Monday, December 28, 2009

Matan hadis lain tapi syarah hadis berlebihan pula

Tadi, dalam pukul 8 malam saya pergi ke surau Taman Saga untuk solat isya' berjemaah di sana. Selalunya saya ke surau Taman Saraya tapi di sebabkan ada urusan mengenai pembinaan bangunan baru surau saya ke surau tersebut untuk berjumpa seseorang. Secara kebetulannya pada malam tersebut ada ceramah ugama yang disampaikan oleh seorang ustaz yang berjubah dan berkupiah. Kira alim la kalau kita lihat dari segi pemakaian itu. Ceramah yang disampaikan sangat jelas dan terang, berdasarkan pemerhatian saya ustaz tersebut mahir dalam membaca kitab dalam bahasa arab.

Saya seronok mendengar ceramah tersebut, manakan tidak bila dibacakan matan hadis, dengan sanad-sanadnya sekali disebut dan dikuatkan lagi dengan nama perawi hadis. Tatkala selesai ceramahnya maka dibukakan kepada para jemaah untuk mengajukan beberapa soalan. Sebelum itu beliau membacakan matan hadis mengenai para sahabat Nabi s.a.w menziarahi kubur, kemudian beliau syarahkan balik matan hadis tersebut. jadi, bila dibukakan kepada hadirin untuk bertanyakan soalan mengenai ziarah kubur ini, lalu saya mengangkat tangan untuk bertanya, dan pertanyaan saya adalah lebih kurang begini "berdasarkan hadis tersebut apakah bentuk bacaan yang harus dibaca ketika menziarahi kubur? Maka ustaz tersebut menjawab " bolah membaca apa saja, nak baca qur'an pun bolah, tahlil pun boleh, apa saja boleh dibaca" .... Kemudian saya bertanya lagi, "saya pernah terbaca dalam blog ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang mengatakan Imam syafi'e mengatakan sedekah pahala tidak sampai" lalu beliau menjawab lebih kurang maksudnya " Pendapat ulama-ulama Syafi'e yang digunapakai sekarang tanya menafikan bahawa imam Syafi'e mengatakan tidak sampai sedekah pahala, bahkan beliau menambah lagi, amalan ini diambil dari maliki" saya tidak pasti dari maliki yang beliau katakan adalah mazhab Maliki atau ulama-ulama mazhab Maliki atau Imam Malik sendiri.

Apa yang saya dengar dari matan hadis yang ustaz tersebut bacakan tadi adalah mafhumnya adalah para Sahabah Rasulullah s.a.w menziarahi kuburan dan mereka mendoakan kesejahteraan kepada ahli-ahli kubur tersebut. Apa yang saya faham adalah para Sahabat Nabi s.a.w hanya membacakan doa sahaja sebab kalau para Sahabat membaca al-qur'an mesti dalam matan hadis tersebut ada menyatakan perbuatan sahabat tersebut ternyata dalam matan tersebut tidak disebut perbuatan Para Sahabat kecuali mendoakan kesejahteraan sahaja... Secara berhati-hati, apakah bolah kita memberikan huraian mengenai perbuatan para Sahabat itu dengan perbuatan selain dari berdoaz? Lagipun setahu saya amalan sedekahkan pahala tidak pernah dibuat pada zaman Rasulullah s.a.w dan sebab itulah Imam Syafi'e menegaskan bahawa sedekah pahala itu tidak sampai.

Bagi saya, ustaz tersebut tidak berhati-hati dalam memberikan penjelasan mengenai hadis yang dibacakan olehnya sendiri. Adalah lebih selamat jika beliau memberikan penjelasan dan huraian hadis berdasarkan syarah-syarah dari ulama hadis itu sendiri seperti Imam Nawawi, al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani dan sebaginya. Lagipun kalau kita membelek buku hadis 40, Imam Nawawi mengatakan antara perkara-perkara yang termasuk dalam perbuatan bid'ah adalah membaca al-qur'an di sisi jenazah.

Seboleh-bolehnya, kalau nak syarah hadis syarahlah betul-betul, fahami matan hadis dengan baik, kadang-kadang walaupun kita mahir berbahasa arab tidak semestinya kita tidak terlepas dari kesalahan, berlaku adil lah dalam memberikan penyampaian dan jangan menghuraikan hadis tersebut berdasarkan selera kita sahaja tanpa melihat penjelasan dari ulama-ulama muktabar terutamanya syarah dari ulama-ulama hadis.

Monday, November 30, 2009

Tafsir Al-Qur'an: Jenis Dan Pecahannya

Para Ulama telah membahagikan kepada dua ketegori:

1) Tafsir Bil Ma'thur
2) Tafsir Bil Ra'yi

Tafsir Bil Ma'thur

Menafsir al-Qur'an dengan dengan bersandarkan kepada hadis-hadis, Tabi'in dan Tabi'in-tabi'in. Dalam jenis ini, Tafsir Jami'ul Bayan oleh al-tabari dianggap yang teragung di mana ianya memuatkan segala kata-kata Sahabat dan Tabi'in beserta dengan sanadnya sekali. Dan yang terdekat dengan Tafsir al-tabari ialah tafsir Ibnu Kathir.

Tafsir Bil ra'yi

Pentafsiran al-Qur'an dengan mengunakan akal fikiran. Ada dua jenis tafsiran ini. Pertama, Tafsir Bil Ra'yi al-Mamduh al-Maqbul yang masih dapat diterima kerana menurut kaedah-kaedahnya yang betul. Dan kedua, Tafsir Bil Ra'yi al-Mazmum al-Mardud yang tertolak kerana unsur rasionalismenya yang ekstrim dan menurut hawa nafsu. Di antaranya ialah tafsir-tafsir dari golongan Muktazilah, Syiah Batiniyyah dan golongan sufi mistik seperti Ibnu Arabi.

Pecahan-pecahan tafsir

Para Ulama telah membahagikan tafsir-tafsir yang masyhur pada masa kini kepada beberapa pecahan berdasarkan kandungan isi dalam tafsir tersebut. Antara pecahanppevahan tersebut adalah:

1) Tafsir yang menekankan aspek gaya bahasa dan keindahan bahasa seperti Tafsir al-Kasyaf oleh Zamakhsyari dan Tafsir Baidhawi.

2) Tafsir yang menekankan aspek tatabahasa, dengan menggunakan syair-syair Arab untuk mengukuhkan pendapat mereka seperti Maanil Qur'an oleh al-Zajjad, Tafsir al-basith oleh al-Wahadi, Tafsir al-Bahrul Muhith oleh abu Hassan Nuhammad bin Yusuf al- Andalusi.

3) Tafsir yang menitik beratkan kisah-kisah Israiliyyat iaitu yang berasal dari Yahudi dan Nasrani malah dari kaum zindiq juga. Misalnya Tafsir al-tha'labi dan Tafsir Alauddin bin Muhammad al-baghdadi.

4) Tafsiran yang meninjau dari segi hukum-hukum fiqh. Polupornya ialah Imam al-Syafi'e dengan kitabnya Ahkam al-Qur'an. Sesudahnya lahirnya tokoh-tokoh lain dengan kitab mereka yang kebanyakkannya memakai judul Ahkam al-qur'an juga.

5) Tafsir ysng menekankan sifat-sifat Allah seperti Tafsir Mafatihul Ghaib oleh al-Razi.

6) Tafsir yang menitikberatkan simbol-simbol atau isyarat-isyarat al-Qur'an yang berhubung dengan ilmu tasawuf seperti Tafsir Abu Muhammad Sahl bin Abdullah at-Tasturi. Tafsir Isyari atau simbolik ini ada yang sahih dan ada yang bathil atau sesat. kebanyakannya ia dipengaruhi ajaran Syiah.

7) Tafsir yang memperkatakan lafaz al-Qur'an yang gahrib (yang jarang terpakai dalam perkataan seharian) seperti kitab Mu'jam Gharibul Qur'an oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi.

Pembahagian ini telah disepakati sebahagian ulama dahulu dan sekarang. Oleh itu, sebelum kita menggunapakai pendapat dan pandangan dari kitab-kitab tafsir seharusnya kita mengenalpasti terlebih dahulu maksud penerangan kitab tafsir tersebut kerana kitab-kitab tafsir yang ada sekarang adalah lebih cenderung kepada aliran pemahaman masing-masing.

(Dipetik dari : PEMIKIRAN ISLAM KLASIK : PENGARUH FALSAFAH YUNANI DAN KEBANGKITAN GERAKAN TAJDID, Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah, cetakan pertama 2004, al-Hidayah Publisher)


Thursday, November 26, 2009

Susahnya nak jujur

Persoalan ini berkaitan dengan hati dan perasaan. Betapa kuat dan teguh prinsip seseorang bergantung kepada keinginan untuk berpegang kepadanya atau sebaliknya. situasi sebegini hampir berlaku kepada semua orang tanpa memilih status kedudukan dan aliran pemikiran. Bahkan juga boleh berlaku kepada pemimpin-pemimpin besar dalam atau luar negeri.

Kita pun jadi serabut bila berada di sekeliling mereka yang tak jujur. Boleh jadi kita pun menyumpah-nyumpah bila orang lain yang tak jujur tapi bila yang tak jujur itu kita sendiri, maka mula lah kita akan tutup mulut berdiam diri agar tidak diketahui orang lain.

Persoalan jujur ini boleh dibahagikan kepada banyak kategori, jujur dalam cinta lain halnya, pening juga kalau difikirkannya. Jujur dalam kehidupan bermasyarakat lagi memeningkan kerana terpaksa berhadapan dengan ramai orang, silap hari bulan boleh memalukan diri sendiri. Silap hari bulan akan dipinggirkan orang lain kalau ketidakjujuran itu pecah tembelangnya, nak bertentang mata pun rasa segan. Jujur dalam perkhidmatan lagi menyusahkan orang, orang lain yang tak jujur tapi mangsa yang menanggung akibat, kadang-kadang mangsa pun tidak dapat pembelaan dari pihak berkuasa seperti polis atau kerajaan.

Mahu membetulkan sikap manusia agar berlaku jujur ini sangat susah, terlalu subjektif untuk membuat suatu rangka dasar sebagai panduan, tambah-tambah lagi berkaitan dengan sikap dan juga iman. Kita sebagai manusia biasa terlalu sukar untuk membaca hati orang lain, hanya sekadar melihat pada luaran yang kadang-kadang bertopengkan kejujuran sedangkan menunggu masa untuk mengambil kesempatan untuk berlepas diri atau mengaut keuntungan.

Dalam banyak-banyak kes yang pernah saya temui, hanya satu kes sahaja yang dirasakan kerap berlaku dan hampir-hampir semua mereka yang melakukan pekerjaan ini adalah mereka mesti tidak berlaku jujur dalam memberikan perkhidmatan.. Itulah dia "AGENSI PEMBANTU RUMAH".. Kadang-kadang saya pun tak faham dengan kes ini, saya juga tidak berapa faham dengan dasar kepolisan negara, dasar penguatkuasaan Imegresan dan Kementerian Dalam negeri. Sudah terlalu banyak kes-kes penipuan dilakukan oleh agensi-agensi ini, tapi setakat pengetahuan saya tidak ada lagi yang di tahan dan didakwa. Sedangkan mangsa-mangsa di sebabkan oleh penipuan ini sudah terlalu ramai. Apabila membuat pengaduan atau "Police report", silap langkah yang mengadu itu akan mendapat susah. Yang diadu pula tak rasa apa-apa.

Saya pernah bertanyakan masalah ini pada seorang polis yang sudah bersara tapi bersara dengan pangkat ACP, pangkat yang boleh dikatakan agak tinggi jawatan tersebut dan mustahil tidak tahu apa-apa mengenai undang-undang kepolisan atau memberikan kesalahan fakta yang melampau dalam memberikan pendapat dan nasihat. Bila saya tanya mengenai majikan yang mengadu atau membuat report mengenai penipuan AGENSI PEMBANTU RUMAH, kata beliau, yang pertama, pembantu rumah tersebut dulu akan ditahan sebelum membuat tindakan kepada agensi tersebut. Pembantu rumah tersebut akan ditahan dan mungkin akan dihantar pulang sekiranya tidak mempunyai permit... persoalannya sekarang, dimanakah pembelaan yang seadilnya dalam kes ini, apakah tindakan tersebut adalah penyelesaian yang terbaik sebenarnya... bagi saya jawapan itu sangat tidak adil dan hanya selesai kes untuk pihak polis sahaja dan tidak kepada majikan sedangkan majikan sudah habis beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan seorang pembantu rumah. Betapa senangnya jawapan tersebut dan betapa senangnya menjalankan tugas dan menyelesaikannya seterusnya terus mengabaikan majikan tanpa memberikan penyelesaian yang terbaik..

Dimanakah penyelesaian yang sebenarnya untuk masalah ini?

Sekiranya kes ini berlaku, apakah langkah terbaik untuk majikan lakukan?

Sama-samalah kita fikirkan... Jangan biarkan mereka yang mempunyai mulut bercabang ini sewenang-wenangnya menipu mangsa. Biarlah mereka juga mendapat hukuman yang setimpal.. Sama-sama lah kita mendoakan agar mereka yang sentiasa menipu ini akan sering ditimpa musibah yang berterusan sehingga mereka insaf selama-lamanya.. amin...

Wednesday, November 4, 2009

Pendedahan Terkini

Dipetik dari www.anwaribrahimblog.com

NAFI HALANG TUGAS, PENGARAH JAIS PERLU PROFESIONAL

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 4 November 2009

Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam terutama di Negeri Selangor.

Selaku individu yang berada ditempat berlakunya majlis ilmu berkenaan, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan berdasarkan kepada beberapa laporan akhbar yang saya rasa telah memetik dari sumber yang cuba melindungi kejadian sebenar yang berlaku.

Tetapi apa yang dikesalkan ialah cara pihak JAIS menjalankan operasi penahanan adalah tidak professional dan mempamerkan kelemahan yang tidak sepatutnya wujud dalam organisasi yang tinggi tarafnya seperti JAIS.

Lebih menghairankan apabila ditahan, pihak JAIS gagal menyediakan kertas pendakwaan bagi mengaitkan Dr Asri dengan sebarang kesalahan melainkan dengan alasan mengajar tanpa tauliah.

Sepatutnya penahan dibuat setelah terbukti sesorang itu telah melakukan kesalahan. Agak menyedihkan dalam kes ini sewaktu mahu menahan Dr Asri, kelihatan pegawai JAIS sendiri tidak membuat persediaan dan sering menggunakan telefon bagi mendapat arahan dari pegawai atasan yang dipercayai ialah Pengarah JAIS sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Bagi saya tindakan JAIS yang menggunakan khidmat polis pada malam kejadian juga adalah satu tindakan yang melampau dan meletakkan Dr Asri pada kedudukkan yang tidak sepatutnya memandangkan sebelum ini beliau telah diberi kepercayaan oleh Tuanku Raja Perlis untuk menjaga persoalan berkenaan agama Islam di Negeri Perlis sendiri.

Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat. Adakah semua ini masih lagi tidak melepasi kelayakan yang diperlukan oleh JAIS untuk seorang seperti beliau bagi menyampaikan dakwah di Selangor.

Disini saya bertegas mendesak Pengarah JAIS menjelaskan apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihaknya untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga kini terdapat lebih kurang 7 orang Ustaz yang diantaranya adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan telah gagal mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor tanpa alasan yang kukuh dan bertulis.

Dengan adanya garis panduan tersebut JAIS akan dapat membendung amalan mengikut selera Pengarah JAIS dan memberi keadilan kapada cendekiawan seperti Dr Asri untuk menyampaikan ilmu.

Dalam tempoh terdekat, pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar petisyen kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selongor agar menilai semula kedudukan dan fungsi Pengarah JAIS yang jelas telah menjejaskan kedudukan Baginda selaku penaung kepada perkembangan Islam di Negeri Selangor yang bertuah ini.

Melalui kenyataan media ini juga saya ingin menafikan laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Pengarah JAIS bahawa saya dan seorang lagi rakan YB Shaari Sungip telah menghalang tugas pegawai JAIS untuk menjalankan tugas sehingga terpaksa menggunakan polis.

Apa yang berlaku ialah saya dan YB Shaari Sungib cuba untuk menenangkan keadaan kerana para jemaah ketika itu terkejut dengan serbuan yang dilakukan dengan kasar dan biadap oleh saudara Shahrom penolong pengarah penguatkuasa JAIS yang mengaku mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar.

Untuk itu, saya mengesa agar Pengarah JAIS yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan ini menarik balik dakwaan beliau. Sebaliknya beliau perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kenyataan kerana beliau membawa imej JAIS yang dipandang tinggi oleh umat Islam.

ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat

Tuesday, November 3, 2009

TUDUHAN SIJIL PALSU ADALAH YANG PALSU

Dr Asri Jawab Tuduhan Sijil Palsu

Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah. Ini bercanggahan dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain dalam Utusan.

Sila klik di sini untuk imei yang lebih jelas.

Dr Asri: Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.

-Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini.

Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini? Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!

-wartawan Minda Tajdid

Pesanan kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Segala yang berlaku sebenarnya adalah dalam pengetahuan Allah Taala. Terlalu banyak hikmah yang tersembunyi dalam kejadian tersebut. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mempertahankan kebenaran dan hendaklah banyak bersabar. Walaupun terlalu banyak halangan dan dugaan yang datang bertimpa-timpa dalam mengharungi mehnah perjuangan adalah perkara biasa bagi para pendakwah yang sebenar.

Walaupun jelas, di sebalik penahanan tersebut terdapat satu motif yang tidak berkaitan dengan politik tetapi berkaitrapat dengan aliran pemikiran terkini. Antara fahaman yang disifatkan sebagai Wahhabi atau fahaman yang mengaku sebagai Ahlul sunnah Wal jamaah.Cuma dalang di sebalik penahanan tersebut masih tidak jelas dan mungkin akan diketahui juga dengan izin Allah Taala.

Di sini, suka saya berpesan kepada al-Fadhil Dr. Mohd Asri, bersabar dan redha lah segalanya kerana kemanisan di sebalik kejadian ini adalah sangat manis dan apa yang penting keikhlasan diri sentiasa mengiringi anda. Biar lah Allah Taala sahaja yang diharapkan ganjarannya walaupun seribu NGO membantah usaha anda. Secara peribadi, saya menyokong anda seratus peratus selagi perjuangan anda berdasarkan iman dan bukan dendam... maafkan segalanya dan serahkanlah segalanya kepada Allah taala... Hasbiallah...

Monday, November 2, 2009

Info Hadis : Pemurnian Solat (siri 3)

(Dipetik dari : Betulkan Solat Anda: Imam Ahmad Ibnu Hambal, Thinker's Library Sdn. Bhd)

Adab Solat Berjemaah

Kisah Abu Musa Al-Asy'ari dengan makmum:

"Abu Musa Al-Asy"ari bersembahyang bersama kami (sebagai imam). Ketika Abu Musa sedang duduk, ada seorang lelaki berkata: Sembahyang harus disertai dengan kebajikan dan zakat. Maka ketika Abu Musa selesai sembahyang dan sesudah mengucapkan salam, ia berpaling kepada orang banyak, lalu berkata: siapa yang berkata itu tadi? Orang yang banyak diam (tiada yang menjawab). Abu Musa kembali bertanya, sedang orang banyak tetap diam (mungkin kerana hormat atau takut). Lalu berkata Abu Musa Al-Asy'ari : Barang engkau Hiththan yang berkata itu? Aku (Hiththan) menjawab: Demi Allah, aku tidak berkata demikian. Aku takut kalau engkau akan memarahi saya kerana ini. Lalu berdiri sorang lelaki di tengah orang banyak dan berkata: sayalah yang berkata itu dan tidak ada yang saya maksud dengan perkataan itu selain kebajikan jua. Maka berkatalah Abu Musa Al-Asy'ari: Tidakkah kamu tahu, apa yang kamu ucapkan dalam sembahyang? Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami menerangkan sunnah (sembahyang) kita, dan apa yang harus kita sebut di dalamnya. Berkata Rasulullah s.a.w : Bila kamu sembahyang, maka luruskanlah barisanmu, kemudian harus maju seorang menjadi imam. Maka apabila imam sudah bertakbir, maka baru kamu bertakbir, dan bila ia membaca, maka harus kamu mendengarkan, dan apabila imam berkata: Ghairil maghdhuubi alaihim wa ladh-dhallin, maka hendaklah kamu berkata: aaamiin. Allah akan mencintai kamu. Dan apabila imam sudah bertakbir dan rukuk maka hendaklah kamu bertakbir dan rukuk. Jadi imam rukuk sebelum kamu rukuk. Dan imam bangkit sebelum kamu bangkit. Berkata Rasulullah s.a.w: Maka itu dengan (sesudah) itu. Dan apabila imam mengangkat kepalanya dan berkata: Sami'allaahuliman hamidah, Maka angkatlah olehmu akan kepalamu dan katakanlah : Allahumma rabbana lakalhamdu. Allah akan mendengar ucapanmu itu. Dan apabila imam sudah bertakbir dan sujud, hendaklah kamu bertakbir dan sujud. Dan apabila ia telah mengangkat akan kepalanya dan bertakbir, maka hendaklah kamu mengangkat kepalamu dan bertakbir. Berkata Rasulullah s.a.w: Maka itu dengan (sesudah) itu. Dan apabila imam sudah duduk, maka yang pertama harus kamu ucapkan ialah: at-tahiyyatu lillahi wash-shalawaatu wath-thayyibaatu, sehingga kamu selesai dari tasyahhud.

Oleh yang demikian, sesiapa yang bertakbir bersama-sama imam adalah salah bererti meninggalkan apa yang diperintahkan Rasulullah s.a.w. Maksud yang jelas adalah apabila imam betul-betul bangkit dari rukuk atau sujud barulah makmum boleh bangkit. Sekiranya imam baru separuh bangkit dari rukuk atau sujud atau pelakuan lain dan makmum terus bangkit ini bermakna sembahyang berjemaah tersebut tidak sempurna.

Ketika imam membaca surah al-Fatihah, makmum mesti mendengar sehingga selesai dan mengaminkannya barulah makmum boleh membacanya..

Pernah berlaku di balaisah kampung saya ketika solat terawih di bulan puasa, imam membaca ayat tersangat laju dan pendek menyebabkan makmum tak sempat habiskan bacaan surah al-Fatihah kalau dibaca selepas mengaminkan bacaan. Jadi untuk sempat habiskan bacaan surah al-Fatihah, para makmum membacanya ketika imam belum selesai membaca surah tersebut dan sempat habiskan bacaan ketika imam membaca surah lazim.. Kerana terlalu mengejar 20 rakaat sehingga terlupa adab-adab sembahyang berjemaah.

Oleh itu, jagalah adab-adab sembahyang agar solat kita sentiasa sempurna dan diterima oleh Allah Taala sebagai suatu bekalan kita pada hari kekal kelak.

Thursday, October 22, 2009

Info Hadis : Pemurnian Solat (siri 2)

(Dipetik dari : Betulkan Solat Anda: Imam Ahmad Ibnu Hambal, Thinker's Library Sdn. Bhd)

Meluruskan saf sebelum solat sangat dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w

1) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Luruskan saf (barisan) sejajar bahu, tutup tempat yang kosong, jgn sampai berdiri ditengah-tengahmu anak kambing dari syaitan-syaitan."
[Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Umamah, berkata Al-Munzhiriy dalam at-Targhib: Sanadnya baik. juga diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas. Juga oleh Abu daud, Nasa'i, Abnu Khuzaimah dan Ibnu Hibbah.]

2) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Adalah Rasulullah s.a.w bila berdiri di tempatnya untuk solat, tidak memulai takbir sebelum terlebih dahulu melihat ke kanan dan ke kiri, lalu memerintahkan orang banyak mensejajarkan bahu, lantas berkata: Janganlah kamu bersimpang siur (bengkok : tidak lurus) sehingga bersimpang siur hati kamu." [H.R Abu daud]

3) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Bahawa Rasulullah s.a.w berpaling pada suatu hari, maka beliau melihat seorang lelaki keluar dadanya dari saf, maka Baginda berkata: hendaklah luruskan bahu-bahumu itu, kalau tidak Allah akan pecah belahkan hati-hati kamu."
[Diriwayatkan oleh Muslim, Bukhari dan Abu Daud dari Nu'man Ibn Basyir]

Tiga hadis di atas menjelaskan bahawa meluruskan saf suatu amalan yang penting sebelum mendirikan solat. Selalunya kita sering mengabaikan keutamaannya dan menganggap itu hanya perkara yang remeh sahaja. Sedangkan kita lupa bahawa teguran Nabi s.a.w mengenai saf sebelum solat adalah suatu yang penting yang mana ia melibatkan hati sesebuah jemaah. Berdasarkan dari hadis di atas membuktikan bahawa meluruskan saf sebelum solat mempunyai kaitan dalam kehidupan seharian dan yang paling jelas bahawa untuk memperoleh khusyuk dalam solat juga berkaitan dengan saf.

Oleh itu, sebelum solat rapatkanlah saf dan betulnya mudah-mudahan kita akan memperoleh kenikmatan dalam solat.

Wednesday, October 21, 2009

Minta pendapat pembaca yang dihormati

Ada sepotong kata-kata yang didakwa berasal dari perkataan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang berbunyi lebih kurang begini:

"Jikalau benar Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah, Yang memberi rezeki, maka aku bersumpah tidak akan makan selama setahun sehingga Allah suapkan rezeki kepadaku"

Kata-kata tersebut pada asasnya mencabar kewibawaan Allah Taala, sedangkan Nabi s.a.w dan para Sahabat tidak pernah melakukan perkara tersebut. (berdasarkan pengetahuan saya).

Persoalan:-

1) Boleh kita sebagai hamba layak untuk ucapkan perkataan sebegitu?

2) Benarkah ini daripada kata-kata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani atau ada org lain yang
menumpang nama beliau untuk dijadikan sandaran?

Saya amat berbesar hati kiranya terdapat di kalangan pembaca yang mempunyai pengetahuan mengenai persoalan ini.. diharapkan kebenaran terserlah agar kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari perbincangan ini.

Monday, October 19, 2009

Sampaikanlah maklumat yang betul!!!

Beberapa malam yang lepas, Jawatankuasa Surau Taman Saraya menjemput seorang penceramah untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan Aidilfitri sebagai salah satu pengisian program untuk "Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Surau Taman saraya". Ceramah yang disampaikan oleg beliau sangat menarik dengan membawa beberapa contoh dan cerita untuk merangsang para jemaah agar memperbanyak ibadah terutamanya ibadah solat.

Namun demikian, ada satu contoh cerita yang dibawa oleh beliau yang saya sangat tidak setuju. Cerita tersebut tidak berapa logik untuk dinilai dan sangat tidak sesuai untuk dijadikan sebagai satu contoh walaupun dengan tujuan yang baik. Cerita yang bawa oleh beliau adalah kisah cucu Nabi s.a.w yang bernama Zainal Abidin / Zainuddin yang rajin melakukan ibadah solat terutama solat-solat sunat. Berdasarkan cerita yang disampaikan oleh beliau, cucu Nabi s.a.w ini telah melakukan ibadah solat sunat sebanyak 1000 rakaat setiap hari. Contoh yang diberikan ini sebagai satu motivasi untuk para jemaah semua agar memperbanyakkan ibadah solat terutama solat sunat.

Berdasarkan kiraan matematik, satu jam bersamaan dengan 60 minit. 24 jam adalah 1440 minit. 1440 minit kalau dibahagikan dengan 1000 rakaat maka 1 rakaat mengambil masa 1.44 minit. Bagi seorang yang kuat ibadah mana mungkin satu rakaat hanya 1.44 minit sahaja, paling kurang mengambil masa 2-3 minit satu rakaat tidak termasuk sujud. Satu solat sunat adalah dua rakaat jika dikira termasuk rukuk, sujud dan tahiyat maka masa yang diambil paling kurang 5 minit kecuali melakukan solat macam patuk ayam cuma ambil masa 3 minit sahaja. Kalau satu solat sunat mangambil masa 5 minit bermakna untuk mencapai 1000 rakaat mestilah 500 kali solat sunat. 500 x 5 = 2500 minit.

Oleh yang demikian mana mungkin seseorang mampu untuk melakukan solat sunat 1000 rakaat sehari semalam. Bila waktu solat fadhu berjemaah, berwudhuk, makan, mandi, buang air kecil dan besar..

Kita sebagai penceramah yang menyampaikan maklumat kepada khalayak ramai hendaklah berhati-hati kerana tersilap maklumat adalah besar natijahnya.. Cubalah teliti sebelum memberikan contoh dan cerita walaupun sekadar memberikan semangat dan rangsangan kerana banyak lagi cerita dan contoh yang sahih yang boleh diambil untuk diberikan pengajaran kepada para pendengar.

Info Hadis : Pemurnian Solat (siri 1)

(Dipetik dari : Betulkan Solat Anda: Imam Ahmad Ibnu Hambal, Thinker's Library Sdn. Bhd)

Solat merupakan amalan yang sangat penting dalam menentukan kedudukan seorang hamba di hadapan Allah taala. Rosak solatnya maka akan cacatlah keseluruhan ibadahnya yang lain. Sebab itulah Allah Taala telah menegaskan bahawa solat itu dapat mencegah manusia dari melakukan perkara yang mungkar. Mengenai solat Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Akan datang pada suatu masa atas manusia, di mana mereka bersolat (bersembahyang) yang senbenarnya mereka tidak bersolat". (tiada maklumat tentang takhrij hadis, sila rujuk buku "Betulkan Solat Anda: Imam Ahmad Ibnu Hambal" m/s 9)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud:

" Kecelakaan (neraka wail) bagi si alim yang membiarkan si jahil, kerana tidak mengajarinya." (hadis dikeluarkan oleh Abu Yu'laa dalam masnadnya dari hadis Anas)

Persoalan sekarang adakah kita melaksanakan ibadah solat dengan pelakuan yang betul-betul dari Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya? Betapa malangnya kita yang telah bertahun melaksanakan ibadah solat termasuk solat-solat sunat tetapi semuanya tidak diterima bahkan dianggap tidak solat sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. na'uzubillah min zaalik.

Oleh yang demikian yang hati yang insaf saya akan berusaha sedaya upaya membetulkan mana yang silap dengan kadar ilmu yang terbatas ini dan berusaha untuk menyampaikan kepada para pembaca maklumat-maklumat hadis mengenai solat sekadar yang termampu agar kita sama-sama menperoleh manfaat yang berguna dan semoga amal ibadah khususnya solat kita diterima oleh Allah Taala. Insya Allah....



Tuesday, October 13, 2009

Dapatkah anda terima tindakan begini?

Ada juga manusia zaman sekarang yang masih tidak bertamadun..












Friday, October 9, 2009

Bila lama tak menulis....

Disebabkan oleh kesibukan masa dan mood yang tidak istiqamah keinginan untuk menulis sebagai melatih diri ke arah menjadi seorang penulis pun menjadi semakin pudar. Hilang deria untuk mencari fakta kebenaran dan hilang rasa untuk membuat perbandingan. Sebab itulah Nabi s.a.w pernah bersabda yang mafhumnya lebih kurang berbunyi begini " amalan yang baik adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit" berbanding banyak benda yang mahu kita lakukan tetapi sekadar hangat-hangat tahi ayam. Itulah yang dinamakan nafsu yang sentiasa ingin sesuatu yang lebih walaupun tahu kemampuan diri yang sangat terhad.

Kalau diikutkan banyak perkara yang ingin ditulis dalam ruangan ini setelah mengikuti beberapa perbualan dan perbincangan dengan sahabat seperjuangan tetapi bila menghadap komputer otak menjadi bejat, tak mampu untuk mengolah ayat yang baik untuk dinukilkan sebagai suatu catatan yang berguna kepada diri sendiri dan pembaca.

Novel "SETITIS EMBUN SEMARAK API" karya Shahnon Ahmad adalah sumber inspirasi saya untuk menjadi seorang penulis. Seboleh-boleh kiranya pembaca juga dapat memiliki buku tersebut sebagai panduan peribadi untuk menjadi seorang penulis. Saya juga cuba menerapkan penulisan ala-ala novel dalam tulisan saya lepas ini namun buat masa sekarang nampaknya masih belum nampak bakat tersebut. Saya sudah membaca beberapa buah novel kara Ramlee Awang Murshid dan saya sangat tertarik dengan jalan cerita dalam novel beliau terutama novel beliau yang bertajuk : 1) BAGAIKAN PUTERI, 2) CINTA SANG RATU, 3) HIJAB SANG PENCINTA. Jalan cerita yang cukup indah, garapan beliau dalam novel tersebut mampu membimbing pembaca ke arah kecintaan kepada Yang Maha Pencipta dengan mencipta watak sebagai seorang wali yang bergelar "Laksamana Sunan" yang berjuang menegakkan syiar islam dan menghapuskan syirik dan khurafat. satu ungkapan yang sangat melekat di hati saya dalam novel beliau adalah " SEBAGAI MANUSIA, AKU CINTA PADAMU" dan " LEBIH BAIK TERSALAH AMPUN DARI TERSALAH HUKUM"...

Itu saja catatan saya pada kali ini.. Insya Allah saya akan sambung penulisan seterus dalam perbincangan dan perbandingan Akidah Islamiyah..

Tuesday, September 8, 2009

Kalau nak pilih pemimpin: Pilihlah yang sentiasa solat berjemaah di masjid/surau

Pada masa sekarang, terlalu ramai manusia keliru dalam membuat pemilihan yang tepat. Lebih-lebih lagi bila ada di antara yang bertanding menjanjikan pelbagai habuan dan pembangunan demi memikat hati rakyat. Bila berada dalam situasi begini ditambah lagi dengan dengan kekurangan ilmu di dada boleh membuatkan fikiran menjadi keliru, tidak mampu untuk membezakan pemimpin mana yang baik dan pemimpin mana yang tak baik.

Kaedah yang paling senang tanpa perlu merujuk banyak teori dari kitab kuning atau kitab moden ialah dengan melihat calon pemimpin yang akan dipilih tersebut dari segi solatnya. Adakah solat calon tersebut sentiasa atau kerap berjemaah di masjid atau jarang sekali untuk berjemaah di masjid dengan alasan "sangat sibuk". Bahkan tidak pernah solat pun (mungkin ada).

Sebagaimana maklum, kita sebagai rakyat perlu bijak menilai calon pemimpin kita, dengan kebodohan kita maka dengan senang mereka akan memperbodohkan kita. Dah la kita bodoh diperbodohkan lagi, dah jadi dua kali bodoh. Tentunya kita tidak mahu sebegitu, cara yang paling senang, buatlah penilaian terhadap calon pemimpin tersebut dari segi solatnya.

Kenapa bab solat saja yang perlu di nilai? sebenarnya banyak lagi yang perlu kita nilai, tetapi persoalannya adakah kita mampu untuk menilai semuanya dengan kemampuan yang terbatas, masa yang terhad, jarak yang jauh dan kewangan yang tidak mencukupi. Jadi, cukuplah dengan menilai perjagaan solat mereka. Sekiranya mereka menunaikan amanah Allah Taala dengan sempurna, itu boleh diandaikan bahawa mereka ini berusaha untuk menunaikan hak Allah Taala, manakala mereka yang tidak solat sangat jelas mereka tidak berkehendakkan untuk menunaikan hak Allah Taala. Hak Allah pun tidak mahu tunaikan apatahlagi hak manusia.. itu secara logiknya. Tidak semestinya betul.

Calon pemimpin yang sentiasa menunaikan solat secara berjemaah pula bermakna mereka telah menunaikan hak manusia dalam konteks perhubungan masyarakat yang paling praktikal sekali pada masa kini. Tempat yang paling selesa dan nyaman yang tidak memerlukan dibayar dengan wang ringgit berbanding dengan hotel dan pusat-pusat perjumpaan yang lain, nak berjumpa pun kena bayar, itukan lebih membazir. Oleh itu, calon yang malas nak solat berjemaah di masjid/surau perlukah kita pilih mereka sebagai pemimpin? Sudah tentu nak berjumpa dengan masyarakat pun susah sekali, silap-silap haribulan kalau nak jumpa kena buat apointment... naya la jadinya. Selalunya mereka yang tidak suka solat berjemaah di masjid/surau ini senang dikaburi oleh ujian keduniaan, terlalu senang untuk dipengaruhi oleh orang-orang yang tidak beriman dan lalai. Maka sekiranya orang macam ini yang dipilih sebagai pemimpin tidak mustahil pusat-pusat hiburan tumbuh bertaburan di kawasan tersebut.

Saya tidak sempat untuk merujuk sebuah hadis yang sahih mengenai pentingnya solat berjemaah di masjid/surau, tetapi apa yang saya faham ia memberi maksud begini (bukan maksud hadis dari matan hadis) Nabi s.a.w sampai menyuruh membakar rumah mereka yang tidak hadir solat berjemaah dan menganai hadis Ummu Maktum yang bertanyakan perihal solat berjemaah kepada Rasulullah s.a.w, sedangkan Ummu Maktum adalah seorang yang buta, jawab Nabi s.a.w yang memberatkan solat berjemaah ini dengan memanggil semula Ummu maktum kemudian bertanyakan kepada Ummu maktum "apakah kamu mendengar azan" lalu Ummu Maktum menjawab :"ya", kalau demikian kamu kena hadir solat berjemaah, kata Nabi s.a.w . Itu orang buta, kita ini senang lenang, mata celik, badan sihat tak kan tak boleh nak solat berjemaah. Sebab itu lah saya katakan kalau nak pilih calon pilihlah mereka yang menjaga solat fardhu secara berjemaah insya Allah selamat dunia akhirat. Dan kalau ingin kehancuran dan kemurkaan Allah pilihlah yang tidak solat langsung...


Saturday, September 5, 2009

Berterusan melakukan dosa bererti mencabar kewibawaan Allah

Subuh kali ini saya solat berjamaah di surau at-Taqwa Taman Saga , Ampang. Jumlah jemaah di surau ini sangat membanggakan tidak seperti surau yang selalu aku kunjungi iaitu di surau Taman Saraya (Boleh rujuk blog ini www.surautamansaraya.blogspot.com), malah saya berasa sangat kerdil dan bersalah kerana saya sekarang menetap di Taman Saga tetapi menjadi ahli mukim Taman Saraya kerana tiap-tiap malam saya akan ke sana untuk solat Isya' bersama-sama dengan jemaah yang tidak seberapa di sana.

Apa yang istimewanya pagi ini adalah selepas solat subuh kami semua dihidangkan dengan juadah kerohanian yang disampaikan oleh ust. Syakirien (orang Perak). Kuliah beliau sangat menarik antara isi yang saya masih ingat daripada kuliah tersebut adalah:-
  • Hadis "sesungguhnya seafdhal jihad adalah jihad melawan hawa nafsu" adalah hadis palsu, mengikut beliau (lebih kurang begini) kemunculan hadis ini adalah pada zaman Ibnu Arabi. Hadis ini dicipta oleh golongan Yahudi untuk mengelirukan umat Islam agar tidak bersungguh melawan mereka kerana pada ketika itu suasana tegang antara Islam dengan yahudi kristian
  • Hawa nafsu manusia boleh dilemahkan dengan lapar, kerana semasa hawa nafsu dijadikan oleh Allah Taala, Allah Taala bertanyakan kepada hawa nafsu, siapakah AKU? namun dengan sombong hawa nafsu menjawab "aku adalah aku dan engkau adalah engkau". Kemudian hawa nafsu diselam dalam api neraka sehingga beberapa kali, namuh masih lagi angkuh sehinggalah dicabut nikmat makan, barulah hawa nafsu mengakui bahawa Allah Taala adalah tuhan dan dirinya adalah hamba.
  • Manusia bila dah tahu perkara itu adalah dosa tetapi masih mengulanginya adalah bererti mancabar kewibawaan Allah Taala.
Saya tertarik dengan "Manusia bila dah tahu perkara itu adalah dosa tetapi masih mengulanginya dan mengulangi sehingga beberapa kali adalah bererti mancabar kewibawaan Allah Taala" kerana saya sendiri pun tidak terlepas dari mengulangi dosa yang sama, bahkan mungkin ada yang diulangi setiap hari cuma kita tidak sedar apakah dosa tersebut. Astaghfirullahalazim....

saya teringat satu syair arab yang bermaksud begini " aku hairan bila manusia katakan bahawa mereka takutkan azab tuhan tetapi sentiasa melakukannya dosa dan aku lagi hairan bila manusia mengharapkan pahala dari Allah Taala tetapi malas hendak beramal" . Sama lah juga semua umat Islam membenci iblis dan syaitan dan pada masa yang sama yang mengikut telunjuk mereka orang ini jugalah... semoga kita sentiasa memperbaiki gaya hidup dan amalan kita kearah yang lebih baik.. insya Allah

Friday, August 28, 2009

Islam UMNO dan Islam PAS : Apa bezanya?

Saya tertarik dengan kenyataan Tok Guru mengenai bawaan Islam oleh parti masing-masing. Yang nyata kata-kata Tok Guru lebih kepada situasi politik semasa dan kadang-kadang kata-kata orang politik banyak betulnya dan tak kurang juga silapnya. Situasi begini pernah berlaku pada zaman lampau yang mana perdebatan yang berlaku antara Imam al-Ghazali dengan Ibnu Rushd. Pernah Imam al-Ghazali mengatakan Ibnu Rushd kafir kerana beliau terlalu cenderung kepada falsafah (Tahafut al-Falasifah) dan begitu juga Ibnu Rushd pun pernah katakan kafir kepada Imam al-Ghazali (Tahafut al-Tahafut) untuk mempertahankan fahaman beliau.

Namun pada ketika ini saya hanya ingin membincangkan bawaan Islam oleh parti masing-masing. Satu persoalan, apakah berbeza Islam yang dibawa oleh UMNO berbanding dengan PAS? Dan dimanakah perbezaan tersebut? Buat masa sekarang saya tidak nampak perbezaannya. Tidak pernah saya dengar bahawa apa yang haram oleh Islam dinyatakan halal oleh UMNO. Cuma bagi saya pelaksanaannya yang nampak berbeza yang sangat ketara. Dan yang jelas UMNO hanya melaungkan mengaku ikut Islam tetapi PAS lebih jelas mempraktikkan Islam. Saya tidak menyokong mana-mana pihak antara kedua parti tersebut ketika menulis artikel ini, apa yang saya nampak parti yang bersungguh-sungguh menjalankan hukum Islam hanya PAS sahaja pada masa sekarang dan UMNO sama sahaja dengan PKR masing-masing hanya mengaku tetapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu apakah mereka ini bersungguh inginkan kerajaan Islam ataupun tidak.

Sebelum ini kecoh dalam media perdana dan bukan perdana yang mengatakan Tok Guru mengatakan UMNO tidak masuk syurga. Sebenarnya Tok Guru tak pernah kata pun macam tu tapi kalau benar pun bagi saya betul lah tu, UMNO dan PAS mana boleh masuk syurga, hanya orangnya saja yang masuk syurga bukannya parti. Saya lebih setuju mengatakan bahawa mereka yang memilih parti masing-masing adalah berdasarkan kefahaman mereka. Kemungkinan mereka yang memilih UMNO ada sebabnya tersendiri yang tanpa ada kepentingan diri sendiri dan semata-mata untuk meperjuangkan bangsa. Dan mereka yang memilih PAS tidak semestinya masuk syurga kerana ini semua adalah bergantung kapada amalannya. Mereka yang memilih parti untuk kepentingan sendiri itulah yang akan membawa mereka ke neraka dan ini termasuk PAS sekali dan tidak semua mereka yang sokong PAS tersebut ikhlas untuk memperjuangkan Islam malah ada yang lebih kepada kepentingan peribadi. Pernah saya bersembang dengan orang PAS di kampung saya, dia kata "Aku sokong PAS ini bukan untuk dapatkan harta benda, aku sokong PAS kerana aku nakkan Islam tetapi adalah sikit aku dapat seekar tanah orang politik bagi"... Habis ini macam mana ni? Pemimpin-pemimpin PAS pun bukan semuanya betul malah ada juga yang mempunyai kepentigan peribadi, dan ini tidak dinafikan cuma mereka belum lagi diuji dengan ujian sebenar yang sebenar. Mereka belum lagi diuji dengan wang ringgit yang berjuta tetapi dah ada yang diuji dengan tanah hutan. Saya tak nak kata apa-apa, kalau boleh cubalah siasat sendiri, antara wakil rakyat PAS di Kelantan ada atau tidak mereka yang memperoleh tanah hutan berbelas-belas malah berpuluh ekar selepas menjadi wakil rakyat PAS. Apa yang nyata Wakil Rakyat UMNO sudah gagal dalam ujian Allah Taala terutama dengan wang ringgit dan harta benda sebab itulah terlalu banyak rasuah dan penyelewengan dalam UMNO.


2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
al-Ankabut : 2

Oleh itu, sebelum betul betul berhadapan ujian ini tidak perlu menghukum orang lain berlebihan dan yang lebih baik adalah tunjukkan contoh yang baik kepada semua kerana tauladan yang dipemerkan dapat menarik mereka semua untuk sama-sama memperjuangankan Islam yang tercinta ini.

Akhir sekali, tidak perlu mengatakan bahawa sokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana mereka yang menyokong itu ada pemahaman mereka tersendiri sekiranya mereka sokong UMNO itu kerana mempunyai kepentingan peribadi.. dah tentu kalau ia melibatkan pelanggaran hukum-hukum Islam akan membawa diri ke neraka. Begitu juga PAS, sekiranya ada di kalangan mereka yang ada kepentingan peribadi dan melanggar hukum-hukum Islam juga akan membawa diri ke neraka.. Ini hanyalah pendapat saya, tak semestinya betul dan harus salah....


Sunday, August 16, 2009

Tak sama orang yang berilmu dengan orang kurang cerdik

Seringkali kali mendengar perkataan yang menarik didengar dan tidak kurang juga yang kurang enak untuk didengari, selalu juga kita melihat tindakan-tindakan yang terlalu menyampah untuk dipertontonkan dan sering juga kita rimas dengan suara-suara dan bunyi-bunyi yang memekakkan, semuanya ini adalah berkaitan dengan akal seseorang. Yang membezakan orang cerdik dengan orang bodoh.

1) Orang cerdik bila dengar orang mengumpat dia terus pekakkan telinga dan bisukan mulut tetapi orang bodoh berusaha untuk tadah telinga walaupun tidak dijemput bersama.

2) Orang cerdik tidak akan menerima tanggungjawab yang diamanahkan sehingga dia bersedia untuk memikulnya tetapi orang jahil berebut-rebut sehingga sanggup bergaduh dan bergolok bergadai.

3) Orang alim bila ternampak kesilapan orang maka dia akan menegur dengan hikmah tetapi orang berlagak alim memarahinya dengan ayat dan tindakan kasar

4) Orang bijak bercakap selepas berfikir tetapi orang safih bercakap dulu kemudian berfikir, itupun kalau berfikir dan yang selalunya lepas sembur berasa lega tanpa rasa bersalah.

5) Orang bertamadun bila nak parkir kereta, dia letak di tempat yang betul tetapi orang jakun parkir sesuka hati saja, asalkan dia senang, orang lain? lantak lah dia, itu dia orang punya pasal lah.

6) Orang cerdik ubah suai kereta untuk keselesaan penggunaan tetapi orang tidak cerdik dan bodoh ubah suai kereta supaya orang selesa menengoknya. Biar papa asal bergaya lepas tu pokai, berhutang dengan kawan dan tak bayar. Kita perhabis duit untuk selesa tak pe la jugak, tapi ni menyusahkan poket sendiri, betul-betul bodoh, saja nak kayakan orang lain.. apa lah!!!

7) Orang berilmu bila memandu ikut lorong yang betul, tetapi orang bangang suka hati dia je lorong mana dia nak masuk. Kemudia bila jalan sesak, lorong kaki lima jalan pun dia lalu. Kan menyusahkan orang lain..

Dimanakah kategori kita, orang cerdik ke orang bodoh, renung pada diri sendiri dan fikirkan................

Friday, July 17, 2009

Kenduri Arwah: Memetik pendapat Ulama' dari beberapa Kitab

Dipetik daripada http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Yang Pertama:

Hadith yang sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, A1-Tarmizhi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Jafar, beliau berkata, “Apabila tiba berita kematian Ja’far (bin Abi Talib), Nabi bersabda:

Maksudnya: “Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja’far (isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.

Dalam Hadith di atas, Rasulullah s.a.w. mengarahkan jiran tetangga yang tinggal berhampiran dengan keluarga si mati membuat makanan kepada mereka yang ditimpa musibah dukacita kematian. Ja’far bin Abi Talib mati syahid dalam peperangan Mu`tah pada tahun kelapan Hijrah, sebaik sahaja berita kematiannya sampai, Nabi menyuruh jiran tetangganya melakukan perkara itu kepada keluarganya supaya meringankan beban dukacita dengan memberi makanan kepada mereka.

Yang Kedua

Hadith Jarir bin Abdullah r.a, Maksudnya: “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”

Diriwayatkan oleh Ahmad b. Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih.

Hadith di atas menunjukkan kepada kita, bahawa orang ramai yang berhimpun di rumah ahli si mati dan memakan makanan yang dimasak dan dihidangkan oleh ahli si mati adalah dari perbuatan ratapan. Ratapan selepas kematian adalah perbuatan jahiliah dan hukumnya haram, sebagaimana dimaklumi.

Kedua-dua buah Hadith yang dipaparkan itu adalah terdiri dari Hadith-Hadith sahih. Hadith sahih amat tinggi martabatnya di mana ia menjadi sumber hukum yang kedua selepas kitab suci Al-Quran. Perbincangan di kalangan Imam-Imam mujtahid dan ulamak-ulamak agung dari empat mazhab mengenai hukum menjamu makan selepas kematian adalah pada asalnya berdasarkan kepada dua Hadith berkenaan.

Betapa kuatnya sesuatu hukum yang bersandarkan kepada Hadith sahih, sehingga Imam Syafiiy pernah menegaskan mengenai perkara itu, maksudnya, “Apabila sahihnya Hadith, maka itulah mazhab aku, jika tidak sahih, hendaklah kamu campakkannya di belakang dinding”.

3- Pandangan Ulamak Mengenai Menjamu Makanan Dan Perhimpunan Selepas Kematian.

Di bawah ini diperturunkan pesanan ulamak besar lagi mujtahid:

3-1 Imam Al-Syafi’e menegaskan dalam kitabnya (Al-Umm):

Maksudnya Aku suka jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya (keluarga jauh) memberikan makan kepada ahli mayat yang mengenyangkan mereka pada hari malamnya kerana itu adalah sunnah dan ingatan (zikir) yang mulia dan ianya perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas kita, kerana apabila tiba berita kematian Jafar, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Buatlah kamu makanan kepada keluarga Ja’far kerana telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.

Maksudnya: “Aku benci diadakan ma`tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan kepada mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui dukacita dan membebankan makanan”.

3-2 Kata Imam Nawawi dalam Kitab Al-Majmu :-

Telah berkata Al-Syafiiy dalam Al-Mukhtasar: “Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan kepada jirannya membuat makanan kepada ahli mayat yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, sesungguhnya ia adalah sunnah, dilakukan oleh golongan baik-baik. Kata Ashab kita (iaitu ulamak Fiqah Syafiiy) membuat pelawaan sungguh-sungguh supaya ahli mayat itu makan, walaupun mayat berada di negeri lain di sunatkan juga kepada jiran keluarga si mati membuat makanan untuk mereka”.

3-3 Mengikut Kitab Al-Fiqahi Ala Al-Madhahib Al-Arbaah:

Setengah daripada perbuatan bid’ah yang makruh apa yang dibuat oleh manusia sekarang ialah melakukan penyembelihan ketika turunnya mayat dari rumah, ataupun semasa mayat berada di kubur. Hukumnya bid’ah dan makruh menyediakan makanan kepada mereka yang berkumpul untuk memberi takziah, dihidangkan makanan untuk mereka seperti dilakukan (menjamu makanan) di majlis-majlis atau perayaan kerana kegembiraan.

Jika memberi makan kepada orang ramai selepas suatu kematian sedangkan pewaris itu belum cukup umur, maka hukumnya haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dari Jarir bin Abdullah beliau berkata : “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”.

3-4 Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah (al-Fatawaa) berkata:

“Manakala ahli si mati membuat makanan dan memanggil orang ramai supaya memakannya, bahawa perbuatan ini tidak disyarakkan bahkan ia bid’ah berdasarkan kepada Hadith Jarir bin Abdullah kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan mereka memasak makanan untuk dijamu orang ramai adalah dari ratapan jahiliyyah”

3-5 Didalam Kitab Fiqh As-Sunnah, Oleh Sayyid Sabiq menyebut:

Di sunatkan membuat makanan kepada ahli si mati, kerana ianya dari perkara kebajikan dan taqarrub kepada Allah dari jiran tetangga dan dari kaum kerabat (yang jauh). Imam Syafiiy berkata:

Aku suka kaum kerabat si mati membuat dan memberi makan kepada ahli mayat yang boleh mengenyangkan mereka untuk hari dan malamnya, kerana ia adalah sunnah dan perbuatan golongan yang baik-baik.

Ulamak mengatakan sunat mempelawa sungguh-sungguh supaya ahli mayat memakan makanan yang diberikan itu supaya mereka tidak menjadi lemah lantaran tidak menjamah makanan di sebabkan terlampau terkejut dengan peristiwa kematian atau dengan sebab segan.

Imam-imam mazhab telah bersepakat kata bahawa hukumnya makruh ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai yang berkumpul kepada keluarga si mati. Kerana perbuatan itu menambahkan lagi musibah ke atas mereka dan memperbanyakkan lagi kesibukan di atas kesibukan mereka yang sediakan ada dan perbuatan itu tak ubah seperti kelakuan golongan jahiliyyah. Hujah ini berdasarkan Hadith Jarir bin Abdullah: “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”

Setengah ulamak mengatakan hukumnya haram ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai.

3-6 Di dalam Kitab Hukmu Al-Quran Lil Amwat menyebut:

Antara bid’ah yang diharamkan ialah ahli si mati menjamu makanan kepada orang yang memberikan takziah atau memberikan makan kepada fakir miskin selepas mengiring jenazah, pada hari Khamis, pada hari ketiga, pada hari keempat puluh dan tahunan. Tetapi yang sunnahnya sahabat handai dan jiran tetangga memberikan makanan kepada ahli si mati kerana Hadith Nabi bersabda: “Hendaklah kamu memberikan makanan kepada ahli Ja’far, sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”. Diriwayatkan oleh Tarmidhi dan selainnya dengan sanad yang sahih.

3-7 Di dalam Kitab Ahkam Al-Janaiz Wa Bida’uha, sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani menyebutkan, antara bid`ah apabila terjadinya kematian adalah:

(i) Ahli si mati menerima tetamu dengan memberikan makan kepada mereka.

(ii) Hukumnya bid’ah apabila menerima jemputan bagi jamuan makanan daripada ahli si mati.

3-8 Kitab Sabil Al-Muhtadi

Ringkasan yang difahami dari kitab ini ialah:

(i) Hukumnya bid’ah dan rnakruh jika dibuat kenduri makan selepas kematian dan dijemput orang ramai supaya memakan makanan itu, sama ada jamuan itu diberi sebelum mayat dikebumikan atau selepas dikebumikan..

(ii) Hukumnya juga makruh dan bid’ah kepada sesiapa yang menerima jemputan itu dan menghadirinya.

Teks asalnya berbunyi:

“Dan makruh lagi bid’ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat dan demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala mereka yang diserunya perkenankan seruan”.

3-9 Kitab Kasyfu Al-Litham

Ringkasan yang difahami dari kitab ini ialah:

(i) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak bila keluarga si mati memberi makan kepada orang ramai sebelum atau selepas dikebumikan mayat.

(ii) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak membuat penyembelihan di kubur.

(iii) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak apa yang dinamakan kaffarah dan wahsyah iaitu berhimpun dan berkumpul dengan memberi makan kepada orang ramai di malam pertama selepas pengebumian mayat, tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan sebagainya seperti yang telah dijelaskan.

Teks asalnya berbunyi:

“Barang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan perhimpunan manusia atas dahulu daripada tanam mayat dan kemudian daripadanya dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi yang dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dengan kaffarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh hari dan dua puluh hari dan empat puluh hari dan umpamanya yang demikian itu yang dibuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang dicela oleh syarak kerana tegah pada syarak.”

3-10 Kitab Bahru Al-Madzi

Maksudnya antara lain seperti:

(i) Keluarga si mati memasak makanan dan menghimpun orang ramai dan menjamu mereka makanan itu tidak ada sedikit pun sandaran riwayat yang boleh di pegang dan diikuti dari Nabi s.a.w dan dari sahabatnya.

(ii) Hukumnya bid’ah dan makruh jika keluarga si mati memasak dan mengumpulkan orang ramai dan menjamu mereka, kerana berpandukan Hadith Jarir bin Abdullah katanya, “Kami rnengira perhimpunan orang ramai kepada keluarga si mati dan mereka (keluarga) membuat makanan selepas pengebumian mayat adalah daripada perbuatan ratapan kematian”.

(iii) Yang sunnah dan sunat ialah kaum kerabat si mati yang jauh, jiran tetangga dan sahabat handainya memasak dan menjamu kepada ahli atau keluarga si mati sekadar mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.

Monday, July 13, 2009

Allah di langit atau tidak bertempat? : Suatu perbandingan (siri 2)

Mana satu yang betul ni?

Hujah golongan yang menyatakan "Allah berada di langit" :-

Hujah Para imam Ahlus Sunnah wa-al-Jama’ah (dan para Tabi’ Tabi’ien):

Telah berkata Imam abu Hanifah:

“Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.”

Telah berkata Imam Malik Bin Annas:

“Allah berada di langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat dan tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya.”

Telah berkata imam as-syafi’e:

“Dan Allah di atas ‘arsy-Nya di atas langit-Nya.”

Telah berkata Imam Ahmad:

“Benar! Allah di atas ‘arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya.”

Telah berkata imam at-Tirmidzi:

“Telah berkata ahli ilmu: Dan Ia (Allah) di atas ‘arsy sebagaimana Ia telah menetapkan diri-Nya.”

(Rujukan daripada Kitab al-‘Uluw, oleh Imam az-Zhahabi)

Telah berkata imam Ibnu Khuzaimah:

“Barangsiapa yang tidak menetapkan sesungguhnya Allah di atas ‘arsy-Nya Ia istiwa’ di atas tujuh langit-Nya, maka ia telah kafir dengan Tuhan-Nya (setelah hujah ditegakkan)... (Sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya Ma’rifah ‘ulumil-Hadits, halaman 84)

Telah berkata Sheikhul Islam imam Abdul Kadir Jailani:

“Tidak boleh mensifatkan-Nya bahawa Ia (Allah) berada di tiap-tiap tempat (Allah di mana-mana). Bahkan wajib mengatakan, “Sesungguhnya Ia di atas langit (iaitu) di atas ‘arsy-Nya sebagaimana Ia telah berfirman: “ar-Rahman di atas ‘arsy, Ia istawa’”, di dalam surah Thoha, ayat ke 5.” (Fatwa Hamawiyyah Kubra, halaman 87)


Hujah golongan yang menyatakan "Allah wujud tidak bertempat" :

Syeikh Ibu hajar al-Haitami berkata: "Ketahuilah bahawasanya Imam al-Qarafi dan sebagainya telah menceritakan bahawasanya, Imam al-Syafi'e, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hanifah berkata, Telah kafir orang yang berkata Allah s.w.t itu bertempat (ada posisi tempat), Allah itu berjisim (ada rupa dan kaifiat)..." (al-Minhaj al-Qawim : 224)

al-Imam al-Kabir Syeikh Abdul Qohir at-Tamimi berkata: "telah bersepakat (ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah) bahawasanya Allah s.w.t itu tidak bertempat dan tidak tertakluk dalam ruangan waktu" (al-Farqu Bainal Firaq : 333)

Sayyidina Ali k.r.w.j berkata : "sesiapa yang beranggapan bahawa tuahn kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu) bererti dia jahil tentang tuhan Maha Pencipta lagi Maha disembah. (Hilyatul Auliya': 1/73)


Imam Ja’far As-Sodiq r.a. berkata: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. berada pada mana-mana tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telahpun syirik...” (risalah Al-Qusyairiyah: 6)


Cukuplah saja untuk kali ini, lain kali saya ketengahkan banyak lagi hujah kedua-dua pihak.. Insya Allah

Thursday, July 9, 2009

Allah di langit atau tidak bertempat? : Suatu perbandingan (siri 1)

Kita seringkali dihujani dengan kata-kata "Allah wujud tidak bertempat" dan "Allah berada di langit" sehingga ia mampu untuk membejatkan fikiran kita dengan persoalan ini, jadi saya berasa terpanggil untuk membuat beberapa kajian tanpa cenderung kepada mana-mana golongan dan sekadar menyata beberapa hujah di antara dua golongan tersebut.

Hujah golongan yang menyatakan "Allah berada di langit" :-

Jika ditanya perihal di manakah Allah? Katakanlah: “Allah itu di langit.”

Ini adalah berdasarkan hadis sahih berikut...

Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita) , beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;

Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman). (Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Janaiz wa Mawadhi’ as-Sholat, bab “Tahrimil Kalam fi Sholat wa Naskh Ma Kana Min Ibahah” (537) (33) dari Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami. Juga diriwayatkan sekalian Jema’ah ahli Hadis, antaranya Imam Malik, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e).


Hujah golongan yang menyatakan "Allah wujud tidak bertempat" :

Syeikh Ibu hajar al-Haitami berkata: "Ketahuilah bahawasanya Imam al-Qarafi dan sebagainya telah menceritakan bahawasanya, Imam al-Syafi'e, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hanifah berkata, Telah kafir orang yang berkata Allah s.w.t itu bertempat (ada posisi tempat), Allah itu berjisim (ada rupa dan kaifiat)..." (al-Minhaj al-Qawim : 224)

Sengaja saya menyatakan hujah kedua-dua golongan dia atas semata-mata untuk memberikan ruang kepada pembaca untuk membuat penilaian ilmiah berdasarkan metodologi yang betul dan saya sangat alu-alukan kepada para pembaca untuk memberikan hujah tambahan agar kita dapat mencari kesimpulan yang tepat.

Monday, July 6, 2009

Zakat kepada orang kafir: Satu petikan pendapat dari INTERAKTIF ZAKAT (http://www.scribd.com/doc/16732246/Zakat-Maal?autodown=pdf)

Mu'allafah qulubuhum. Orang-orang yang mempunyai pengaruh atau kedudukan dalam masyarakat. Mereka diberi bagian zakat untuk kejelekan atau menarik kebaikan dari mereka. Terkadang dari mereka mempunyai iman yang lemah dan ada pula yang kafir. Zakat juga boleh diberikan kepada orang kafir yang diharapkan bisa beriman, ia diberi zakat untuk mengajak mereka kepada Islam dan membuat mereka cinta I atau menghormati (ajaran-ajaran) Islam . Dengan maksud agar hati mereka tenang dan berpegang teguh pada keimanan. Kaum ini sering ditemui pada keadaan kaum muslim lemah dan tidak ditemui ketika sedang jaya, seperti pada jaman Umar ra. beliau menghentikan pemberian zakat pada mereka karena pada masanya beliau Islam jaya. Mu'allafah qulubuhum sebagaimana yang tercantum dalam ayat Alqur’an menurut para ulama diperuntukan untuk dua jenis orang, yaitu kafir dan muslim dengan ketentuan-ketentuan sebagai berikut :

- Orang kafir yang diharapkan masuk Islam. Mereka diberi zakat untuk mendorong mereka agar masuk Islam sebagaimana yang dilakukan Rasulullah Saw kepada Sofwan Bin Umayyah pada saat ia masih kafir.

- Orang yang dikhawatirkan kejelekan atau kejahatannya dengan harapan pemberian zakat tersebut menghentikan kejahatannya.

- Golongan yang baru memeluk Islam. Zakat diberikan kepada mereka dalam rangka memperkuat dan menambah keyakinan mereka terhadap Islam.

- Orang Islam yang lemah imannya dan dikhawatirkan akan menjadi murtad

- Pemimpin dan tokoh masyarakat yang telah memeluk Islam yang masih mempunyai sahabat sahabat orang kafir. Dengan memberi mereka zakat, diharapkan dapat menarik simpati sahabat-sahabatnya yang masih kafir untuk memeluk Islam. Diceritakan bahwa Abu Bakar pernah memberi zakat kepada Adi Bin Hatim dan Zibriqan Bin Badr, (Tafsir Al-Manar, Juz 10, hal. 574-577, cet. Kedua) padahal keduanya muslim yang taat, akan tetapi mereka mempunyai posisi terhormat dikalangan masyarakatnya.

Menurut pakar zakat Didin Hafidhuddin, pada saat sekarang bagian muallaf ini dapat diberikan kepada lembaga-lembaga da’wah yang mengkhususkan garapannya untuk menyebarkan Islam didaerah-daerah terpencil dan disuku-suku terasing yang belum mengenal Islam. Juga dapat dialokasikan pada lembaga-lembaga da’wah yang bertugas melakukan balasan dan jawaban dalam rangka mengcounter pemahaman-pemahaman buruk tentang Islam yang dilontarkan oleh misi-misi agama tertentu yang kini sudah semakin merajarela. Juga dapat diberikan kepada lembaga-lembaga yang biasa melakukan trainingtraining keIslaman bagi orang-orang yang baru masuk Islam. Atau juga untuk mencetak berbagai brosur dan media informasi lainnya yang dikhususkan bagi mereka yang baru masuk Islam.

(Zakat dalam perekonomian modern, DR.K.H Didin Hafidhuddin, M.Sc, hal. 126)

Interaktif Zakat v.1 © 2007
Jl. Cilengkrang 1 No.32 Ujung Berung - Bandung – Indonesia
Tlp. 0856.2440.4185 - SMS online : 08.15.723.723.15
51

Jikalau berdasarkan petikan di atas, maka dapat di fahami di sini adalah tolerensi itu sangat penting dalam kehidupan dan sangat penting dalam uslub dakwah. Bagi mereka yang terlalu keras menyanggah pendapat al-Qaradhawi dalam bab ini seeloknya buatlah kajian yang menyeluruh terlebih dahulu sebelum menghukum orang lain. Dan jangan terlalu berpegang hanya satu pendapat sebab ditakuti ia cenderung kepada taklid buta. Jangan hanya pandai kata orang saja yang bertaklid buta sedang terlupa diri sendiri pun terjebak sama. Cadangan saya, boleh berpegang kepada pendapat sesiapa saja yang berlandaskan nas naqli tanpa menafikan pendapat orang lain yang juga betul selagi berlandaskan al-Quran.

Sunday, July 5, 2009

Benarkah dakwaan ini?

Di bawah disenaraikan sebagai tokoh wahabi Malaysia oleh mereka yang mendakwa kumpulan mereka Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Benarkah dakwaan mereka ini?

Apakah dengan mengeluarkan pendapat yang tidak sealiran dengan mereka lalu terus dicop sebagai wahabi?

Apakah mereka ini memberikan kenyataan yang bercanggah dengan al-Qur'an dan sunnah?

Kepada para pembaca yang dihormati sekalian, selidikilah dengan adil dengan kaedah methodologi penyelidikan yang betul, telus dan amanah...

Senarai ini saya petik dari :

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=1463341

TOKOH-TOKOH PENDOKONG IBN TAIMIYAH DAN WAHHABI DI MALAYSIA ;

1.Mohd Asri Zainal Abidin ( Mufti Perlis Muftary)
2.Abdullah Yassin ( Banyak kali ditangkap oleh JAIS kerana sebar fahaman wahabi di Masjid)
3.Rasul Dahri ( Wahabi pekat dari Singapore yang aktif di Johor)
4.Fath Bari Bin Mat Jaya ( Mustashar-pendakwah wahabi tajaan khas Saudi di Malaysia)
5.Hafiz Firdaus ( Bekas pemandu kapal terbang)
6.Mazlee Malek (Pensyarah UIAM)
7.Johari Mat ( Ketua Executive KIAS)
8.Juanda Jaya ( Pendakwah bebas )
9.Azwira (Pensyarah UKM)
10.Zahazan ( Penceramah IKIM)
11.Mahmood Zuhdiy Abdul Majid (pensyarah UM yang diupah untuk menulis pasal sumbangan Ibn Taymiyah)
12.Najib (Pensyarah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri UM, dulu mengajar di KIAS)
13.Abdullah Qari Hj Salleh (Beliau menterjemah kitab Albany yang berjudul : Contoh Sembahyang Nabi.
14.Abdul Rasyid Idris
15.Abdul Basit Abd Rahman ( bekas pelajar Madinah sekarang mengajar di pondok Kelantan, ayah seorang alim pondok tapi anak…?)
16.Radi ( pensyarah USM)
17.Ariff Nazri (pensyarah UKM)
18.Maulana (’ala za’mihi) Asri Yusoff ( aktif di Kelantan, beliau pernah belajar di Pakistan)
19.Pertubuhan al-Nida’
20.Institut Ibn Qayyim Jauziyyah ( Pulau Pinang)
21.Al AHKAM ( laman web yang memecah belahkan umat )
22.INSTITUT AL-KHADEM.
23.Sekolah Qiblah
24.Semua yang sealiran dengan mujassimah musyabbihah ibn taimiyah dan wahhabiyah.

BINTANG-BINTANG KECIL WAHHABI

*Yaseer (asal dari bumi Sabah pelajar IRK tahun 4 di UIAM)
*Izree( pelajar tahun tahun UIAM)
*Abu Mohd Masri Usamah (pelajar ekonomi Tahun 3 di UIAM).

Sebenarnya tidaklah suatu perkara yang penting untuk menyebut kanak-kanak kecil seperti Masri ini dalam tulisan penulis kali ini, tetapi bila teringat kepada peribahasa melayu kita yang berharga “ Api Bila Kecil Menjadi Kawan Tetapi Bila Besar Menjadi Lawan”, penulis merasakan tidak boleh dibiarkan. Tambahan lagi, beliau pula adalah antara kanak-kanak spesis wahhabi yang sedang menjalani proses pengkaderan.

Sebagai makluman pembaca, beliau sering kali kelihatan di bangunan IRK dan bangunan-bangunan lain pada larut malam untuk menyebarkan risalah wahhabi ke bilik-bilik pensyarah-pensyarah dan pernah mendapat nama menboikot program Maulidurrasul yang dianjurkan oleh masjid UIAM. Risalah itu juga menghentam keras Ustaz Fuad Kamaluddin yang merupakan penceramah khas jemputan UIAM dengan menyifatkan beliau adalah pengikut dan berakidah seperti jemaah AL-Arqam.Tetapi malangnya pihak penganjur tidak melakukan apa-apa tindakan disiplin dan memandang remeh perkara tersebut tanpa ada tindakan susulan. Di samping itu juga, Masri pernah memecah rekod negara Malaysia mengatakan Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolany berakidah selain daripada akidah Rasul yang mafhum mukhalafahnya beliau mengkafirkan sorang yang bergelar Amir Mukminin dalam bidang hadits tersebut…subhanallah.

Kesimpulannya disini,penulis berharap Ahli Cari Gold dapatlah mengenali dahulu penulisan hasil dari karya2 mereka diatas sebelum copy paste kedalam Thread untuk dijadikan bahan bacaan umum. Janganlah bersubahat dengan mereka kerana agenda mereka yang utama adalah memecah belahkan umat Islam atas topeng dan berdalangkan Yahudi!!!!

Janganlah kita kerana kurangnya ilmu hanya tahu hendak menyatakan kesalahan org itu org nie,org tu kafirlah apa lah, padahal diri sendiri yang jahil dan tidak mencapai kefahaman yang dituntut, Ketahuilah mengaji dlm ilmu Allah bukan dinilai dari pangkat MA atau PHD atau Profesornya, dan pangkat itu belum tentu boleh dipanggil Alim! Tapi yang menentukan Alim itu Allah taala. Lakukan dakwah dengan ikhlas.Bukan mahukan nama atau habuan dunia....... __________________

Friday, July 3, 2009

Antara Majalah Melenia Muslim dan Majalah i

Satu matlamat tapi jalan yang berbeza

Apabila saya membelek beberapa majalah tempatan yang memaparkan berita-berita semasa dan aliran pemikiran semasa, saya tertarik pada dua jenis majalah iaitu Milenia Muslim dan majalah i. Kedua-duanya berinformasikan pengetahuan Islam dan perkembangan masa kini. sangat menarik untuk dibaca malah sangat berbaloi dengan harganya berpatutan tapi sumbangannya sangat besar kepada pembaca. Dan sangat rugi kalau tidak memiliki kedua-dua buku tersebut bahkan lagi merugikan kalau hanya dibaca salah satu daripada majalah ini kerana ia akan mencetuskan kecenderungan yang tidak seimbang dalam konteks pemikiran Islam semasa.

Majalah yang sangat berinformasi ini mampu untuk mencambahkan idea perdebatan bagi mereka yang terlalu taasub kepada sesebuah aliran pemikiran Islam masa kini. Berkemungkinan ketaasuban itu menjurus kepada Wahhabi, Salafi, Ahbash, Liberalisme atau Pragmatisme. Namun yang paling jelas sekali ia lebih menjurus kepada dua aliran utama masa kini yang yang mengaku berpaksikan dua fahaman iaitu Salafi dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah iaitu Wahhabi dan Ahbash. Masing-masing menegakkan fahaman mereka dan terlalu mudah untuk melemparkan sebarang tuduhan yang berbaur kekejian seperti kafir-mengkafir dan sesat- menyesatkan.

Apa yang saya dapati dari kedua-dua majalah ini adalah kecenderungan pihak pengurusan yang mempengaruhi isi kandungan majalah. Sekiranya pihak pengurusan syarikat majalah tersebut lebih cenderung kepada Ahbash maka isi kandungan majalah tersebut akan menerbitkan sumber-sumber yang mampu untuk menyokong aliran mereka dan berusaha memberikan fakta untuk memburukkan fahaman yang tidak sealiran dengan mereka begitu juga lah sebaliknya.

Di antara Majalah Milenia Muslim dan Majalah i, mengikut dapatan saya adalah Milenia Muslim lebih cenderung kepada fahaman Ahbash manakala Majalah i pula lebih cenderung kepada fahaman Salafi dan Wahhabi. Masing-masing berusaha menyanjung aliran masing-masing dengan memberikan fakta-fakta dari pelbagai sumber. Kebanyakan isi kandungan antara kedua majalah ini mempunyai fakta yang berbeza walaupun bersifatkan sumber pengetahuan semasa.

Oleh sebab itu, disarankan kepada para pembaca agar memilikinya kedua-duanya sekali supaya kita mampu untuk buat perbandingan dengan adil mengikut disiplin ilmu yang telus. Sebolehnya jangan terus memberikan keputusan atau hukuman selagi tidak membuat perbandingan dengan teliti dan menyeluruh. Jangan sekali-kali hanya membaca salah satu daripadanya kerana ia boleh mengundang ketidakseimbangan untuk membuat penilai yang setepatnya.

Wednesday, July 1, 2009

WAHHABI DAN KERAJAAN OTHMANIYYAH

ISU WAHHABIYYAH: TINGKAP YANG DISANGKA PINTU
June 29th, 2006 | by Abu Saif | 2,384 views | Print Print | Email Email |

Apabila isu Wahhabiyyah timbul di tengah masyarakat hari ini, ia membawa saya mengimbau kenangan pahit saya melihat perpecahan yang menimpa pelajar Malaysia di Jordan pada akhir 90’an. Perbalahan tentang soal Salaf dan Khalaf telah mengucar kacirkan kehidupan pelajar dan ia terus berlarutan hingga ke hari ini. Pada masa itu, saya bermastautin di Ireland dan datang ke Jordan pada musim panas.


Semasa di Ireland, saya ada seorang housemate berbangsa Perancis yang baru 9 bulan masuk Islam. Dia masuk Islam selepas terpikat dengan falsafah, dan keindahan syair-syair Jalaluddin ar-Rumi. Jadi, orangnya agak ‘sufi’ dan jiwanya halus. Sedikit malang, dalam usia Islamnya yang begitu muda, dia telah dirunsingkan dengan suntikan maklumat supaya di dalam perjalanan Islamnya, beliau hendaklah berhati-hati sebab jika tersilap, akan terjebak ke belenggu Wahhabiyyah!

Suatu hari, dia bersembang dengan saya secara peribadi, “Hasrizal, saya ada berita baik. Tapi tidaklah begitu baik.”

Hairan saya mendengarnya lalu saya bertanya, “Sofyane, kenapa awak berkata begitu? Saya kurang faham apa yang awak maksudkan.”

Katanya, “isteri saya mengandung dan tidak lama lagi saya akan menjadi bapa!”

Wah, ini sepatutnya menjadi berita gembira. Saya ingin dapatkan kepastian daripada Sofyane mengapa beliau menyambut berita gembira ini dengan kesugulan yang sedemikian rupa. Sofyane sering bercerita kepada saya betapa sunyinya hidup isteri beliau yang ditinggalkan di Paris kerana beliau terpaksa menghabiskan sisa pengajian di Ireland. Tentunya dengan kehadiran cahaya mata, ia bakal menjadi penyeri rumah tangga mereka.

Sofyane menerangkan bahawa beliau gembira apabila mendapat tahu isterinya mengandung. Tetapi dia dihantui rasa bimbang hingga menjadi paranoid. Katanya, dia orang sufi, suka kepada zikir-zikir dan amat meminati Jalaluddin ar-Rumi. Dia takut apabila anaknya menjadi dewasa, anaknya akan jadi Wahabi dan mengkafirkan dia kerana ’sufi’nya dia!

Ya Allah, jantung saya bagai mahu terputus mendengarnya.

“Sofyane, saudaraku. Apa yang kamu cakap ini? Mengapa sampai begitu sekali kamu berfikir?” saya pula yang kebingungan

Itulah kali pertama beliau menyebut tentang Wahhabiyyah kepada saya. Hal ini menyebabkan saya kaget dan apabila disiasat, rupa-rupanya Sofyane telah diberikan berbelas keping artikel tentang kesesatan dan bahaya Wahhabiyyah. Walhal ketika itu dia baru sahaja belajar bertatih di dalam ilmu Fardu Ain nya.

Artikel tentang Muhammad bin Abdul Wahhab yang datang dari Najd, kota sumber fitnah, kisah beliau menghalang orang ziarah makam Rasulullah SAW, dan pelbagai lagi artikel yang mendukacitakan saya, berada di tangannya. Sofyane keliru, dan kekeliruannya dikongsi bersama oleh ramai saudara baru di Eropah, lantaran kesilapan umat Islam sendiri. Mengajak orang masuk ke rumah ikut tingkap, dan bukannya pintu. Isu Wahhabiyyah hanyalah satu cabang dari Islam. Ia umpama jendela untuk kita melihat beberapa sudut Islam dan bukannya pintu keluar masuk Islam.

Ya, itu satu kenangan silam saya tentang Wahhabiyyah, dan saya tetap berpendapat, hanya penjenayah sahaja yang masuk ke rumah ikut TINGKAP dan bukannya PINTU.

ERA PRA KEMBARA ILMU

Semasa di Malaysia kira-kira pada tahun 1992, saya pernah membaca sebuah buku kecil di dalam Perpustakaan Tun Datu Haji Mustafa, iaitu perpustakaan sekolah saya (SMA Izzuddin Shah, Ipoh). Buku tu telah menyenaraikan Wahhabiyyah sebagai salah satu ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Ketika itu, saya terima sahaja hal tersebut tanpa melihat apa signifikannya. Apabila saya berangkat ke Jordan dan memulakan pengajian, kepala saya bersifir mudah sahaja. Saya Syafie di dalam Fiqh, saya Asya’irah di dalam Akidah. Wahhabiyyah pula terkeluar dari Ahli Sunnah wal Jamaah. Itu semacam satu kepercayaan by default yang kita dapat dari silibus pelajaran di Malaysia.

Tetapi syukur, saya tidak pernah mengunci mana-mana pintu untuk menilai pandangan yang pelbagai. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sistem pengajian di Jordan amat terbuka dan kami sentiasa diajar secara perbandingan (comparative). Ia tidak memaksa seseorang menukar pegangan, sebaliknya ia memberi peluang kepada kita untuk melihat sesuatu isu dari horizon yang lebih luas dan sudut yang berbeza. Warga Syafi’iyyah berpeluang mengkaji bahan mazhab lain. Asyairah pula dapat meneliti bahan Maturidiah dan Salafiah.

Sistem pengajian yang seperti ini berpotensi untuk melahirkan pelajar yang dinamik, berfikiran terbuka dan tidak dibelenggu oleh ketaksuban yang merugikan. Namun, apa yang paling penting, Jordan mewajibkan pelajarnya hadir ke setiap kelas. Kalau 6 kali pelajar tidak hadir ke kelas, mereka mahrum (disekat) daripada menduduki peperiksaan akhir. Ini memaksa pelajar untuk terus membiasakan diri dengan suasana kelas. Kita banyak berdamping dengan pensyarah. Maka selain ilmu yang diajar, pelajar juga mendapat tempias akhlak, khususnya akhlak kita dalam membawa ilmu berkenaan.

Jadi, apabila kita konsisten ke kelas, pemikiran kita sentiasa dididik agar bermanhaj. Saya masih ingat, semasa di dalam subjek Hadith al-Ahkam, kami berbalah dengan pensyarah tentang sejauh mana perbahasan para Fuqaha’ berkaitan masalah kewajipan suci daripada kedua-kedua hadas apabila hendak memegang mushaf al-Quran. Akhirnya kami sekelas diberi masa seminggu untuk pergi ke perpustakaan dan mengumpulkan semua dalil yang diguna pakai oleh ulama semua mazhab di dalam bab ini. Sama ada dalil al-Quran, Hadith, Qiyas, kaedah Usul Fiqh atau apa sahaja, semuanya dikumpulkan dan dianalisa satu persatu di dalam kelas.

Ini merupakan teknik yang sangat baik. Ia mengajar kita untuk bersikap adil terhadap ilmu, Insya Allah. Syaratnya, anda ke kelas!

Sebahagian daripada tuntutan silibus pengajian di Jordan, saya dikehendaki membaca buku daripada pelbagai aliran. Saya dikehendaki membaca pelbagai buku seperti Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah oleh Dr. Ramadan Saeed Al-Buthi dan Maqalaat al-Islamiyeen oleh Imam Abu al-Hasan Ashaari. Dalam masa yang sama, saya juga dikehendaki membaca, memahami dan boleh membahaskan buku-buku karangan ulama yang dilabelkan Wahhabiyyah (walaupun mereka lahir, hidup dan mati beratus tahun sebelum kemunculan Muhammad bin Abdul Wahhab) seperti Ibn Taimiyyah dengan bukunya Al-Ubudiyyah, Fatwa Al-Humawiyah Al-Kubra dan sebagainya. Tidak lupa, buku anak murid Ibn Taimiyyah iaitu Ibn Qayyim al-Jauziyyah, malah tulisan-tulisan Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri.

Berbekalkan fikiran saya tenang, adil terhadap ilmu dan kebenaran, maka demi Allah, saya tidak nampak dari sudut manakah, kesemua buku yang saya sebutkan tadi (sama ada aliran Salaf mahu pun Khalaf), yang membolehkan saya menghukum Wahhabiyyah, ‘Asyairah mahu pun Maturidiah terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KESIMPULAN YANG SIHAT

Saya amat selesa dengan nasihat pensyarah-pensyarah kami semasa di Jordan. Kata Dr. Abdullah Mustafa Zeib al-Fawwaz dan Dr. Abd el-Rahman Ibrahim Abd el-Halim Zaid el-Kilani, “sama ada kamu memilih aliran Salaf, mahu pun Khalaf, mana-mana yang membawa kamu kepada beriman dengan YAKIN kepada Allah, maka teruskan sahaja dengan manhaj itu!”. Saranan yang sama saya peroleh daripada tokoh-tokoh seperti Hasan al-Banna yang berjIWA DA’IE walaupun FAQIH pada akal dan pengkhususan bidang mereka. Tokoh-tokoh seperti ini lebih berusaha mencari dan menyebarkan titik persamaan di antara manhaj yang pelbagai itu, berbanding dengan perbezaan yang rationya terlalu kecil dan boleh ditolak ansurkan.

CINTA OTHMANIYYAH BENCI WAHABI?

Saya juga seorang pengkaji Sejarah Khilafah Othmaniyyah. Semenjak di tahun kedua pengajian saya di Jordan, saya sudah melengkapkan diri dengan segala ilmu alat yang perlu ke arah mendalami Sejarah Othmaniyyah.

Saya berusaha mempelajari Bahasa Turki, belajar Bahasa Othmaniyyah (Osmanlica), belajar cara membaca manuskrip Othmaniyyah, berbelas kali berulang-alik ke Turki, berkeluarga angkat bangsa Turki, tinggal serumah dengan kawan-kawan Turki, memasak masakan Turki, malah mengigau di dalam Bahasa Turki! Cuma berkahwin sahaja yang tidak dengan orang Turki sahaja yang saya tidak buat!

Alhamdulillah, selepas pelbagai dugaan dan rintangan, kini saya berada di IIUM, menyambung pengajian saya di peringkat Sarjana, di bidang yang amat saya minati ini.

Saya cintakan Sejarah Othmaniyyah Saya serahkan diri kepada bidang ini secara bersungguh-sungguh terutamanya selepas melihat gambar Sultan Abdul Hamid II dibaling dengan batu oleh puak sekular di Istanbul. Terutamanya selepas saya bertemu dengan catatan Sultan Abdul Hamid II “I am sure that the historians will vindicate me, and even if the Turkish historians do not do so, I am certain that some foreign historians will do me justice”.

Akan tetapi apabila saya banyak menghabiskan masa membaca karangan-karangan ulama di zaman mutakhir kerajaan Othmaniyyah, saya dibebankan dengan timbunan penulisan mereka yang mencela dan mencaci Muhammad bin Abdul Wahhab. Ya, semacam sudah ada satu trend. Lazimnya, kalau mahu cinta kepada Othmaniyyah, perlulah bermusuh dengan Wahhabiyyah.

Syukur kepada Allah, dengan bekalan manhaj ilmu yang diajar semasa di Jordan, saya boleh mencipta C ketika pilihan yang popular hanyalah A dan B.

Saya amat mencintai Sejarah Othmaniyyah tetapi cinta saya bukan buta. Saya bersedia untuk mengiktiraf sudut-sudut hitam Sejarah Othmaniyyah, termasuklah kelakuan-kelakuan buruk Gabenor Othmaniyyah yang bertugas di Tanah Arab.

Peristiwa seperti penyalahgunaan kuasa Gabenor Othmaniyyah di Tanah Arab, malah bencana seperti Armenia Massacre 1895, harus dianggap sebagai peristiwa yang berpunca daripada aliran Turanism yang taasub Turki dan anti Othmaniyyah yang Islamiah. Ia bukan polisi Kerajaan ‘Islam’ Othmaniyyah. Tidak mungkin Sultan Osman dan Sultan Muhammad al-Fatih merestuinya.

Gerakan Muwahhidin yang dipimpin oleh Muhammad bin Abdul Wahhab muncul pada tahun 1811M sedangkan ketika itu, Khilafah Othmaniyyah sedang berdepan dengan ancaman dalaman dari kumpulan the Young Ottoman, pemuda Islam Liberal Othmaniyyah yang baru pulang dari Eropah. Desakan mereka supaya undang-undang negara dirombak, memaksa Othmaniyyah mengecilkan kuasa Khalifah dan seterusnya mengisytiharkan Tanzimat pada tahun 1839, iaitu versi undang-undang negara yang memperkenalkan sistem Sultan Berperlembagaan. Di sinilah detik-detik kemasukan anasir bukan Islam, merebak luas di dalam masyarakat Othmaniyyah, sedangkan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab sukar untuk dilihat hubung kaitnya dengan sumbangan kepada kehancuran Othmaniyyah pada tahun 1924 tersebut. Terlalu jauh pada jarak dan masa.

Oleh yang demikian, dakwaan yang mengatakan bahawa Gerakan Wahhabiyyah telah menjatuhkan Khilafah Othmaniyyah, adalah suatu kenyataan yang menyimpang dari fakta sejarah. Apatah lagi, apabila kenyataan ini disiarkan secara meluas di media massa tempatan, saya kabur tentang motifnya. Apakah kenyataan ini mahu ‘memancing’ pihak kerajaan supaya menggunakan pendekatan penguatkuasaan undang-undang ke atas Wahhabiyyah di atas dasar Wahhabiyyah boleh menjatuhkan kerajaan pemerintah sebagaimana Wahhabiyyah pernah menjatuhkan Khilafah Othmaniyyah?

Pada saya, kefahaman seperti ini tidak berasas. Asas sejarah tiada, asas politik pun tidak ada. Setakat pengetahuan saya yang terhad ini, antara gerakan yang benar-benar memainkan peranan menjatuhkan Khilafah Othmaniyyah adalah gerakan revolusi Mustafa Kemal Ataturk yang telah didahului oleh penyebaran fahaman Nasionalisme melalui kemunculan kumpulan the Young Ottoman, the Young Turk dan parti Ittihad ve Terakki. Kerana Nasionalisme, pelbagai daerah seperti Armenia, Bulgaria dan Tanah Arab memberontak. Semuanya didorong oleh perasaan satu bangsa yang lebih tinggi dari bangsa yang lain, lalu berlaku manipulasi sentimen kebangsaan oleh Lawrence of Arabia terhadap Syarif Hussin bin Ali sehingga tercetusnya Revolusi Arab 1916. Ia tiada kena mengena dengan reformasi Islam yang diperkenalkan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab lebih 100 tahun sebelumnya.

Malah jika dapat disabitkan dalam Sejarah tentang adanya tindakan menentang Khilafah Othmaniyyah oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, ia akan duduk di bawah pemberontakan rakyat tempatan di Tanah Arab yang tidak bersetuju dengan penyalahgunaan kuasa Gabenor Othmaniyyah yang ditugaskan di Tanah Arab semata-mata. Ia bukan polisi negara, tetapi penyelewengan pegawai yang bertindak menurut kehendak peribadi.

Untuk justifikasi penentangan ini, sama ada oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, mahu pun kumpulan-kumpulan lain, kita harus akur bahawa “untuk sekumpulan manusia yang sejahtera Akidah dan Fiqhnya membuat pembacaan politik yang salah, ia adalah sesuatu yang boleh diterima akal”. Akidah yang sejahtera serta Fiqh yang luhur oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, bukan jaminan untuk beliau dan gerakannya membuat bacaan politik yang tepat. Namun, kesilapan pendirian politik, tidak mungkin dijadikan alasan untuk memangkah Akidah dan Fiqh Wahhabiyyah.

SULTAN ABDUL HAMID II DAN GERAKAN WAHABI

Malah saya sendiri gembira apabila Dr Muhammad Abdul Hamid Harb telah menterjemahkan sekeping manuskrip Othmaniyyah yang tersimpan di Perpustakaan Sultan Abdul Hamid (Yildiz Sarayi) tentang rekod kerajaan Othmaniyyah terhadap kemunculan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab. Manuskrip itu ditulis oleh Muhammad Kamil bin Nukman atau lebih dikenali sebagai Ibn Daraami al-Homsi. Manuskrip itu bertarikh 27 Ramadhan tahun 1312H, setebal 82 keping iaitu 164 muka surat. Ia ditulis atas permintaan Sultan Abdul Hamid II yang mahu mengetahui secara terperinci tentang hal ehwal Semenanjung Tanah Arab dari segi geografinya, sosio budayanya, dan termasuklah kesan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab.

Antara isi kandungan manuskrip tersebut ialah kisah bagaimana seorang Badwi telah kehilangan untanya. Lalu dia pergi ke kubur seorang alim bernama Saad dan meratap, “Wahai Saad, wahai Saad, pulangkan untaku!” Hal ini berlarutan selama beberapa hari dan akhirnya, perihal Badwi yang meratap di kubur syeikhnya itu sampai ke pengetahuan Muhammad bin Abdul Wahhab. Beliau telah datang kepada Badwi tersebut lalu berkata:

“Apa masalah kamu?”

“Aku kehilangan untaku. Sebab itu aku datang ke kubur syeikh aku. Sesungguhnya Syeikh Saad pasti boleh memulangkan kepadaku untaku yang hilang itu!”, jawab orang Badwi itu tadi.

Muhammad bin Abdul Wahhab bertanya, “siapakah syeikh kamu yang kamu maksudkan itu?”

Si Badwi menjawab, “inilah dia syeikh aku, yang duduk di dalam kubur ni!”

Lalu Muhammad bin Abdul Wahhab berkata, “Ya Sheikh! Kamu adalah kamu dan kamu hidup serta kamu yang hidup tak mampu mendapatkan untamu. Apa hal pula kamu minta dari syeikh kamu sedangkan dia adalah mayat yang sudah mati. Bagaimana mungkin untuk dia keluar dari kubur untuk mencarikan kamu apa yang kamu sendiri tidak mampu lakukan? Sudahlah, tinggalkan lah si mati itu, mintalah pertolongan daripada Allah dan bukannya dari si dia yang sudah tertanam di bawah batu ini. Dia sudah menjadi tulang. Janganlah kamu minta dari Saad, sebaliknya mintalah daripada Tuhan Saad. Jangan sebut: wahai Saad! Sebaliknya sebutlah: wahai Tuhan Saad! Sesungguhnya Dia berkuasa untuk memulangkan untamu. Ingat, bukan Saad, tapi Tuhan Saad. Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu!” (muka surat 31)

Ibn Daraami al-Homsi yang menulis manuskrip itu, membuat komentar untuk Sultan Abdul Hamid II dengan berkata, “sesungguhnya nasihat-nasihat Muhammad bin Abdul Wahab telah pun disebarkan kepada kabilah-kabilah Arab dan mereka menerimanya dengan baik, malah kesannya juga amat teguh. Pandangannya tersebar ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab dari hujung ke hujung, meliputi Haramain serta Iraq, Hijaz dan bandar-bandar yang lain.” (muka surat 32) [rujuk Al-Othmaniyyun fee at-Taareekh wa al-Hadharah oleh Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, terbitan Darul Qalam, Dimasyq, cetakan kedua 1419 / 1999)

Ini adalah sebahagian daripada catatan tentang Muhammad bin Abdul Wahhab yang saya baca dari sumber sejarah Othmaniyyah. Banyak lagi yang boleh dikaji, termasuklah di dalam koleksi nasihat Snouck Hurgronje kepada Pegawai-pegawai Belanda yang berpuluh jilid di Perpustakaan IRCICA di Yildiz Sarayi, Istanbul.

Sehingga ke era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1908) sentimen menyalahkan gerakan Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai punca keruntuhan Khilafah Othmaniyyah, TIDAK BERLAKU.

GOLONGAN YANG MEMUSUHI WAHABI

Namun saya pasti, golongan yang memusuhi Wahhabiyyah ini ramai.

Pertamanya adalah Syiah. Mereka amat benci kepada Wahhabiyyah, mungkin bermula dengan kebencian mereka terhadap Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah yang telah menulis kitab Minhaaj as-Sunnah. Buku ini terus berfungsi zaman berzaman sebagai benteng yang mempertahankan kemurnian Aqidah ahl-Sunnah wa al-Jamaah daripada pencemaran Tauhid, Fiqh dan Akhlak oleh dakyah Syiah.

Keduanya, tradisi pengajian Islam oleh warga pondok dan pesantren di Kepulauan Melayu melalui susur galur Makkah al-Mukarramah. Saya masih cuba memahami, apakah perselisihan faham di antara Sidi Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Makkah ketika itu yang tidak sependapat dengan Muhammad bin Abdul Wahhab, berpindah kepada anak-anak muridnya yang kemudian pulang ke Kepulauan Melayu dan menjadi pemimpin ilmu serta masyarakat. Ada ruang kabur di situ yang mesti diselesaikan, kerana mungkin ada warisan kesilapan fakta yang berlaku di sana, generasi demi generasi.

Golongan ketiga yang memusuhi Wahhabiyyah adalah golongan Islam Liberal. Mungkin pendekatan Wahhabiyyah yang sinonim dengan ketegasan mereka di dalam pemahaman teks al-Quran dan al-Hadith telah menyesakkan dada golongan Islam Liberal yang mahu melepaskan diri daripada cengkaman tradisi Islam yang mereka anggap sebagai ‘penghalang kemajuan dan kebebasan beragama’.

Dan terkini, golongan yang memusuhi Wahhabiyyah adalah Amerika dan konco-konconya apabila Wahhabiyyah dikaitkan sebagai fahaman anutan Osama bin Laden serta Abu Bakar Al-Bashir. Maka sifir mereka ialah:

Wahhabiyyah = Osama bin Laden = Abu Bakar al-Bashir = Nordin Mat Top = Dr Azahari = Terrorist!

Sifir ini memang luar biasa, namun hanya sehari selepas Dr Uthman el-Muhammadi mengungkapkan kebimbangannya terhadap Wahhabiyyah di Mingguan Malaysia (26 November 2005), sifir ini muncul dengan panas lantas pelbagai spekulasi luar biasa timbul.

PERLU DIPERJELASKAN

Adalah amat penting untuk saya jelaskan di sini, saya bukan berusaha mempertahankan Wahhabiyyah kerana taasub saya kepadanya atau mana-mana kumpulan. Tetapi apa yang ingin diketengahkan adalah soal kewajipan kita memenangkan AL-HAQ iaitu KEBENARAN, mengatasi sahsiah dan sentimen hawa nafsu semata.

Sama ada kritikan itu ditujukan kepada Wahhabiyyah, Ahli Khalaf mahu pun Salaf atau sesiapa sahaja, ia mestilah dibuat berasaskan bukti yang sahih lagi teruji.

Semasa Puteri Saba’ mendengar berita kedatangan Nabi Sulaiman ‘alayhi al-Salam ke negaranya, beliau telah membuat suatu kenyataan yang dirakamkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

“Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina …”

Lantas Allah SWT mengiyakan spekulasi Puteri Saba’ dengan firman-Nya:

“… dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.” (al-Naml : 34)

Kenyataan tentang tabiat raja-raja itu disebut oleh seorang penyembah matahari, seorang perempuan Musyrik. Tetapi oleh kerana kenyataan itu benar, Allah SWT memuliakan kebenaran lantas mengiyakan kenyataan tersebut. Demikianlah Islam memuliakan KEBENARAN, dan sebarang sikap yang mengutamakan SELAIN KEBENARAN, adalah tercela dan membinasakan agama. Kebenaran pula, dibuktikan serta dipertahankan dengan HUJAH, dan bukannya SYAKHSIAH atau andaian kosong.

Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikan kami upaya mengikutnya. Perlihatkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan kurniakan kepada kami kekuatan untuk menghindarinya, Amin.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur