Thursday, February 25, 2010

Perarakan : Antara Thaipusam dan Maulidul Rasul

Apabila ada hari kebesaran agama maka masing-masing bertungkus lumus untuk menyambutnya agar nampak meriah dan istimewa. Apabila sekumpulan berkumpul beramai-ramai bergerak menuju ke satu tempat dengan laungan-laungan bacaan diperdengarkan supaya dapat memperlihatkan kekuatan kumpulan masing-masing.

Baru-baru ini kecoh pasal perarakan Maulidul Rasul yang dicetuskan dalam akhbar-akhbar tempatan. Kononnya ada pihak yang melarang untuk mengadakan perarakan Sambutan Maulidul Rasul, maka disebabkan itu muncullah beberapa tokoh politik dan bukan tokoh politik yang memperjuangkan untuk mempertahankan keharusan mengadakan perarakan untuk sambutan Maulidul Rasul. Berkaitan dengan isu ini juga saya ada terdengar dari orang yang berbicara mengatakan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar perarakan di jalan raya dilarang untuk semua agama. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dr.

Seketika saya terfikir mengenai perarakan Thaipusam oleh penganut agama Hindu yang berarak memenuhi jalan raya terutama di sekitar Batu Caves. Mereka berarak sepanjang jalan raya yang menyebabkan orang lain sukar untuk pergi bekerja dan sehingga kerajaan mengumumkan cuti umum setelah sekian lama upacara ini diadakan, tiada seorang pun tokoh politik bising dan kecoh tetapi bila perarakan untuk sambut Maulidul Rasul kecoh seluruh Malaysia.

Sejenak kita berfikir, apakah tujuan perarakan ini dilakukan? sebahagian besar pendapat yang saya terima adalah untuk menunjukkan kemualiaan agama masing-masing. Dan dalam Islam perarakan ini adalah untuk membuktikan kecintaan umat kepada Nabi s.a.w dan menunjukkan syi'ar Islam masih lagi bersinar di bumi ini.

Persoalan? Apakah dengan melalui perarakan untuk kita buktikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w? Syi'ar Islam tertegakkah dengan perarakan? Sekali pandang, ia seolah-olah sama saja dengan perarakan oleh penganut agama Hindu dan agama-agama lain. Kiranya dengan mengadakan perarakan dapat membuktikan tahap kecintaan betapa senangnya jalan pengabdian kita...

Apa saja majlis yang diadakan yang pentingnya adalah penghayatan untuk menghidupkan sunnah s.a.w... Mempraktikkan ajaran seperti yang terkandung dalam al-Qur'an dan Al-Sunnah itulah yang utama. Mana-mana bentuk ibadat yang tidak terdapat dalam nas yang shahih seharus ditolak ketepi.. Tetapi malangnya umat Malaysia sekarang ini, ramai yang mengaku bahawa mereka cintakan Nabi nya tetapi tidak mahu ikut sunnah nya... Rujuklah mana-mana sumber yang muktabar sebelum dijadikan amalan jangan terlalu mengikyt amalan-amalan terdahulu dan sebaiknya contohilah amalan-amalan yang ditunjukkan oleh golongan salaf yang terdahulu.




1 comment:

  1. Salam Ustaz,sy setuju dgn kenyataan ini,yang pertama mmg tak ada dlm sunnah perarakan sebegitu.

    Yang kedua kebanyakan orang yang menyertai perarakan itu pun tak ikut sunnah nabi,sebagai contoh percampuran lelaki-perempuan dan kadang-kadang yang perempuan pun tidak memakai tudung dengan sempurna.

    Yang ketiga kalau nak berarakpun kalau lelaki sahaja ok lah jugak,sedangkan Islam tidak menggalakkan orang perempuan menonjolkan diri macam perarakan tersebut.
    Dan yang ke empat sudah berapatahun kita buat perarakan yang macam tu tapi nampaknya masih tak ada kesan positif,masyarakat masih di takuk yang lama,jegala sosial masih bermaharajalela.

    Ada baiknya wang yang diperuntukan untuk perarakan itu digunakan untuk tujuan dakwah buat kursus kefahaman Islam kat sekolah atau Universiti.

    ReplyDelete