Wednesday, December 31, 2008

Selamat Datang 2009

Hari ini bermulalah sebuah penghidupan baru dalam lakaran sejarah yang akan tercetus sepanjang tahun. Berbekalkan semangat, kemahuan, azam dan cita menempuh jalan kehidupan yang kadang kala indah kadang kala mengerikan. Itulah penghidupan di dunia tiada siapa yang mampu untuk mengelak darinya.

Sejarah yang lepas, kenang-kenanglah selalu untuk dijadikan sebagai pedoman. Mana yang manis senyumlah dalam hati dan kenangan pahit simpanlah jauh ke sudut memori kita. Memang payah untuk melupakan kenangan pahit, cakap senang lah kan, cuba rasa sendiri barulah tahu. kalau tak mana ada orang sanggup bunuh diri kerana kenangan. Kenangan ni kadangkala boleh membunuh walaupun tersimpan bertahun lama. Paling kurang boleh menambah penyakit yang memang dah banyak. Tu pun tak kira lagi sampai boleh bergaduh laki bini sebab kenangan punya pasal. sikit punya berat, jangan pandang ringan..

Ada orang pernah melaluinya kenangan yang sungguh manis sepanjang tahun, seolah-olah dia dilahirkan untuk menikmati kenangan manis saja, tak pernah rasa kenangan pahit. Tapi sebenarnya yang pahit tetap ada cuma dia anggap itu bukan kenangan atau terlupa perkara itu. Dah kira ok la tu, kepala pun tak pening, sedih pun tak ada, makan selalu bertambah dan cakap pun banyak. Orang macam ni selalunya susah dapat penyakit, pendek kata boleh panjang umur lagi. kalau yang gatal boleh lagi tambah bantal peluk tebal.. Yang gatal jer, yang tak gatal pun apa kurangnya kalau dah jodoh.. ha ha ha....

Tapi ada jugak manusia yang banyak kenangan pahit lebih banyak dari kenangan manis, banyak kali jugak dia menangis dan mengeluh bila terkenang tapi yang peliknya masih tak serik, tahun 2007 dah kena, eh 2008 pun kena jugak, takkan la tahun 2009 pun nak kena lagi.. sendiri mau ingat la.. lu fikirla sendiri..

Apapun untuk tahun 2009 ini, kekalkan mana yang patut dan ubahlah mana yang perlu... kita ni tak selalu muda pas ni akan tua jugak. Biarpun tua tapi berisi itu yang penting tak kira berisi poket ke ilmu atau hikmah dan pengalaman, yang penting berguna untuk kita dan orang lain.
sama-sama kita bermula dari awal tahun dengan niat dan azam yang baik untuk kesejahteraan, kemakmuran dan kebahgiaan yang diberkati Allah Taala, tak guna kalau sekadar berdoa awal tahun dan akhir tahun kalau sikap kita macam dulu jugak.. so! berubahlah dari sekarang... kata pepatah cina
" kejayaan adalah bermula dari langkah yang pertama"





No comments:

Post a Comment