Friday, June 24, 2011

PERSEPAKATAN POLITIK : KESAN JANGKA PANJANG ANTARA BN DAN PR

Sekali direnung agak merisaukan situasi politik sekarang. Masing-masing berkejar-kejaran untuk memenangi hati pengundi agar memihak kepada mereka. Bahkan berdasarkan pemerhatian saya kedua-dua parti tersebut menuju kearah "matlamat menghalalkan cara". Situasi yang begitu menakutkan jika perkara ini berlarutan tanpa panduan agama dan akal yang sihat. Memancing pengundi adalah suatu tugas yang sangat mencabar apatahlagi kiranya ahli dari sesuatu parti dicuri oleh parti lain itulah yang sangat dibimbangi. Maka kerana itulah demi menyelamatkan ahli maka sanggu berbuat apa saja asalkan ahli kekal setia bersama mereka.

Masih segar dalam ingatan tentang berita PM menghantar beberapa orang kuatnya kursus ke luar negeri sehingga ke Taiwan kalau tak silap saya setelah tersebar berita DSAI akan merampas negara pada 1 september. Begitulah beberapa gambaran tentang betapa takutnya kalau ahli keluar parti dan masuk parti lain. Begitu juga kalau diperhatikan hanya semata-mata ingin memerintah negara dan negeri maka sanggup menabur janji-janji dan propaganda politik yang menarik supaya pengundi terbuai lalu memangkah parti tersebut.

Lagi menarik apabila wujudnya persepakatan yang hebat di kalangan kedua-dua pasukan. Satu pasukan sudah lama wujud dan satu lagi sedang mekar berkembang ke segenap hati pengundi sehingga pada PRU 12 menyaksikan kejayaan cemerlang hasil persepakatan mereka yang sangat sesuai pada masanya.

KESAN DARI PERSEPAKATAN

Samada dari BN atau PR tetap memberi kesan yang positif dan negatif. Kalau yang banyaknya berpihak kepada positif sebagai rakyat yang cintakan agama dan bangsa betapa bersyukur terbit dihati tak terhingga. Namun terdetik di hati ini bukan begitu, dirasakan seolah-olah parti-parti Melayu kini sedang menjual keistimewaan bangsa kepada bangsa lain. Manakan tidak baik dari BN dan juga PR, fokus sekarang ini adalah menarik pengundi Cina menyokong mereka. Dengan apa cara sekalipun asalkan mereka kembali kepada maka pelbagai insentif ditawarkan. Kedudukan terbaik dan kuasa yang kukuh sanggu dikogsikan bersama. Harap tidak berlaku "Malaysian Malaysia". Namun perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Terbaru di Sarawak, BN menawarkan insentif yang begitu menarik untuk pengundi Cina sehingga ada yang berbentuk tanah dan kawasan. Suatu hari nanti akan berlaku juga peristiwa "BELANDA MENUMPANG HIDUP DI SARAWAK"

Kalau dari BN sudah berlaku janji menjanji dan tawar menawar untuk pengundi Cina, tidak kurang juga yang berlaku di Perak apabila kerajaan Perak pada masa itu dibawah pimpinan Nizar Jamaluddin, berdasarkan maklumat yang diperoleh terbentuk dua buah kawasan perkampungan Cina di Perak, mungkin sebagai penghargaan kepada mereka kerana mengundi DAP pada PRU yang lepas.

Dimanakah keuntungan Islam dalam persepakatan yang wujud ini? Melayu terlalu baik hati untuk menderma kuasa dan tanah kepada bukan Melayu. Apakah mereka sanggup berkongsi terutamanya tanah bila ianya sudah dimiliki mereka. Terlalu banyak kisah yang kita dengar mengenai sikap-sikap mereka. Betapa agresifnya pemuda-pemuda mereka bila DAP menguasai di sebalik MB perak sehingga kedaulatan Sultan dilihat pada tempat yang tidak selayaknya.

Justeru, saya tidak nampak persepakatan politik yang berlaku sekarang ini memberi kemenangan kepada Islam. Mungkin pendapat saya ini tidak tepat dan harus salah, tetapi sepaling-paling kurang berhati-hatilah dalam mengadakan persepakatan. Dan berpada-padalah dalam membuat kebaikan. Jangan dilupakan MELAYU yang semakin terpinggir ini. Seimbangkan antara agama bangsa dan politik. Daam beberapa aspek saya menyokong perjuangan PERKASA sekarang ini walaupun saya tidak suka kepada Ibrahim Ali. Teruskan perjuangan anda... Selamatkan melayu agar tidak menjadi senasib dengan umat Islam di Mindanao dan Selatan Thai...





Monday, June 20, 2011

Pembantu Rumah Di Bawah Majikan Bukan Islam Mencalar Maruah Islam

Setiap kali terkeluar isu penderaan pembantu rumah terutamannya dari negara jiran Indonesia tentunya ia berkaitan dengan majikan yang bukan beragama Islam. Sedangkan kes-kes tersebut berlaku di sebuah negara yang di tadbir oleh pemimpin yag beragama Islam malah mempunyai sebuah jabatan yang sangat besar dan diberikan tanggungjawab yang berat serta dalam beberapa perkara tertentu mempunyai kuasa yang besar, Maka sudah tentunya apabila berada dalam kedudukan ini sudah tentunya suara mereka sangat didengari oleh para pemimpin dan para menteri.

Tetapi kenapa kes-kes penderaan seperti ini sering kali berlaku di antara pembantu rumah yang beragama Islam dengan majikan yang beragama Islam terutama bangsa Cina. Apakah tiada kesedaran di kalangan mereka yang bertanggungjawab untuk membawa isu ini ke peringkat lebih serius atau sengaja tak ambil kisah kerana di bimbangi akan menyebabkan ditegur oleh mereka-mereka yang tertentu sekiranya mengambil kes-kes seperti ini.

Negara kita mempunyai jabatan besar seperti JAKIM, YADIM, YAPEIM dan lain-lain dalam jabatan kerajaan manakala NGO di negara ini seperti PPIM, FOMCA dan beberapa NGO lain lagi yang dilihat mampu untuk bersuara. Dimanakah kelantangan suara-suara mereka sekarang ini, Kenapa tidak kuat kokokan mereka ataupun kokokan mereka menjadi apabila kokokan itu akan mendapat nama dan glamor sahaja sepatutnya yang perlu dilihat kesucian agama Islam terjaga dari sebarang contengan dari mereka yang bukan beragama yang bersifat binatang ini.

Sudah sampai masa untuk menetapkan pembantu rumah untuk majikan yang bukan beragama Islam adalah yang bukan Islam juga. Penetapan seperti ini sangat perlu disegerakan berikutan beberapa kes-kes yang telah berlaku seperti larangan solat, pendedahan aurat, seks paksaan, makanan yang berunsur haram seperti daging babi, memandikan anjing dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin yang beragama Islam seharusnya sedar akan keperluan ini, utamakan kehendak Islam walaupun ianya berkaitan dengan kebajikan rakyat asing dan bukan warga negara. Tak perlulah sangat memberikan penekanan yang lebih kepada warga negara sekiranya kesucian itu boleh mencalar maruah Islam. Sanggupkah kita melihat betapa bermaharajalelanya mereka yang bukan beragama Islam ini menrendah-rendahkan kewajipan solat fardhu sehingga melarang untuk bersolat.

Sangat sedih bila mereka yang sepatutnya bertindak dengan sekadar segera tetapi dengan memejam sebelah mata seolah-olah tidak tahu menahu perkara ini. Paling tidak laungkan amaran keras dan gubal lah seberapa banyak akta demi kesucian Islam terbela. Bukan untuk merendahkan agama lain tetapi dengan rasa penuh tanggungjawab menjaga kesucian dan maruah Islam agar tidak tercemar. Hanya itu saja untuk kali ini..

Sama-sama kita renungkan demi Islam tercinta

Bila Ustaz Ikhlas Berdakwah Kalau Ada RM

Sebenarnya bukan senang sengan ingin menjadi seorang pendakwah yang betul-betul da'i ila rabbihi, kerana ia sangat memerlukan beberapa bentuk pengorbanan yang akan mempengaruhi kecenderungan kita untuk berundur dari terus berdakwah. Sebab itu kita lihat sekarang ini berapa ramai mereka yang sanggup untuk teruskan dakwah tanpa mengharapkan upah dan balasan. Sedangkan kita tahu para Nabi-Nabi terdahulu menjalankan tugas yang di amanahkan tanpa sedikitpun mengharapkan balasan tetapi hanya semata berdakwah seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala.

Namun sebenarnya pada realiti sekarang ini, kita dapat lihat berapa ramai tokoh-tokoh agama dan cendekiawan Islam yang sanggup meletak jawatan mereka yang selesa dan mewah untuk menjadi pendakwah bebas. Sekali dilihat betapa mulianya mereka ini sanggup meletakkan jawatan dari kerusi yang empuk semata-mata untuk menjadi pendakwah bebas tetapi bila dilihat pada hakikatnya baru kita sedari bahawa RM menjadi pendakwah bebas lebih "masyuk" dari jawatan yang ada sekarang.

Siapa yang tak mahu kalau paling kurang untuk sekali ceramah dapat RM 100, kalau sekali ceramah RM 200, boleh kelabu mata wal hal sesiapa pun. Walaupun ilmu yang disampaikan itu bab berjihad fi sabilillah atau bab sedekah atau berkaitan tasawuf. Bercakap boleh saja dan tanpa merasakan apa-apa kadang-kadang ceramah yang disampaikan itu terkena atas batang hidungnya sendiri.

Mcm mana nak menjadi pendakwah kiranya surau atau masjid di tempat sendiri ibarat hidup segan mati tak mahu, tergamak untuk keluar berdakwah kepada jemaah qariah lain. Itu semua hanya semata-sama kerana RM "masyuuuuuk".