Apa yang istimewanya pagi ini adalah selepas solat subuh kami semua dihidangkan dengan juadah kerohanian yang disampaikan oleh ust. Syakirien (orang Perak). Kuliah beliau sangat menarik antara isi yang saya masih ingat daripada kuliah tersebut adalah:-
- Hadis "sesungguhnya seafdhal jihad adalah jihad melawan hawa nafsu" adalah hadis palsu, mengikut beliau (lebih kurang begini) kemunculan hadis ini adalah pada zaman Ibnu Arabi. Hadis ini dicipta oleh golongan Yahudi untuk mengelirukan umat Islam agar tidak bersungguh melawan mereka kerana pada ketika itu suasana tegang antara Islam dengan yahudi kristian
- Hawa nafsu manusia boleh dilemahkan dengan lapar, kerana semasa hawa nafsu dijadikan oleh Allah Taala, Allah Taala bertanyakan kepada hawa nafsu, siapakah AKU? namun dengan sombong hawa nafsu menjawab "aku adalah aku dan engkau adalah engkau". Kemudian hawa nafsu diselam dalam api neraka sehingga beberapa kali, namuh masih lagi angkuh sehinggalah dicabut nikmat makan, barulah hawa nafsu mengakui bahawa Allah Taala adalah tuhan dan dirinya adalah hamba.
- Manusia bila dah tahu perkara itu adalah dosa tetapi masih mengulanginya adalah bererti mancabar kewibawaan Allah Taala.
Saya tertarik dengan "Manusia bila dah tahu perkara itu adalah dosa tetapi masih mengulanginya dan mengulangi sehingga beberapa kali adalah bererti mancabar kewibawaan Allah Taala" kerana saya sendiri pun tidak terlepas dari mengulangi dosa yang sama, bahkan mungkin ada yang diulangi setiap hari cuma kita tidak sedar apakah dosa tersebut. Astaghfirullahalazim....
saya teringat satu syair arab yang bermaksud begini " aku hairan bila manusia katakan bahawa mereka takutkan azab tuhan tetapi sentiasa melakukannya dosa dan aku lagi hairan bila manusia mengharapkan pahala dari Allah Taala tetapi malas hendak beramal" . Sama lah juga semua umat Islam membenci iblis dan syaitan dan pada masa yang sama yang mengikut telunjuk mereka orang ini jugalah... semoga kita sentiasa memperbaiki gaya hidup dan amalan kita kearah yang lebih baik.. insya Allah
saya teringat satu syair arab yang bermaksud begini " aku hairan bila manusia katakan bahawa mereka takutkan azab tuhan tetapi sentiasa melakukannya dosa dan aku lagi hairan bila manusia mengharapkan pahala dari Allah Taala tetapi malas hendak beramal" . Sama lah juga semua umat Islam membenci iblis dan syaitan dan pada masa yang sama yang mengikut telunjuk mereka orang ini jugalah... semoga kita sentiasa memperbaiki gaya hidup dan amalan kita kearah yang lebih baik.. insya Allah
Salam? kalau mcm tu..? apakah caranya bagi mengelak terjadi mcm ni?
ReplyDeleteSalam ustaz.Kalau macam ni apa hukumnya Ustaz.Gambar ni kawan saya copy dari blog Umno http://ijoks2009.blogspot.com/2009/09/2-ekoq-khinzir-kencingkan-gambar-tok.html
ReplyDeleteTolong bagi komen sikit http://ijoks2009.blogspot.com/2009/09/2-ekoq-khinzir-kencingkan-gambar-tok.html
ReplyDeleteUstaz nak tanya sikit,apa hukumnya orang yang berterusan menyokong orang yang zalim,yang membuat undang2 zalim.apa hukum orang yang menyokongnya.adakah dikira berterusan dalam melakukan dosa .
ReplyDeleteApa makna jika anti zionis tapi dalam masa yg sama bersengkongkol dengan puak yg didokong oleh yahudi laknatullah dan puak yang terang terangan menentang islam serta puak yang menghulurkan tangan kepada golongan syiah dan khawarij.... tak lain dan tak bukan... semua nya bertentangan dengan apa yg terkandung dalam quran. apa yg aku boleh katakan... semua ini poyoooooooooo.... huhuhuhuhu.
ReplyDeletePuak ni melarang pengikut nya bertadabur kerana alasan boleh salah tafsir... Punya la bengong alasan yang diberi... bertadabur hanya baca terjemahan yang telah pun dilakukan oleh ulama2...bukan nya kita yg tafsirkan.... hampeh betul puak ni... Sedangkan dalam quran ada ayat2 mukamat yang terang lagi tapi puak yg taksub ni asyik persoal ayat mutashabihat yang akal manusia terbatas utk menjangkaunya keran antara ayt ini hanya Allah dan rasulnya yang mengetahui disebalik maksudnya.
Aku pun hairan bila ada puak yang ingin kan islam tapi dalam pada masa yg sama bersepakat dengan puak yang menentang islam.. memutar belitkan ayat Quran, taksub dengan gurunya yang menghina Nabi..berbaik dengan golongan syiah dan khawarij yang terangan merendahkan Nabi dan sahabat... puak ni la yang menghuru harakan islam demi kepentingan duniawi dan kuasa....
ReplyDelete