Tuesday, September 8, 2009

Kalau nak pilih pemimpin: Pilihlah yang sentiasa solat berjemaah di masjid/surau

Pada masa sekarang, terlalu ramai manusia keliru dalam membuat pemilihan yang tepat. Lebih-lebih lagi bila ada di antara yang bertanding menjanjikan pelbagai habuan dan pembangunan demi memikat hati rakyat. Bila berada dalam situasi begini ditambah lagi dengan dengan kekurangan ilmu di dada boleh membuatkan fikiran menjadi keliru, tidak mampu untuk membezakan pemimpin mana yang baik dan pemimpin mana yang tak baik.

Kaedah yang paling senang tanpa perlu merujuk banyak teori dari kitab kuning atau kitab moden ialah dengan melihat calon pemimpin yang akan dipilih tersebut dari segi solatnya. Adakah solat calon tersebut sentiasa atau kerap berjemaah di masjid atau jarang sekali untuk berjemaah di masjid dengan alasan "sangat sibuk". Bahkan tidak pernah solat pun (mungkin ada).

Sebagaimana maklum, kita sebagai rakyat perlu bijak menilai calon pemimpin kita, dengan kebodohan kita maka dengan senang mereka akan memperbodohkan kita. Dah la kita bodoh diperbodohkan lagi, dah jadi dua kali bodoh. Tentunya kita tidak mahu sebegitu, cara yang paling senang, buatlah penilaian terhadap calon pemimpin tersebut dari segi solatnya.

Kenapa bab solat saja yang perlu di nilai? sebenarnya banyak lagi yang perlu kita nilai, tetapi persoalannya adakah kita mampu untuk menilai semuanya dengan kemampuan yang terbatas, masa yang terhad, jarak yang jauh dan kewangan yang tidak mencukupi. Jadi, cukuplah dengan menilai perjagaan solat mereka. Sekiranya mereka menunaikan amanah Allah Taala dengan sempurna, itu boleh diandaikan bahawa mereka ini berusaha untuk menunaikan hak Allah Taala, manakala mereka yang tidak solat sangat jelas mereka tidak berkehendakkan untuk menunaikan hak Allah Taala. Hak Allah pun tidak mahu tunaikan apatahlagi hak manusia.. itu secara logiknya. Tidak semestinya betul.

Calon pemimpin yang sentiasa menunaikan solat secara berjemaah pula bermakna mereka telah menunaikan hak manusia dalam konteks perhubungan masyarakat yang paling praktikal sekali pada masa kini. Tempat yang paling selesa dan nyaman yang tidak memerlukan dibayar dengan wang ringgit berbanding dengan hotel dan pusat-pusat perjumpaan yang lain, nak berjumpa pun kena bayar, itukan lebih membazir. Oleh itu, calon yang malas nak solat berjemaah di masjid/surau perlukah kita pilih mereka sebagai pemimpin? Sudah tentu nak berjumpa dengan masyarakat pun susah sekali, silap-silap haribulan kalau nak jumpa kena buat apointment... naya la jadinya. Selalunya mereka yang tidak suka solat berjemaah di masjid/surau ini senang dikaburi oleh ujian keduniaan, terlalu senang untuk dipengaruhi oleh orang-orang yang tidak beriman dan lalai. Maka sekiranya orang macam ini yang dipilih sebagai pemimpin tidak mustahil pusat-pusat hiburan tumbuh bertaburan di kawasan tersebut.

Saya tidak sempat untuk merujuk sebuah hadis yang sahih mengenai pentingnya solat berjemaah di masjid/surau, tetapi apa yang saya faham ia memberi maksud begini (bukan maksud hadis dari matan hadis) Nabi s.a.w sampai menyuruh membakar rumah mereka yang tidak hadir solat berjemaah dan menganai hadis Ummu Maktum yang bertanyakan perihal solat berjemaah kepada Rasulullah s.a.w, sedangkan Ummu Maktum adalah seorang yang buta, jawab Nabi s.a.w yang memberatkan solat berjemaah ini dengan memanggil semula Ummu maktum kemudian bertanyakan kepada Ummu maktum "apakah kamu mendengar azan" lalu Ummu Maktum menjawab :"ya", kalau demikian kamu kena hadir solat berjemaah, kata Nabi s.a.w . Itu orang buta, kita ini senang lenang, mata celik, badan sihat tak kan tak boleh nak solat berjemaah. Sebab itu lah saya katakan kalau nak pilih calon pilihlah mereka yang menjaga solat fardhu secara berjemaah insya Allah selamat dunia akhirat. Dan kalau ingin kehancuran dan kemurkaan Allah pilihlah yang tidak solat langsung...


3 comments:

  1. Cuba komen blog ini pula,org yang mengaku jadi Nabi dah buat blog.Tak ada Khilaf memang sesat lagi menyesatkan.Ustaz tolong betulkan skru kat kepala dia sikit.hehe..

    http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Kita pastikah bahawa Islam menjadi hancur dan lemah kerana orang Tabligh tidak membuang undi semasa pilihanraya? yang pasti apakah majlis fatwa kata?

    Ini jawapan dr Yusuf Al qardawi tentang soalan yang sama,
    Sesiapa yang tidak menggunakan hak memilih(mengundi) sehingga calon yang mestinya layak dipilih menjadi kalah dan suara majoriti jatuh kepada calon yang sebenarnya tidak layak,bererti dia telah menyalahi perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat dia diperlukan untuk memberikan kesaksian.

    "Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan)apabila mereka di panggil" (Al-Baqarah:282)

    "Dan janganlah kalian(para saksi)menyembunyikan persaksiannya,dan barangsiapa yang menyembunyikannya,maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya"(Al-Baqarah:283)

    Rujukan: Min Fiqh'Daulah Fil Islam, karangan Dr.Yusuf Qardawi(cetakan 1999/ms.227 -228/edisi bahasa melayu)

    ReplyDelete
  3. Sabda Rasulullah s.a.w:
    Maksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
    Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dari saya,andai kata tersilap bahasa,maaf dipinta ye..hu3
    Harap boleh tukar link…..lepas nie…(add la saya)

    ReplyDelete