kali pertama kita berjumpa
berseri indah menghias hati
senyum manis mu menawan
lirik mata mu mempesona
aku terleka dalam khayalan
kita berdua saling bercinta
khabar diri mu kau sampaikan
tatkala kita berjauhan seketika
terasa diri ku tidak dipersia
bagi mu aku lah teman bicara
pabila hati berputik cinta
rindu pada mu sangat ku rasa
siang dan malam tiada bezanya
hanya nama mu ku puja-puja
rupanya ayat mu berbunga sedih
tersusun indah madah merintih
tertipu aku mengundang pedih
jiwa sengsara merinduimu kasih
kalau ku tahu begini akhirnya
tidak ku rayu tidak ku damba
mencintai mu hanya sia-sia
bisikan rindu mu dusta semata
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Monday, May 14, 2012
BISIKAN DUSTA
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
usah memuji seseorg tnpa dikaitkan dgn kekuasaan Tuhan sbb pujian yg mlampau lmpau sntiasa buruk utk sseorg...terima kasih :-)
ReplyDelete