Saturday, September 11, 2010

Fenomena Raya Aidilfitri 2010

Setelah sebulan lamanya berpuasa menahan lapar dan dahaga, menahan lidah dari berbicara nista, menghijab pandangan dari kelekaan mengqasadkan hati kepada Allah maka muncul lah 1 syawal. Merupakan hari kemenangan bagi umat Islam dan kebahagiaan untuk mengadap Allah pada suatu masa kelak.

Untuk menikmati suasana raya dengan lebih lengkap perlu dimulai dengan aktiviti yang paling pertama dan paling utama iaitu solat hari raya atau idilfitri. Bersama-sama jemaah berkumpul di surau dan kebetulan saya bersolat hari raya di surau dusun durian, kg. Chap, Bachok. Dan kebetulan juga saya diminta untuk membacakan khutbah pada hari yang mulia tersebut.

Tanpa rasa gabra dan gundah gulana saya lancar membacakan teks khutbah. Namun yang menjadi rasa gundah gulananya di hati adalah isi kandungan teks khutbah tersebut. Mana taknya, isinya sangat terkesan di jiwa dan kiranya tiada merasai apa-apa kandungan tersebut maka ini bermakna krisis nilai yang sangat parah sedang mengusai hati dan perasaan diri tersebut.

Melihatkan keadaan masa kini yang kian meruncing maka kandungan teks khutbah untuk Aidilfitri dikarang sesuai dengan kehendak semasa baik yang faham atau tidak. Hanya satu pokok utama yang menjadi asas dalam kandungan khutbah ialah kepincangan politik dan perpecahan umat yang semakin lama semakin hancur. Apakah punca utama yang boleh kita persalahkan di sini? Bolehkah kita kata perpecahan umat berkaitan dengan kewujudan parti politik yang bertambah. Atau pun disebabkan sikap manusia yang tamakkan kuasa dan sebagainya....

Ahhhh.... mengantuk kita sambung di lain kali....

1 comment:

  1. saya setuju dengan ustaz berkenaan teks khutbah yang semakin hambar loni,rasa macam teks khutbah zaman 80 an je,tak ikut perkembangan semasa ke orang yang buat teks tu.Apa salah kalau buat teks sentuh isu Ummat palestin ke isu keruntuhan moral ke,takkan masaalah cukai tanah punnak bawak masuk dlm teks khutbah,ada sesetengah tu pulak bincang pasal makanan kesihatan.tak releven la ustaz.betul tak.

    ReplyDelete