BANYAK LIDAH MEMPERKATA
BANYAK BISIKAN BERBICARA
BANYAK JENAKA MEMPERSENDA
BANYAK KIASAN KATA PUJANGGA
BILA HATI MEKAR BERBUNGA
TERJENTIK DIUSIK LATAH TERNGADAH
TERUKIR MANIS SEULAH SENYUMAN
GELORA DI JIWA TERHEMPAS-HEMPAS
PUNDAK BERANGAN MADAH CINTA
RINDU BERBISIK MENGIRIM PESAN
NAMA MU UTUH TERPAHAT KEJAP
BASAH LIDAH IKRAR BERSAHUT
TIADA LUPA TERLEKA NAN SESAAT
JANJI TERUKIR TERSEMAT DI KALBU
HANYA PADA MU HATIKU BERSATU
LAUTAN DALAM KE DASAR SERU MU
GUNUNG TINGGI KE PUNCAK LAUNG MU
SEHAMPAR BUMI TERSEBAR KASIH MU
SEMERAH API TERBAHANG HUKUM MU
SEDALAM LEMBAH TERJUNAM SUARA MU
BILA RINDU KIAN BERPUTIK
HARTA DI MATA JAUH BERTAHTA
HIASAN JIWA TERARAH KE SANA
CINTA HAKIKAT MAKIN MELEKAT
RINDU AKHIRAT KIAN MENDEKAT
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Monday, April 23, 2012
BICARA RINDU ILAHI
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Indah bicara ustaz...Hidup ini mmg mcm2 warnanya. Tenangkan jiwa dgn ayt2 suci, nnti cbrn akan terasa kemanisan nikmatnya. Belailah kalbu dgn sujud terhadap ilahi, moga dia juga belai kita dgn rahmatnya. Berusahalah agar hati tidak mati kerana hati yg telah mati akan trtutuplah pintu hidayah; meski sudah ckup snang tp masih terasa mnderita jiwanya...
ReplyDelete