Saturday, September 18, 2010

Bila Penghulu Kampung / JKKK Tidak Berperanan

Bila kita berada di kampung atau sesekali bercuti di kampung kadang-kadang kita dikhabarkan dengan berita-berita yang tidak berapa elok untuk didengari tetapi itulah hakikatnya. Seringkali terjadi kecurian dan pengkhianatan, masalah penagihan dadah berleluasa, maksiat bermaharajalela dan banyak lagi. Semuanya ini berlaku di kampung yang mempunyai penghulu atau JKKK bahkan satu kampung sampai mempunyai dua penghulu sesorang dari parti pembangkang dan seorang lagi dari parti pemerintah.

Tragedi terbaru yang berlaku sekarang ini di Kelantan adalah wabak denggi yang berpunca dari gigitan nyamuk. Punca nyamuk boleh membiak adalah berpunca dari sampah sarap dan benda-benda yang boleh memyebabkan air boleh bertakung. Sehingga seorang mangsa dari depan rumah saya dan seorang lagi mangsa denggi dari belakang rumah saya telah selamat dari wabak berbahaya itu dari kematian setelah berada dalam wad Hospital Machang selama beberapa hari.

betapa serius wabak ini sedang melanda sehingga dalam radio Kelantan.fm sering memberikan peringatan agar berwaspada dengan wabak denggi dengan membersihkan kawasan sekitar. pihak Klinik Kesihatan pula terpaksa memendekkan cuti raya mereka semata-mata untuk menangi wabak tersebut sehingga mereka terpaksa membawa plastik sampah untuk diedarkan kepada masyarakat / penduduk kampung supaya memungut dan membrsihkan sampah dan memasukkan sampah tersebut ke dalam plastik yang dibekalkan dan plastik yang sudah terisi tersebut akan dipungut oleh pihak mereka.

Kenapa boleh sampai ke tahap itu sekali? kenapa sampai perlu dibekalkan plastik sampah? Sesekali saya terfikir masyarakat kini seolah-olah sama tinggi tahap pemikiran mereka dengan orang asli di hutan. Tak reti nak bertindak sendiri walaupun di sekitar rumah masing-masing. malu betul................

Dan yang paling peliknya satu kampung ada dua penghulu, tapi penghulu buat apa sekarang? Mungkinkah tersalah pilih penghulu yang bebal sampai tak terfikir untuk mengadakan majlis gotong-royong membersihkan sampah sarap. Duit elaun dapat, dulu dapat sikit tapi sekarang sudah dinaikkan. Kalau tak reti atau tak mahu buat letak je jawatan supaya mudah untuk dipikul oleh mereka yang benar-benar layak.

1 comment:

  1. Salam ust.
    pandangan saya,JKKK hanya kerja 5 tahun sekali bila pilihanraya sebab jawatan dia mmg dilantik oleh orang politik.manakala Tok Penghulu pula mungkin tak dapat peruntukan yang cukup disebabkan bantuan dari kerajaan pusat banyak disalurkan melalui JKKK .
    inilah jadinya bila ada dua kerajaan dalam satu negeri.Bantuan untuk rakyat tidak sepatutnya dipolitikkan.
    buat apa lagi lantik JKKK jika ketua kampung dah ada.

    ini embed yang ust.mintak

    http://ijoks2009.blogspot.com/2010/05/siapa-mahu-widget-blog-percuma.html

    ReplyDelete