Bila difikirkan kenangan indah menjadi seorang guru terasa seronok bila bersama-sama dengan murid-murid yang mempunyai pelbagai kerenah, kadang-kadang teringat kembali kisah diriku sewaktu menjadi seorang muirid. Masa saya di bangku sekolah rendah, tubuh badanku teramatlah kecil sehingga sesiapa yang melihatku dalam perjalanan pergi dan balik akan berasa kesian sebab beg sekolah lebih besar daripada tuannya.
Walaupun begitu, aku tak berapa kisah sangat, sebab tak pernah terfikir keadaan diriku ketika itu, cuma yang aku tahu, pergi ke sekolah waktu pagi, belajar qur'an waktu petang. Masa belajar tak lah pandai sangat cuma tidak bodoh je berbanding dengan kawan-kawan lain mereka semua lebih dari ku dalam segala aspek, baik akademik, sukan ataupun fizikal semua mereka yang lebih. Tapi aku tak pernah rasa terpinggir atau kerdil di kalangan mereka kerana aku tetap lincah walapun berfizikal kerdil berbanding dengan yang lain.
Sesekali terfikir juga akan masa depanku suatu hari nanti, apa aku akan jadi bila besar nanti. Tapi itu cuma gambaran kosong yang tidak memberikan sebarang jawapan untuk merangsang akal ke arah itu. Seolah-olah seluruh hidup ku hanya berserah kepada ketentuan tuhan kemanakah hala tuju ku suatu hari nanti. jauh sekali untuk ku bayangkan akan akan menjadi seorang guru seperti sekarang ini kerana pembelajaranku tidak menunjukkan apa-apa potensi untuk berjaya apatahlagi untuk ke universiti dalam atau luar negeri.
Selama enam tahun aku berada di sekolah rendah iaitu di Sekolah Kebangsaan Dewan Besar, Machang Kelantan. Aku hanya berpeluang untuk menjadi ketua kelas hanya sekali sahaja itupun semasa darjah satu, kelakarkan? Nak jadi pengawas jauh sekali kerana fizikal ku memang tak layak untuk menjadi pengawas. hati memang nak sangat jadi pengawas tapi nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan. begitu lah cerita diri sewaktu disekolah rendah. Betapa kurang cerdiknya aku sehingga nama guru-guru ku pun ingat-ingat lupa. Cuma hanya beberapa orang guru yang masih terpahat dalam ingatanku iaitu ustaz Kaif yang sekampung dengan ku, cikgu Roslan yang mengajarku matematik, How Chai Lan yang ajar ku bahasa inggeris, cikgu Sobri yang mengajar alam dan manusia dan yang paling aku tidak lupa cikgu Ghani yang selalu gosok-gosok kan dagunya ke muka ku ketika darjah satu. Yang aku dah lupa termasuklah guru besar sekolah itu.
Selepas itu aku sambung balajar ke sekolah menengah ugama Syamsul Maarif, Pulai Chondong, (YIK) Kelantan. Di sana aku hanya sempat belajar selama sebulan sahaja kerana aku telah ditakdir untuk menjadi seorang al hafiz di Maahad Tahfiz Pulai Chondong selama tujuh tahun aku menimba ilmu di sana. Banyak ilmu yang aku dapat di sana termasuk pengajian qiraat tujuh imam. Dulu aku memang seorang al hafiz kerana tamat menghafaz 30 juzuk al-qur'an dalam masa terlalu lambat iaitu enam tahun lebih. Tapi kini aku telah bertukar status dari al hafiz kepada al habis kerana banyak surah-surah yang aku hafaz semakin hilang dalam ingatan ku dan aku berdoa mudah-mudahan tuhan ampunkan dosa disebabkan kelalaian dan kelekaan ku sendiri. Insya allah aku akan kembalikan status ku kepada yang asal yang diberkati dan dirahmati Allah.
Setelah itu, aku telah direzekikan oleh oleh Allah untuk meneruskan destinasi pencarian ilmu di Universiti Malaya pada lewat tahun 1999 dan tamat september 2002 (konvo 13 ogos 2003). Banyak pendedahan baru yang aku dapat di sana. Bermula di sini lah aku menjadi seorang pencinta ilmu dan insya allah akan berterusan hingga ke akhir hayat. Aku memilih bidang Akidah Dan Pemikiran Islam, Usuluddin. Insya allah tahun 2010 aku akan melanjutkan pelajaran ku ke peringkat sarjana.
Kini setelah beberapa tahun kemudian, aku telah menjadi seorang guru agama (j-QAF) di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras Bt. 9, Hulu Langat. Dan di samping itu aku juga menjadi ketua guru disiplin di sekolah itu. Terlalu hebat perancangan tuhan, kalu yang dulu aku tertanya-tanya potensi diriku kini aku bersyukur tentang keadaan diriku sekarang ini. Kalau dulu aku tak terpilih untuk menjadi pengawas sekolah tapi sekarang aku lah yang memilih muridku untuk menjadi pengawas sekolah. Kalau dulu aku selalu melihat kawan-kawan dirotan oleh guru disiplin dek kesalahan mereka, sekarang murid-muridku pula melihat kawan-kawannya menangis bila keluar dari bilik disiplin. Aku bukan membalas dendam tapi menjalankan amanah sebagai seorang guru disiplin. Kalau dulu aku semacam kerdil tapi kini aku hampir sama besar dengan mereka, kalau kecil pun sedikit je. Kalau dulu kawan-kawan ku lebih pandai dari ku, tapi kini ternyata aku lebih hebat dari mereka walaupun masih ramai lagi kawan-kawan ku yang lain lebih berjaya dari ku. Kalau dulu aku hanya di pandang anak seluang tapi kini mungkin dah bertukar ikan keli. Aku sangat bersyukur qadha' dan qadar diriku dengan sepuluh jari aku menadah tangan memohon keredhaannya.
Begitulah kisah diriku yang bernama Mohamad Azam bin AB Patah, no 12 jln Saga 18, Taman Saga Ampang, Selangor(013-9720901) seorang insan biasa kerdil yang berusaha untuk menjadi gergasi ilmuan masa kini. Semoga kisah ku ini dapat mengimbau kembali kenangan mereka yang membaca kisah ku.. Akhir kata dariku, hidup kita ini biarlah berguna kepada orang lain.

No comments:
Post a Comment