1) Siapa sebenarnya pemilik ilmu?
2) Ijazah yang macam manakah yang sepatutnya dilakukan?
3) Ilmu apakah yang boleh diijazahkan?
Bila terdengar ada suara-suara yang membicara tentang ijazah ilmu, kadang-kadang terfikir juga apakah mereka faham apa yang dicakapkan? Sehingga semua ilmu kalau tak terima ijazah tidak boleh diamalkan dan ada pula cerita yang dibawa mengatakan pernah berlaku orang yang mengamalkan suatu ilmu tanpa menerima ijazah menjadi 'isim' atau gila... Betapa bodoh sangat pemikiran mereka, ni cerita benar ni, yang bercerita itu bertaraf ustaz, balik mesir lagi, menggenggam segulung ijazah dari Universiti Al-Azhar, bukan calang-calang orang, luar negeri.. Sebab tu, bukan jarak jauh yang membuktikan seseorang itu alim, tetapi keinginan dan kecintaan ilmu itu yang mendorong seseorang menuju kearah kealiman.
Jadi di sini, yang sebenarnya semua amalan adalah milik Allah, selagi kita beramal semata-mata untuk mendapat keredhaannya adalah tidak salah. Manakala kes-kes yang berlaku seperti yang diceritakan oleh ustaz dari Mesir tadi adalah mereka mengamalkan suatu amalan semata-mata berkehendakkan sesuatu keduniaan seperti kebal, boleh ghaib dan sebagainya, yang macam inilah yang berkemungkinan boleh menjadi 'isim' atau gila.
Saya bukan anti lepasan Mesir tetapi secara ikhlas saya kata lepasan Jordan lagi baik dari lepasan al-Azhar. Terlalu banyak contoh yang boleh kita lihat di negara kita, siapakah yang lebih menonjol dalam urusan dakwah Islamiyah, sudah tentunya graduan lepasan Jordan yang lebih menonjol. Bukan nak mengutuk, tetapi cuba bayangkan berapa ramai mereka yang bergelar ustaz dari Mesir bila balik ke Malaysia membawa balik sekali kayu kokka yang menjualnya dengan merawikan kelebihan dan kebaikan memiliki kayu tersebut sehingga syaitan dan iblis pun tidak boleh dekat dengan mereka yang memiliki kayu kokka. Tidak ke mengarut pemikiran itu? Selaku mereka yang balik Mesir, tidakkah mereka tahu pemahaman sebgegitu boleh merosakkan akidah dan secara tak langsung boleh merosakkan akidah orang lain. Jadi apa guna kalau terima ijazah ilmu kalau perkara macam ni pun tak boleh bezakan yang betul dan yang salah.
Bagi saya lagi, ilmu yang perlu diijazahkan adalah seperti ilmu perubatan dan membuat ramuannya, mengurut urat saraf dan bayak lagi yang memerlukan tunjuk ajar yang betul-betul dari guru. takkanlah untuk sekadar ibadah kerana Allah pun kena terima ijazah dalam bentuk salam tangan lagi pun setahu saya tidak dibuat oleh Nabi.
Andaikata mereka yang menafsirkan ijazah ilmu itu bermaksud mempelajari mestilah dengan guru, kalau macam tu saya setuju dan ada juga saya tak setuju. Contohnya, mempelajari ilmu al-qur'an, bacaan, akidah dan feqah memang saya setuju sangat, kerana guru yang boleh menerangkan dengan terperinci mengikut tahap kemampuan akal pemahaman kita. Tetapi kalau orang yang dah boleh dan mahir dalam bacaan dan pemahaman, apakah perlu sampai tahap wajib terima ijazah ilmu sebelum mengambil satu-satu amalan zikir orang lain sebagai amalan? Bagi saya sudah tidak perlu lagi, kalau terima ijazah lagi baik, kerana ilmu itu ilmu Allah dan amalan tersebut pun kerana Allah, jadi dimanakah rasionalnya pengijazahan tersebut.
Jadi akhir sekali, beramallah semata-mata kerana Allah Taala, petiklah dari mana-mana sahaja zikir dan doa yang dibaca oleh ulama jangan ambil dari orang jahil, nanti akan merosakkan pula. Namun yang lebih baik sekali, bacalah doa yang telah diajarkan oleh Nabi Besar kita Nabi Muhammad s.a.w kerana apa yang dibawa dan diajarkan oleh Baginda sudah lebih dari cukup untuk amalan dan ibadah kita kepada Allah. Dan di sini saya ingin memetik satu kenyataan usul fiq" Semua ibadah adalah haram kecuali ada nas yang menghalalkannya dan semua muamalah itu harus kecuali ada nas yang mengharamkannya." Oleh yang demikian marilah kita sama-sama fikirkannya supaya kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang bertaklid buta.
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Thursday, February 19, 2009
Ijazah Ilmu : Suatu ulasan awal
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment