Malam ni berlalu seperti malam-malam biasa, selalunya aku mengadap selepas internet selepas balik dari surau. tapi malam ni aku berada di rumah saja, sambil ambil angin di beranda rumah yang tak serupa rumah rumah tapi boleh la... orang lagi teruk sampai tidur kat bawah jambatan. syukurla tu...
kira-kira pukul 10.00 malam aku keluar untuk bersembang di kedai kopi dengan beberapa orang kawan. sambil minum sambil berbual etrmasuk isu politik menjadi topik perbincangan selain berbahas mengenai perbandingan kelebihan makan gaji dengan kerajaan atau swasta. tetapi apa yang menarik untuk aku paparkan di sini mengenai politik semasa iaitu pilihanraya kecil di terengganu. beberapa hari sebelum ini ada juga aku membelek akhbar-akhbar mengenai pilihanraya kecil ni, yang aku faham dalam beberapa keratan akhbar ini adalah umno sekarang ini terlalu terdesak untuk menang. apa pun belum tahu lagi siapa yang menang. hati orang terengganu ni susah nak baca suka sangat berubah-ubah jadi pas jangan terlalu yakin untuk menang kali ini. semuanya bergantung kepada kebijaksanaan ahli parti masing-masing. namun, yang jelasnya umno terlalu sangat mengharap sokongan dari pengundi cina sehingga banyak peruntukan baru dikeluarkan untuk kaum cina di sana.
mengikut perkiraan aku, umno susah nak menang kali ini berdasar sikap pengundi yang sudah muak dengan kerenah kerajaan sekarang. bagi parti pula, berdasarkan maklumat yang aku perolehi, sekarang ini berlaku percanggahan dan pertelagahan di kalangan pemimpin pas untuk mencalonkan wakil untuk pilihanraya kecil kali ini. keadaan ini sedikit sebanyak akan menguntungkan umno melainkan mereka dapat selesaikan masalah ini dengan bijak.
piliharaya kecil ini merupakan salah satu terjemahan kepada kerajaan barisan nasional (BN) untuk menilai kembali kedudukan parti mereka di kalangan rakyat. sekiranya menang ini bermakna rakyat sudah kembali percaya kepada Barisan Nasional dan ini jelas bahawa pada mac 2008 adalah protes rakyat kepada Barisan nasional. tetapi sekira BN tewas lagi pada kali ini, ini adalah satu tanda-tanda kecil bahawa BN akan kiamat pada bila-bila masa sahaja.
ini adalah pandangan insan biasa yang tak terlalu terlibat dalam politik dan tidak mempunyai mana-mana parti untuk disokong tapi pangkah tetap pangkah. apa pun parti yang akan menang menang nanti aku ucapkan tahniah dan parti yang kalah silalah muhasabah sekali lagi agar kesilapan-kesilapan lain tidak akan berulang lagi..
selamat malam..
jom tidur..
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Monday, December 29, 2008
sembang malam
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment