Friday, June 24, 2011

PERSEPAKATAN POLITIK : KESAN JANGKA PANJANG ANTARA BN DAN PR

Sekali direnung agak merisaukan situasi politik sekarang. Masing-masing berkejar-kejaran untuk memenangi hati pengundi agar memihak kepada mereka. Bahkan berdasarkan pemerhatian saya kedua-dua parti tersebut menuju kearah "matlamat menghalalkan cara". Situasi yang begitu menakutkan jika perkara ini berlarutan tanpa panduan agama dan akal yang sihat. Memancing pengundi adalah suatu tugas yang sangat mencabar apatahlagi kiranya ahli dari sesuatu parti dicuri oleh parti lain itulah yang sangat dibimbangi. Maka kerana itulah demi menyelamatkan ahli maka sanggu berbuat apa saja asalkan ahli kekal setia bersama mereka.

Masih segar dalam ingatan tentang berita PM menghantar beberapa orang kuatnya kursus ke luar negeri sehingga ke Taiwan kalau tak silap saya setelah tersebar berita DSAI akan merampas negara pada 1 september. Begitulah beberapa gambaran tentang betapa takutnya kalau ahli keluar parti dan masuk parti lain. Begitu juga kalau diperhatikan hanya semata-mata ingin memerintah negara dan negeri maka sanggup menabur janji-janji dan propaganda politik yang menarik supaya pengundi terbuai lalu memangkah parti tersebut.

Lagi menarik apabila wujudnya persepakatan yang hebat di kalangan kedua-dua pasukan. Satu pasukan sudah lama wujud dan satu lagi sedang mekar berkembang ke segenap hati pengundi sehingga pada PRU 12 menyaksikan kejayaan cemerlang hasil persepakatan mereka yang sangat sesuai pada masanya.

KESAN DARI PERSEPAKATAN

Samada dari BN atau PR tetap memberi kesan yang positif dan negatif. Kalau yang banyaknya berpihak kepada positif sebagai rakyat yang cintakan agama dan bangsa betapa bersyukur terbit dihati tak terhingga. Namun terdetik di hati ini bukan begitu, dirasakan seolah-olah parti-parti Melayu kini sedang menjual keistimewaan bangsa kepada bangsa lain. Manakan tidak baik dari BN dan juga PR, fokus sekarang ini adalah menarik pengundi Cina menyokong mereka. Dengan apa cara sekalipun asalkan mereka kembali kepada maka pelbagai insentif ditawarkan. Kedudukan terbaik dan kuasa yang kukuh sanggu dikogsikan bersama. Harap tidak berlaku "Malaysian Malaysia". Namun perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Terbaru di Sarawak, BN menawarkan insentif yang begitu menarik untuk pengundi Cina sehingga ada yang berbentuk tanah dan kawasan. Suatu hari nanti akan berlaku juga peristiwa "BELANDA MENUMPANG HIDUP DI SARAWAK"

Kalau dari BN sudah berlaku janji menjanji dan tawar menawar untuk pengundi Cina, tidak kurang juga yang berlaku di Perak apabila kerajaan Perak pada masa itu dibawah pimpinan Nizar Jamaluddin, berdasarkan maklumat yang diperoleh terbentuk dua buah kawasan perkampungan Cina di Perak, mungkin sebagai penghargaan kepada mereka kerana mengundi DAP pada PRU yang lepas.

Dimanakah keuntungan Islam dalam persepakatan yang wujud ini? Melayu terlalu baik hati untuk menderma kuasa dan tanah kepada bukan Melayu. Apakah mereka sanggup berkongsi terutamanya tanah bila ianya sudah dimiliki mereka. Terlalu banyak kisah yang kita dengar mengenai sikap-sikap mereka. Betapa agresifnya pemuda-pemuda mereka bila DAP menguasai di sebalik MB perak sehingga kedaulatan Sultan dilihat pada tempat yang tidak selayaknya.

Justeru, saya tidak nampak persepakatan politik yang berlaku sekarang ini memberi kemenangan kepada Islam. Mungkin pendapat saya ini tidak tepat dan harus salah, tetapi sepaling-paling kurang berhati-hatilah dalam mengadakan persepakatan. Dan berpada-padalah dalam membuat kebaikan. Jangan dilupakan MELAYU yang semakin terpinggir ini. Seimbangkan antara agama bangsa dan politik. Daam beberapa aspek saya menyokong perjuangan PERKASA sekarang ini walaupun saya tidak suka kepada Ibrahim Ali. Teruskan perjuangan anda... Selamatkan melayu agar tidak menjadi senasib dengan umat Islam di Mindanao dan Selatan Thai...





No comments:

Post a Comment