Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Thursday, August 11, 2016
RAYA KORBAN 2015
Tuesday, August 9, 2016
DATANGLAH PADAKU
Telah jauh berlalu
bersama jaraknya masa
dihambat usia nan senja
kusut di relung kalbu
galau meresahi jiwa
aku sering terleka
rebah dan tergoda
hanyut jiwa lara
terselubung noda
terkulai tak bermaya
galau meresahi jiwa
aku sering terleka
rebah dan tergoda
hanyut jiwa lara
terselubung noda
terkulai tak bermaya
Tuesday, August 2, 2016
SUKAN TAHUNAN SK TAMAN PUTERI 2016
Saturday, February 13, 2016
Malam ini dan esok hari
Ketika alam kaku dan sepi
Tiada angin yang berlari
Unggas lena dibuai mimpi
Sayu melegarkan sunyi
Mata berkelip kanan dan kiri
Menanti dan terus menanti
Tiba masanya melangkahlah kaki
Dalam tidur hati terjaga
Dalam jaga hasrat terlena
bicara dibuka madah berbunga
Agar bersahut ayat bermakna
bukan lelucon yang menghina
barulah bererti madah bicara
hadir gembira hilang kecewa
Malam mula melangkah pergi
Perlahan berjalan seperti mencari
Limpahan cahaya sinaran mentari
Biasan pagi yang dinanti-nanti
bersama secebis harapan murni
yang telah terzahir di relung hati
Sebelum mata disarung lena
angan dan impian telah terbina
Untuk digenggam sepenuh rasa
Gusar terlepas sukar nak raba
Moga esok masih bernyawa
Andai mati terkuburlah semua
segala harapan yang dipuja
Tiada angin yang berlari
Unggas lena dibuai mimpi
Sayu melegarkan sunyi
Mata berkelip kanan dan kiri
Menanti dan terus menanti
Tiba masanya melangkahlah kaki
Dalam tidur hati terjaga
Dalam jaga hasrat terlena
bicara dibuka madah berbunga
Agar bersahut ayat bermakna
bukan lelucon yang menghina
barulah bererti madah bicara
hadir gembira hilang kecewa
Malam mula melangkah pergi
Perlahan berjalan seperti mencari
Limpahan cahaya sinaran mentari
Biasan pagi yang dinanti-nanti
bersama secebis harapan murni
yang telah terzahir di relung hati
Sebelum mata disarung lena
angan dan impian telah terbina
Untuk digenggam sepenuh rasa
Gusar terlepas sukar nak raba
Moga esok masih bernyawa
Andai mati terkuburlah semua
segala harapan yang dipuja
Sunday, August 16, 2015
NAWWAR SAKINAH 2014
AIDILFITRI 2015
Friday, July 10, 2015
MUKHAYYAM TARBAWI 2015
Mukhayyam Tarbawi 2015 merupakan program sambungan yang telah diadakan pada tahun 2009. tujuan program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman dalam ibadat yang selaras dengan kehendak sunnah s.a.w.
pelbagai aktiviti yang dirangka dan alhamdulillah syukur kehadrat Allah Taala kerana mempermudahkan segala urusan sehingga aktiviti berjalan seperti yang direncanakan. jutaan terima kasih kepada Dr. Tengku Asmadi kerana sudi menyampaikan ceramah motivasi secara percuma untuk murid-murid SK Taman Puteri pada program kali ini. tak lupa juga kepada GPK Kurikulum yang sentiasa memberi sumbangan tenaga dan idea sepanjang program berjalan.
akhir sekali, selaku penyelaras program, sumbangan para guru dalam pelbagai jawatankuasa sangat membantu melancarkan program, hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas segala jasa bakti anda semua... terima kasih semua
Sunday, July 5, 2015
yang dulu sentiasa dalam kenangan
Friday, July 3, 2015
KENANGAN LALU
KENANGAN DI KAMPUNG DEWAN BESAR
Subscribe to:
Posts (Atom)







































