Setiap tahun kita menyambut kehadiran Maal Hijrah dengan penuh meriah. segala pengisian diatur dari saf-saf masjid dan surau kepada pentas-pentas maksiat di kalangan muda mudi. yang jelas nya semua bergembira dengan kehadiran tahun baru islam ini. Namun apakah pengertian sebenarnya Maal Hijrah, saya tak nak huraikan mengenai bahasa perkataan ini, apa yang akan dibincangkan di sini adalah kesedaran berhijrah untuk tahun baru Islam.
sepatutnya kita berasa sedih memikirkan umat islam kini semakin keliru dengan prinsip hidup dan kehendak budaya melayu sendiri, dengan perkataan lain, krisis nilai dalam diri remaja dan dewasa sekarang ini semakin membarah hinggakan memerlukan bantuan yang betul-betul pakar yang ikhlas untuk merawatnya.
apakah punca terjadinya semua ini.. tepuk dada! tanya iman sendiri..
kepada ibu bapa yang berasa tidak bersalah dan sedih bila melihat kemungkaran anaknya di depan mata, bila abang hilang tanggungjawab untuk menjaga harga diri adik sendiri, bila pemimpin terlalu leka untuk mengaut keuntungan parti yang sering berbalah sama sendiri, bila para guru sudah hilang taringnya untuk memarahi muridnya semata-mata takut disaman ibu bapa.. ketika ini yang parah akan semakin membarah, hendak lari terkena dan masuk terperangkap... sebelum ia belum mengancam bertindaklah sekarang, bersedialah dengan apa jua bentuk persediaan selagi tidak melanggar syariat.. insya allah allah bersama mereka yang berusaha..
pupuklah diri dan keluarga masing-masing kearah keindahan islam sempena kehadiran bulan mulia ini. mudah-mudahan beroleh keberkatan darinya...
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Sunday, December 28, 2008
Maal Hijrah: Permulaan perjalanan seorang manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment