Monday, February 16, 2009

Doa : Amalan harian kita

Malam ini seperti biasa kami berjemaah di surau Taman Seraya, setelah selesai solat kami bersembang sesama jemaah beberapa ketika sebelum masing-masing pulang ke rumah. Ketika bersembang, salah seorang di kalangan kami mengajukan satu soalan yang berkaitan dengan doa yang di baca selepas bacaan yaasin. Soalannya adalah berbunyi seperti bagini : Terdapat perkataan dalam doa tersebut "khazainuhu bainal kaf wan nun", apakah yang dimaksudkan dengan "kaf' dan "nun" dalam doa tersebut? terkedu juga untuk menjawab soalan tersebut kerana doa ini merupakan bacaan wajib bagi amalan bacaan yasin bagi masyarakat kita. Kalau baca yasin tetapi tidak membacakan doa ini seolah-olah tidak lengkap amalan tersebut.

Justeru, bagi jawapan kepada soalan yang ditanya, saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat cuma saya sarankan berdasarkan pengetahuan yang singkat ini, agar setiap amalan atau doa elok lah kita selidik dulu samada doa tersebut merupakan dari Nabi s.a.w atau rekaan ahli huruf yang menghuraikan dan mentafsirkan huruf sesuai dengan doa yasin. Sekiranya tidak di dapati doa tersebut dari Nabi s.a.w maka elok lah kita tinggalkan dan kita ambil doa yang selalu dibaca oleh Nabi s.a.w kerana apa sahaja dari nya adalah yang terbaik dalam segala perkara.

No comments:

Post a Comment