Jawapan Zamihan terhadap tuduhan Dr. Asri (semoga Allah mengampunkan beliau)
MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN WAHABIYAH DI MALAYSIA
Merujuk kepada tulisan Mohd Asri "Buku Salafiyah Wahabiyah menyimpang" Berita Harian, Isnin 30 dan 31 Julai 2001. Selaku penulis buku tersebut saya merasakan bertanggungjawab untuk mempertahankan hujah, menghapus kesamaran dan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepada saya dan Tuan Guru saya Hassan al-Saqqaf. Semoga Allah memberi taufiqNya kepada kita terhadap apa yang disukai lagi diredhaiNya. Pada dasarnya, saya bersetuju dengan pendapat beliau yang mengatakan Syeikh Ibn Taimiyyah bukannya maksum. Akan tetapi kata-kata beliau yang menggambarkan "tersilap fakta" pada Ibn Taimiyyah mencerminkan sikap ta'sub beliau kepada Syeikh tersebut. Alasannya, jika dikatakan "tersilap fakta" bererti kesalahan itu bukannya datang dari Ibn Taimiyyah, akan tetapi fakta atau maklumat tentangnya tersilap. Justeru, dia boleh membuat andaian bahawa "tersilap" yang berlaku itu disebabkan oleh salah faham atau sikap ulamak lain yang dengkikan Ibn Taimiyyah sekaligus memfitnah beliau. Adakah para ulamak yang menentang pendapat Ibn Taimiyyah kesemuanya berada dalam situasi dan bersikap sedemikian.??? Dakwanya lagi: "Ada pendapatnya yang kuat dan ada pendapatnya yang lemah". Kenyataan ini menjelaskan
kepada kita bahawa beliau begitu fanatik dengan pendapat Ibn Taimiyyah. Ternyata Mohd Asri masih belum mampu membuat perbandingan pendapat secara dogmatik antara ulamak. Pengklasifikasian pendapat Ibn Taimiyyah kepada kuat dan lemah sebenarnya tidak menampakkan beliau mengiktiraf kesilapan yang dilakukan imam itu. Sebaliknya beliau hanya ingin mempertahankannya walaupun terbukti pendapat Ibn Taimiyyah tersebut membawa ’fitnah' dan implikasi yang negatif kepada sebahagian muslimin yang tidak menurut pendapat beliau. Oleh itu, 'kemaksuman' yang dinafikannya hanya sekadar manis di bibir sahaja. lanya bukan dilakukan secara komparatif yang sedar lagi wajar. Sikap ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang beraliran Salafi-Wahabi.
Dakwaan beliau bahawa saya menjadikan cacian, penghinaan, fitnah dan pembohongan fakta sebagai metodologi penulisan adalah tidak benar sama sekali. Melalui secalit tulisan ini, pembaca akan dapat menilai sejauh mana ketaksuban Mohd Asri dan sesuci mana pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Taimiyyah dalam bidang kesarjanaan Islam. Penilaian ini juga boleh dilihat menerusi buku saya Salafiyah Wahabiyah. Apa yang lebih penting ialah implikasi yang berlaku terhadap satu pendapat yang "rigid" perlu dinilai secara wajar. Sebab itulah dikemukakan judul buku saya "Salafiyah Wahabiyah: Satu penilaian" supaya pembaca boleh menilai antara dua pendapat. laitu satu penilaian pendapat Ibn Taimiyyah (disokong al- Wahabiyyah) dan satu lagi pendapat para ulamak sunni lain. Tapi sayang, apabila kita mengkontradiksi hujah Ibn. Taimiyyah, ianya dianggap sebagai musuh ahli sunnah oleh Mohd Asri. Tahukah beliau siapa ahli sunnah???
Sebenarnya, di muqaddimah penulisannya lagi, Mohd Asri telah membuat pendustaan ke atas diri saya. Buktinya, beliau mengatakan: "Penulis buku ini mengaku dia adalah pengikut Hasan b. Ali al-Saqqaf dariJordan." Subhanallah. Sebenarnya, saya tidak pernah mengaku sebagai "pengikut" Hassan al-Saqqaf. Sebaliknya saya hanya mempelajari ilmu agama darinya semasa berada di Jordan dalam beberapa tahun. Umum mengetahui bahawa belajar tidak semestinya mengikut. Akan tetapi, ada kalanya manusia hanya mengikut bukannya dengan cara belajar. Seperti ikutan Mohd Asri terhadap pendapat Ibn Taimiyyah. Perkataan "pengikut" sengaja ditokoktambah oleh Mohd Asri dengan niat yang buruk untuk menggambarkan sikap taksub saya kepada Hasan al- Saqqaf. Seolah-olah saya sentiasa mengikut Hassan al-Saqqaf secara taklid walaupun diketahui ada sesetengah pendapatnya tidak boleh diterima oleh saya. Hal ini situasi yang biasa antara Tuan guru dan muridnya. Maka secara jelasnya, dakwaan ini tidak berasas lagi dusta. Semoga Allah mengampuni anda. Demi kerana bencikan penilaian saya terhadap Ibn Taimiyyah, Mohd Asri juga membuat tuduhan yang palsu lagi melampau kepada Tuan Guru kami, Sayyid Hasan al-Saqqaf. Katanya: "Dikalangan orang yang mengenalinya (Hassan al-Saqqaf) menyatakan dia seorang agak pro Syiah seperti mana ada sesetengah rumpun itu di Malaysia yang berpegang kepada Syiah." Beliau menambah lagi: "Sementara yang seorang lagi mengaku ahli Sunnah dan meyembunyikan racun syiahnya." Katanya lagi: "Nampaknya sejarah itu cuba hendak ditimbulkan semula oleh golongan yang bertopengkan ahli sunnah." Subhanallah. Kenapa Mohd Asri terlalu berani menghukum seseorang dengan "Syiah" dengan hanya berdasarkan andaian mendengar daripada sesetengah kalangan orang yang mengenali Hassan al-Saqqaf. Prasangka yang dilakukan beliau ini bertentangan dengan firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Hujuraat ayat 12 yangbermaksud: "Wahai orang yang beriman,
jauhilah sebahagian dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. " Suka juga saya pertanyakan: Apakah anda tidak cukup mengerti untuk menilai pendapat dan pandangan seseorang melalui karya dan penulisan beliau? Saya juga ingin bertanyakan anda, siapa dikalangan orang yang mengenalinya itu sehingga anda tergamak menukar tuduhan yang tak berasas itu kepada yakin? Bolehkah orang yang mengenalinya itu diterima kesaksiannya mengikut metod ilmu hadith yang saudara pelajari selama ini? Nampaknya saudara sendiri gagal mempratikkan surah al-Hujuraat ayat 6 yang saudara bacakan kepada saya.
Dengan segala hormatnya saya minta saudara renungkan kembali sedalamnya kandungan ayat berkenaan secara insaf lagi sedar. Buat pengetahuan pembaca, sebenamya Syeikh Hassan al-Saqqaf adalah seorang sunni-al-Asya'ri yang bermazhab al-Syafi'e. Beliau sendiri menulis "Sahih Sifatussolah al-Nabiy" (yang wujud ditangan saudara). laitu sebuah kitab fiqh-solat al-Syafi'e sebagai reaksi positif terhadap huraian tidak bermazhab Syeikh al-Baani di dalam "Sifat al-Solat al-Nabi". Saya nasihatkan saudara baca sendiri kitab tersebut sehingga tamat tanpa bias kepada mana-mana aliran teologi dan bandingkan dengan karya al-Baani. Lihatlah di sana bagaimana Syeikh Hassan menuqilkan pendapat Imam al-Syafi'e, Imam Ibn al-Solah, Imam al-Ghazali, Fakhruddin ar-Razi, al- Muhaqqiq al-Nawawi, Imam Ibn Hajar al-Haitami, Ibn Hajar Asqalani, Taqiyuddin al-Subki, al-Sakhawi dan beberapa pandangan ulamak hadis yang masyhur seperti al-Bukhari, Mus¬lim, Ahmad, Tirmidzi, al-Nasa'e, Abu Daud dan Iain-lain. Saya yakin, seorang yang terpelajar tinggi seperti saudara dapat memahaminya. Akan tetapi mengapa realiti ini tidak dinyatakan dalam penulisan saudara sebaliknya perkara yang bersifat andaian itu mahu dipaparkan kepada umum bahkan hendak dijadikan hukum.??? Ternyata, saudara sebenarnya yang bersikap 'tadlis' dan cuba membohongi kebenaran. Sebagai bukti yang lebih jelas, Syeikh Hassan al-Saqqaf juga menulis syarah kitab Umdah al-Salik li Uddah al- Nasik sebagai sebuah kitab Haji juga dalam mazhab al-Syafi'e. Saudara juga boleh membaca Tahdzir al-Abd Awwah yang memuatkan tiga masalah agama. laitu Sembahyang sunat sebelum Jumaat (yang mana ia dikatakan bid'ah oleh aliran wahabi), masalah "menggerakkan jari ketika bertasyahhud" dan masalah Nur Muhammad. Tidakkah huraian di dalam kitab-kitab ini mengikut daerah mazhab al-Syafi'e. Bahkan betapa banyak juga pendapat al-Syafi'iyyah dikemukakan dalam ruangan ini, Kami sendiri turut diajar dengan Kifayatul Akhyar dan Tadrib al-Rawi hari berganti minggu dan bulan. Oleh itu, Saya mencabar saudara untuk mengemukakan nas Hassan al-Saqqaf yang menunjukkan beliau seorang Syiah daripada kitab-kitab karangan beliau. Adapun pendalilan kepada sesuatu permasalahan, lumrah ianya boleh berlaku secara kebetulan. Namun, itu bukannya dalil ilmu untuk membuktikan seseorang itu penganut kepada fahaman Syi'ah. Jika saudara gagal bererti saudara mendirikan hujah tanpa ilmu bahkan tuduhan saudara penuh pembohongan lagi melampau. Tidak cukup dengan fiqh, Hassan al-Saqqaf juga menghasilkan karya usuluddin dalam mazhab al-Asya’ri. Buktinya, kitab Sahih al-Aqidah al-Thahawiyah diulas oleh beliau sebagai satu perbandingan dengan Syarh Aqidah al-Thahawiyah yang dikarang oleh Ibn Abi al-Izz. Kitab Akidah ahli Sunnah wal Jamaah dikarang oleh beliau hasil ulasan terhadap pendapat al-Ghazali daripada Ihya'. Beliau juga mengulas Jauharah al-Tauhid karangan Imam al-Laqqani dan diberi judul Iqd Zabarjad al-Nadhid. Selain itu beliau juga menulis Syarh Sullam al-Taufiq (feqh, tauhid dan Tasawwuf). Dan banyak lagi kitab-kitab yang ditulis oleh beliau samada yang telah dicetak dan masih dalam percetakan mencapai 70 buah kitab dalam usia yang masih muda. Akan tetapi, apabila kitab-kitab tadi dilihat dapat mengkontradiksi kitab-kitab al-Albaani dan aliran al- Wahabiyyah serta Ibn Taimiyyah, beliau mula dituduh sesat, penyebar fahaman Mu'tazilah, penganut Syi'ah dan sebagainya. Tuduhan ini turut menjalar kepada Syeikh al-Muhaddith Mahmud Said Mamduh, Syeikh al- Muhaddith Muhammad A'lawi al-Makki, Syeikh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthi, Syeikh Ali al-Majzub, Syeikh Sa'id Foudeh, Syeikh Abi Hasnain al-Makki dan Iain-lain yang seangkatan dengan beliau. Atau manamana sahaja ulamak yang beraliran Asya'irah nusantara. Hal ini seakan menjadi satu tradisi bagi aliran salafiyah-wahabiyyah yang amat bencikan Asya'irah. Dan penularan kebencian ini turut subur sehingga membawa konflik semasa dan fitnah dalam masyarakat Nusantara. Sehinggakan berlaku di sesetengah tempat mengatakan al-Asya'irah bukannya Ahli Sunnah, (rujuk Ismail Omar, Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan, Jadual C), Sembahyang sunat sebelum Jumaat itu adalah bid'ah (Abdullah al-Qari, 200 Bid'ah Jumaat di dunia Is¬lam), Tasawwuf bukan ajaran Islam (Rasul Dahri) dan berbagai isu lagi. Sengaja saya jelaskan bab akidah, feqh dan Tasawwuf supaya pembaca jelas akan kedudukan subperbincangannya. Hasilnya, sebagai membalas budi terhadap Hassan al-Saqqaf, buku-bukunya dilarang daripada masuk ke Mesir oleh Syarikat percetakan yang memiliki perpustakaan besar yang bernaung di bawah aliran al-Salafi-Wahabi. Jika masuk pun ia dikenakan harga yang mahal. Dan paling menyedihkan maktabah yang menerima karyanya dipulau oleh aliran Salafi. Saya pernah bersama Sayyid Hassan ke Mesir dan berinteraksi dengan pemilik maktabah di sana. Dan dalam masa yang sama, tuduhan Syi' ah kepada beliau terus diwawarkan ke serata dunia. Dan disuburkan kembali oleh Mohd Asri yang tidak mengetahui hujung pangkalnya. Dan pengenalan Mohd Asri terhadap nama al-Saggof membuatkan awam masyarakat prejudis dengan rangkaian keiuarga ini. Begitu
juga dengan mereka yang berketurunan Syed (al-Sayyid), al-ldrus, al-Bahr, al-Jufri, al-Alawi, al-Haddad dll. Jelasnya, perkaitan ini sengaja mencari keruh. Saudara Mohd Asri juga ada menyentuh tentang sikap Hassan al-Saqqaf berhubung peperangan yang berlaku dikalangan sahabat. Sebenarnya, itu adalah istidrak beliau berkenaan pihak yang menentang dan memerangi Sayyidina Ali sebagai khalifah. Sungguhpun beliau tidak berpuashati dengan penentangan terhadap Sayyidina Ali namun beliau tidak mencela para sahabat yang lain atau menghukum mereka ke dalam neraka. Keadaan ini biasa berlaku bagi mereka yang cuba mencari titik pertemuan dalam membahaskan sesuatu masalah. Saudara juga tentu faham apakah hukum bagi seseorang yang telah mengambil inisiatif sendiri dalam sesuatu tindakan dan membelakangi khalifah sekalipun berijtihad atas nama sahabat. Dan para sahabat pula bukannya in¬san yang maksum. Tegasnya, bila kita membicarakan hal ini bukan bererti kita mencela mereka. Tetapi isu ini sengaja dicetuskan supaya kami dapat digambarkan sebagai mencela sahabat r.a. Dan kesalahan dapat diletak diatas tengkuk-tengkuk kami manakala salafiyah-wahabiyah pula dikatakan membela sunnah. Inilah sebenamya bentuk kezaliman baru dunia teologi hari ini. Seterusnya, Mohd Asri turut menyentuh tentang kandungan kitab Sahih Sifatussolah al-Nabi karangan Hassan al-Saqqaf. Akan tetapi sebarang hala tuju ulasannya tidak difokus secara ilmiah. Mungkin kaitannya dengan hadis "Kamu tidak akan sesat selagi berpegang dengan kitab Allah dan kaum keluargaku" untuk membuktikan kesyiahan Hassan al-Saqqaf. Namun ianya jauh dari bukti ilmiah. Apatah lagi bersikap hukmiah. Sebenarnya, hadis tersebut diulas oleh Tuan Guru kami di akhir kitab Sahih Sifatussolah al-Nabiy dari halaman 289-294. Akan tetapi Mohd Asri sengaja menyentuhnya dengan sedutan yang terlalu ringkas untuk menipu dan mendapat simpati pembaca supaya lebih condong kepada Salafiah. Secara ringkas, saya jelaskan sedikit komplikasi yang cuba dicetus oleh Mohd Asri. Berkenaan hadis: "Aku tinggalkan kepada kamu (dua perkara), jika kamu berpegang dengan kedua-duanya kamu tidak akan sesat sampai ke bila-bila. laitu kitab Allah dan sunnah NabiNya." Menurut Hassan al-Saqqaf hadis ini tidak sahih dari sudut sanad dan matannya. Alasannya ialah terdapat hadis yang terlebih kuat dan sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim berbunyi: "Daripada Sayyidina Zaid b. Arqam r.a mengatakan: "Suatu hari Sayyidina Rasulullah SAW berdiri dihadapan kami, seraya berkhutbah di suatu tempat yang lapang di antara Makkah dan Madinah. Baginda memuji Allah dan menyanjungNya dan menasihati serta mengingatkan umatnya. Kemudian Baginda bersabda: "Ingatlah wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku ini adalah manusia biasa. Sebentar lagi akan datang utusan Tuhan menjemputku. Lalu aku pun menyahutnya. Dan aku akan meninggalkan kalian dua pusaka. Pertama, Kitab Allah (Al-Qur'an) yang mana di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka ambillah Kitab Allah itu dan pegangilah ia dengan teguh." Zaid menambah: "Baginda memerintahkan agar umatnya berpegang teguh pada Kitab Allah dan menggalak untuk mengamalkannya. Kemudian baginda bersabda lagi: "Dan kaum keluargaku. Aku memperingati kamu semua dengan kaum keluargaku," (dilafaz sebanyak tiga kali). (Sahih Muslim m/s 1873-1874 juz 4 no: 2408 sunt: Muhd Fuad Abd Baqi, t.t, cet, Dar al-Fikr, Bayrouth). Selain itu hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya m/s 366 juz 4, al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra m/s 148 juz 2 serta al-Darimiy di dalam Sunannya m/s 431 -432 juz 2. Manakala pada riwayat al-Tirmidzi m/s 663 juz 5 no: 3788 hadis ini datang dengan lafaz: "Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kalian jika kalian berpegang pasti kalian tidak akan sesat sesudah ketiadaanku. Satu darinya lebih agung dari yang lain iaitu Kitab Allah. la merupakan tali yang memanjang dari langit ke bumi.. Dan keturunanku (ahli baitku). Kedua pusaka ini tidak berpisah sehingga di datangkan Haudh kepadaku (sampai kiamat). Perhatikanlah bagaimana kalian memperlakukan mereka setelah peninggalanku." (Sunan al-Tirmidzi, sunt: Ahmad Muhammad Syakir, t.t, Dar Ihya’ Thuras al-Arabi, Bayrouth). Seterusnya Hassan al-Saqqaf mensahihkan hadis ini. (Sahih Sifatussolat al-Nabi, 1993, Dar Imam al-Nawawi, Jordan). Bagi saya, hadis ini turut di ulas oleh al-Mubarakfuriy di dalam Tuhfat al-Ahwazi dan didatangkan beberapa kesaksian padanya, seperti riwayat Muslim di atas. Di samping itu, lihat juga Syarh al-Nawawi ke atas Sahih Muslim m/s 180 juz 15 1392, cet, Dar al-Ihya' Thuras al-Arabiy, Bayrouth.) Ternyata huraian ini mampu membuktikan bahawa sanad dan matannya adalah sahih dan teriebih kuat daripada apa yang diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak walaupun ianya juga ditashihkan oleh Ibn Taimiyah. Hadis tersebut berbunyi: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu yang mana jika kamu berpegang teguh dengannya pasti kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan sunnah NabiNya." Hassan al-Saqqaf menjelaskan: "Bagi saya, hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al- Mustadrak m/s 93 juz 1. Pada sanadnya terdapat Abu U'wais dan anaknya. Imam al-Hafiz Jamaluddin al-Mizzi, Tahdzib al-Kamal fi Asma at-Rijal m/s 127 juz 3, (Muassasah al-Risalah, Bayrouth, 1406H) ketika menyentuh tentang biografi Ibn Abi Uwais, beliau memuatkan pendapat orang yang mentajrihkannya. Diriwayatkan daripada Ibn Ma'in mengatakan bahawa kedua-duanya adalah lemah dan mencuri hadis, serta mukhallith (hafalan mereka bercampur baur) dan berdusta." Kemudian Hassan al-Saqqaf memuatkan pendapat Abu Hatim, al-Nisa'ie, Abu Qasim al-Laalakaei, dan Ibn Adiyy tentang biografi Ibn Abu Uwais. Majoriti mereka mentajrihkannya. Seterusnya Hassan al-Saqqaf juga menuqilkan pendapat Ibn Hajar al-Asqalaniy yang berbunyi: "Atas dasar itu, hadis Ibn Abi Uwais tidak boleh dijadikan huj ah selain yang terdapat di dalam sahih kerana tajrih yang dilakukan oleh al-Nisa'ie dan Iain-lain." (Muqaddimah Fath al-Bari m/s 391, t.t, Dar al-Ma'rifah). Menurut Hassan al-Saqqaf lagi,: "Sesungguhnya Imam al-Hakim telah mengiktiraf kedhaifan hadis tersebut sehingga beliau tidak mentashihkannya. Sebaliknya, beliau hanya mendatangkan (syahid) kesaksian terhadap hadis tersebut melalui riwayat Abu Hurairah.(al-Mustadrak m/s 171 juz 1, 1990, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Bayrouth). Sambung beliau lagi: "Akan tetapi, hadis tersebut (riwayat Abu Hurairah) adalah wahin (terlalu lemah) dan isnadnya jatuh sehingga nampak ketara kelemahannya." (Sahih Sifat al-Solat al-Nabi m/s 290,1993, Dar al-Imam al-Nawawi, Jordan) Melalui perbincangan singkat ini, ternyata jelas kepada kita bahawa riwayat Muslim dan Ahmad itu terlebih sahih berbanding al-Hakim. Lagi pula hadis yang disebut al-Hakim bermasalah dari sudut sanadnya. Permasalahan itu secara jelas menentang lafaz Muslim. Tegasnya, apakah halatuju ilmiah Mohd Asri untuk mengaitkan hadis ini dengan al-Saqqaf sebagai Syiah? Seterusnya Mohd Asri cuba memperlekehkan saya-semoga Allah mengampuni anda- ketika memaparkan Ijazah Am yang saya perolehi dari Hassan al-Saqqaf. Beliau sebagai memetik : "Aku berpesan kepada engkau agar beriltizam dengan jalan ahli al-Haq dan ahli al-Bait." Sebenarnya lafaz ijazah itu berdhamir "ha" bukannya"kafal-Mukhattab" yang bermaksud engkau. Walaupun maksudnya sama, tapi tujuan percakapan atau khitab ijazah itu ditujukan kepada orang ramai bukannya kepada saya. Nampaknya beliau bukannya seorang yang professional dalam penterjemahan. Berkenaan dengan Ijazah pula, saya Sebenarnya meriwayatkan daripada Hassan al-Saqqaf daripada Syeikh Abdullah b. al-Siddiq al-Ghumari daripada al-Qadhi Abd al-Hafiz al-Faasi daripada Yusuf al-Suwaidi al-Baghdadi daripada Sayyid al-Murtadza al-Zabidi daripada Abu Muhammad al-Mazjaji daripada Sayyid Imaduddin Yahya b. Umar al-Ahdal al-Husaini daripada Sayyid Abu Bakar b. Ali al-Battah al-Husaini daripada Sayyid Yusuf b. Muhammad al-Battah daripada Sayyid al-Hujjah Tahir b Husin al-Ahdal daripada Abd Rahman b. Ali al-Syaibani daripada al-Hafiz al-Sakhawi daripada al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani daripada al-Burhan al-Tanuukhi daripada Abu Abbas al-Hujjar al-Salihi daripada Abd Awwal al-Sajzi al-Harawi daripada Abu Hasan Abd Rahman al-Dawudi daripada Abu Muhammad b. Abdullah al-Sarkhi daripada al-Firbari daripada al-Hafiz Abu Abdullah Muhammad b. Ismail al-Bukhari. Pemaparan ijazah ini hanyalah sekadar makluman sahaja. la bukanlah dengan niat untuk mengkhayalkan diri saya pada dunia riwayat yang telah terputus sejak tahun kebelakangan ini. Saya rasa Mohd Asri tentunya sempat memiliki sanad atau meriwayatkan karya daripada al-Baani ataupun daripada Ibn Taimiyyah sendiri. Kita boleh melihat kefahamannya tentang sesuatu permasalahan dengan jelas hasil dari sanad ini. Atau dengan kata lain, dia bukannya menyatakan sesuatu yang hanya menurut tanggapan dirinya dan boleh dianggap benar. Selanjutnya Mohd Asri mengatakan (sebagai intipati besar suratkhabar): "Hassan al-Saqqaf juga memarahi Ibn Taimiyyah kerana menyatakan ulamak bersepakat bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Umar lebih afdal daripada Sayyidina Ali. Muridnya (saya) yang menulis buku itu turut membantah sama dalam buku itu." (Berita Harian, 30 Julai). Sememangnya saya menyenaraikan dakwaan Ibn Taimiyyah ini di dalam buku saya "Salafiyah Wahabiyah" pada m/s 99 dan 111. Di dalam buku tersebut saya cuba membuat perbandingan antara pendapat ibn Taimiyyah dengan para ulamak yang lain mengenai "kesepakatan" yang di dakwa oleh beliau tentang siapakah yang paling afdal selepas Rasulullah s.a.w. Di dalam Minhaj al-Sunnah m/s 3-15 juz 3 Ibn Taimiyyah mendakwa telah berlaku kesepakatan dikalangan ulamak (termasuk sufi) bahawa Sayyidina Abu Bakar lebih afdal dari Sayyidina Ali kwh. Akan tetapi, pabila kita membuka al-isti’ab m/s 32 juz 3, Imam Ibn Abd al-Barr menyatakan bahawa telah berlaku perselisihan pendapat dikalangan sahabat tentang siapakah sebaik-baik manusia secara keseluruhannya selepas Rasulullah SAW. Kemudian, Ibn Abd al-Barr menuqilkan perselisihan tersebut. Katanya: "Dan para salaf berbeza pendapat dalam menentukan siapakah yang paling baik (selepas Rasululah SAW) antara Ali dan Abu Bakar ra." Manakala pada halaman al-isti’ ab 27 juz 3, Ibn Abd al-Barr mencatatkan nama-nama sahabat yang menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib adalah sahabat yang paling afdal. Manakala pada m/s 15 juz 3 ketika menterjemahkan Abi Thufail, Ibn Abd al-Barr kemudiannya mengatakan : "Dia (Ibn Thufail) mengakui keutamaan Sayyidina Abu Bakar dan Umar r.a akan tetapi dia mentaqdimkan Sayyidina Ali". Penulis juga kami minta jawapan ke atas fakta sejarah sahabat Nabi yang menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib lebih afdal dari Abu Bakar dan sahabat yang lainnya. Namun tanpa sedikitpun mengecilkan kedudukan sayyidina Abu Bakar dan pembesar sahabat yang lain. Seterusnya, kami persilakan penulis untuk menengok kitab al-Bahits an Ilalit ta ni' bil Harith karya Sayyid Abdul Aziz al-Ghumari hal 14. Beliau menyebut tidak kurang dari 18 nama sahabat Nabi SAW di tambah pendirian seluruh bani Hasyim dan bani Muttallib yang berpihak kepada Sayyidina Ali KWH. Apakah pendirian anda berhubung dengan masalah ini. Adakah anda masih tetap berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah atau dengan mengikuti dalil ilmiah yang benar lag! jelas.? Kemudian saya persilakan saudara untuk menghayati beberapa bukti lain yang menjelaskan perselisihan ini. Antaranya:
(a) Imam Ahmad bin Hanbal dan Ishaq al-Qodhi serta al-Nasa'ie mengatakan: "Tidak pernah diriwayatkan keutamaan seorang sahabatpun sebagaimana riwayat keutamaan terhadap Ali bin Abi Talib" (lihat al~Istia’b, Ibn Abd al-Barr m/s 3 juz 15, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak m/s 3 juz 107, t.t, Dar al-Ma'rifah).
(b) Abu Hurairah r.a berpendirian bahwa Ja'far bin Abi Talib adalah sahabat yang paling afdal (Sunan al-Kubra Lil al-Nasai'ie m/s 47 juz 5).
(c) Sayyidina Umar al-Khattab r.a berkeyakinan bahawa manusia yang paling afdal dan paling dicintai Rasulullah s.a.w. adalah Fatimah binti Rasulillah s.a.w. Imam Malik juga berpendapat seperti itu. ( al-Hawi Lil Fatawa karya Imam al-Suyuthi m/293 juz 2, lihat pula Ali Imam al-Arifin karya al-Hafizd Ahmad bin Shiddiq al-Ghumari halaman 59,1969, Matbaah al-Saadah, Mesir.)
Dan keperihalan ini, saya saringkan secara mudah di dalam Salafiyah Wahabiyah. Akan tetapi sayangnya cuba digambarkan sebagai memusuhi Ibn Taimiyah dan memfitnah beliau. Gambaran ini sebenarnya adalah ilustrasi dari rasa fanatik dan taksub Mohd Asri kepada seseorang tokoh. Dan ketaasuban terhadap seseorang tokoh bukanlah metodologi Ahli Sunnah wal Jamaah. Justeru, ketika mengakhiri perbincangan masalah ini, secara ringkasnya di dalam Salafiyah Wahabiyah m/s 111 saya mengatakan: "Tetapi sebenarnya Ibn Taimiyah tersilap, ini kerana perihal perselisihan tersebut telah kami bawakan di dalam contoh perselisihan al-Salaf (melalui al-Isti'ab-Ibn Abd al-Barr dan bukti yang lainnya). Oleh yang demikian, pendapat Ibn Taimiyyah ini tersanggah dan disanggah oleh para sufiyyah..."
Di sini, kita melihat kewajaran bagi sesuatu pendapat samada ianya diterima ataupun ditolak. Lebih-lebih lagi jika pendakwaan itu tidak benar sama sekali walau dari siapapun asalkan bukannya Anbiya'. Alasannya, sesiapa sahaja yang menghikayat atau menisbahkan sesuatu yang tidak benar secara automatik ditolak. Samada secara keras ataupun tidak ianya bergantung kepada sikap individu dengan nilai hakikat yang telah didakwa. Tegasnya, kemarahan Hassan al-Saqqaf dan ulamak yang lain terhadap Ibn Taimiyyah adalah bersebab dan ada musababnya yang tersendiri. Sayangnya, sikap Mohd Asri yang cuba menyatakan pententangan kami terhadap Ibn Taimiyyah dalam masalah ini cuba digambarkan sebagai pelampau dan penyokong kepada fahaman Syiah. Hal ini terbukti dengan katanya: "Maka cara terbaik untuk mempertahankan Syiah ialah dengan menghentam habis-habisan Ibn Taimiyyah." Subhanallah. Apakah hanya Ibn Taimiyyah sahaja yang memperjuangkan ahli sunnah dan menolak
syiah. Ataupun , ulamak lain tidak mempunyai jasa menentang hujah Syiah. Ketahuilah dengan mengkritik atau menolak pendapat Ibn Taimiyyah bukan bermakna seseorang itu penganut Syiah. Jika anda tetap dengan teori buta ini, bererti anda menghukum sesiapa sahaja yang bercanggah pendapat dengan Ibn Taimiyyah dianggap sebagai Syiah. Berapa ramai ulamak yang disyiahkan oleh saudara akibat kefahaman saudara yang keliru dengan makna 'syiah'. Sesungguhnya, kami berlepas diri dari tuduhan yang tidak berasas ini. Sebagai buktinya:
Pertama:
Sayyid Hassan al-Saqqaf di dalam semua karyanya apabila menyebut nama Sayyidina Abu Bakar, beliau selalu mengakhirinya dengan kata-kata radhiyallahuanhu dan diawali dengan kata Sayyidina sebagai satu kemuliaan. Apakah perbuatan seperti ini melambangkan sikap seorang syiah seperti dituduhkan. Sila lihat lebih tujuh puluh karya Hassan al-Saqqaf sebelum membuat pertuduhan ke atas beliau.
Kedua:
Hassan al-Saqqaf tidak pernah menyatakan baik dalam karyanya mahupun pengajarannya bahawa khilafah Sayyidina Abu Bakar ra tidak sah. Bahkan beliau mengakuinya sebagai khalifah Rashidin yang pertama.
Ketiga:
"Jika seseorang menyatakan bahawa Sayyidina Ali bin Abi Thalib lebih afdal dari Sayyidina Abu Bakar maka dia seorang syiah yang sesat. Ini bererti penulis belum boleh mampu untuk membezakan antara syiah yang bererti cinta kepada keluarga Nabi s.a.w. (sebagai mana yang di perintahkan oleh al-Quran dan hadiths shahih dengan tidak sedikitpun melupakan keagungan shahabat nabi yang lain) dengan syiah yang bererti Rafidah (mazhab) yang tercela. laitu aliran bagi mereka menganggap para pembesar sahabat Nabi s.a.w. telah sesat serta khilafah tiga sahabat agung tidak sah, mentakfirkan sesetengah sahabat, kesilapan wahyu, penambahan al-
Qur'an, mengharuskan nikah mut'ah dll. Jelasnya, tuduhan semacam ini juga pernah di lakukan oleh mereka yang hasad dengan ulamak besar lebih-lebih lagi yang berketurunan Rasulullah s.a.w. yang dikenali dengan (al-Bayt). Imam Syafi'ie pernah difitnah dengan syiah sehingga beliau melantunkan syairnya yang terkenal berbunyi: "Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira Rafidah, maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah". (Diwan Imam al-Syaf i, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hal 89, lihatjuga pada halaman 75,106,126)
Imam al-Nasa'ie juga memilik nasib yang serupa bahkan lebih keras bentuk tohmahan yang tidak benar dilemparkan kepada beliau baik secara moral maupun keilmuan. Beliau juga dituduh syiah oleh Ibn Taimiyah, al-Zahabi, Ibn Khaliqan dll. Jika benar tuduhan ini ia membuatkan Sunan beliau tertolak dan inilah yang dikatakan salah satu daripada khazanah Imam ahli sunnah dirobohkan. Menyentuh tentang ulamak yang menolak pendapat Ibn Taimiyah ianya bermula daripada ulamak yang sezaman dan selepas beliau hingga sekarang. Ibn Hajar al-Haithami dalam beberapa kitabnya seperti Fatawi Haditsiyah m/s 203 mengatakan: "Jangan sekali-kali kalian mendengar apa yang ada dalam kitab-kitab Ibn Taimiyah dan muridnya lbn Qayyim. Dan siapa saja selain mereka yang menuhankan hawa nafsunya." Lihat juga pada halaman 114, 116 dan pada Hasyiyah al-Idhoh. Anda juga disaran untuk melihat kitab^///mom al- 'Arifin karya
al-Hafiz Sayyid Ahmad bin Siddiq al-Ghumari m/s 53- 57,1969, cet Matbaah al-Saadah, Mesir).
Seterusnya, Mohd Asri mendatangkan pujian Imam al-Suyuthi terhadap Ibn Taimiyah di dalam Tabaqat al- Huffaz sebagai tatapan pembaca. Bagi saya, perkataan Imam al-Suyuti bukanlah wahyu (dengan tidak mengurangi kemuliaan beliau selaku ulama besar) yang tidak mengandungi sebarang kesalahan. Apa erti sesuatu pujian jika kita dapati terdapat bukti penyelewengan ilmiah yang dilakukan oleh Ibn Taimiyah dalam masalah aqidah seperti qidamul alam (suatu yang baru tidak ada permulaan baginya), mengambil nas sifat secara zahir, takwil, maqam mahmud, nisbah al-Salaf, pendakwaan Injil, penafian majaz, talak tiga dan banyak lagi.
Begitu juga halnya terhadap pujian yang diberikan oleh Ibn Hajar al-Asqalani terhadap beliau di dalam Durar al- Kaminah sewaktu menulis biodatanya dari awal. Apakah tuduhan tajsim dan nifaq daripada ulama yang sezaman Ibnu Taimiyah seperti Syihabuddin Ibn Jahbal (630-733H) di dalam kitabnya al-Haqaiq al-Jaliyyah, Imam Ibn Hajar al-Haitahmi di dalam al-Fatawi al-Hadithiyyah, Imam Abd Wahab al-Ikhmimi di dalam Munqidz min al-Zulal itu adalah dusta. (lihat biografinya dalam Zail al-Ibar m/s 141 juz 1, Tabaqat al- Syafi'iyyah al-Kubra, Ibn al-Subki m/s l23 juz 10). Bagaimana pula dengan penolakan hujah daripada ulamak yang lain seperti Imam Taqiyuddin al-Subki di dalam Durar al-Mudhi'ah dan I'tibar bifana al-Nar, Imam Waliyuddin al-Iraqi di dalam al-Ajubah al-Mardhiyyah, Imam Taqiyuddin al-Hishni di dalam Daf'u Shubhah man Syabbaha wa Tamarrad, Ibn Rejab al-Hanbali di dalam Syazarat al~Zahab, dan Imam al-Zahabi sendiri selaku murid yang pemah bergurukan kepada Ibn Taimiyah di dalam Bayan Zaghl al-Ilmi wa al-Thalab. Selain itu, anda juga boleh melihat apa kata Sayyid Alwi bin Thohir bekas mufti Johor dalam kitabnya al-Qoulul Fashl juz 2 halaman 415-431. Di sana ada disebutkan pendapat mereka tentang kitab-kitab Ibn Taimiyah dan bahannya.
Dengan melihatkan kepada pendapat kebanyakkan ulamak muhaqqiq di atas, secara automatik boleh dikatakan bahawa pujian Abu Hasan an-Nadawi ra selaku president Rabitah al-Adab al-Islami hanyalah bersifat menuqil bukannya menganalisis fakta. Walaupun beliau banyak menulis karya-karya Islam (dengan segala penghormatan kami terhadap jasa-jasanya terhadap Islam) tetapi beliau bukanlah seorang pakar Islam yang biasa dikenal dengan alim muhaqqiq. Justeru, perkataan beliau bukanlah hujah terhadap orang yang berbeza pendapat dengannya. Masih ramai ulamak selain dari beliau yang sangat kami yakini dan diakui keimamam mereka
berbanding Abu Hasan al-Nadawi. Lagipun menurut sumber yang rapat dari India beliau agak bios dengan aliran Salafiyah Wahabiyah. Akan tetapi keberkesanan ihnu dakwahnya mampu menjadikan beliau seorang salafiyah yang lembut. Dalam ulasannya juga, Mohd Asri sekali lagi membohongi pembaca dengan membuat gambaran yang buruk tentang saya. Hal ini terbukti dengan dakwanya: 'dalam buku Salafiyyah Wahabiyah, penulisnya juga menghentam kitab Ibn Taimiyah itu berkali-kali sebagai mengikut jejak langkah gurunya itu dengan tuduhan sesat dan seumpamanya." Sebenarnya saya tidak pernah menyatakannya sedemikian (sesat). Sebaliknya
perkataan ini adalah hasil kreativiti pembohongan dan tokok-tambah Mohd Asri sendiri. Suka saya ingatkan bahawa pada m/s 101 (ketika membicarakan tentang aliran salaf lbn Taimiyyah) saya mengatakan: "Mengapa semakin rancak seruannya ke arah al-Salaf, semakin ramai pula ulamak yang bangun menentang aliran salafnya." Pada m/s 103 pula, saya mengatakan: "Sungguh aneh sekali apayang diperpegangi oleh Syeikh Islam ini." laitu pendapat beliau yang mengatakan bahawa Allah S.W.T itujisim tetapi bukan jisim. (Lihat Ta 'sis firadd ala Asas al-Taqdis, Ibn Taimiyah, m/s 101, 568 juz 1). Kemudian pada m/s 105 saya katakan: "Oleh itu, dakwaan Ibn Taimiyah adalah tidak benar sama sekali. (Salafiyah Wahabiyah).
Seterusnya, dalam membahaskan pegangan ke-3 Ibn Taimiyah yang menyifatkan bahawa: "Jikalau Tuhan kehendakan necsaya Dia boleh menetap di atas belakang nyamuk." Saya katakan "Sebagai ikutan kita terhadap Ibn Taimiyyah, kita memang mengakui bahawa Allah itu berkuasa atas segala-galanya. Tetapi Allah tidak akan melakukan sesuatu yang mustahil bagi zatNya yang maha suci. Seumpama Allah SWT menafikan dirinya dari beranak dan tidak pula diperanakkan di dalam surah al-Ikhlas" Di akhir perbincangan pula, saya rumuskan: "Justeru, sebagai kesimpulan, tidak seharusnya bagi kita mempraktikkan pendapat Ibn Taimiyyah ini. la banyak mengandungi kesamaran dan kemusykilan.(Salafiyah Wahabiyah) Pada m/s 108 saya katakan : "Berdasarkan kepada kupasan tentang riwayat di atas tadi dapatlah disimpulkan bahawa Ibn Taimiyyah kurang berhati-hati di
dalam menggunakan hadis sebagai dalil aqidahnya." (Salafiyah Wahabiyah). Di akhir perbahasan masalah aliran Salafi Ibn Taimiyyah, saya buat sedikit rumusan "Kesilapan beliau menyandarkan pegangan ini kepada salaf yang sebenar menjadi punca kekeliruan umat masa kini dalam mengenali perspektif akidah al-Salaf yang sebenar... Kita melihat jika pengakuan mereka sejajar dengan pegangan ulamak salaf yang asal, maka kita kena mengakui kebenarannya. Sebaliknya, jika pengakuan itu tidak menepati konsep sebenar sebagaimana yang telah diamalkan oleh ulamak salaf, maka apalah ertinya satu sandaran yang hanya menimbulkan perpecahan dan konflik yang berpanjangan." (Salafiyah Wahabiyah, m/s 126)
Setelah saya menuqilkan pendapat para ulamak berkenaan Ibn Taimiyyah, saya buatkan satu kesimpulan ringkas berbunyi "Sungguhpun Ibn Taimiyyah salah seorang ulamak ahli sunnah wal Jamaah, namun kredibiliti beliau sebagai seorang tokoh dipertikai oleh ulamak. Bahkan mereka mengenakan hukuman yang berat kepada beliau... .namun begitu, dalam beberapa penilaian, kita akan dapati penyokong Ibn Taimiyyah tetap berpegang dan taksub kepada pendapatnya. Manakala penentang beliau akan terus menentang kerana kebathilannya yang menyalahi ijma' dan pandangan ulamak besar yang Iain. Natijahnya, perlulah bagi kita membuat pertimbangan yang wajar antara pro dan kontra terhadap pemikiran Ibn Taimiyah untuk mencari jalan penyelesaiannya" (Salafiyah Wahabiyah m/s 131).
Justeru, kritikan saya terhadap Ibn Taimiyyah adalah jelas bahawa ianya bersumberkan kepada ulamak yang mu'tabar. lanya hasil daripada para ulamak yang tidak bersependapat dengan Ibn Taimiyah sebagimana yang telah saya kemukakan di dalam Salafiyah Wahabiyah m/s 127.
Maka jelaslah kepada kita bahawa dakwaan Mohd Asri adalah tidak berasas, mempunyai tokoh tambah dan berunsur fitnah terhadap saya. Andalah sebenarnya yang suka membuat pengkhianatan ilmu dan mewarisi sikap penulis orientalis dan tokoh Syiah. Tidak cukup dengan itu, untuk mengelirukan pembaca, Mohd Asri cuba menggambarkan saya sebagai seorang yang mengkhianati ilmu (B. Harian 30 Julai). Dakwaan beliau bahawa saya menyenaraikan percanggahan pendapat itu adalah tidak wajar dan satu pengkhianatan adalah tidak benar sama-sekali. Sebenarnya, masalah perselisihan pendapat yang saya perbincangkan di dalamnya bukanlah diukur dan sudut jangkamasa hidup seseorang ulamak dengan seorang yang lain atau dalam erti kata sezaman. Akan tetapi fokus perbincangan saya ialah mengenai metologi Ibn Taimiyyah di dalam memahami dan mempraktikkan nusus al-Sifa tdan al-Dzat. Keengganan beliau untuk mentakwil bahkan mengambil nusus secara zahir itu adalah jelas bertentangan dengan para ulamak yang terdahulu dan selepasnya. Sebab itulah saya senaraikan percanggahan kaedah beliau dengan para ulamak yang lain supaya para pembaca mampu membuat perbandingan. Sekaligus rnenilai kaedah manakah yang lebih tepat dan praktikal antara keduanya. Penentangan konsep takwil dan mengambil nas secara zahir sebenamya telah saya bincangkan pada m/s 65 lagi. Akan tetapi, Mohd Asri sengaja menggetus pada bahagian tertentu supaya simpati pembaca terhadap beliau dan al-Wahabi dapat diraih. Takkan seseorang yang berjiwa akademik tidak pandai untuk membezakan antara percanggahan pendapat yang didasarkan kepada metodologi dengan perselisihan pendapat semasa yang benlaku antara ulamak. Justeru itu, adalah tidak salah jikalau saya mendatangkan pendapat Imam al-Haramain, Imam al- Laqqani, Ibn Jauzi, AI-Bajuri, Imam al-Nawawi, Imam Qurtubi, Qadhi Abd Jabbar al-Mu'tazili, Imam Fakhruddin al-Razi, Ibn Hajar al-Haitahami, Imam al-Suyuthi, Ibn Asakir dan al-Zarqani. Secara dasamya metodologi mereka bertentangan dengan apa yang dikemukakan oleh Ibn Taimiyah. Dan inilah sebenarnya yang perlu kita bincangkan apabila sesuaru perbincangan ini menyentuh sesuatu dasar atau idea yang dikemukakan oleh ulamak. Maknanya, bukan sakhsiyah, jasa dan ketokohan yang ingin dipaparkan. Akan tetapi kaedah atau metodologi dan kesannya yang perlu diperbahaskan. Oleh itu, sesuatu pendapat dari seorang ulamak walaupun tidak ditujukan kepada Ibn Taimiyah tetap boleh diambil kira berdasarkan kepada sesuatu metod tersebut. Perbandingan ini berhak untuk dianalisis walaupun tanpa mengambil kira tarikh wafat para ulamak. Dari sini, kita mampu melihat sejauh mana implikasi metod tersebut memberi kesan kepada masyarakat. Sayangnya, bilamana Mohd Asri tidak mengerti perbahasan yang saya kemukakan beliau menganggap saya telah membual pengkhianatan ilmu dan pembohongan terhadap ulamak. Dia sungguh tidak mengerti apa yang saya kemukakan kerana ketebalan taksubnya kepada Ibn Taimiyah tidak mampu dilucut dari mindanya. Justeru, jika pertentangan kaedah mengambil zahir nas daripada Ibn Taimiyah ini didakwa beliau tidak wujud, saya dengan hormatnya mencabar beliau agar tajuk ini diperbincangkan dalam ruangan yang akan datang di Berita Harian. Melalui keterangan ini, sekali lagi saya dapat buktikan bahawa tuduhan Mohd Asri adalah melampau dan tidak berasas. Ternyata, dia sebenarnya seorang yang bias kepada Salafiyah Wahabiyah sehingga tidak mampu untuk membuka ruang mindanya berfikir secara terbuka dan kritis. Apabila Salafiyah-Wahabiyah dinilai, ianya seolaholah terkena kepada batang hidungnya. Jika metodologi Ibn Taimiyah diperbincangkan seolah-olah kita mencela atau menghina idola mereka. Justeru untuk menyedapkan rasa pihak yang tidak sependapat dengan beliau, kami
dituduh Syiah, pengkhlanat, orientalis dan sebagainya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada di dalam dada manusia.
Perlu dinyatakan juga walaupun Ibn Hajar al-Asqalani menceritakan tentang fitnah yang berlaku, beliau tidak menolak fitnah tersebut satu persatu. Samada fitnah tersebut berpunca dan ulamak yang sengaja dengkikan Ibn Taimiyah ataupun fitnah itu datang dan Ibn Taimiyah sendiri. Apakah semua ulamak pada waktu itu bersubahat untuk menjatuhkan Ibn Taimiyah kerana irihati dengan kedudukan beliau,? Apakah kedudukan sebenar Ibn Taimiyah pada waktu itu? Oleh itu, kita perlu menilai fakta sejarah secara kritis tanpa didahulukan oleh bias yang menghalang minda dan terbuka supaya kita tidak terlalu sempit berfikir serta mentaqdiskan individu. Harus diingat bahawa Ibn Hajar al-Asqalani sendiri mengecam dengan keras pendapat Ibn Taimiyah di dalam Path al-Bari m/s 66 juz 3 benbunyi "Hasilnya mereka telah berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah tentang haramnya bermusafir untuk menziarahi makam Rasulullah SAW dan kami mengingkarinya. Inilah seburukburuk masalah yang dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah." (Path al-Bari, Ibn Hajar, t.t, Dar Ma'nifah, Bayrouth). Anda juga disarankan untuk menatapi penolakan hujah Ibn Hajar al-Asqalani terhadap Ibn Taimiyah di dalam Path al-Bari ketika beliau mengomentani hadis "Dan wujud Allah itu tidak ada sesuatupun sebelumNya."
Manakala gelaran syeikhul Islam yang diberikan oleh Imam al-Zahabi terhadap Ibn Taimiyah bukan bererti beliau mengikuti semua ajarannya walaupun di sana wujud kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Saya sarankan penulis untuk melihat Risalah an Nashihah al-Zahabiyah yang di sebut oleh al-Hafiz al-Sakhowi di dalam kitabnya I'lan at-Taubikh liman dzami at-Tarikh m/s 307. Di samping itu, saudara juga penlu melihat kitab Imam al-Zahabi di dalam Bayan Zaghlul Ilmi wa at-Thalab m/s 23, 43, 43 (tahkik al-Kauthari, 137411, cetakan Taufiq, Dimasq). Kedua' risalah ini mengandungi kritikan terhadap Ibn Taimiyah. Bandingkanlah pujian dan kritikan yang dilakukan oleh al-Zahabi selaku bekas murid Ibn Taimiyah. Maknanya, sebab dan musabbab sesuatu pujian serta kritikan itu dilakukan atas dasar apa. Dan bilakah keduanya berlaku supaya maklumat terkini boleh ditakdim dan ditakhirkan untuk menjadi simpulan yang tepat. Adapun gelaran al-Hafiz terhadap Ibn Taimiyah hanyalah disandarkan kepada had 100,000 hadis yang dihafaz. Beliau bukanlah seorang ulamak yang ulung dalam ilmu hadis sebaliknya hanyalah seorang hafiz dalam matan hadis sahaja. (al-A'lam,Zirikli m/s 237 juz . Sekiranya beliau benar-benar terkenal dalam bab ilmu riwayat dan dirayat nescaya nama beliau akan disenarai secara mutawattir dalam isnad bagi kitab-kitab hadis dalam dunia Islam hari ini. Muhammad Abdul Wahab sendiri tidak pernah meriwayat daripada beliau. Apatah lagi Mohd Asri atau yang seangkatan dengannya, Sekiranya Ibn Taimiyah amat diperlukan dalam disiplin ilmu ini necscaya para ulamak akan menumpu riwayat daripada beliau sebagai tokoh agung ilmu hadis. Di samping itu, pendapat beliau juga tidak dikira muktamad dalam ilmu mustalah hadis. Jelasnya, apa yang terzahir pada hari ini adalah satu hakikat kebenaran yang tidak dapat dimungkiri lagi. Di mana letaknya nama Ibn Taimiyah dipersada Ilmu hadis jikalau beliau benar-benar beliau dinobatkan imam segala imam, lautan ilmu, para cendiakawan terbilang dan Iain-lain itu.? Oleh yang demikian segala pujian di dalam Manakib lbn Taimiyah itu perlu dianalisis dan dibandingkan dengan kritikan untuk menzahirkan fakta yang sebenamya. Di zaman Ibn Taimiyah sendiri masih ramai lagi terdapat pakar ilmu hadis. Antaranya ialah al-Hafiz Jamaluddin al-Mizziy. laitu seorang tokoh yang paling tinggi taraf penguasaannya di dalam Jarh wa Ta'dil. Beliau merupakan orang yang paling mengetahui kedudukan perawi hadis merangkap tokoh hadis negara Syam. Tokoh hadis yang bermazhab al-Asy'arie ini dilantik menjadi mahaguru di Dar al-Hadis at-Asyrafiyyah. (Tabaqat al- Huffaz, al-Suyuthi, m/s 522). Ini bermakna, kedudukannya adalah jauh lebih tinggi berbanding Ibn Taimiyah. Imam Ibn Katsier sendiri banyak mengambil ilmu daripada beliau berbanding Ibn Taimiyah. Sebagai bukti yang jelas, beliau menikahkan anak perempuan beliau dengan Ibn Katsier. Justeru jika ada yang mengatakan Ibn Katsier banyak bergurukan kepada Ibn Taimiyah kata-kata itu adalah satu manifestasi taksub yang keterlaluan. Mohd Asri juga begitu lantang menggambarkan kepada pembaca bahawa saya telah melakukan satu pembohongan kepada Syeikh Muhammad Abu Zahrah. (B. Harian, 31 Julai 2001). Marilah kita melihat sejauh manakakah benarnya dakwaan tersebut. Di dalam Salafiyah Wahabiyah (subtajuk Pengaruh Ibn Taimiyah terhadap Muhammad Abd Wahab) m/s 132 saya ada membuat kesimpulan kepada pendapat Imam Abu Zahrah berkenaan dengan pengaruh Ibn Taimiyah terhadap Muhammad Abd Wahab. Saya nuqilkan: "Beliau (Muhammad Abd Wahab) begitu bersungguh-sungguh mempelajari kitab Ibn Taimiyah. Bahkan begitu fanatik dengan pendapatnya (Ibn Taimiyah)." Kemudian saya mengisyaratkan angka 24 sebagai nota kaki. laitu merujuk kepada buku 'Ibn Taimiyah' m/s 411 dan Tarikh al-Mazahib al-Istami' m/s 210. Kedua-duanya hasil karya Muhammad Abu Zahrah. Pokoknya, ia tidak ada kena mengena langsung dengan isu yang dibangkitkan oleh Mohd Asri yang mendakwa bahawa saya telah melakarkan gambaran pembohongan bahawa Abu Zahrah tidak menyukai Ibn Taimiyah secara sakhsiyah, (lihat B. Harian 31 Julai). Lalu dengan dakwaan ini dia mendabik dada dengan mengatakan: "Maka jelas, ini adalah satu pembohongan terhadap al-Syeikh Abu Zahrah selaku tokoh feqah besar pada zaman ini .” Dakwaan beliau ini sebenamya lebih jelas membuktikan pembohongan dan penokok-tambahan dan beliau terhadap saya. Buktinya, apa yang saya perbincangkan tidak dapat ditangkap dengan fikiran yang waras dan jelas oleh beliau. Semangat fanatik yang menjiwai lubuk hatinya membuatkan beliau tidak mampu memahami apa yang saya kemukakan. Akhimya, lain yang dibincang lain pula yang didakwa. Jika pembaca memiliki buku saya ini, bukalah pada m/s 132 itu. Bandingkanlah apa yang saya kemukakan dengan apa yang didakwa oleh Mohd Asri (B. Harian 31 Julai). Anda pasti akan dapat mengetahui siapakah sebenarnya yang berbohong dan tidak memahami hakikat perbincangan. Walaupun Imam Abu Zahrah pemah memuji Ibn Taimiyah di dalam bukunya berjudul IJbn Taimiyah' namun pujian tersebut bukan boleh mengangkat Ibn Taimiyah melebihi Imam mazhab yang lain. Begitu juga dengan kedudukan beliau jika diperbandingkan dengan syeikh Muhaqqiq Mazhab. Ini kerana tidak ada ulamak pun (dalam mazhab) yang memuktamadkan pendapat beliau. Begitu juga halnya dalam disiplin ilmu hadis. Malahan pujian itu juga tidak semestinya menjadikan Ibn Taimiyah tidak boleh dikritik atau pendapatnya tidak boleh
ditolak. Bila menyentuh tentang buku 'Ibn Taimiyah', saya berkeyakinan saudara juga tidak membaca buku tersebut. Bahkan hanya mengambil bahagian tertentu sahaja dan kacamata Salafiyah sebagai tatapan. Lupakah saudara bahawa Muhammad Abu Zahrah juga ada mengkritik metodologi Salaf Ibn Taimiyah. Buktinya, pada m/s 246 beliau mengatakan "Selepas kami menilai dari berbagai sudut, kami tidak cenderung kepada aliran al-Salaf yang dirintis oleh Ibn Taimiyah di dalam memahami ayat-ayat yang mutasyabih kerana ia akan membawa kami
samar-samar, tasybih (penyerupaan) dan tajsim (memvisualisasikan Allah) khususnya terhadap orang awam. Kami redha tanpa syak bahawa aliran al-Salaf yang dirintis oleh Imam al-Ghazali itu lebih mendekatkan kepada pemikiran yang lurus" ... secara ringkas)" (Muhammad Abu Zahrah, 1991, Ibn Taimiyah, Dar al-Fikr al-Arabi, Bayrouth).
Pada perenggan yang lain pula, Saya menuqilkan "Imam Muhammad Abu Zahrah di dalam kitabnya Tarikh Mazahib al-Islami m/s 208 mengesahkan bahawa gerakan ini (Wahabiyah) sebenarnya tidak menambahkan apaapa di dalam bab aqidah. Bahkan hanya menerima apa sahaja yang dibawa oleh Ibn Taimiyah." Sayangnya, nuqilan ini dikatakan satu pembohongan oleh Mohd Asri. Oleh itu, dengan hormatnya saya sanankan agar anda membuka buku saya m/s 132 dan bandingkan dengan apa yang telah dikemukakan oleh Muhammad Abu Zahrah di dalam Tarikh al-Mazahib al-Islamiyah m/s 208, 1981, Dar al-Fikr al-Arabi, Bayrouth). Natijah perbandingan ini akan membuktikan kepada pembaca bahawa dakwaan Mohd Asri adalah tidak berasas sama sekali. Dia sebenarnya Cuba membohongi pembaca dengan dakwaan yang bohong terhadap saya. Ternyata dia tidak memahami kaedah feqhiah yang mengatakan: "Orang yang mendakwa hendaklah mempunyai bukti. Manakala orang yang mengingkar hendaklah bersumpah." Semoga Allah mengampuni anda. Melalui keterangan ini, kami berlepas diri dari membuat pembohongan kepada Imam Muhammad Abu Zahrah. Dan sesungguhnya terbukti juga kepada kita bahawa matlamat pujian yang dipaparkan oleh Mohd Asri hanyalah ingin mengangkat martabat Ibn Taimiyah dengan rangsangan taksub yang menebal yang seterusnya menghapus daya perbandingan pendapat. Dan situasi ini lazimnya adalah satu metodologi Salafiah-Wahabiyah yang asalnya bermazhab Hanbali tetapi cuba melupuskan nama Imam Ahmad dalam kesarjanaan. Tambahan pula, dakwah ini turut dibantu dengan kuasa wang untuk mempengaruhi dunia teologi mereka atas nama islah. Mana-mana individu, badan, pertubuhan atau Universiti yangmenyokong bantuan akan diberikan. Manakala siapa yang
menentang aliran teologinya akan dibiarkan dalam kemelaratan. Inikah dakwah islah yang diagungkan. Pengulas buku saya juga ada menyentuh tentang Imam Muhammad Zahid al-Kauthari. Katanya: "(al-Kauthari) memang tidak menyukai Ibn Taimiyah. Tetapi itu semua bukan satu hujah yang diterima sebagai bukti Ibn Taimiyah tertolak." Seterusnya beliau mendatangkan pendapat Abd Fattah Abu Ghuddah sebagai satu penolakan terhadap Imam al-Kauthari. Soalnya, adakah saringan pendapat Abd Fattah Abu Ghuddah sebagai salah seorang murid al-Kauthari sudah cukup untuk menolak pendapat atau ijtihad al-Kauthari terhadap karya-karya Ibn Taimiyah. Ternyata ini adalah satu pengukuran yang singkat dan tidak telus. Sebenarnya, Imam al-Kauthari (lahir di Kg Haji Hasan Afendi, Istanbul, meninggal 1371 di Mesir) adalah salah seorang ulamak muhaqqiq kerajaan Othmaniah. Beliau bertalaqqi dengan ulamak Dozjah, Qadhi Hasan Afendi, Syeikh Musa al-Kazim, Syeikh Ibrahim al-Uyaini, Syeikh Ali Zainal alSuni. Merupakan tenaga pengajar Jami' al-Fateh sehingga meletusnya perang dunia pertama. Beliau dilantik sebagai Wakil Dars yang setaraf dengan jawatan Syeikh al-Azhar di Mesir. Kemampuan beliau menguasai semua ilmu agama amat dikagumi ulamak sehingga dianggap bintang ulamak zamannya dan mujaddid tauhid abad20.
Antara penulisan beliau yang paling menonjol ialah dibidang hadis, feqh Hanafi dan aqidah. Jumlahnya melebihi 80 buah karya. Malahan masih banyak lagi manuskrip yang tidak tercetak. Antara kitabnya yang mengkritik Ibn Taimiyah ialah al Ta'qib al Hasis lima yanfihi Ibn Taimiyyah win al-Hadis, al Isyfaq fi Ahkam al- Tolaq, Muhaqal-Tawassulfi Masalah al-Tawassul. Manalaka kritikan itu dipatrikan juga dalam ulasan beliau terhadap Dafu Syibhu al Tasyhbih li Ibn Jauzi, al Tanbih wa al Rad a'la Ahll Ahwa wa al Bida' li Abi al Husainie al Maltie, al-Intisar al Mazhab al Sahih li Ibn Jauzi dan ulasan beliau terhadap Maratib al Ijmak li lbn Hazim al- Andalusi. Anda juga boleh melihat ulasan pendapat al-Kauthari di dalam himpunan makalahnya yang beijudul Maqalaat, Di sana ada penilaian pendapat yang perlu ditelusuri dalam memahami kritikan uiamak terhadap Ibn Taimiyah. (lihat Maqalaat al-Kauthari m/s 35, 241, 258 dan 350, 1998, cet Dar al-Salam, al-Qaherah). Di samping itu beliau juga mengkritik kitab Ijtima' Juyusy al-Islami dan Nuniyyah Ibn Qayyim. Beliau menyifatkan kitab tersebut adalah sumber kepada aqidah tasybih (menyerupakan Tuhan), (lihat Tabdid alDzallam al-Mukhim min Nuniyyah Ibn Qayyim karangan al-Kauthari dan al-Qaul al- Wajizfi Tanzihillah ani al- Tasybih oleh Abi Hasnain Abdullah b. Abd Rahman al-Makki,t.pt,1995) Untuk mengetahui apakah sebab dan kewajaran al-Kauthari mengkritik Ibn Taimiyah, maka isi kandungan kitab-kitab ini perlu dinilai, diperbahas dan diperbandingkan dengan sebaik mungkin agar terzahirnya satu penyelesaian yang sahih. Setelah itu, cubalah saudara bandingkan dasar pujian Abd Fattah Abu Ghuddah terhadap Ibn Taimiyah. Ternyata pembaca juga akan mengetahui kesudahannya. Tegasnya, ulasan Abu Fattah Abu Ghuddah belum cukup kuat untuk menolak ijtihad gurunya al-Kauthari. Ini kerana pandangan al-Kauthari adalah isu manakala pujian Abu Ghuddah lebih tertumpu kepada sakhsiyyah yang bersifat bahawa Ibn Taimiyah juga turut berjasa kepada Islam. Tambahan pula, perkataan Abd Fattah bukanlah muktamad untuk menjawab pandangan al-Kauthari. Isu-isu kontroversi yang diperbahaskan oleh ulamak yang sezaman dengan Ibn Taimiyah cukup mematangkan kita dalam masalah ini. Perlu juga diketahui bahawa selain Abd Fattah Abu Ghuddah, masih ramai lagi murid al- Kauthari yang berwibawa. Antaranya ialah Sayyid Hussam al-Qudsie, Syeikh Hussein bin Ismail, Syeikh Haj Jamal alSunie, Prince Hussein Khairuddin Ibn al-Sultan Abd al-A'ziz al-Uthmanie, Syeikh Abdullah b.Uthman al-Himsie, Syeikh Ahmad Khairie. Mereka tidak sealiran dengan Abd Fattah dalam masalah ini. Justeru, kita juga perlu sedar apakah intipati sebenar atau halatuju pujian yang diberikan oleh Abu Fattah terhadap Ibn Taimiyah. Oleh yang demikian pendapat Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah bukannya satu hujah ilmiah untuk menolak pandangan Imam Muhammad Zahid al-Kauthari. Seterusnya, Mohd Asri sendiri pernah mengakui pertikaian silam uiamak terhadap Ibn Taimiyah (B. Harian 31 Julai) Akan tetapi, beliau cuba menutup pertikaian tersebut dengan sikap taksub agar tidak diketahui umum. Jika pembaca ingin memastikan apakah punca atau isu pertikaian tersebut cubalah fahami dengan sebaiknya pendapat ulamak dalam karya mereka sebagaimana yang telah kami isyaratkan dalam Salafiyah Wahabiyah dan dalam ruangan ini. Semoga isu sebenar yang menjadi pertikaian kepada Ibn Taimiyah lebih jelas. Siapakah sebenarnya yang menimbulkan salah faham dan membuatkan dirinya dipersalahkan. Kami buka ruang yang seluas-luasnya sebagai medan perbandingan. Hujah Mohd Asri dengan mengaitkan ilmu Jarh wa Ta'dil temyata tidak memberi apa-apa erti dalam dakwaannya; "Bagi sesiapa yang mempelajari ilmu Jarh wa Ta'dil perkara seperti ini adalah fenomena yang biasa." Saya terkejut juga mendengar kenyataan ini. Bagaimana beliau boleh sifatkan ilmu Jarh wa ta'dil itu adalah satu fenomena yang biasa. Saya berkeyakinan bahawa disiplin ini adalah luar biasa. Alasan saya, dengan metodologi Jarh wa ta'dil lah yang menentukan samada seseorang perawi itu diterima atau ditolak. Apatah lagi Ibn Taimiyah bukannya seorang perawi kitab hadis muktabar.
Merujuk kepada masalah ini, memang disyaratkan tajrih seseorang perlu dijelaskan dengan bukti. Dan pemaparan bukti-bukti terhadap Ibn Taimiyah adalah jelas sebagai yang termaktub di dalam kitabnya seperti al- Minhaj al-Sunnah, al-Arsy, Muafaqah al-Ma'qul lisarih al-Manqul, al-Ta'sis fi rad ala Asas al-Taqdis, al-Ajubah al-Misriyyah, Fatawa al-Hamawiyah dan Iain-lain karya beliau yang disinggung hebat oleh ulamak. Walaupun Ibn Taimiyah menggunakan bahasa perbahasan yang tinggi dalam kitabnya apakah ianya tidak dapat difahami oleh ulakam muhaqqiq atau mujtahid yang lain? Buatlah satu penilaian dan anda akan dapati alasan yang jelas mengapa ulamak sunni yang lain mengkritik beliau. Jika anda masih belum mengoreksi bab mana yang dipertikaikan ulamak terhadap Ibn Taimiyah maka tidak hairanlah anda hanya mempertahankannya dengan alasan belas kasihan tanpa ilmu. Ini bermakna jika alasan pentajrihan terhadap Ibn Taimiyah itu ada, maka dan mana pula datangnya ta'dil beliau. Ternyata daripada mereka yang sealiran dengan beliau. Dalam hal ini dua perkara yang perlu diambil kira.
Pertama alasan jarh dan ta'dil. Manakala yang keduanya kembali kepada kaedah:
"Apabila dijelaskan antara Jarh dan ta'dil maka Jarh perlu didahulukan." Akan tetapi, Mohd Asri lebih mendahulukan pujian sebagai ta'dil bukannya isu pertikaian yang jelas sebagai Jarh. Keadaan ini bertentangan dengan kaedah Jarh wa ta'dil itu sendiri. Dan kaedah ini sudah pastinya memakan dirinya sendiri. Seterusnya Mohd Asri mendakwa bahawa "dengan jatuhnya Ibn Taimiyah dapatlah bermaharajanya kesesatan". Perkataan ini adalah jelas untuk membuktikan sikap ketaksuban beliau yang melampau terhadap Ibn Taimiyah. Kalau (dulu) dikatakan jatuhnya Ibn Taimiyah bermaharaja kesesatan, bagaimana pula halnya dengan kematian beliau pada realiti sekarang, Apakah kesesatan itu bertukar menjadi agung. Jelasnya ini adalah satu teori yang bathil kerana kejahilan dan kesesatan itu sumbangan besarnya adalah berpunca dari sikap manusia. Bukannya kerana satu-satu tokoh. Lagi pula Rasulullah Saw pernah bersabda : "Umat aku sentiasa berdiri di atas jalan kebenaran mereka itulah para alim ulamak." Pendek kata, kebenaran dan kesesatan tidak terikat dengan satu tokoh sahaja. Ini bermakna, bukan Ibn Taimiyah sahaja yang benar dan pengkritiknya adalah sesat. Bahkan kebenaran itu sentiasa sahaja wujud pada tokoh-tokoh lain (ulamak) yang diberi taufiq oleh Allah. Dialah yang menunjukkan kebenaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Adapun dakwaan yang mengatakan bahawa Imam al-Bukhari dituduh sebagai mengatakan al-Qur'an adalah makhluk adalah tidak benar sama sekali. Ia jauh dari sumber ilmu yang asli. Sebenarnya, Imam al-Bukhari (termasuk Muslim, Ibn Kullab, Abu Thur, Daud b. Ali, al-Haris al-Muhasibi, Muhammad Ibn Nasr al-Maruzi)
secara peribadinya mengatakan al-Qur'an yang ada pada tangan manusia, boleh dibaca, ditulis dan disentuh adalah makhluk. Buktinya, jika anda membaca biografi Imam al-Karabisi di dalam Mizan al-1'tidal karangan al- Zahabi m/s 544 juz 1 anda akan dapati butiran perselisihan antara beliau dengan Imam Ahmad. Makala al- Qur'an yang dikatakan sifat Allah adalah kalam Allah azali bukannya makhluk. Inilah penafian yang difokus oleh ahli sunnah. Dan penafian ini sebenarnya lebih merujuk kepada menolak kesamaran yang berlaku dan bakal berlaku. Tetapi Mohd Asri yang tidak tahu hujung pangkal dengan mudah membuat kesimpulan yang menghasilkan penyembunyian realiti ilmiah sebenar. Selain itu, anda juga disarankan agar membuka al-Intiqa' karangan Ibn Abd al-Barr m/s 106. Dan penjelasannya telah saya huraikan di dalam Salafiyah Wahabiyah. Silalah menatapinya. Akan tetapi, mungkin juga jikalau masalah ini diperbincangkan saya dituduh pula sebagai muktazilah. Terpulanglah, saya hanya ingin menjelaskan kedudukan yang sebenar sahaja. Hanya Allah tempat kita meminta perlindungan.
Di akhir perbincangan ini, saya amat tertarik dengan wasiat Mohd Asri yang berbunyi: "Berpeganglah kepada ajaran Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 6. Akan tetapi 'andaian' berani beliau terhadap saya dan Hassan al- Saqqaf sebagai Syiah mencabuli prinsip yang beliau sendiri gariskan. Jika diri sendiri tak mampu memahami dan menghayati sumbernya maka kita tidak pertu cuba meyakinkan orang lain. Kelak nanti berlakunya sesat lagi menyesatkan.
juga tertarik kepada petikan kata-kata Imam Ibn al-Solah yang dikemukakan beliau yang berbunyi: "Entah berapa ramai ulamak yang telah melangkah kaki mereka di dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka." Pertama saya ingin pertanyakan: Adakah anda benarbenar memahami kata-kata ini. Saya amat berkeyakinan bahawa beliau masih belum mengerti perbahasan kita terhadap metodologi Ibn Taimiyah dalam disiplin ilmu. Jika beliau memahaminya nescaya perbincangan kita terhadap satu-satu tokoh tidak disifatkan sebagai mencela atau mengumpat. Kedua, Imam al-Nawawi (murid Ibn al-Solah) ternyata lebih memahami dari tafsiran aqal zahir yang diberikan oleh Mohd Asri. Buktinya, di dalam al-Azkar (bab penjelasan tentang beberapa perkara yang penting berkaitan dengan al-Ghibah) mengatakan: "Apabila ada sesetengah penulis yang menyebut seseorang individu secara sakhsiyahnya dengan mengatakan:
"si polan-polan mengatakan". Dan perkara yang dimaksudkan itu bertujuan untuk menjatuhkan nilai peribadinya maka perbuatan tersebut adalah haram. Akan tetapi jika dia ingin menjelaskan kepada awam tentang kesilapan orang berkenaan supaya ianya tidak diperpegangi atau untuk menjelaskan kedhaifannya pada ilmu supaya orang lain tidak tertipu dan tidak menerima pendapatnya maka hal seperti ini bukannya ghibah (mengumpat). Bahkan ianya adalah nasihat yang wajib dan diberi pahala atasnya."
Dan selepas huraian ini, jika anda tetap dengan pendirian anda bermakna para ulamak yang mengkritik Ibn Taimiyah diklasifikasikan sebagai pencerca oleh anda. Dan apakah dengan kritikan ini anda mahu menghukum mereka sebagai peroboh khazanah Islam ataupun menganggap mereka semua adalah musuh ahli sunnah. Ternyata di samping sikap taasub yang menebal dalam diri, anda juga kurang berhati-hati dalam membuat kesimpulan dalam perbincangan ini lebih-lebih lagi terhadap buku saya. Saya tidak bermasalah kalau dituduh menyimpang oleh salafi-wahabi seperti saudara. Sebabnya sudah terlalu ramai para ulamak Nusantara kita menerima nasib yang sama seperti saya oleh aliran rigid anda. Semoga anda lebih terbuka dan matang berfikir dalam menyatakan masalah secara perbandingan dan berwibawa menuju penyelesaiannya. Hanya kepada Allah S.W.T kita memohon petunjuk. Dialah penunjuk sebaik-baik jalan

No comments:
Post a Comment