Sunday, December 28, 2008

Setanggi Bicara

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada semua, waktu2 begini harapnya sentiasa berbahagia selalu, kalau ada sedikit kekurangan lupakan saja kerana setiap manusia dikurniakan kelebihan dan kekurangan. apa yang paling penting sekali jangan lupa untuk menimba ilmu sebanyak mungkin selagi kudrat dan akal masih berguna. betapa ruginya kita sebagai manusia apatah lagi beragama islam melalaikan diri dengan hiburan-hiburan sedangkan untuk ruangan ilmu pun diganti dengan hiburan.
kita lihat masyarakat masa kini, terlalu jahil sehinggakan tidak dapat menilai perkara remeh dan perkara berat. terlalu sangat bergantung kepada orang lain yang kononnya mengakui berilmu sedangkan lebih tidak berilmu berbanding dengan orang jahil. lebih-labih lagi berkaitan dengan ibadat, sehinggakan umat islam khususnya di malaysia tidak dapat menilai mana yang wajib dan mana yang sunat, mana yang asal mana yang direka-reka. Alangkah ruginya mereka bila beramal tanpa ilmu, lebih perbuatan tapi tiada pahala malah sia-sia yang mengundang dosa sahaja.
cukuplah setakat itu saja pada kali ini, moga kita berjumpa lagi pada ketika akan datang.. kita sama-sama berkongsi ilmu. semoga kita semua dilimpahi dengan berkat dan rahmat Allah.. Amin.

No comments:

Post a Comment