Friday, June 28, 2013

TOKOH PENENTANG KEMUNCULAN SYI'AH DI MALAYSIA

Kemunculan aliran yang berfahaman Syi'ah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kampung Nakhoda yang dulu popular sebagai perkampungan aliran Qadiani sebenarnya menjadi salah satu pusat berkembangnya fahaman Syi'ah. Di sekitar Gombak baru-baru ini pihak JAIS telah menahan satu kumpulan yang disyaki berfahaman Syi'ah telah menggemparkan penduduk Malaysia yang berakidah ASWJ betapa begitu cepatnya berkembang fahaman Syi'ah di negara ini. Begitu juga di beberapa kawasan sekitar kajang, jumlah penganut yang berfahaman Syi'ah mulai berkembang dari masa ke semasa dan dibimbangi akan bergerak ke kawasan Bangi.

Belum dapat dipastikan lagi, sejauh mana penyebaran fahaman ini masuk ke universiti-universiti di seluruh negara. Selalunya, antara sasaran utama semua aliran akan tertumpu kepada mahasiswa-mahasiswi universiti. Tidak mustahil fahaman ini juga telah menyusup masuk ke dalamnya. Pihak pengurusan universiti perlu berwaspada terutama pensyarah-pensyarahnya. Kesannya begitu besar sekali kalau tidak ditangani dengan perancangan yang tersusun.

Kita bersyukur kerana masih ada lagi tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam masyarakat yang begitu lantang mendedahkan penyebaran Syi'ah di negara ini. Boleh jadi, sekiranya tiada mereka yang berani menentang penyebaran aliran ini, sudah pastinya penularan fahaman ini makin berkembang dengan lebih cepat lagi. Tokoh tersebut tiada lainnya adalah dua orang ilmuan Islam yang disegani masyarakat ialah Dr Asri Zainul Abidin dan Maulana Asri Yusof.

No comments:

Post a Comment