setelah sekian lama mendiamkan diri, biarpun pelbagai isu berlegar-legar di benak kepala, namun kesibukan masa dan keinginan untuk menulis mematikan perjalanan coretan ini. Dan kini, inginku mulainya semula agar kemahiran menulis ku tidak terkubur tanpa nisan setelah berlalunya masa ini.
Pelbagai isu yang terbejat difikiran, terutamanya isu akidah semasa dan aliran pemikiran Islam yang semakin unit dan kompleks. Bila semakin ramai "ahli Ilmu" yang berfatwa sedangkan mereka sebenarnya bukan ahli dalam isu tersebut
antara isu-isu yang paling hangat yang diperbincangkan pada kali ini ialah topik Tahlil yang mana Tuan Guru Nik Abdul Aziz melarangnya.. kupasan yang lebih lanjut akan menyusul tak lama lagi..
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Sunday, February 22, 2015
Ingin ku mulainya semula
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment