Monday, June 20, 2011

Bila Ustaz Ikhlas Berdakwah Kalau Ada RM

Sebenarnya bukan senang sengan ingin menjadi seorang pendakwah yang betul-betul da'i ila rabbihi, kerana ia sangat memerlukan beberapa bentuk pengorbanan yang akan mempengaruhi kecenderungan kita untuk berundur dari terus berdakwah. Sebab itu kita lihat sekarang ini berapa ramai mereka yang sanggup untuk teruskan dakwah tanpa mengharapkan upah dan balasan. Sedangkan kita tahu para Nabi-Nabi terdahulu menjalankan tugas yang di amanahkan tanpa sedikitpun mengharapkan balasan tetapi hanya semata berdakwah seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala.

Namun sebenarnya pada realiti sekarang ini, kita dapat lihat berapa ramai tokoh-tokoh agama dan cendekiawan Islam yang sanggup meletak jawatan mereka yang selesa dan mewah untuk menjadi pendakwah bebas. Sekali dilihat betapa mulianya mereka ini sanggup meletakkan jawatan dari kerusi yang empuk semata-mata untuk menjadi pendakwah bebas tetapi bila dilihat pada hakikatnya baru kita sedari bahawa RM menjadi pendakwah bebas lebih "masyuk" dari jawatan yang ada sekarang.

Siapa yang tak mahu kalau paling kurang untuk sekali ceramah dapat RM 100, kalau sekali ceramah RM 200, boleh kelabu mata wal hal sesiapa pun. Walaupun ilmu yang disampaikan itu bab berjihad fi sabilillah atau bab sedekah atau berkaitan tasawuf. Bercakap boleh saja dan tanpa merasakan apa-apa kadang-kadang ceramah yang disampaikan itu terkena atas batang hidungnya sendiri.

Mcm mana nak menjadi pendakwah kiranya surau atau masjid di tempat sendiri ibarat hidup segan mati tak mahu, tergamak untuk keluar berdakwah kepada jemaah qariah lain. Itu semua hanya semata-sama kerana RM "masyuuuuuk".

No comments:

Post a Comment