Lafaz manis lembut lidah berbicara. Kadangkala sumpah seranah maki hamun berbaur darjat kedengaran. Janji palsu yang direka-reka mengikat hati si bodoh jugak dilaungkan. Ikrar setia menuntut kebahagiaan entah kemana. Merendah diri penuh kesopanan dengan langkah yang lemah gemalai biasanya tersembunyi suatu dendam membara. Berwajah ceria dengan ulas bibir merah merekah tersenyum-senyum belum tentu baik dalamnya. Boleh jadi pemangsa buas untuk menbaham siapa yang saja yang sempat diterkam. Realitinya apa? Semuanya bohong. Nista melata di dataran rata. Yang bodoh sentiasa ditakdirkan sebagai mangsa. Yang bijak rakus meratah dengan hilai ketawa yang berdekah-dekah. Diam seseorang itu tidak semestinya tanda setuju, bahkan lebih gila bergolak di dada. Perempuan bertudung litup melabuh ke lutut bernafsu gila, mendidih rasa meminta-minta untuk dipuaskan. Apakah ini semua? Dunia oh dunia. Berlikunya jalan hidup ini. Berfikirlah dengan akal sempurna. Usah biarkan ia menguasai diri yang sentiasa gila dan menggila ini.
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Tuesday, June 25, 2013
REALITI NYA APA?
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment