Lahir ke dunia tiada bapa
ditinggal ibu di kala kecil
menumpang kasih datuk tercinta
hidup sunyi asing terpencil
kambing dijaga di padang pasir
berpanas terik tiada berteduh
ibarat diri seorang musafir
keringat menitik tiada mengeluh
redha dan sabar jadi hiasan
payah an susah jadi pakaian
jujur amanah jadi pegangan
al-amin dipanggil jadi gelaran
Ajaran dibawa bersama kawan
dibela pakcik dan istri tercinta
Islam tersebar jadi anutan
membimbing umat membina negara
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Thursday, March 3, 2011
Getir Rasul Membentuk Peribadi
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sajak yang menarik,
ReplyDeleteteruskan berkarya ustaz..
perenggan pertama nasyid ni saya tukarkan kepada syair.nurul shafiqah 5d
ReplyDelete