Sunday, December 28, 2008

isu berkaitan dengan berzanji (rajin lah mengkaji)

ِ
MUQADDIMAH

Sebahagian besar dari kalangan para ulama dan orang-orang awam di
negara kita masih mengamalkan pembacaan Berzanji. Amalan ini dianggap
sunnah dan mulia oleh mereka. Namun, ia terus menjadi fenomena, kerana
masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang mentakdiskan
(mensucikan/holy) pembacaan Berzanji menyedari atau sebaliknya bahawa
amalan membaca Berzanji yang dijadikan budaya oleh mereka adalah dipenuhi
oleh perkara-perkara yang bid’ah, khurafat, tahaiyul, syirik dan dihiasi dengan
pembohongan serta kekarutan.

Kenyataan ini akan dibuktikan melalui pembahasan secara ilmiyah pada
rangkap-rangkap syair dan ayat-ayat yang tersusun di dalam Kitab Berzanji.
Al-Hamdulillah, buku kecil ini yang membahas dan membongkar
kandungan Kitab Berzanji, telah membuktikan kebatilan dan kemungkaran
Berzanji yang selama ini tidak diperasani oleh masyarakat Islam. Kerana
Berzanji yang dilaungkan oleh mereka kebiasaannya dalam Bahasa Arab. Buku
ini telah memaparkan kebatilan & kemungkaran Berzanji. Semoga ia
bermanfaat kepada sekalian pembaca yang budiman yang mencintai kebenaran
serta mencari keredhaan Allah ‘Azza wa-Jalla.
Berzanji dikenali juga dalam masyarakat kita dengan istilah “Marhaban”
atau “Maulid”. Diistilahkan marhaban kerana isi kandungannya memuatkan
ucapan selamat datang kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam dan
dinamakan maulid kerana menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Sebahagiannya pula meyakini bahawa semasa membaca berzanji
(marhaban) para malaikat, para nabi dan para rasul (terutama Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat, para wali dan roh-roh suci datang ke
majlis mereka. Oleh itu mereka menamakan Berzanji atau majlis pembacaan
Berzanji dengan istilah Marhaban. Segala kekarutan inilah yang mendorong
penulis untuk menghasilkan risalah ini agar difahami oleh masyarakat pengamal
Berzanji kemudian mereka dapat memahami mesej ini sehingga mereka dapat
meninggalkan Berzanji tersebut.
Rayuan dari penulis, semoga para pembaca budiman dapat memahami
bahawa tidak ada yang penulis harapkan dari tulisan ini selain keredhaan Allah,
iaitu demi untuk menyelamatkan akidah ummah yang selama ini tidak
menyedari dan mengetahui bahawa kandungan Berzanji pada hakikatnya
dipenuhi oleh kepercayaan yang membawa kepada kesyirikan dan bid’ah yang
merosakkan akidah. Itulah hakikat yang sebenarnya.
Moga-moga segala usaha ikhlas menyiapkan tulisan ini diberkahi oleh
Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan memberi berkat serta manfaat ilmu kepada
para pembaca yang dihormati sekalian.
Ikhlas dari:
Rasul bin Dahri
Singapura.
www.rasuldahri.com

No comments:

Post a Comment