Sunday, December 28, 2008

Tahlil: antara sunat dan bid'ah

FATWA IMAM SYAFIE
TENTANG KENDURI ARWAH,
TAHLILAN, YASINAN DAN
SELAMATAN
Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramairamai
dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati.
Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua,
ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi
mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati.
Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari
bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan
para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah
mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi
tajuk perbincangan dalam tulisan ini.
Di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz 2. hlm. 146, tercatat pengharaman
Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas
sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:
وَیَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْیَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ
“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan
pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya
sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke
kuburan”.
Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar ( (ائم ة العلم اء ال شافعیة
yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada
hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya
menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati
atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati)
sebagaimana fatwa Imam Syafie:
وَاُحِبُّ لِجِیْرَانِ الْمَیِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِھِ اَنْ یَعْمَلُوْا لاَھْلِ الْمَیِّ تِ فِ ىْ یَ وْمِ یَمُ وْتُ وَلَیْلَتِ ھِ طَعَامً ا مَ ا
یُشْبِعُھُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.
“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati
menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari
kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka.
Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”.
Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:
قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّ ا جَ اءَ نَعْ يُ جَعْفَ رِ حِ یْنَ قُتِ لَ قَ الَ النَّبِ يُّ صَ لَّى اللهُ عَلَیْ ھِ وَسَ لَّمَ :
اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاھُمْ مَایُشْغِلُھُمْ . (حسنھ الترمزى وصححھ الحاكم)
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang
berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk
keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang
menyebukkan (kesusahan)”. [1]
Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri
arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati
termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang,
meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Mati
mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya
tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya
haram. Telah dinyatakan juga di dalam kitab ( اعانة الطالبین ) jld. 2. hlm. 146:
وَقَالَ اَیْضًأ : وَیَكْرَهُ الضِّیَافَةُ مِنَ الطَّعَامِ مِنْ اَھْلِ الْمَیِّتِ لاَنَّھُ شَرَعَ فِى السُّرُوْرِ وَھِيَ بِدْعَةٌ
“Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan
persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia
adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.
1 H/R Asy-Syafie (I/317), Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad I/205. Dihasankan
oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.

Seterusnya di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz. 2. hlm. 146 – 147,
Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi:
وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُھُ مَا یَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِیْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ
حَرَامٌ
“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang
yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul
beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat
puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah
haram”.
Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan
yasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihari
ketujuh, dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematian
dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat
Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam
Syafie. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya
menghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhi
wasiat imam yang agung ini.
Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama ( اعانة الطالبین ) juz 2. hlm.
145-146, Mufti yang bermazhab Syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin
Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum
bid’ah dan mengharamkan kenduri arwah:
وَلاَ شَكَّ اَنَّ مَنْعَ النَّاسِ مِنْ ھَذِهِ الْبِدْعَةِ الْمُنْكَرَةِ فِیْھِ اِحْیَاءٌ لِلسُّنَّةِ وَاِمَاتَةٌ لِلْبِدْعَةِ وَفَتْحٌ لِكَثِیْرٍ
مِنْ اَبْوَابِ الْخَیْرِ وَغَلْقٌ لِكَثِیْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الشَّرِّ ، فَاِنَّ النَّاسَ یَتَكَلَّفُوْنَ تَكَلُّفًا كَثِیْ رًا یُ ؤَدِّيْ اِلَ ى
اَنْ یَكُوْنَ ذَلِكَ الصُّنْعُ مُحَرَّمًا .
“Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang
(mencegah) manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar
demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan
(menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu-pintu
kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan dan (kalau
dibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akan
terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka
melakukan perkara yang haram”.
Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis
tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama
dihari khaul ( خ ول ). Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci,
ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie rahimahullah
sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:
مَا یَفْعَلُھُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَھْلِ الْمَیِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ
“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul
dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah
termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”.[2]
Di dalam kitab fikh ( حاشیة القلیوبي ) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab - قلیوبى
حاش یتان - عمی رة) ) juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli
rahimahullah yang mana beliau berkata:
قَالَ شَیْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْ رُوْهِ فِعْلُھَ ا كَمَ ا فِ ى الرَّوْضَ ةِ مَ ا یَفْعَلُ ھُ النَّ اسُ
مِمَّا یُسَمَّى الْكِفَارَةَ وَمِ نْ صُ نْعِ طَعَ امِ للاِجْتَمَ اعِ عَلَیْ ھِ قَبْ لَ الْمَ وْتِ اَوْبَعِ دَهُ وَمِ نَ ال ذَّبْحِ عَلَ ى
الْقُبُوْرِ ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِنْ مَالٍ مَحْجُوْرٍ وَلَوْ مِنَ التَّركَةِ ، اَوْ مِنْ مَالِ مَیِّتٍ عَلَیْ ھِ
دَیْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَیْھِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ.
“Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan
bid’ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang
dijelaskan di dalam kitab “Ar-Raudah” iaitu mengerjakan
amalan yang disebut “kaffarah” secara menghidangkan
makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama
sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid’ah yang
mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian
itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang
masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati
atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau
seumpamanya”.
Di dalam kitab ( الفق ھ عل ى الم ذاھب الاربع ة ) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan
bahawa:
وَمِنَ الْبِدَعِ الْمَكْرُوْھَةِ مَا یَفْعَلُ الآن مِنْ ذَبْحِ الذَّبَائِحَ عِنْدَ خُرُوْجِ الْمَیِّتِ اَوْ عِنْدَ الْقَبْرِ وَاِعْدَادِ
الطَّعَامِ مِمَّنْ یَجْتَمِعُ لِتَّعْزِیَةِ .
“Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi
amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa
2 Lihat: اعانة الطالبین juz 2 hlm. 145.
sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah (telah
dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau
menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang
berkumpul untuk takziyah”.
Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan
kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan
pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan
berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati. Mungkin
persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang
atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh
kalangan mubtadi' ( مبت دع ) "pembuat atau aktivis bid'ah" sehingga amalan
ini tidak mahu dipersoalkam oleh pengamalnya tentang haram dan
tegahannya dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang
bermazhab Syafie.
Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahala
bacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yang
melibatkan akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh setiap orang yang
beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secara
suka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan Sunnah
RasulNya), tidak boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baik
lantaran ramainya masyarakat yang melakukannya, kerana Allah
Subhanahu wa-Ta'ala telah memberi amaran yang tegas kepada mereka
yang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak ada dalil
atau suruhannya dari syara sebagaimana firmanNya:
وَاِنْ تُطِ عْ اَكْثَ رَ مَ نْ فِ ى اْلاَرْضِ یُ ضِلُّوْكَ عَ نْ سَ بِیْلِ اللهِ اِنْ یَّتَّبِعُ وْنَ اِلاَّ الظَّ نَّ وَاِنْ ھُ مْ اِلاَّ
یَخْرُصُوْنَ
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orangorang
yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan
menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain
hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain
hanyalah berdusta (terhadap Allah)". (QS. Al-An'am, 6:116)
Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang
dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal
atau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah
(tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan
dan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al-
Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah
diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanya
dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah
disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai
ibadah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِیْعَةٍ مِنَ اْلاَمْرِ فَاتَّبِعْھَا وَلاَ تَتَّبِعْ اَھْوَاءَ الَّذِیْنَ لاَ یَعْلَمُوْنَ . اَنَّھُ مْ لَ نْ یُّغْنُ وْا
عَنْكَ مِنَ اللهِ شَیْئًا
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu
syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu)
itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa
nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil).
Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak
diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah". (QS. Al-Jatsiyah,
45:18-19)
Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukan
kepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginan
hawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih
dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai
sama ada haram atau halal, sunnah atau bid'ah, maka perbuatan tersebut
adalah suatu kesalahan (haram dan bid’ah) menurut syara sebagaimana
yang dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syafie
rahimahullah. Memandangkan polemik dan persoalan kenduri arwah
kerapkali ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka ia perlu
ditangani dan diselesaikan secara syarii (menurut hukum dari al-Quran
dan as-Sunnah) serta fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dari
kalangan Salaf as-Soleh yang muktabar. Dalam membincangkan isu ini
pula, maka penulis tumpukan kepada kalangan para ulama dari mazhab
Syafie kerana ramai mereka yang bermazhab Syafie menyangka bahawa
amalan kenduri arwah, tahlilan, yasinan atau amalan mengirim pahala
adalah diajarkan oleh Imam Syafie dan para ulama yang berpegang
dengan mazhab Syafie.
Insya-Allah, mudah-mudahan tulisan ini bukan sahaja dapat
menjawab pertanyaan bagi mereka yang bertanya, malah akan sampai
kepada mereka yang mempersoalkan isu ini, termasuklah mereka yang
masih tersalah anggap tentang hukum sebenar kenduri arwah (tahlilan
atau yasinan) menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah.

No comments:

Post a Comment