Bila sebut pasal nama dan kedudukan semuanya nak yang terbaik. Teratas sekali. Bila diberikan peluang untuk berangan sudah pasti sudah terbang diawangan. Tapi bila disuruh beribadat mula mengendur kuncup macam bunga dibakar matahari.
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah banyak sangat membazirkan duit. Gara-gara takut dikatakan orang maka duit habis pun tak kisahlah asal semua orang puji. Inilah dia mereka yang tanpa sedar berpegang pada pepatah biar papa asal bergaya. Bagi yang muda khususnya lelaki sanggup berhabis semata-mata nak cantikkan kereta. Terlupa langsung nak menyimpan di bank apatah lagi ASB langsung tak pernah dengar pun. Itu lah kita yang selalu lalai.
Bagi perempuan pula lagi la teruk, baju saja sampai dua tiga almari, nak buat apa semua tu, bila ditegur dia kata, lelaki mana faham hal orang perempuan. Aah aah ye lah tu... Itu tak kira lagi dalam bab persiapan untuk kahwin, orang lain pening sikit-sikit je tapi perempuan ni macam nak mengamuk kononnya pening sibuk nak kahwin.. Entahlah, dunia perempuan.. Kalau duit banyak tak pe la jugak, ni yang tak tahannya sampai berhutang sana sini semata-mata nak bermegah pada kawan-kawan. Pasal bermegah ni, tak kira siapa, termasuklah yang bergelar ustaz ustazah pun terlibat sekali.....
Sebab itu, kalau kita lupa untuk meletakkan kedudukan kita pada tahap pertengahan kehidupan, pertengahan keseronokan dan pertengahan kemegahan maka membazirlah kita tanpa kita sedari yang kita terasa sangat berbangga dek pujian suara-suara asing.
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Friday, January 16, 2009
Pertengahan itu yang terbaik
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment