Tuesday, April 21, 2009

Nabi Muhammad sesat: Dakwaan terhadap Albani.. Sejauh manakah kebenarannya? Suatu ulasan dari blog www.abu-syafiq.blogspot.com

Beberapa hari lepas saya membuka satu blog yang terlalu keras kenyataannya. Perkataan takfir, tadhlil dan tabdi' seolah-olah sudah dari lali dari lidah mereka.. Kadang-kadang bila terbaca tulisan dari blog tersebut hati akan jadi keliru dengan tulisan mereka tapi bukan keliru yang menyebabkan terseleweng akidah cuma keliru dari mana sumber yang diperolehi mereka.

saya selaku orang yang tidak berapa tahu dalam hukum-hakam agama sangat tidak berani untuk menghukum orang lain apatah lagi jika orang tersebut diiktiraf sebahagian besar ulama. Tetapi bagi penulis blog ini, senang-senang je melontarkan kata-kata sesat dan kafir, apakah mereka tidak takut dengan Allah terhadap perkataan mereka. Mudah-mudahan bersegera bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.

Antara isu yang panas ialah bila Albani di tuduh mengatakan Nabi Muhammad sesat, saya tidak pernah terbaca dalam tulisan-tulisan atau buku muktabar yang membicarakan tetang ini tetapi blog ini ada tertulis kenyataan tersebut. Sejauh mana kebenarannya saya pun tak tahu.. Apa pun pada pendapat awal saya sangat tidak bersetuju dengan pendapat penulis blog ini.

Bagi saya pertama, kalau Albani mengatakan Nabi s.a.w sesat, sedang beliau sendiri pun umat Muhammad mana mungkin ini boleh terjadi. Kedua, pertuduhan sesat itu di rujuk dalam agama apa? kalau agama Islam apa saja yang dibawa Nabi semuanya betul? Macam mana pula dituduh sesat, sedang Albani pun menyampaikan ajaran yang dibawa oleh Nabi iaitu ajaran Islam, mana mungkin beliau akan katakan Nabi sesat. Ketiga, saya tidak pernah terdengar ulama muktabar yang memberikan gelaran yang buruk terhadap Albani kecuali ianya datang dari kumpulan tertentu sahaja terutama golongan al-Ahbash...

itu saja lah yang dapat saya tuliskan setakat ini, apa yang jelasnya adalah tulisan ini terdapat unsur-unsur pendustaan yang nyata terhadap Albani. Lagipun dalam tulisan ust. Zaharuddin iaitu www.zaharuddin.net ada memasukkan nama Albani dalam senarai ulama masa kini. Ini bermakna Albani tetap diiktiraf diseluruh dunia termasuklah di Malaysia....

1 comment:

  1. Assalam mu'alaikum,

    Saya hendakkan komen oleh Ustz Abu Ali, mengenai hal ini. Saya ada membaca artikel mengenai Albani.

    http://tinyurl.com/oxdys2
    ww.masud.co.uk/ISLAM/misc/albintro.htm

    Kemudian, boleh saya tanya dimana Ustz mendapat info bahawa seluruh dunia iktiraf Ablani? Yang saya tahu, pendapat Salafi yang memegang kuat pada karangan Albani.

    Rakan saya di Pakistan yang selalu merujuk hadith-hadith juga kata, Ulmah Haqq tidak menggunakan buku karangan Albani. Jika fahaman saya tidak salah, Ulmah Haqq ialah Sunni, iaitu 4 mazhab.

    Boleh saya dapat komen Ustz mengenai hal ini? Sekian terima kasih.

    ReplyDelete