Renungan matamu
Tajam menusuk kalbu
Langkahku kaku terhenti
hatiku terpaut kasih
Getaran rasa mula terpancar
Kian membakar membahang di jiwa
Kali pertama mata terpandang
Senyum mu mekar meruntun jiwa
Hati berbunga hajat terpasang
Bagaikan bulan mengambang terang
Kita berdua bersinar harapan
Kasihku,
Pandanglah,
Rasakan debaran hatiku,
Betapa aku inginkan dirimu
Dalamnya rinduku
Sedalam hasrat kemahuanku
Pastinya kau kan tahu
seikhlas hati
Ku mencintaimu
Datanglah
Kemarilah sayang
Bersama ku di sini
Hanya kita berdua
Memadu hangatnya cinta
Dalam pelukan kasih
Cinta kita bersemi
Kita layarkan bersama
Bahtera kebahagiaan
Menongkah teguh deras asmara
Meniti hidup usia berganjak
Kita di sini cinta berpadu
Tetap bersama selama-lamanya
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Saturday, March 10, 2012
Pada Renungan Ku Jatuh Cinta
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Usah mencintai manusia melebihi PENCIPTA kepada manusia itu......
ReplyDeleteSyg dan kasih pd manusia biarlah brpada2 krana kasih pd Allah patut dilebihkan dr sgala2nya krana Allah tidak prnah mnolak dan mgecewakan hati hamba2 nya...maaf ye ustaz bicara sy...terlebih sudah!
ReplyDelete