bila ternampak di hadapan
gambaran cantik tapi jauh
terbahang kepanasan itu
di kala berusaha mengejar
bila tiada berdaya lagi
yang dikejar terlepas
yang terpandang suram
samar berbalang-balang
bila tiada iman yang murni
yang suram itu mula dicari
yang samar cuba diterangi
kebenaran hilang dilupai
bila hadir sang penegak
membawa dalil bernaqli
yang aqli digandingkan
memutar isi yang tepat
memisahkan yang salah
menzahirkan yang benar
bila yang jahil berkuasa
yang nampak hanya pahala
yang utama gelap dibutakan
yang samping terang di nyatakan
sedangkan mengundang dosa
tiada berasa amalnya tersalah
amalan mengghairah iblis
lalu bernyanyi menghasut lagi
bila sang penegak berbicara
mata-mata terbeliak jelek
dalam hati kian membengkak
sudah datang pemecah agama
nasihat itu tiada dipandang
ulama duitan mula mencanak
berlipur cerita reka-rekaan
sang penegak jauh tertendang
bila lah lagi akan pandang
selagi yang utama itu
diringan-ringankan
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Sunday, May 27, 2012
KEJAR LAH YANG UTAMA
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Andai setiap kejahatan tidak diancam dengan neraka apakah manusia akan mengelak berbuat jahat sepenuhnya??hmmmm
ReplyDelete