Wednesday, January 4, 2012

Malam Sambut Tahun Baru Dan Cina Mabuk

Apabila malam menjelang berpusu-pusu manusia muncul dari pelbagai arah menuju ke tempat yang tinggi semata-mata menunggu detik 12 tengah malam untuk menyaksikan dentuman bunga api yang semestinya meriah sebagaimana tahun-tahun yang lepas. Pada tahun ini kemeriahan sambut malam tahun baru berlangsung lagi tapi bagi saya pada tahun ini sangat sadis dan geram. Kisahnya berkait dengan arak dan cina mabuk. Sudah sinonim bagi mereka yang bukan Islam dan golongan yang tidak beriman kepada Allah walaupun lahir dari keturunan Islam tidak lari dari terjebak dengan air syaitan. Air yang memisahkan antara kewarasan dan kegilaan. Air yang sering membuatkan orang lain susah dan tidak aman.

Begitu juga dengan saya, disebabkan oleh kecuaian cina yang mabuk dan tidak waras dek pengaruh alkohol maka maka kereta abang saya dilanggar dari belakang. Pelanggaran tersebut menghasilkan bunyi yang kuat sekaligus mengejutkan jiran-jiran sekeliling dari dibuai mimpi yang indah. Semuanya terkejar-kejar keluar untuk mengetahui bala apakah yang sedang berlaku diluar sekarang ini. Ada yang keluar dengan tanpa berbaju, hanya beralaskan sehelai kain pelikat lusuh yang setia menjadi alas tidur untuk pemiliknya. Melayu dan cina yang berada diksekitar tersebut semuanya keluar untuk menyaksikan peristiwa tersebut termasuklah abang saya yang terkejut apabila didapati cina tersebut tela melanggar belakan keretanya.

Keadaan menjadi riuh seketika, suara-suara sekeliling tiba-tiba menjadi kecoh dengan pelbagai persoalan yang difikirkan. Sebagai pemilik kereta abang saya terus meluru keluar untuk bertanyakan cina tersebut kenapa dia langgar kereta ini... Akan tetapi cina dengan angkuhnya menjawab dia tidak salah dan paling bertambah geram apabila cina tersebut mengatakan "saya langgar saya tidak salah sebab saya mabuk" berdesing telinga abang saya. Kemarahan makin memuncak tapi masih boleh dikawal lagi sehinggalah cina tersebut sekali lagi menunjukkan keangkuhannya dangan berkata "kiralah berapa semua saya boleh bayar" tanya sedikitpun mahu meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan. Kata-kata angkuh tersebut telah mempengaruhi tahap kesabaran abangku maka dengan tidak semena-mena tangan kanan yang sering digunakan untuk menolong orang diangkat lalu dengan jurus pukulan yang kuat, satu tumbukan padu telah singgah di pipi cina mabuk itu lalu jauh tersungkur tidak sedarkan diri dalam keadaan berrah di pipi.

Rentetan daripada kes ini, selang sehari kemudian cina tersebut telah membuat laporan polis dan selepas itu abang saya ditangkap dan ditahan di dalam lokap selama satu malam. Tumbukan padu abang saya itu mahal harganya apabila cina membuat repot palsu dengan mengatakan dia ditumbuk dengan tangan yang mempunyai cincin berbatu. Daripada kesalahan 323 kes tersebut bertukar menjadi kes 324 yang oleh menyebabkan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun dan 1 sebatan.