Thursday, July 9, 2009

Allah di langit atau tidak bertempat? : Suatu perbandingan (siri 1)

Kita seringkali dihujani dengan kata-kata "Allah wujud tidak bertempat" dan "Allah berada di langit" sehingga ia mampu untuk membejatkan fikiran kita dengan persoalan ini, jadi saya berasa terpanggil untuk membuat beberapa kajian tanpa cenderung kepada mana-mana golongan dan sekadar menyata beberapa hujah di antara dua golongan tersebut.

Hujah golongan yang menyatakan "Allah berada di langit" :-

Jika ditanya perihal di manakah Allah? Katakanlah: “Allah itu di langit.”

Ini adalah berdasarkan hadis sahih berikut...

Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita) , beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;

Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman). (Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Janaiz wa Mawadhi’ as-Sholat, bab “Tahrimil Kalam fi Sholat wa Naskh Ma Kana Min Ibahah” (537) (33) dari Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami. Juga diriwayatkan sekalian Jema’ah ahli Hadis, antaranya Imam Malik, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e).


Hujah golongan yang menyatakan "Allah wujud tidak bertempat" :

Syeikh Ibu hajar al-Haitami berkata: "Ketahuilah bahawasanya Imam al-Qarafi dan sebagainya telah menceritakan bahawasanya, Imam al-Syafi'e, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hanifah berkata, Telah kafir orang yang berkata Allah s.w.t itu bertempat (ada posisi tempat), Allah itu berjisim (ada rupa dan kaifiat)..." (al-Minhaj al-Qawim : 224)

Sengaja saya menyatakan hujah kedua-dua golongan dia atas semata-mata untuk memberikan ruang kepada pembaca untuk membuat penilaian ilmiah berdasarkan metodologi yang betul dan saya sangat alu-alukan kepada para pembaca untuk memberikan hujah tambahan agar kita dapat mencari kesimpulan yang tepat.

1 comment:

  1. Salam,Ini jawapan tentang pertanyaan saudara dlm blog saya tadi.

    mcm biasa prgi kat "Layout">"Add a gadget">"Blog list">Letak Title pilihan sendiri>pada petak "sort"tandakan Most recent update.
    pada Petak "show"tandakan All blogs
    Kemudian klik semua petak kat bawah bermula dari "icon" hingga "Date of last update"
    kemudian klik pada perkataan"klik add a blog to your list"(warna biru kat bawah)
    Kat situ masukkan alamat blog rakan yang hendak di senaraikan.
    Jika nak tambah link ,klik pada "Add to list"

    ReplyDelete