Monday, May 20, 2013

AKU AKAN PERGI JUA

SETIBANYA AKU DISINI
SEBAGAI PENGGANTI MEREKA YANG PERGI
UNTUK BERSAMA MEMBINA GENERASI
AGAR TERJULANG MARTABAT DIRI
KINI AKU BERDIRI LAGI DI SINI
SETEGUH TIANG YANG TERPACAK TINGGI
MEMBAWA SERUMPUN HARAPAN BANSA
UNTUK KU KONGSIKAN BERSAMA-SAMA
TANGKAI-TANGKAI KEJAYAAN NEGARA
DATANGNYA AKU KE SINI DENGAN BERSAMBUT
TERUKIR MANIS ULAS-ULAS SENYUMAN WARGA
DENGAN WAJAH YANG BERSERI SECERAH TERBIT MENTARI
BERLAPANG DADA MENERIMA KU KE SINI
LALU,
TANGAN-TANGAN YANG DIHULUR
KU SAMBUTNYA DENGAN SENYUMAN
PENUH KEIKHLASAN DI HATI
DAN KU PASRAH SEGALA SEADANYA
DUHAI GURU-GURU YANG KU KASIHI
BERATNYA HATI INI KALA BERBICARA
TIADA BAHASA YANG BISA MEMUJUK
TIADA KATA YANG DAPAT KU AJUK
BETAPA,
GALAUNYA SEKEPING HATI INI
YANG AKAN PERGI SEKEJAP LAGI
DENGAN SEPULUH JARI INI
KU POHON DAN KU PINTA
SERIBU KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN
BIARPUN,
KALANYA TERSASUL BICARA
TERKASAR BAHASA TERSILAP TEGURAN
KAN TATAP WAJAH-WAJAH SUCI MU
AGAR SEGAR DI LUBUK MINDAKU
KISAH-KISAH YANG BERLAKU ANTARA KITA
PAHIT MANIS TIKA BERSAMA
BIARLAH IA
MENJADI SUATU KENANGAN
KENAGAN YANG TERINDAH
UNTUK KU BAWA PERGI
BERSAMA PERPISAHAN INI.
SUDAH BERMUSIM AKU DI SINI
BARU KINI KU MENGHITUNG HARI
SAAT-SAAT INDAH YANG DILALUI
KAN KU SIMPAN DALAM HATI
AGAR MENJADI SEBUAH MEMORI

Tuesday, May 14, 2013

PESAN GURU (KEMASKINI)



PUTRA PUTRI
MURID MURID S K T P
BERHATI-HATI JAGA LAH DIRI SENDIRI
ILMU YANG DIBERI BIAR LAH MEMBAWA BERERTI
KELAK NANTI HIDUP KAMU AKAN DIHORMATI

ENGKAU BELAJAR MELANGKAH DENGAN LANGKAH YANG PERTAMA
BERTATIH JALAN KE HILIR BERTATIH JALAN KE HULU
JASA IBU DAN AYAH JANGAN LAH KAU BUAT LUPA
PERIT DAN JERIH MEREKA HANYA TUHAN YANG LEBIH TAHU

BILA SUDAH BESAR KENA BELAJAR JADI PANDAI
JANGAN KAU JADI HEBAT TAPI MANUSIA DURJANA
ILMU YANG KAMI AJAR HARAP LAH SELALU PAKAI
SUPAYA NANTI KAMU MENJADI INSAN YANG BERGUNA

KACANG YANG DIBERI SANGAT ENAK BILA DIRASA
KULIT DIA  BUANG MERATA BERSEPAH PENJURU TANGGA
JANGAN SUATU HARI ENGKAU JADI MURID DERHAKA
ILMU YANG KAU TERIMA NAMA GURU PUN KAU DAH LUPA

DIROTAN DAN DIPALU  DARI  PUNGGUNG KE HUJUNG KAKI
SAKITNYA SANGAT DI RASA  HATI PEDIH TIDAK TERPERI
INGAT LAH JASA GURU BUDINYA DISANJUNG TINGGI
PESAN DAN AMANATNYA KAU SEMAT LAH DALAM HATI





PESAN GURU

DUHAI PUTRA PUTRI SEKOLAH TERCINTA
SEDARLAH DIRI JANGAN KAU LUPA
ILMU YANG DIBERI GUNALAH IA
HIDUP DIBERKATI AMAN BAHAGIA

ENGKAU MELANGKAH LANGKAH PERTAMA
BERTATIH-TATIH KE HILIR DAN KE HULU
JASA IBU AYAH JANGAN LAH KAU LUPA
PERIT DAN JERIH HANYA TUHAN YANG TAHU

BILA DAH BESAR KENA LAH PANDAI
JANGAN MENJADI MANUSIA DURJANA
ILMU DIAJAR SELALU LAH DIPAKAI
SUPAYA MENJADI INSAN BERGUNA

KACANG DIBERI ENAKNYA RASA
KULIT MERATA DIPENJURU TANGGA
JANGAN MENJADI MURID DERHAKA
ILMU DITERIMA NAMA GURU PUN KAU LUPA

DIROTAN DIPALU DIHUJUNG KAKI
SAKITNYA RASA TIDAK TERPERI
JASA GURU DISANJUNG TINGGI
PESANNYA JUA TERSEMAT DI HATI

____________ ******* _____________

ASSALAMUALAIKUM
ADIK-ADIK SELAMAT PAGI 
HARI INI KITA BERHIMPUN
KITA ADA MAJLIS RASMI

KITA SAMBUT HARI GURU
HARI INI YANG MULIA
MINTA SAHUT MINTA SETUJU
DALAM HATI RASA CERIA

KITA MENYANYI KITA BERDIKIR
PAGI INI SAMA-SAMA
CUBA KAJI CUBA FIKIR
KITA INI SIAPA DIA

ADIK-ADIK MURID KAMI
KAMI INI CIKGU KAMU
KAMI DIDIK SEPENUH HATI
APA DIA BALASAN KAMU

JASA-JASA KAMI SEMUA
HARAP ADIK TIDAK LUPA
JANGAN ADA DALAM DADA
SIKAP JIJIK MENCACI CERCA













Sunday, May 12, 2013

NAMA MU HANYA KENANGAN

SEJENAK HATI INI TERBUAI
TERUKIR NAMAMU DALAM INGATAN
KENANGAN INDAH YANG DULU TERSEMAI
ANTARA KITA HUBUNGAN PERCINTAAN

HADIRNYA DIRI MU
MEMBAWA SERIBU HARAPAN
TATKALA DIRI KU
DIHANYUTKAN ARUS KEGELAPAN
MEMBIMBING AKU
MENUJU SINAR KEBAHAGIAAN
DAN KAU RELA
KAN BERSAMA SELAMANYA

NAMA MU KINI JADI KENANGAN
HADIR MU JUA CUMA TINGGAL BAYANGAN
JANJI MU DULU KINI JADI GURAUAN
KAU PERGI ... TANPA PESANAN

TINGGALLAH DIRI KU KESEORANGAN
MEMBAWA KENANGAN SEBUAH PERCINTAAN
HUBUNGAN TERJALIN MENCALAR KESETIAAN
CINTA MU ITU SUATU PENDUSTAAN

TAK KAN KU BERPALING LAGI
SETELAH APA YANG TERJADI
BIARLAH IA MENJADI SEJARAH
KISAH CINTA LUKA YANG PARAH

AJEY ABU ALI 
13 MEI 2013
SKTP 
9.42 AM 


Monday, August 27, 2012

AIDILFITRI 2012
















YANG CANTIK ITU HATI



Wajahmu yang indah berseri
Di pagi raya kau menghiasi
Sanak saudara yang didatangi
Pertemuan yang bukan sekali

Di lebaran ini kau ulangi
Kisah dulu diungkit kembali
Pertemuan kini tiada erti
Kau berlari mula menjauhi

Apa salah di mana silapnya
Kau berpaling tiada memandang
Sikap membenci ketara zahirnya
Lupakah kamu kita sebendang

Wajah yang cantik nampak buruknya
Membusuk berulat memakan hati
Bicara pedas pedih mencalar telinga
Siapakah gerangan yang kau benci

Sedarlah wahai si manis jelita
Kehormatan itu tiada di muka
Ia mekar berseri indah di jiwa
Kerna yang cantik itu dihati kita

JANGAN PERBESARKAN

JANGAN PERBESARKAN
SEGALA YANG BERLAKU
RAJUKAN MEMBIAS BISA
MEMBARAH MENYAKITI

SEBANYAK MANA BERSELISIH
SETEBAL APA HATI PEDIH
KITA INSAN USAHLAH MERINTIH
ERATKAN HUBUNGAN SUCI BERSIH

YANG DEKAT KITA RAPATKAN
YANG JAUH KITA SERUKAN
SAUDARA MARA KITA ERATKAN
BADAI MELANDA KITA SISIHKAN

KITA SATU NEGERI SATU DAERAH
HUBUNGAN DARAH BISA BERDARAH
ANAK-ANAK USAH DIKERAH-KERAH
KALAU HASUTAN YANG MENJARAH

SERULAH DENGAN SUARA INDAH
MASIH YANG TERTUNGGU-TUNGGU
AJAKAN MESRA MERDU MERENDAH
BISA TERJALIN UKHUWWAH BERSATU

KITA SEMUA SATU DARAH
PAHIT MANIS MENGALIR SEKATA
BIAR LUKA BERWARNA MERAH
KITA INSAN KITA SAUDARA

Saturday, August 11, 2012

Ketetapan Imsak Sebelum Subuh




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw serta para sahabatnya.

Entah bermula dari tahun berapa, umat Islam di negara kita telah mengenali erti imsak sebelum masuknya waktu subuh selama lebih kurang 10 minit.  Tetapi ketetapan imsak dengan erti seperti ini tidak pula diketahui di negara-negara Islam yang lain sama ada di Timur Tengah atau lainnya.  Tidak ada sesiapapun di antara kita yang cuba  bertanya tentang asal usul imsak ini, apatah lagi untuk mempersoalkannya.  Inilah satu sikap tidak baik yang ada pada masyarakat kita iaitu menurut saja apa yang diperkenalkan tanpa usul periksa.

Yang menghairankan ialah institusi-institusi agama di negara kita juga seolah-olah mengesahkannya, justeru ia disebarkan melalui media massa, risalah-risalah, poster-poster, iklan-iklan  dan sebagainya dengan begitu meluas sekali.  Semuanya menyatakan “waktu berbuka puasa dan imsak atau imsakiah”.

Imsak dalam istilah (makna sebenar) bermaksud, menahan diri daripada makan, minum, jimak dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa.  Inilah juga imsak yang difahami oleh masyarakat umum daripada waktu imsak yang disiarkan itu.

Tetapi ada juga setengah-setengah kalangan yang terus makan walaupun selepas waktu imsak itu.  Tentu pihak lain memandangnya dengan pandangan yang serong dan mungkin tidak sah puasanya dan orang yang melakukan perbuatan itu sendiripun berada dalam keadaan serba salah.

Dari itu, pihak kami berasa  bertanggungjawab membincangkan  isu ini secara ilmiah berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah di samping kitab-kitab ulamak yang muktabar dengan harapan umat Islam amnya dan institusi-institusi agama di negara ini akan menilai semula ketetapan imsak sebagaimana yang diamalkan selama ini.

Pertama, Al-Quran dengan jelas mengatakan  firman Allah:

وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر

“Makan dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq- permulaan waktu subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar.” (Al-Baqarah: 187)

 Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada sebarang imsak sebelum masuknya waktu subuh malah Allah menganjurkan supaya kita makan dan minum “hingga” atau “sampai” masuk waktu subuh.  Perintah disini mengikut ulamak usul bukan memberi makna wajib walaubagaimanapun paling kurang ia memberi makna harus.

Kedua, hadis sahih jelas menunjukkannya di mana Nabi s.a.w. bersabda,    

“Janganlah menahan kamu dari makan dan minum oleh azannya Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Para ulamak sepakat mengatakan bahawa Bilal melaungkan azan sebelum masuknya waktu subuh dengan tujuan mengejutkan orang yang tidur supaya bangun bersahur dan Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan apabila masuknya waktu subuh.

Di sini tidak disebutkan tentang imsak atau menahan diri daripada makan minum dan sebagainya sebelum masuknya waktu subuh malah ia menganjurkan supaya makan sampai akhir waktu iaitu masuknya waktu subuh.

Ketiga, dalam hadis sahih yang lain Nabi saw bersabda yang mafhumnya

“Umat ini akan sentiasa baik selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur” (Riwayat Imam Ahmad).

Hadis ini juga menerangkan kedua-dua ayat Al-Quran dan Hadis yang tersebut di atas yang bermaksud: Makan dan minum dan sebagainya hingga masuk waktu subuh.  Selagi umat ini melakukan demikian mereka berada dalam kebaikan sebaliknya bila mereka meninggalkan amalan-amalan seperti ini mereka tidak lagi berada dalam kebaikan.

Keempat, kita telah meneliti sekurang-kurangnya 30 buah kitab muktabar dalam Mazhab Syafie antaranya Al-Umm, Majmuk Syarah Muhazzab, Al-Iqna’ Al-Mahalli, Hasyiah Al-Bajuri, As-Syarqawi , Bahrul-Mazi, Kasyful Litham dan lain-lain lagi selain daripada kitab-kitab muktabar dalam mazhab-mazhab yang lain tetapi tidak juga kita temui adanya ketetapan imsak sebelum masuknya waktu subuh sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia.

Hairan! Kalau begitu dari manakah puncanya ketetapan imsak ini, dan siapakah orang yang mula-mula memperkenalkannya?  Mungkin orang yang menyokong ketetapan imsak ini berhujjah dengan hadis  sahih yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bermaksud,
 
“Kami bersahur bersama Nabi s.a.w. kemudian kami bangun pergi sembahyang, perawi bertanya:”  Berapakah jarak diantara bersahur kamu dengan sembahyang? Zaid menjawab: lebih kurang lima puluh ayat” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna (kata mereka) bersahur itu sudah selesai sebelum masuk waktu subuh selama lebih kurang 50 ayat (jika dianggarkan tempohnya lebih kurang 10 minit.)  Inilah punca imsak,”  kata mereka.

Tetapi pemahaman yang seperti ini tidak benar kerana;

1.       Tidak ada seorangpun perawi hadis yang menghuraikan pengertian begitu.

2.        Hadis ini ada kemungkinan memberi erti yang lain selain daripada kemungkinan tadi.  Ia mungkin memberi erti “tempoh diantara selesai bersahur dengan sembahyang subuh itu adalah lebih kurang 50 ayat.  Ini bermakna setelah selesai bersahur azan dilaungkan selepas itu sesiapa yang hendak mengambil wudhu’ bolehlah mengambil wudhu’ kemudian barulah sembahyang subuh.  Tempoh di antara azan, wudhu’, sembahyang sunat subuh dan sembahyang subuh itu sendiri adalah lebih kurang 50 ayat.

 

 
(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was-Sunnah dengan sedikit pindaan)

Monday, August 6, 2012

TARIKH NUZUL AL-QUR’AN: SATU PERBINCANGAN

TARIKH NUZUL AL-QUR’AN: SATU PERBINCANGAN

Thursday, July 12, 2012

DI MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG