DI KALA HADIRMU KEMARI
PERASAAN KU KELIRU KERAGUAN
ANTARA HARAP DAN SANGGAH
LIGAT DI BENAK UNTUK MENEKA
ANTARA KASIH DAN PASRAH
KU NILAI RASA DALAM KEPATUHAN
ULAH BICARAMU LEMBUT KELUNAKAN
TEGAS TINDAKMU DALAM ARAH PERINTAH
SAYU RINTIHMU BERALAS PUJUKAN
HATI MANA TEGAR TERSARUNG KETANDUSAN
KALAU TERSIRAM TITISAN TEGURAN BERBAHASA
PASTI TUNDUK MERENDAH TERHAKIS KEANGKUHAN
UMMI
JASA YANG TAK KAN PUDAR
KEKAGUMAN KU SEPANJANG ZAMAN
LUHURNYA BUDI YANG MENCURAH
TITISAN SIMPATI MENAKUNG JIWA
TANPA MENGENAL DARAH SESIAPA
MANA YANG TINGGI KEKAL DI ATAS
ADA YANG RENDAH DIJULANG-JULANG
KEPADA SEMUA TEGUHNYA KASIHMU
SESUCI MURNI KASIHNYA IBU
DIKAULAH SUATU INSPIRASI
DALAM ARENA PERJUANGAN
KEGEMILANGAN ANAK BANGSA
DALAM ACUAN SENDI AGAMA
BERPAKSIKAN ADAT SEJAGAT
SENI BUDAYA DIIKAT KEJAP
KAU GARAP PENUH MUAFAKAT
ADAT BERTEMU PASTI BERPISAH
BERLALU SIANG TIBALAH MALAM
ADAT BERBUDI PASTI BERBALAS
BICARA INDAH MADAH BERBAHASA
ADAT BERKASIH PASTI MERINDU
BILA BERJAUHAN HATIKU SAYU
UMMI
IZINKAN KAMI MEMELUK JIWAMU
AGAR CINTA INI KEKAL BERSATU
UMMI
KAN KAMI CIUM LEMBUT TANGAN MU
SERIBU KEMAAFAN KAMI POHONKAN
ANDAI LARAS MUDA KAMI YANG KERAS
MENGUSIK LARA HATI BERSIH MU
UMMI
KAN KAMI ABADIKAN NAMAMU
DISUDUT DALAM HATI KAMI
BIARLAH KENANGAN KITA INI
SEGAR SENTIASA SELAMANYA
DOAKAN KAMI DALAM SUJUDMU
AGAR SUATU HARI NANTI
BERSUA LAGI DITAMAN SYURGA
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Monday, September 2, 2013
SANJUNGANKU UMMI
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment