang mana apabila seusai mengajar mereka melaknat Ibnu Abdul Wahhab, yakni Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Apabila keluar masjid beliau melewatiku. Dan ia mengatakan:

“Aku bisa berbahasa arab, akan tetapi aku ingin mendengarnya dari Orang Arab.” Lalu iapun minum air dingin di tempatku.

Aku merasa sedih dengan apa yang telah dia lakukan dalam ceramahnya. Lalu aku berbuat siasat dengan mengundangnya (ke tempatku) dan aku mengambil kitab at-Tauhid, aku cabut sampulnya dan aku letakkan di rak dalam rumahku sebelum dia datang.

Ketika dia telah hadir, aku berkata kepadanya : “Apakah anda mengizinkan aku untuk membawakan semangka (ke sini) ?”. Lalu akupun pergi.

Ketika aku kembali ternyata dia sedang membaca buku tersebut dan menggerak-gerakkan kepalanya.

Ia berkata : “Karya siapakah kitab ini? Judul-judulnya mirip dengan judul-judul kitab al-Bukhari, ini demi Allah judul-judul al-Bukhari.”

Aku menjawab : “Aku tidak tahu!”. Lalu aku katakan kepadanya: “Bagaimana sekiranya kita pergi ke Syaikh al-Ghazawi untuk menanyakan masalah ini,” yang mana beliau adalah seorang pemilik perpustakaan, dan beliau telah memiliki bantahan terhadap kitab Jami’ al Bayan.

Lalu kami pun masuk kepada beliau dan aku berkata kepada al-Ghazawi: “Aku memiliki beberapa lembaran. Syaikh ini menanyakan kepadaku siapakah yang menulis kitab ini ? akupun tidak tahu.”

Al-Ghazawi paham dengan keinginanku. Lalu beliau memerintahkan seseorang untuk mendatangkan kitab Majmu’ah at-Tauhid (kumpulan kitab tauhid), lalu dibawakan kepada beliau, kemudian mencocokkan antara keduanya, lalu beliau mengatakan : “Ini adalah karya Muhammad bin Abdul Wahhab.”

Orang Alim dari India tadi marah dan mengatakan dengan suara yang tinggi: Orang Kafir itu….!!!!!!”

Kamipun diam, diapun lalu diam sejenak. Sesaat kemudian kemarahannya mereda dan iapun beristirja’ (mengucapkan innalillah wa inna ilaihi raaji’un).

Ia berkata: “apabila kitab ini adalah karya beliau, maka sungguh kami telah menzhaliminya”.

Kemudian beliaupun setiap hari mendoakan untuk Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan murid-muridnya pun juga mendoakan bersamanya.

Lalu tersebarlah murid-muridnya di India. Apabila mereka selesai membaca, mereka semuanya mendoakan untuk Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.”

[Fatawa wa Rasa'il asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh 1/75-76, sebagaimana dalam kitab 'Inayah al-'Ulama bi Kitab at-Tauhid, Hal.44, karya Abdul Ilah bin Utsman asy-Syayi', Dar Thaibah. Cet.1, 1422 H, Riyadh]

Sumber: Majalah adz Dzakiirah Vol.8 Edisi 60 Th.1431/2010 Hal.57-58


http://alqiyamah.wordpress.com/2010/04/07/kisah-taubat-seseorang-yang-menuduh-syaikh-muhammad-bin-abdul-wahhab-rahimahullah-sesat/

Friday, July 2, 2010

hari ini... MPAJ bertindak!!!!!!

Mlm ini pukul 11.00 mlm saya singgah di sebuah kedai aceh untuk membeli barangan dapur... tiba-tiba saya terlihat di kaunter waktu nak bayar semua rokok di kaunter tu tak ada. Hairan saya tengok dan wajah peniaga tu murung je.. bila tanya ,tak nak bagi sebarang jawapan pun. Datang seorang lagi kawan dia beritahu bahawa orang MPAJ sudah rampas semua rokok kat situ.

Apa yang hairan, sebagaimana yang diberitahu rokok dirampas itu kerana pemilik kedai tersebut hanya ada pasport, tak ada kad pengenalan. Yang menjadi peliknya kenapa rokok saja yang dirampas habis? kenapa tak sita je kedai tu...

Bila jadi kes macam ni, saya tertanya-tanya betul ke ini arahan MPAJ sebenarnya? saya bukan nak tuduh sesiapa cuma nak ceritakan pada ruangan ini kes yang berlaku hari ini.. saya tak pasti sejauh mana kebenarannya cuma kata peniaga di situ macam tu la..

Kes ini berlaku di jalan yang menuju ke Taman Saga. Kalau tak benar kisah ni lupakan la... tp kalau benar bertindaklah dengan sepatutnya.. dibimbangi ini berpunca tindakan individu yang menggunakan atas nama MPAJ je.. itu saja yang saya nak maklumkan di sini...

Friday, June 25, 2010

Elok la tu,tapi dengan syarat.....

Kenyataan akhbar utusan 26.06.2010


Agak ramai juga jumlah ulama seramai 40 orang ni. Pada dasarnya dapat kita lihat ianyan sebagai permulaan yang baik bagi menerapkan penghayatan agama dikalangan para pemimpin UMNO yang sudah lama lalai dan alpa dan terlalu ramai pemimpin di kalangan UMNO yang sangat jahil tentang agama. Elok sangat la tu membawa masuk sekumpulan agama ke dalam UMNO.

Namun begitu, saya sedikit rasa khuatir untuk jangka masa panjang tentang kedudukan mereka dalam UMNO. Apa pun diharapkan mereka terus kekal dalam menjalankan dakwah dengan kuasa yang diberikan UMNO pada kadar yang sangat sepatutnya. Betapa eloknya kiranya semua parti ada ulama, baru lah semua parti akan bercakap benar dan akhir sekali terbentuklah sebuah parti yang terdiri dari kalangan bekasan UMNO, PAS dan PKR. Secara tak langsung ketiga-tiga parti tersebut tersimpan menjadi sejarah dan bermula era politik Islam yang baru yang benar-benar berjuangan menegakkan kebenaran dan syi'ar Islam.

Pesanan kepada PEMIMPIN UMNO

Kalau nak ulama ini betul-betul berjuang jangan sekadar bawa mereka masuk ahli sahaja tetapi berilah sedikit kuasa atau jawatan utama seperti ketua pemuda bahagian dan AJK Pemuda Pusat sebagai langkah awal. Sokong lah mereka kiranya mereka itu bertindak atas langkah agama walaupun bercanggah dengan kehendak hati sendiri. Jangan jadikan mereka sebagai kambing hitam untuk menarik pengundi aliran agama atau yang pro agama supaya turut jejak mereka masuk UMNO.

Saya percaya mereka ikhlas masuk UMNO kerana mereka masih muda sangat lagi terlalu mentah dalam memahami masalah dan mehnah politik. Apa yang dijanjikan mereka terus percaya dan bersemangat untuk bertindak dan berjuang. Jagalah mereka dengan sepenuh dan seikhlas hati nescaya anda semua akan beruntung dunia dan akhirat.

Pesanan kepada Ulama Muda

Anda semua masih mentah lagi sebenarnya. Janganlah terlalu percaya sangat janji-janji mereka tetapi jangan tidak percaya pulak cuma berhati-hatilah dalam berjanji dengan mereka kerana banyak sejarah dalam bab perjanjian dengan UMNO dahulu. Berjuanglah atas dasar kebenaran bukan atas dasar asabiyyah. Allahu Maak..


Lihat kenyataan akhbar dibawah...

40 ulama muda sertai UMNO


FADLAN Mohd. Othman menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diperhatikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor


KUALA LUMPUR 25 Jun – Seramai 40 orang terdiri daripada ulama muda dari seluruh negara hari ini menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penyerahan borang keahlian dilakukan di hadapan Galeri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO bermula.

Ia turut disaksikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli MT yang juga bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Wakil kumpulan ulama itu, Dr. Fadlan Mohd. Othman, 35, berkata, penyertaan mereka bertujuan untuk bekerjasama dengan parti itu dalam perkara yang berkaitan keagamaan dan kerohanian.

“Banyak perbincangan telah dibuat (mengenai persetujuan untuk menyertai UMNO), cuma kita berharap penyertaan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha-usaha keagamaan yang sedia ada dalam parti.

“Kemasukan ini bukan berlandaskan politik dan bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mana-mana pihak.

“Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk mendekati dan membina jati diri golongan muda,” kata Fadlan yang juga pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan borang itu.

Ditanya mengapa tidak memilih untuk menyertai Pas, Fadlan berkata: “Dalam Pas pun sudah banyak ulama.”

Turut menyertai kumpulan itu ialah dua anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin iaitu Fathul Bari dan Mohd. Khairi.

Dalam pada itu, Fathul Bari, 29, berkata, langkah mereka menyertai UMNO berikutan janji parti itu untuk memastikan pihak ilmuwan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka.

“Tawaran seperti ini memang dinantikan oleh sesiapa sahaja. Sebagai seorang penuntut ilmu dan pemberi ilmu memang menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga penasihat agama Institut Jantung Negara berkata, penyertaan mereka juga membolehkan kumpulan itu memberi cadangan kepada UMNO mengenai penambahbaikan program-program keagamaan yang sedia ada.

Sementara itu, Shahidan berkata, kehadiran ulama tersebut bukan bertujuan untuk mengancam mana-mana pihak tetapi patut dilihat sebagai platform membina golongan muda yang mempunyai jati diri positif.

“Ini sedikit sumbangan ke arah membina masa depan yang baik. Mereka masuk UMNO sebab diberikan ruang berdakwah yang luas dan kemas,” katanya.

Asri akan ikut

Ditanya mengenai ura-ura bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin untuk menganggotai UMNO, Shahidan berkata, Mohd. Asri akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Beliau menambah, seramai 10 lagi ulama dijangka menyerahkan borang keahlian UMNO dalam tempoh terdekat.

Saturday, June 5, 2010

Marahkan Israel bukan sekadar demontrasi

Sebelum diteruskan penulisan pada kali ini, saya mengucapkan syabas kepada semua yang menyertai demontrasi yang diadakan dipelusuk negeri. Sanggup berjalan jauh, berpanas dan berhujan semata-mata ingin menunjukkan rasa marah dan benci kepada zionis laknatullah. Syabas juga diucapkan kepada semua warga manusia yang mempunyai rasa benci biarpun sekadar dalam hati kerana dengan wujud secebis perasaan sedemikian menandakan masih lagi ada iman walaupun di tahap yang rendah sekali.

Saya sangat setuju diadakan demontrasi untuk mengecam Israel yang bersifat kebinatangan tersebut tetapi masih lagi tidak cukup selagimana kemampuan kita hanya takat itu saja. Keangkuhan Israel tetap macam tu juga malah bertambah mungkin ada. Apatah lagi pihak Amerika secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Israel, rakyat Palestin tetap tertindas malah dibunuh dengan kejam. Kita di sini sekadar mengadakan demontrasi di masjid dan dijalanan. Persoalannya, dimanakah tokoh koperat, Datuk, Dato', Datuk Seri, Tan Sri termasuklah amn, pjk dan sebagainya. Hanya segelintir sahaja yang betul-betul bertindak menyatakan kemarahan dan kebencian terhadap Israel manakala yang selebihnya, dimanakah mereka? Sepatutnya mereka yang berkemampuan inilah yang lebih utama kerana mereka berkemampuan untuk menutup sumber kewangan mereka.

Tanpa kita sedar, pelbagai produk dan barangan yang langsung masuk ke kantung Israel di negara kita, kita sebagai pengguna tetap membeli dan membeli kerana tiada pilihan untuk menggantikannya dengan barangan lain yang sama kualiti dengannya. Justeru, di samping mengadakan demontrasi kembarkan sekali boikot produk Israel dan yang berkaitan dengan Israel kerana secara tidak langsung kita sebagai penyumbang kepada keangkuhan mereka selagi kita tegar menggunakan produknya. Marilah kita sama-sama pulaukan produk tersebut dengan penuh istiqamah bukan setakat hangat tahi ayam...

Thursday, May 20, 2010

Nak pantau al-Arqam elok sangat tapi............

Apabila ada kenyataan yang ingin pantau pergerakan al-Arqam saya setuju sangat kerana dibimbangi mereka akan kembali kepada pegangan lama seperti mana yang telah diisytiharkan sesat oleh badan yang bertanggungjawab pada suatu masa dahulu. Pemantauan yang dibuat seharusnya hanya melibatkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pegangan dan pemahaman akidah sahaja yang sebaiknya. Paling kurang mereka akan terselamat dari akidah yang salah.

Apa yang saya tak berapa setuju ialah segala aset-aset yang dipunyai oleh al-Arqam habis semuanya disita dan dirampas sehingga kegiatan ekonomi mereka lumpuh dan terus rebah tak bernisan. Ini adalah satu kerugian yang besar dalam skop ekonomi umat Islam keseluruhan. Kenapa harus disita dan dirampas? Apakah barangan keluaran mereka haram? tidak bersih atau ada agenda sebaliknya? Amat sayang sekali ketika kegiatan ekonomi mereka memuncak dan mampu untuk menyaingi ekonomi bangsa lain, syarikat mereka pula terpaksa ditutup dan produk keluaran mereka sudah tiada lagi di pasaran sekarang.

Selepas mengalami kejatuhan, arwah ustaz Asy'ari kembali bangkit dengan menubuhkan Rufaqa' sehingga dalam tempoh yang singkat dalam membuka cawangan lebih 100 cawangan tetapi jangka hayatnya tidak lama, ia terpaksa ditup semula dan terkini muncul kembali dengan nama GLOBAL IKHWAN harap-harap ia dapat bertahan lama dan sebaik-baiknya kekal kukuh supaya berrtenaga menyaingi ekonomi bangsa bukan melayu di negara ini...

Oleh itu, kalau nak pantau, pantau lah tp cukuplah pantau pegangan mereka sahaja, jangan lah nak lingkupkan syarikat pula...

Saturday, May 15, 2010

Jauhi persoalan yang membawa penyakit was-was

Terdapat satu kisah yang diriwayatkan bahawa Umar al-Khattab r.a berjalan di sebatang jalan sempat bersama sahabat. Tiba-tiba memancutlah air di atas sebuah rumah yang menimpa keduanya. Lantas sahabat itu berkata: Wahai tuan yang punya rumah, adakah air pancutan dari atas rumah kamu ini subi (tidak bernajis)? Kemudian Sayyidina Umar r.a segera mencelah: Wahai tuan yang punya rumah, jangan bagi tahu kami mengenai perkara itu kerana kami dilarang untuk menyusahkan diri sendiri.
(tiada sumber dinyatakan)

Dalam kisah lain Rasulullah s.a.w pernah memperkenan jemputan seorang Yahudi dan memakan makanannya tanpa bertanya perkara-perkara seperti : Apakah makanan ini halal atau tidak? Sucikah pinggan-pinggan yang dipergunakan atau tidak? Baginda dan para sahabatnya juga pernah memakai pakaian yang kainnya dibuat oleh orang-orang kafir dan mempergunakan barang-barang keperluan rumah tangga yang mereka rampas dari harta orang-orang kafir setelah menang dalam peperangan bahkan Baginda dan para sahabatnya pernah meminum air dari salah satu bejana yang dijumpai dirumah orang kafir yang mereka jadikan tawanan.
(Rujuk Imam Bukhari. Hadith bil 344 dan kitab Jami al-Ulum wa al-hikam Ibnu Rajab, juz 1, hlm 199)

(Kisah ini dipetik dari buku "Fiqh Awlawiyyat: al-Qaradhawi, hlm 233-234)

Sunday, May 9, 2010

Saya sangat setuju dengan Dr. Asri.. Ustaz Zamihan macam mana?

Dr Asri: Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram

SHAH ALAM 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

“Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?” katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

“Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

“Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.

“Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah,” katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

“Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat,” katanya.

Politik kepartian: Asabiah yang tersembunyi

Kita sering digembar-gemburkan perbuatan asabiah berkaitan dengan faktor kekeluargaan dan keturunan. Selalunya berlaku perkara-perkara yang memerlukan sokongan dan pengaruh maka sokongan dari keluarga dan saudara mara sangat diperlukan tanpa mengira baik atau jahatnya sokongan tersebut. Mengetepikan dosa dan pahala asalkan puak masing-masing dapat apa yang dihajati, menang apa yang dipertandingkan.

Kadang-kadang kita sering mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz-ustaz dari pelbagai tempat yang menjelaskan mengenai asabiah dan keburukannya, salahnya dari sisi Islam dan dimurkai oleh Allah s.w.t. Tetapi penjelasan asabiah tersebut adalah terlalu tertumpu kepada ikata kekeluargaan dan keturunan sahaja dan jarang sangat menyentuh kepada yang lebih luar daripada itu. Ada juga penceramah menggunakan perkataan ini untuk menghentam puak lain atau dengan kata yang jelas parti lain. Maka terkumpullah ayat dan dalil dari al-Qur'an dan hadis untuk memperkuatkan hujah mereka dan pada sebelah pihak lagi pasti akan merasa terpukul dan marah kalau hentaman tersebut adalah tepat dengan tindakan mereka.

Selalunya kita mendengar mereka yang menggunakan perkata "asabiah" ini adalah daripada mulut ustaz-ustaz dah ahli agama kerana mereka lebih mengetahui daripada mereka yang lain. Lagipun perkataan ini adalah pinjaman daripada bahasa arab yang telah dimelayukan. Tapi kadang-kadang mereka hanya tahu menggunakan perkataan ini untuk menghentam orang lain sahaja tanpa menyedari diri sendiri pun tidak selamat dari perbuatan "asabiah".

Kenapa saya katakan begitu? Apa yang saya ketahui asabiah ini bermaksud mereka yang menolong atau menyokong suatu puak secara setia tanpa melihat benar atau salah. ini bermakna walaupun yang salah mereka tetap pertahankan dan menyokong dengan penuh taat setia. Apakah Islam merestui perbuatan begini? Tentu sekali tidak bahkan melarangnya.

Apa yang jelasnya, selagi setia berparti maka selagi itulah akan mendedahkan diri dalan asabiah dan tidak mustahil sikap asabiah ini akan membawa mereka ke jalan yang tidak diredhai oleh Allah Taala. Nauzubillahi min zalik. Mana mungkin bagi seseorang yang melafazkan ikrar dan taat setia akan menyatakan ketidaksetujuan itu secara nyata kalau tidak setuju sekali pun paling tidak diam saja dan sekiranya parti lain yang buat sesuatu yang menampakkan perkara yang baik andai setuju sekali pun diam juga tak boleh puji kerana dikira tidak setia pada parti.

Nak berpolitik boleh tapi janganlah terlalu bersungguh-sungguh dalam berparti kerana perjuangan yang sebenarnya adalah amar makruf dan nahi mungkar... Apakah dengan berparti sahaja boleh tegakkan amar makruf nahi mungkar? fikirlah sendiri.

Kata mereka yang berparti, hanya dengan ini sahaja dapat tegakkan amar makruf nahi mungkar apabila negara diperintah oleh parti tersebut. Tetapi yang sebenarnya betulkah begitu? Apa yang saya nampak duit lagi berkuasa dari parti politik pada sekarang ini. Dengan duit juga boleh beli kuasa, boleh beli orang dan sebagainya...

Saya nak tanya pada orang berparti, parti apa yang berusaha untuk menjadikan ahlinya agar tidak miskin? tak ada satu parti pun yang benar-benar bersungguh-sungguh ke arah itu. Semua parti politik terutama orang parti orang melayu lebih bersungguh untuk menarik orang lain agar menyokong mereka sahaja supaya nanti bila sampai waktu pilihanraya dapat memangkah parti mereka, itu yang utama sebenarnya. Sekali fikir perjuangan tabligh lebih baik dari mereka yang berpolitik... sorry... sekadar luahan seorang pemerhati yang tidak berparti tetapi berpolitik..

Friday, April 9, 2010

Nak buat baik pun susah!!

Setelah melalui beberapa proses dan perbincangan maka suatu keputusan telah dibuat bahawa permohonan yang dikemukakan oleh ustaz Abdur Rahman tersebut diterima dengan sokongan majoroti ajk surau. Maka perjanjian pun dimaterai sebagai hitam putih menanda persetujuan telah diperoleh.

Beberapa bulan berlalu sehingga Mac 2010 menjengah, persediaan untuk kelas tahfiz sudah sempurna maka dengan dimulai hanya 3 orang murid sahaja kelas tersebut berjalan dengan lancar. Bermulalah setiap hari azan subuh berkumandang setelah sekian lamanya tidak kedengaran kecuali beberapa pagi sahaja. Jemaah makin bertambah yang sebelum ini suram hanya dihadiri 3 atau 4 orang sahaja. Boleh dikatakan keadaan surau semakin hari semakin berseri seolah-olah kewujudan kelas tahfiz di situ memancarkan sinar keberkatan dari ilahi.

Namun begitu, dugaan dan halangan tidak pernah luput dan pupus. Ianya sentiasa wujud dihati mereka-mereka yang berhati sumbing, dengan membawa pelbagai cerita dan tohmahan dengan sesuka hati melemparkan tuduhan " Surau Taman Saraya sudah bertukar menjadi surau Myanmar kaum pelarian UNCHR"... Aduh!! perit telinga mendengarnya. Hanya disebabkan kelas tahfiz tersebut diuruskan oleh ustaz myanmar.

Lebih jahat lagi bila aduan sampai ke pejabat YB Dun Teratai yang mempertikai keputusan jawatankuasa surau memberikan kebenaran orang asing membuka kelas tahfiz di situ. Dengan alasan bahawa bangunan surau tidak mendapat kelulusan daripada MPAJ maka kelas tersebut adalah berjalan secara haram. Maka kami pun dipanggil oleh setiausaha pejabat dun Teratai untuk memberikan keterangan berhubung dengan aduan tersebut.

Ini lah orang kita, orang melayu dan orang Islam yang tak reti memandang agama lebih daripada bangsa dan kaum, terlalu padat dengan perasaan dengki di hati sehingga tak nampak sedikit pun kebaikan pada orang lain. Tu la sebabnya nak buat baik pun susah tapi nak buat jahat lagi la susah sebenarnya kalau dalam hati ada niat baik... kecuali dalam hatinya bersarang sekumpulan syaitan saja yang rasa senang hati nak buat jahat...

Thursday, February 25, 2010

Perarakan : Antara Thaipusam dan Maulidul Rasul

Apabila ada hari kebesaran agama maka masing-masing bertungkus lumus untuk menyambutnya agar nampak meriah dan istimewa. Apabila sekumpulan berkumpul beramai-ramai bergerak menuju ke satu tempat dengan laungan-laungan bacaan diperdengarkan supaya dapat memperlihatkan kekuatan kumpulan masing-masing.

Baru-baru ini kecoh pasal perarakan Maulidul Rasul yang dicetuskan dalam akhbar-akhbar tempatan. Kononnya ada pihak yang melarang untuk mengadakan perarakan Sambutan Maulidul Rasul, maka disebabkan itu muncullah beberapa tokoh politik dan bukan tokoh politik yang memperjuangkan untuk mempertahankan keharusan mengadakan perarakan untuk sambutan Maulidul Rasul. Berkaitan dengan isu ini juga saya ada terdengar dari orang yang berbicara mengatakan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar perarakan di jalan raya dilarang untuk semua agama. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dr.

Seketika saya terfikir mengenai perarakan Thaipusam oleh penganut agama Hindu yang berarak memenuhi jalan raya terutama di sekitar Batu Caves. Mereka berarak sepanjang jalan raya yang menyebabkan orang lain sukar untuk pergi bekerja dan sehingga kerajaan mengumumkan cuti umum setelah sekian lama upacara ini diadakan, tiada seorang pun tokoh politik bising dan kecoh tetapi bila perarakan untuk sambut Maulidul Rasul kecoh seluruh Malaysia.

Sejenak kita berfikir, apakah tujuan perarakan ini dilakukan? sebahagian besar pendapat yang saya terima adalah untuk menunjukkan kemualiaan agama masing-masing. Dan dalam Islam perarakan ini adalah untuk membuktikan kecintaan umat kepada Nabi s.a.w dan menunjukkan syi'ar Islam masih lagi bersinar di bumi ini.

Persoalan? Apakah dengan melalui perarakan untuk kita buktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w? Syi'ar Islam tertegakkah dengan perarakan? Sekali pandang, ia seolah-olah sama saja dengan perarakan oleh penganut agama Hindu dan agama-agama lain. Kiranya dengan mengadakan perarakan dapat membuktikan tahap kecintaan betapa senangnya jalan pengabdian kita...

Apa saja majlis yang diadakan yang pentingnya adalah penghayatan untuk menghidupkan sunnah s.a.w... Mempraktikkan ajaran seperti yang terkandung dalam al-Qur'an dan Al-Sunnah itulah yang utama. Mana-mana bentuk ibadat yang tidak terdapat dalam nas yang shahih seharus ditolak ketepi.. Tetapi malangnya umat Malaysia sekarang ini, ramai yang mengaku bahawa mereka cintakan Nabi nya tetapi tidak mahu ikut sunnah nya... Rujuklah mana-mana sumber yang muktabar sebelum dijadikan amalan jangan terlalu mengikyt amalan-amalan terdahulu dan sebaiknya contohilah amalan-amalan yang ditunjukkan oleh golongan salaf yang terdahulu.




Wednesday, February 17, 2010

Buang Bayi : Dimana Majlis Agama Islam / Jabatan Agama Islam?

Sejak akhir-akhir ini muncul semula isu pembuangan bayi yang sekian lama tak didengari dari akhbar-akhbar tempatan atau dari perbualan masyarakat. Masalah ini boleh dikatakan suatu masalah yang besar yang mana ia melibatkan sebahagian besar mereka yang beragama Islam sedangkan Islam tidak menganjurkan tindakan sedemikian. Di manakah silapnya dalam isu isu ini sehingga ia semakin berlarutan malah menjadi-jadi di kalangan remaja sekarang ini?

Banyak pihak yang selalu menyalahkan remaja kerana tidak menjaga tingkah laku dan kehormatan dengan baik. Ibu bapa menyalahkan anak mereka kalau perkara itu melibatkan anak mereka, masyarakat tak henti-henti mengumpat, menabur fitnah dan bergosip sana sini. Pihak Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam berada di mana dalam isu ini? Buat masa sekarang belum lagi dalam pengetahuan saya pihak berkuasa agama kecoh dan ribut-ribut untuk menyelesaikan masalah ini seperti yang mereka kecohkan dalam isu tauliah. Atau kakitangan Jabatan / Majlis Agama Islam hanya mahu menjalankan tugas yang senang saja, bila kes ini susah abaikan dulu.. Kerap kali saya dengar pihak berkuasa agama tangkap orang dalam hotel, motel atau rumah tumpangan. Dan pernah juga saya dengar isu yang kakitangan pihak berkuasa agama yang pernah menawarkan oral $@### kepada pasangan yang ditangkap. Tp saya tak pernah dengar pihak berkuasa agama membuat tangkapan remaja yang membonceng motosikal lelaki dan perempuan yang berpakaian yang tidak senonoh. Saya juga tidak pernah dengar pihak berkuasa agama berkempen mengadakan ceramah, seminar dan motivasi untuk remaja berkaitan kesedaran tingkah laku. Saya juga tak pernah dengar pihak berkuasa agama bersungguh untuk memperkasakan undang-undang syari'ah yang mampu untuk membendung gajala sosial yang kian parah sekarang. Atau mungkin kerana mereka ahli agama maka mereka lembap pun tak apa, sebab orang agama sikap lembap itu suatu kebiasaan. Tp lembap pu ikut tempat jugak. Pasal tauliah mesti agresif punya.

Beberapa malam lepas, semasa di kedai mamak Shah Maju, Taman Putra, kawan saya yang sudah bersara dari jabatan kerajaan minta tolong saya carikan mereka yang tak mahu anak supaya disetahkan kepadanya hanya dengan syarat tidak boleh dituntut semula anak tersebut. Beliau tidak kisah kiranya perempuan yang tidak mahu anak itu adalah hasil dari penzinaan atau sebagainya. Katanya, dia berasa sangat sedih melihat isu ini tersebar di merata-rata negeri dan kalau tak mahu bela, beliau sanggup untuk membela anak tersebut sehingga akhir hayat.

Tiada Penyelesaian lain yang boleh kurangkan masalah ini kecuali dengan melaksanakan hukuman tegas. Pihak berkuasa perlu bertindak berdasarkan "Sadduzzara'i" kalau mahu kes ini dikurangkan atau diminimumkan. Jangan dah lepas berlakun baru nak laksanakan hukuman tetapi sebelum berlaku hendaklah mencegah dengan segera. Dalam Qur'an pun jelas menyatakan bahawa untuk mengelak perbuatan zina maka perkara-perkara yang mendekati zina pun perlu ditekankan. Bila perut dah membuncit baru nak ambil tindakan sudah terlambat, dosa yang mendahului baru tandakan adalah tidak betul dan yang betulnya, tindakan pencegahan yang mendahului sebelum berlaku perbuatan dosa. Dan ini lah tanggungjawab sebanar pihak berkuasa terutama pihak berkuasa agama negeri dan persekutuan.

Tuesday, January 26, 2010

Malam Yang Sepi

betapa sunyinya malam ini seolah-olah kepalaku ditelengkup dengan baldi yang besar membuatkan aku termengah-mengah mencari sesedut udara buat keceriaan malam. Selalunya pada malam begini selepas sesi "bersurau" pada waktu isya' aku meneruskan agendaku di kedai mamak yang berhampiran surau.

Betapa sepinya jika tidak ke surau bersolat berjemaah dan berbual-bual sesama rakan disamping mengeratkan tali persaudaraan dapat juga meningkat ilmu pengetahuan dengan perbincangan banyak hala di kalangan kawan-kawan yang berbagai pendapat. Ada yang mempunyai pengetahuan yang lebih menjurus kepada hakikat dan kebatinan dan ada juga terlalu pengaruh dengan suasana politik begitu juga menjadi sekadar pendengar.

Pernah beberapa malam yang lepas antara isi kandungan "perlepakan" di kedai mamak tersebut berkaitan dengan Contoh Solat Nabi s.a.w yang ditulis oleh Syeikh Nasiruddin Albani dan diterjemahkan oleh Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh. Perbincangan yang menceriakan dengan sesi bersoal jawab mengenai solat walaupun di kedai mamak sebab ilmu itu berada di mana-mana yang penting kita sendiri hendak mencipta situasi tersebut.

Berkaitan dengan nama pengarang kitab ini, teringat saya kepada beberapa blog terutama dalam blogspot yang sangat membencikan pengarang buku atau kitab ini. Saya pun rasa hairan juga sehingga ada blog yang memuliakan tokoh-tokohn hadis lain tetapi sedikitpun tidak pernah terhambur kata pujian terhadap pengarang ini. Saya tak mahu nyatakan nama pemilik blog yang anti Syeikh Nasiruddin Albani, nanti saya ada dibawa ke mahkamah nanti. Bukan takut tapi tak mahu menyusahkan diri berkenaan dengan perkara ini. "Biarkan Si Luncai dengan labunya........ Biarkan!!!"

Kalau saya imbau sedikit mengenai surau Taman Saraya ini, saya pun hairan macam mana mereka yang sanggup memegang jawatan pengerusi surau tapi seolah-oleh tidak berapa berminat untuk memakmurkannya. Bercanggah dengan ucapan beliau semasa baru dilantik memegang jawatan pengerusi, dalam ucapannya beliau katakan akan cuba dengan sebaik mungkin tetapi saya dapati sedikitpun tak layak untuk berkata demikian jika bersikap sedemikian. Imam satu pun sama, terima dilantik untuk memikul tanggungjawab sebagai imam ternyata itu pun dusta juga. Terdapat kepuraan dalam penerimaan tersebut. Entah la, macam mana mereka berfikir, kepala oltak mereka semua ni macam mana, kelabu kot!!! sekarang keadaan surau haru biru tidak seperti surau-surau lain. Sekali terfikir lebih baik tak ada pengerusi dan jawatan imam dari pada ada tetapi seolah-olah tak ada pun.

Itu sahaja la luahan untuk malam ini bagi menghilangkan rasa kesepian ini. Apa yang jelas adalah kita sendiri mesti mencipta suasana yang sesuai untuk kita, nescaya tiada lagi kesugulan hati dan kegalauan jiwa. Bersikaplah dengan adil terutamanya pada masyarakat.

Friday, January 15, 2010

Di petik dari HIMPUNAN FATWA DR MAZA (www.drmaza.com)

Tidak Berdoa Berjamaah Selepas Solat Fardu

Soalan: Seorang penceramah di tempat saya telah memarahi mereka yang tidak tunggu berdoa bersama imam selepas solat fardu dan menyatakan Imam Syafi’i memarahi perbuatan tersebut. Benarkah demikian?

Jawapan: Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pernah ditanya berhubung dengan mereka yang membantah imam kerana tidak berdoa selepas solat, beliau menjawab: “Tidak pernah Nabi s.a.w berdoa bersama makmum selepas solat lima waktu seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang selepas solat Subuh dan Asar. Tidak pernah pernah diriwayat hal itu oleh seseorang pun. Tiada seorang pun dari kalangan imam empat yang menyatakan baiknya perkara itu. Sesiapa yang memetik daripada al-Imam al-Syafii bahawa dia menyukainya adalah salah. Ungkapannya yang ada dalam kitab-kitabnya menafikan hal itu. Demikian al-Imam Ahmad dan selainnya tidak pernah menyukai hal ini” .
Jika kita merujuk kepada Kitab al-Umm karya agung al-Syafii, ternyata apa yang sebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ini benar. Ini kerana al-Imam al-Syafii ketika mengulas hadith Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi s.a.w”.( Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 1/215, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.)

Beliau berkata: “Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan”. Adapun mengenai hadith Ibn ‘Abbas di atas al-Imam al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut: Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa? . Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya). (Al-Syafi’i,Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’i: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.)

Maka dengan ini dakwaan penceramah di tempat saudara itu tidak tepat.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Tuesday, January 12, 2010

Suatu Hari di Janda baik dan Bersama Pak Habib


Seminggu sebelum buka sekolah, kami semua pergi makan angin ke Janda Baik dengan menaiki kereta Avanza 1.3 yang memuatkan lebih kurang 7 orang termasuk budak kecil. Kira bolah tahanlah seronoknya menikmati percutian 4 keluarga. Sekadar ingin menikmati udara segar dan memberi kerehatan kepada isteri yang sentiasa berpenat lelah menguruskan sebuah keluarga yang sederhana.




Berada di Janda Baik begitu nyaman dengan aliran udaranya yang segar di samping jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota. Walaupun kerap kali berlaukkan telur dan ikan sardin bila tiba waktu makan, perut ini seolah-olah bertolak ansur dan dengan mudah menterjemahkan bahawa masakan tersebut sangat sedap hingga menambah berkali-kali.



Seronoknya mandi di sungai di sini tidak dapat dinafikan. Air yang begitu sejuk tapi tak sesejuk di Cameron Highlang sehingga membuatkan kami alpa buat seketika sampai berjam-jam berendam dalam sungai. Airnya tak lah dalam sangat tetapi cukup sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda dengan selamat. Namun begitu, disebabkan pengurusan yang kurang praktikal tahap keselesaan mandi itu kadangkala boleh mengganggu konsentrasi kami bila habuk-habuk pasir kenampakan bila air tergoncang. Apa pun secara keseluruhannya sangat puas hati .


kata orang lama-lama sambil menyelam minum air, walaupun bercuti di Janda Baik sempat juga berkunjung sekejap ke Genting Highland sekadar pusing-pusing kawasan tersebut. Paling kurang boleh cakap kepada orang lain yang aku pernah ke sana. Bukan bermalam pun pergi tengah hari balik malam je, sampai di chalet makan nasi berlauk sardin juga lepas tu. Yang paling seronok sekali dapat naik kereta kabel..



Dan yang paling manis sekali ialah berkunjung ke teratak Pak Habib. Tempat ini digunakan untuk tujuan khairat sahaja bukan untuk perniagaan dan keuntungan. Tempat yang sangat indah dan menarik ini disediakan untuk anak yatim agar dapat berhibur dan hilangkan kesedihan terutamanya kesedihan kehilangan kedua ibubapa. Pak Habib ini kalau kita lihat pada pandangan kasar mcm orang biasa saja tetapi kalau dinilai dari gaya pertuturanya maka kita boleh kenal bahawa beliau juga mencintai alam ketuhanan yang hakiki.


Demikianlah beberapa catatan percutian keluarga di Janda Baik dan sebagai penutup memori tahun 2009 dan insya Allah akhir tahun 2010 akan dirancangkan agenda percutian keluarga yang lebih menarik dan lebih bermakna juga bermanfaat terutama menuju kepada kecintaan kepada Yang Maha Pencipta.

Monday, January 11, 2010

Betapa susahnya untuk buktikan tahap keimanan kita kepada Tuhan

Selalu kita mengaku yang kita ini beriman kepada Allah Taala. Solat dijaga, aurat tak pernah terdedah bahkan segala yang terzahir pada pandangan kita seolah-olah kita yakin bahawa kita benar-benar beriman. Tanpa kita melalui pengalaman perit yang menyeksakan seperti yang berlaku kepada saudara kita di Palestin, tidak pernah merasakan tidur yang lena di atas tilam empuk yang berharga. Hanya berbantalkan lengan dan berselimutkan habuk-habuk jalanan yang berterbangan setelah dihentam bom-bom israel yang durjana. Tidak malukah kita mengaku yang kita beriman.

Kata Allah Taala dalam al-Qur'an yang membawa maksud " apakah manusia menyangka kami meninggalkan mereka lantaran mereka mengaku beriman sedangkan mereka belum lagi diuji" sangat menakutkan kiranya ujian itu menimpa kita.

Saya baru saja diuji dengan ujian yang paling ringan sekali itu pun dah rasa nak cirit-birit. Baru diuji ditipu oleh agen pembantu rumah yang menyebabkan rugi RM800.00 tambah lagi dikompaunkan oleh pihak Imigresan sebanyak RM 1100.00, tadi bayar untuk FOMEMA RM190.00 dan lepas ni kena bayar levi lagi lebih kurang RM460.00, hati dah rasa nak menyumpah kadang-kadang menyumpah betul-betul sebab nak lepaskan geram. Sedikit sangat rasa redha dan sabar. Terlalu kurang penumpuan kita kepada Allah Taala yang saya sekarang ini sedang diuji olehNya. Macam mana agaknya kalau saya diuji dengan ujian yang lebih berat lagi, tak tertanggung rasanya untuk memikul dugaan tersebut.

Apa pun syukur padaMu ya Allah kerana memberiku ujian sebegini dan mudahan aku tergolong di kalangan mereka yang berjaya dalam menempuh ujian Mu... Amin..

Saturday, January 2, 2010

Apa kata ust. Zaharuddin berkenaan ekonomi: Tumpuan kepada Anwar Ibrahim dan PAS

Bolehkah Diharapkan Anwar Ibrahim &

PAS Untuk Memacu Kewangan Islam ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

sgorstate.jpg

Dato Seri Anwar Ibrahim baru sahaja dilantik menjadi penasihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Berbekalkan pengalaman beliau selaku Menteri Kewangan suatu ketika dahulu dan lain-lain pengalaman berkaitan, kepada beliau diletakkan harapan oleh pengikutnya dan rakyat negeri Selangor untuk melakukan sesuatu yang terbaik buat negeri Selangor. Khususnya apabila diwarwarkan Selangor sedang dirancang untuk dirubah menjadi Islamic financial hub.[1

Semua orang mempunyai harapan dan jangkaan terhadap beliau. Sama ada positif, negatif atau ‘tunggu dan lihat'. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad awal-awal lagi telah memberi indikasi bahawa DSAI akan gagal memacu ekonomi negeri tersebut malah lebih teruk akan mempersembahkan hasil bernilai RM 1, sama seperti bayaran elaun bulanannya.

DSAI sebelum ini terkenal sebagai salah seorang individu yang membolehkan perbankan dan kewangan Islam berputik di Malaysia. Walaupun ia bukanlah inisiatif beliau seorang diri, namun peranannya diakui oleh ramai.

Hasil dari itu, kini saya lebih ingin melihat sejauh mana beliau dapat menerapkan ekonomi dan perbankan Islam di dalam pengurusan kewangan negeri Selangor.

WUJUDKAH KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DI SELANGOR?

Saya faham dan tahu bahawa ruang lingkup takrif ‘ekonomi' adalah luas dan merangkumi banayk aspek. Namun salah satunya adalah yang melibatkan urusan perbankan dan pelaburan. Maka dalam konteks ini soalan-soalan berikut kerap bermain di minda saya :-

· Apakah kerajaan negeri Selangor akan mula mengikuti jejak langkah negeri Kelantan yang menutup semua akaun bank konvensional dan membuka akaun perbankan Islam selepas ini? Kita tunggu dan lihat.

· Apakah kerajaan negeri Selangor akan membuat satu garis panduan untuk semua anak syarikat kerajaan negeri agar menggunakan khidmat pembiayaan Islam dalam apa jua keperluan kewangan syarikat-syarikat tersebut?

· Apakah kerjaaan negeri akan mengeluarkan atau menamatkan pendapatan dari hasil pelaburan kerajaan negeri yang menggunakan instrument pelaburan riba seperti Fixed Deposit di bank konvensional, pemegangan bond konvensional, dan sebagainya?

· Apakah kerajaan negeri akan menukar Insuran konvensional Riba kepada Takaful untuk semua kakitangannya dan juga semua anak syarikatnya?

· Apakah kerajaan negeri akan menerbitkan bond Islam (SUKUK) untuk membiayai projek-projek besar kerajaan negeri dan syarikat di bawahnya?

· Apakah kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah koperasi Islam atau bank Islam yang benar-benar boleh menjadi model kepada seluruh bank-bank Islam di Malaysia yang dikatakan bermain silap mata oleh Menteri Besar Selangor? Saya benar-benar ingin melihat sebuah bank Islam yang dipelopori oleh kerajaan negeri dari PKR dan PAS yang boleh menyediakan kos pembiayaan yang jauh lebih murah berbanding bank-bank Islam yang wujud hari ini.

· Apakah kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan takrif jelas RASUAH dan seterusnya mengeluarkan arahan pekeliling untuk menjauhinya di semua peringkat. Saya juga ingin melihat apakah kaedah dan cara yang bakal dilakukan oleh DSAI untuk membuktikan beliau mempunyai idea untuk menguatkuasakannya dengan jelas di dalam kerajaan Selangor, berbanding kerajaan Pusat.

· DSAI dikatakan kerap berkunjung dan bertemu tokoh-tokoh ekonomi dan perniagaan islam di seluruh dunia. Apakah pelaburan-pelaburan baru yang akan ditarik masuk ini akan dipastikan semuanya menuruti proses pelaburan Islam atau tidak?

· Adakah kerajaan Selangor juga akan mengikut jejak langkah Kelantan menubuhkan gadaian Islam ar-Rahn dengan lebih meluas?

· Adakah kerajaan Selangor akan atau telah menyediakan pembiayaan mikrokredit Islam? Saya kira Kelantan mungkin menghadapi sedikit kekangan kewangan untuk ini, namun tidak bagi Selangor.

· Adakah tanah-tanah waqf di Selangor telah dan akan diurus secara dinamik melalui kaedah-kaedah kewangan Islam?

· Adakah kerajaan Negeri Selangor akan memperhebat dan menubuhkan pengajian kursus Perbankan dan kewangan Islam untuk semua institusi pendidikan di bawah urus tadbirnya? Ini perlu bagi menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang yang sedang berkembang luas ini.

· Adakah bajet kerajaan Negeri Selangor ada mempertekankan persoalan kewangan dan perbankan Islam?.

· Adakah Selangor akan mengikuti jejak langkah kerajaan PAS Terengganu dahulu yang melantik Chief Religious Officer bagi semua anak syarikat di bawahnya bagi memantau pergerakan dan aktiviti kewangan syarikat agar menepati Islam.?

· Adakah kerajaan negeri Selangor sanggup dan bersedia menamatkan mereka perkhidmatan tidak beretika dan tidak Islamik yang disediakan oleh anak-anak syaraikat di bawah mereka.? Cuba lihat senarai bisnes yang dilaksanakan oleh anak-anak syarikat ini, nescaya anda kan menjumpai aktiviti yang bercanggah dengan nilai Islam. Semakan ini mestilah sepatutanya dilakukan oleh DSAI atau pekerjanya.

· Adakah kerajaan Selangor akan atau telah menyediakan blue print projek kewangan Islam yang akan dilaskanakan?

· Adakah kerajaan Selangor akan menyediakan garis panduan atau Parameters yang menerangkan bentuk dan jenis dan portfolio yang boleh dilabur, disertai dengan penjelasan teknik pelaburan yang dibenarkan dan dilarang. Sebagai contoh tidak dibenarkan terlibat dalam short selling, aktiviti spekulasi matawang dan saham dan lain-lain.

· Adakah kerajaan Selangor akan membuat sebarang MoU dengan mana-mana bank-bank Islam untuk menawarkan tawaran khas buat kakitangan dan pelanggan kerajaan negeri Selangor sama untuk mengislamkan (refinancing) pinjaman pembelian kereta, rumah, aset lain dan sebagainya dengan harga istimewa. Saya kira, banyak bank Islam yang sudi berbincang jika ditawarkan.

SEDIKIT USAHA SAYA

Sebelum bertolak ke UK tahun lepas (2008), saya pernah dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Agama negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua badan organisasi agama Selangor termasuk Mufti Selangor, Lembaga Zakat Selangor, JAIS dan lain-lain. Saya dijemput selaku ahli akademik untuk memberi idea, turut dijemput beberapa orang ahli ahli akademik dan individu berpengalaman seperti Puan Hjh Rohani Dato Sharir dan lain-lain.

Di dalam pertemuan itu, saya ada memberikan idea agar kerajaan Selangor menubuhkan Bank Islam mereka sendiri atau Koperasi Islam atau Yayasan yang mana fokusnya adalah memberikan model terbaik kepada kerajaan Persekutuan akan konsep perbankan Islam yang ‘tulen'.

YB Dato Hasan ketika itu amat bersetuju dan menyatakan bahawa sememangnya Selangor mempunyai dana yang mampu untuk tujuan itu. Namun cadangan itu lenyap dan hilang begitu sahaja.

Selain itu, saya juga pernah dijemput memberikan taklimat kewangan Islam kepada jabaatan pendbednaharaan Selangor ( tidak ingat namanya), di akhir taklimat tersebut para pengurus pelaburan dan pegawai-pegawai kewangan kerajaan Selangor tersebut kelihatan gusar dan risau dengan kerjaya dan tugasan yang sedang mereka laksanakan, lalu beberapa orang mendekati saya cuba mendapat nasihat yang lebih specifik, namun begitu perubahan mestilah datang dari pihak atasan. Itulah yang mereka harapkan, saya hanya mampu menyeru mereka untuk mendesak YB Dato Hasan bagi mengemukakan idea dan keperluan ini kepada MB Selangor. Sesudah itu, saya tidak pasti apa yang berlaku.

Saya cukup ingat, kenyataan Dato' Menteri Besar Selangor yang mengutuk perbankan dan kewangan Islam yang ada hari ini sebagai ‘bermain silap mata'. Dato' Seri Presiden PAS pula pernah mendakwa di dalam parlimen bahawa perbankan Islam terlalu mahal.

Jika itulah kritikan mereka, saya merasakan inilah masa yang paling sesuai kerajaan Selangor (dan juga Kedah) yang diwakili oleh PKR dan PAS untuk menunjuk contoh dan bukan hanya berkata dan mengkritik ‘kosong' tanpa alternatif dan modul. Malah jika perlu, boleh ditubuhkan secara bersama dengan kerajaan Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Jangan dibimbang DAP tidak bersetuju kerana pelanggan utama di bank-bank Islam seluruh Malaysia adalah pelanggan berbangsa Cina yang menyedari kelebihan perbankan Islam yang lebih menguntungkan dan menjimatkan. Saya yakin, penerangan yang jelas mampu untuk mendapatkan laluan dari mereka. Halangan sebenarnya adalah orang Melayu Islam sendiri.

TERTANYA-TANYA

Sehingga hari ini, ahli-ahli akademik dan pendokong industri perbankan dan kewangan Islam masIh tertanya-tanya apakah peranan, sumbangan dan gerak kerja yang telah dilakukan oleh Kerajaan Selangor dan Kedah untuk pembangunan sektor kewangan dan perbankan Islam?.

pasforall.jpg

Jika ditinjau Ucapan dasar Presiden PAS yang terbaru, tiada perkara baru yang disebut dalam hal kewangan dan perbankan Islam. Hanya perkara lama yang asyik diulang-ulang tanpa perincian untuk melaksanakannya.[2] Diharapkan perincian boleh dibahas oleh perwakilan, namun ia juga meleset. Tiada kedengaran ahli yang memperbahasakan kepentingan memastikan halal dalam pendapatan dan kewangan dan perbankan, apatah lagi cara lebih perinci untuk memastikan ianya dilaksanakan.

Saya masih ingat bertemu dengan Dato Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS di rumah beliau. Ketika itu saya bertanya dan mencadangkan kepada beliau, agar Majlis Syura PAS mengeluarkan satu arahan jelas kepada semua ahli PAS untuk TIDAK TERLIBAT dengan kewangan dan perbankan riba Konvensional. Beliau bersetuju tetapi tidak saya ketahui apa yang terjadi selepas itu.

Bukankah penglibatan dalam riba beerti perang dengan Allah dan rasulNya?.. sebagaimana difirmankan oleh Allah ( al-Baqarah : 278), kecaman berat juga ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Justeru bagaimana PAS ingin memperjuangkan politik dan pentadbiran Islam sedang diringankan soal pendapatan, perbankan dan kewangan yang halal.!? Bukankah pendapatan ahli, pimpinan serta kerjaan pimpinan mereka yang haram serta syubhat boleh menggugat perjuangan politik Islam mereka.?

Saya boleh memuji Kelantan yang telah mencuba beberapa perkara dalam pentabdbiran kewangan mereka, yang paling menonjol adalah skim Kifalah dan Ar-Rahn. Namun saya masih tidak terbaca apa yang baru diperkenalkan oleh Kerajaan Kedah dan Selangor yang majoritinya adalah Islam.

PENUTUP

Sehingga hari ini, telah melebihi setahun pentadbiran kerajaan Pakatan rakyat di Kedah dan Selangor, saya dan rakan-rakan pecinta kewangan dan perbankan Islam masih menunggu-nunggu apakah yang dibuat oleh kerajaan mereka dalam hal ini. Apakah bezanya mereka dari kerajaan yang ada dalam hal ini, ataukah Kewangan dan perbankan Islam di bawah BN adalah lebih baik berbanding Pakatan Rakyat ?

Saya masih menunggu dan jika telah dilaksanakan sesuatu, diharap ada yang boleh berkongsi maklumat dengan kami. Saya sedar, kami ‘tidak tahu' tidak semestinya tiada. Cuma sebagai ahli politik, kebaikan khsusnya dalam hal ini perlulah segera diwarwarkan untuk umum mengetahui bahawa anda BERBEZA dan PRIHATIN.!

Tetapi persoalannya kini, adakah Anwar dan PAS sebenarnya boleh disandarkan HARAPAN untuk kemajuan kewangan dan Perbankan Islam? Adakah disana tanda-tanda pengharapan dalam ruang lingkup kuasa yang mereka TELAH MILIKI? (iaitu beberapa buah kerajaan Negeri).

Jika yang di dalam kuasa pun tidak mampu dijadikan contoh, apakah harapan untuk dilaksanakan dalam kerajaan yang belum mereka kuasai..

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

9 Disember 2009