Betapa susahnya menjaga ayat-ayat yang dihafal agar sentiasa ingat dan terus ingat sepanjang masa. Kalau sebuah lagu yang dihafal tidak semuadah itu ia luput dari ingatan bahkan ditinggal beberapa lama sekalipun masih lagi berlegar-legar dalam kepala hanya menunggu iringan muzik berkumandang nescaya mulut terus membisikkan bait-baik merdu untuk dihayati.
Berbeza dengan ayat-ayat al-Qur'an kalau dijaga dengan iringan dosa dan maksiat nescaya sukar untuk berkekalan dalam diri bahkan ia meronta-ronta untuk berlalu pergi jauh meninggalkan tuannya. Yang pastikan pemilik akan disoal kelak kemana hilangnya ayat-ayat yang diamanahkan kepadanya. Sekali terfikir terkenang sebuah puisi yang dikarang sendiri yang berbunyi :
Hati terdetik
hiba di kala sepi
mata memandang
jauh di sudut hati
merinduimu
zat yang sejati
tiada dua
engkau Allah ya Rabbi
Terasa kesayuan bila terkenangkan, hati membisik rasa mengimbau kesilapan diri yang dilakukan tanpa rasa insaf dan menyesal. Telah sedar akan kesilapan namun bisikan jiwa yang dipenuhi nafsu menekan-nekan agar membiarkan tazkiah diri semata-mata mengisi kenodaan yang berpanjangan agar jauh dari rahmat Allah. Demikian semakin kuat hati menuju keinsafan semakin hebat hambatan nafsu merosak jiwa. Sekali lagi terkenang bait karangan sendiri :
Cubaan yang melanda
membisik-bisik hati
noda dan dosa
bersarang di jiwa
hilai dan tawaku
jadi teman berahi
penghibur lara
syaitan durjana
Aduh betapa berat dugaan ini. Syaitan pangkat apakah yang mengganggu hidup ku kini? tapi yang nyata imanku tak seteguh para wali pejuang agama untuk menepis cabaran ini. Yang paling dibimbangi kiranya aku tewas tersungkur dek godaan yang selama ini hampir-hampir tumbang.
Macam mana dengan ayat-ayat ku yang sudah dihafal? Betapa susahnya handak menjaga walau ku penjagaannya memerlukan keinsafan dan istiqamah yang berterusan. Sedetik tidak boleh dilekakan nescaya lari lah ia. Ibarat ternakan berkaki empat yang dijaga dan dibela kiranya tidak ditambat maka larilah ia entah kemana. kejarlah ia sebelum pergi jauh. Kalau dah jauh terlalu payah untuk dikejar dan mungkin tidak terkejar akhirnya...
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Sunday, August 14, 2011
Kalau tak ditambat lari dia....
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment