Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Sunday, May 17, 2009
Satu lagi fitnah: Tuduhan Terhadap Dr. Asri Menghalalkan Liwat
Adalah sangat bahaya kalau tuduhan ini tersebar luar kerana ia akan mendatangkan fitnah yang sangat besar kepada masyarakat lagipun dengan tuduhan yang sangat tidak berasas ini secara tidak langsung akan menjatuhkan maruah pemilik blog ini. Blog nya padat dengan ilmu dan berita tetapi sayang ia dipenuhi dengan fitnah-fitnah lebih-lebih lagi fitnah yang melampau terhadap wahabi.. Kenapa marah sangat pada Wahabi?.. saya pun hairan tapi yang jelasnya mereka dan golongan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh suatu kuasa yang menutup minda dan hati dengan memandang bahawi hanya golongan mereka saja yang betul dan golongan lain termasuk wahabi tergolong dalam golongan sesat.... Astaghfirulla al-Azim...
Kepada semua pembaca artikel ini, berhati-hatilah dalam menilai seseorang dan jangan berani menghukum kerana lebih baik tersalah ampun dari tersalah hukum...
Saturday, May 16, 2009
Berbicara tentang "KELEBIHAN TENTANG DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN
| Hadis Palsu tentang Kelebihan Doa Awal & Akhir Tahun | | | |
| Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri | |
| Thursday, 18 January 2007 | |
| Hadis Palsu tentang Kelebihan Doa Awal & Akhir Tahun Oleh al-ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Laman web http://www.islam.gov.my/program/doa.html mencatatkan satu hadis tentang kelebihan membaca doa awal tahun bermaksud: sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak- Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” Sememangnya menjadi amalan sebahagian masyarakat Muslim Melayu berhimpun pada hari terakhir tahun hijri untuk berdoa dengan doa awal tahun dan akhir tahun. Doa yang selalu dibaca dan kononnya datang daripada Nabi berbunyi: اللهم ما عملته في هذه السنة مما نهيتني عنه ولم ترضه ، ونسيته ولم تنسه ، وحلمت عليَّ في الرزق بعد قدرتك على عقوبتي ، ودعوتني إلى التوبة بعد جراءتي على معصيتك ، اللهم إني استغفرك منه فاغفر لي ، وما عملته فيها من عمل ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك يا كريم ، يا ذا الجلال والإكرام أن تقبله مني ، ولا تقطع رجائي منك يا كريم ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم UlasanHadis tidak diriwayatkan dalam mana kitab-kitab hadis. Penentuan awal tahun dan akhir tahun hanya berlaku di zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi. Bagaimana mungkin baginda menjelaskan hadis ini dan doa awal tahun kepada para sahabat? Justeru hadis ini adalah palsu dan haram serta tidak wajar disebarkan. Baginda bersabda:مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِMaksudnya: “sesiapa yang berdusta menggunakan nama ku,maka tersedialah untuk dirina satu tempat duduk dalam neraka.” (hadis riwayat Bukhari dan Ahmad) Diriwayatkan daripada Samurah bahawa Nabi bersabda: مَنْ حدَّثَ عنِّي بحديثٍ يرى أنَّه كذبٌ فهو أحدُ الكاذبيـنMaksudnya: “sesiapa yang bercerita atas namaku satu hadis yang dirasakannya bohong, maka dia adalah salah seorang pembohong. (hadis riwayat Muslim) |
Bersangka baik itu satu nikmat yang tersembunyi
Ramai yang lupa bahawa dengan bersangkan baik ia akan memberikan kita nikmat yang luarbiasa. Sebab itulah dalam Islam terlalu menggalakkan penganutnya supaya sentiasa berbaik sangka sesama manusia apatahlagi sesama Islam. Dengan merujuk kepada pendapat pakar kaunseling, berbaik sangka ini adalah suatu yang berkait dengan perasaan yang boleh menyalurkan perasaan kita terhadap orang yang kita sangkakan. Terdapat arus dalam yang boleh kita katakan di sini sebagai aura dan aura ini yang menyalurkan arus dari kita terus kepada orang tersebut lebih-lebih lagi orang tersebut sentiasa berada di sekeliling kita. Sebab tu lah, kalau kita perhatikan, bila kita mempunyai perasaan benci terhadap seseorang secara tak langsung orang tersebut dengan sendirinya tidak mesra dengan kita. Dan kita jangan terlalu yakin dengan orang yang kita sangka buruk baik dengan kita walaupun kita berperasaan demikian sebab dalam bab menjaga hati atau berlakon memang terjadi sedangkan dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu. Manakan dia boleh senang hati dengan kita secara jujur sedang kita sendiri pun berperasaan tidak baik terhadapnya. Atau contoh yang lebih senang lagi kalau kita berkenan pada seseorang gadis walaupun kita tidak menzahirkan perasaan kita terhadapnya tetapi secara tidak langsung terbit rasa malu atau gelabah di hatinya. Kalau tak percaya cuba bayangkan wajah gadis yang kita kita minat yang selalu bersama dengan kita kemudian perhatikan kesannya dalam tempoh seminggu. Dia terima atau tidak itu bab lain tapi yang jelasnya hati dia tidak akan tenteram bila kita ada bersama pada waktu itu. Inilah yang dikatakan telepati.. mengalurkan arus melalui perasaan.
Oleh yang demikian, sekiranya kita inginkan kita sentiasa dipandang baik oleh orang lain, maka bermula hari ini ubah lah perasaan kita bahawa semua yang berada di sekeliling kita ini adalah semuanya baik-baik belaka. Nikmatnya sangatlah banyak, Insya Allah semua yang baik akan mengelilingi kita dan kejahatan sedikit demi sedikit akan terhakis terutamanya sikap mengumpat, keji mengeji, mengutuk dan sebagainya. Tidak susah nak dapat pahala dan senang juga nak dapat dosa, semuanya bergantung pada perasaan kita atau lebih tepat lagi hati. Dan lepas ini, kalau nak senang dapat naik pangkat cubalah fikirkan apa kebaikan yang ada pada bos atau majikan kita, hasilnya kalau dulu bos kita memang menyampah dengan kita, lama kelamaan ia akan bertukar menjadi suka dan mesra.. itu lah nikmat bersangka baik yang selalu kita abaikan dalam perasaan kita...
sekian, wassalam.....................
Friday, May 15, 2009
Minda Sedar: Bagaimana kita memperalatkannya?
Wednesday, May 13, 2009
j-QAF: Suatu tanggungjawab besar
Dalam taklimat tersebut Ust. hasnol menyatakan antara aspek-aspek yang akan dipantau adalah:
- P&P
- Khatam al-Qur'an dan Model Tasmik
- Headcount
- Fail-fail
- Data-data j-QAF
- Minit mesyuarat (Penekanan diberikan mengenai peningkatan prestasi murid)
- dan beberapa perkara lain yang berkaitan
Tuesday, May 5, 2009
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab : Satu jawapan sebagai perbandingan kisah
| Fitnah ke atas Syeikh Muhammad Abdul Wahab: Ini jawapannya | ||||
| Posted by : zain-ys on Friday, December 16, 2005 - 12:58 PM CCT 10032 Reads | ||||
| |
| |||
Isu Tahlil: Sedekah dan Upah
Apa pun yang ingin saya tuliskan di sini adalah mengenai sedekah dan upah dalam majlis tahlil. Bagi pendapat saya (mungkin betul, harus salah) memberi makan kepada peserta majlis adalah lebih kepada upah makan bukan sedekah makanan. Sebab apa? Kerana mereka diberi makan setelah berzikir beratus-ratus zikir. Mereka diberi makan bukan kerana sebab nak bagi makan saja-saja tapi kerana mereka berzikir kepada arwah yang diminta oleh tuan rumah untuk disedekahkan pahala zikir mereka kepada arwah keluarga tersebut.
Andainya kalau tuan rumah memanggil hadirin untuk makan saja kemudian balik rumah, sama atau tidak, hadirin dipanggil untuk berzikir dan sedekah pahala zikir tersebut kepada arwah kemudian diberi makan? Mana satu sedekah yang lebih tepat dari segi maknanya?. Sebab itulah saya lebih katakan itu adalah upah sebab berzikir bukan sedekah makan kepada hadirin tersebut.
Saya tidak nafikan bahawa pahala zikir tersebut itu sampai, kerana terdapat ulama yang mengatakan sampai, jadi ini bukan persoalannya cuma yang menjadi persoalan di sini adalah jamuan makan tersebut dikira sedekah atau upah? Eloklah kalau pembaca menilai kembali yang mana satukah yang lebih tepat lagi....
kalau diperhatikan dalam hadis pun, Banyak hadis yang lebih menganjurkan agar yang hidup memohon keampunan untuk si mati, cuba lah lihat hadis-hadis Nabi s.a.w dengan hati yang terbuka. Apakah dengan kenyataan saya begini, saya terus dianggap Wahhabi yang terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah.. Na'uzubillah........
Walau apa pun biarlah apa yang mereka katakan, yang jelas di sini saya sangat tidak bersetuju dengan jamuan makan oleh keluarga si mati untuk hadirin khususnya penduduk kampung kerana penduduk kampung harus lebihmemberikan pertolongan dan memberi makan kepada keluarga si mati bulan keluarga si mati yang memberi makan kepada hadirin yang lain. Apatah lagi kalau keluarga itu miskin hanya sekadar untuk makan ala kadar saja, bila diberi upah lagi mepada hadirin yang berzikir untuk arwah kemana lagi harus dikorek duit selepas ini.. Dan saya sangat bersetuju kalau nak buat sangat majlis tahlil, bila urusan makan dan minum diuruskan seratus peratus oleh penduduk kampung tanpa keluarga si mati tidak mengeluarkan sedikit pun wang ziarah yang mereka perolehi daripada mereka yang menziarah si mati....
Apa yang penting, kita sebagai manusia yang serba kekurangan jangan terlalu sangat memberatkan perkara yang mudah... Cuba fikirkan kalau keluarga si mati membuat majlis tahlil tanpa membuat makanan, apakah jiran-jiran dan hadirin yang lain akan berterusan ke majlis zikir hingga tamat 7 malam? Tapi mengikut pengalaman saya, dijamu sekadar makan roti pun dah bising apatah lagi tidak diberikan langsung... Ini masalahnya sekarang ini...
Sekian, Wassalam.......
Monday, May 4, 2009
Antara Guru, Tok Guru dan Mahaguru
Dalam kesunyian yang membawa diri untuk termenung kosong tiba-tiba terfikir keseronokan mengajar murid tahap 2 yang kurang banyak kerenah berbanding murid tahap 1. Sebab tu lah guru yang lebih senior lebih memilih untuk mengajar murid tahap 2 berbanding dengan tahap 1.
Setelah diperhatikan antara situasi ini maka saya dapati terdapat 3 kategori yang boleh dilabelkan kepada golongan pendidik masakini. Yang pertama: Guru: Mereka adalah yang sentiasa bersama dengan murid yang sangat suka melayan kerenah murid walau apa jua keadaan sekalipun. Dan juga mereka adalah guru tahap 1 yang terpaksa berlakon diri untuk menghadapi bahana keganasan dan kenakalan murid semata-mata untuk menyuapkan sedikit ilmu agar menjadi insan yang berotak. Yang Kedua: Tok Guru: Selalunya mereka yang mendidik murid tahap 2 dan murid sekolah menengah yang sudah berakal dan mampu untuk menterjemahan arahan guru dalam bentuk pelaksanaan yang memuaskan hati guru. Situasi ini yang tidak memerlukan suapan ilmu hanya sekadar menyampaikan dalam bentuk bimbingan kerana murid ini sudah mampu untuk menyimpan ilmu yang disampaikan oleh guru. Dan Yang Ketiga: Mahaguru: Pendidik yang berada di tahap yang paling selesa sekali iaitu pensyarah-pensyarah universiti atau kolej kerajaan atau swasta dan tidak ketinggalan juga guru yang mengajar murid tingkatan 6 yang mana murid sudah memiliki hati dan akal yang cukup sempurna untuk menilai kebaikan dan keburukan.
Justeru, kalau anda sebagai pendidik, sila pastikan kategori manakah kedudukan anda? Guru, Tok Guru atau mahaguru..... Hanya yang mampu menilai diri anda sendiri... Dan kalau anda mahu berada dalam ketegori Mahaguru silalah lanjutkan pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi lagi... Insya Allah akan sentiasa bersama anda dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini... yang penting berjuanglah demi agama, bangsa dan negara.... Subhanallah....
Saturday, May 2, 2009
Kepada pencinta dan musuh Wahhabi.... Sila baca!!!
Aqidah : Fahaman Wahhabi, Satu Penilaian
9 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Tuesday, December 26, 2006 at 11:15 PM.
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.
“Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun temurun kini dikatakan menular di kalangan cerdik pandai muda. Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Qur’an untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah”. Ini Adalah keratan akhbar Mingguan
Siapakan Golongan Wahhabi?
“Mausuah al-Muyassarah Fil Adyan Wal Mazahib al-Mua’sorah” menamakan mereka sebagai kumpulan “Dakwah Salafiyyah” dan memperkenalkan mereka sebagai pencetus Harakah Islahiyyah (reformasi) yang timbul di hujung zaman kemunduran dan kejumudan pemikiran di dunia Islam. Ia adalah satu kumpulan yang menyeru supaya kembali kepada berpegang dengan Aqidah Islamiyyah dan asas-asasnya yang suci bersih. Ia juga mengajak supaya menyucikan Tauhid daripada sebarang unsur syirik. Dan mereka juga digelar sebagai Wahhabiyyah kerana dinisbahkan kepada pengasasnya iaitu Muhammad bin Abdul Wahha[1]. Pada hakikatnya para penganut fahaman ini bukanlah satu kumpulan yang asing (terkeluar daripada Islam) bahkan mereka adalah satu kumpulan yang masih menjaga asas-asas Islam ataupun (boleh dikatakan juga bahawa) mereka adalah kaum muslimin yang bermazhab Hanbali, yang mana sandaran pegangan-pegangan mereka merupakan al-Qur’anul Karim dan juga Hadis Nabawi[2].
Kemunculan Fahaman Wahhabi
Kumpulan ini muncul kerana keterlampauan dalam mentaqdiskan individu-individu tertentu dan keterlampauan dalam mengambil berkat dengan mereka dan mendekatkan diri dengan menziarahi kubur-kubur mereka[3]. Dr Muhammad Imarah menganggap kemunculannya adalah sebagai tunas kesedaran Islam dan sebagai petunjuk pertama kepada era baru umat Islam[4]. Beliau juga menganggap bahawa fahaman ini adalah kesinambungan aqidah salaf yang terdahulu yang bersumberkan nas dan dipelopori pada asalnya oleh Imam Ahmad bin Hanbal.
Menurut kitab “al-Madkhal ila Dirasatil Adyan Walmazahib”, Wahhabiyyah ini muncul sebagai reaksi tindak balas kepada banyaknya perkara-perkara bid’ah yang tidak ada asalnya dalam agama. Timbulnya kumpulan ini untuk menentang bid’ah tersebut dan kumpulan ini menghidupkan ajaran Ibnu Taimiyyah. Pada hakikatnya mereka bukanlah satu kumpulan yang berasingan, bahkan mereka adalah sebahagian daripada kaum muslimin yang bermazhab Hambali, yang mana sandaran akidah mereka juga adalah al-Qur’anul Karim dan Hadis Nabawi. Tujuan mereka adalah untuk mengasaskan kerajaan Islam di atas asas-asas Syariah Islamiyyah. Mereka menolak fahaman Syiah dan menentang sagala bentuk bid’ah yang dibawa oleh golongan Syiah dan Sufiyyah[5].
Antara Wahhabiyyah Dan Salafiyyah
Dan sebahagian mereka juga berkata bahawa nisbah yang paling tepat untuk mereka adalah “Muhammadiyyah” dan bukannya “Wahhabiyyah”. Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Baz (bekas Mufti Arab Saudi): “Gelaran yang sahih kepada mereka adalah al-Muhammadiyyah, kerana ini jelas membawa erti bahawa pengasas dakwah ini (fahaman ini) ialah Syeikh Muhammad dan bukannya ayahandanya Abdul Wahhab. Dan antara yang sangat pelik ialah kamu tidak akan dapati bagi galaran ini (Wahhabiyyah) sebarang kesan di Najd, bahkan orang-orang
Syeikh Al-Albani pula menyatakan gelaran Wahhabiyyah sebenarnya satu kemuliaan, kerana ia dinisbahkan kepada salah satu nama Allah SWT, iaitu "Al-Wahhab". (walaupun tujuan musuh menamakannya demikian untuk memburuk-burukkan mereka). Beliau juga menganggap faktor utama fitnah yang dilemparkan kepada golongan ini adalah masalah politik di zaman tersebut[10].
Pengasas Fahaman Ini
Pengasas fahaman ini ialah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi an-Najdi (1115-1206H, 1703-1791M)[11]. Dilahirkan di al-Uyaynah, satu kampung yang memang dikenali di al-Yamamah di
Beliau merupakan seorang yang sangat cerdik, sehinggakan ayahandanya yang merupakan seorang Qadhi pernah menyatakan bahawa terdapat beberapa hukum hakam yang beliau ambil kefahaman daripada anaknya sedangkan anaknya itu masih belum baligh. Ayahandanya pernah menajdikannya imam solat semenjak umurnya dua belas tahun lagi. Setelah beliau pergi ke Mekah menunaikan haji, (dalam lingkunga umur 12 tahun), beliau sempat belajar dengan sebahagian ulamak-ulamak Masjidil Haram. Kemudian beliau menuju ke Madinah, dan belajar dengan Syeikh Muhammad Hayat al-Sindiyy (1165H). Syeikh Wahabi juga telah pergi ke
Beliau kahwin dalam usia yang sangat muda iaitu ketika berumur dua belas tahun dan dikurniakan beberapa orang anak. Tinggal di “ad-Dar’iyyah” lebih kurang 50 tahun dan di situlah pusat beliau mengembangkan ajarannya dengan disokong oleh pemerintah “ad-Dar’iyyah”, iaitu Muhammad bin Su’ud. Beliau bukan sahaja menghabiskan masanya dengan dakwah secara lisan, bahkan seperti juga ulamak-ulamak yang lain yang berdakwah dengan penulisan. Beliau pernah menulis beberapa
Beliau meninggal pada hari isnin pada bulan Syawwal tahun 1206H, dalam lingkungan umur 91 tahun.
- Syeikh Muhammad dalam pengajarannya bermazhab Hambali, tetapi beliau tidak melaziminya secara mutlak. Ini kerana beliau akan meninggalkan pendapat mazhab Hanbali jika pendapat yang lain adalah lebih “rajih” dalilnya pada pandangan beliau. Kerana inilah dikatakan bahawa golongan “Salafiyyah” ini tidak bermazhab pada “usul” dan bermazhab Hambali pada furu’.
Ertinya dalam masalah aqidah, Syeikh Muhammad dan para pengikutnya tidaklah bermazhab “Asyairah, atau Maturidiyyah, Muktazilah dan sebagainya, kerana mereka hanya menyambung pegangan para salaf yang terdahulu. Dan dalam masalah furu’ atau fiqh pula mereka bermazhab Hanbali. Dalam hal ini Syeikh Muhammad pernah menyatakan: “Alhamdulillah, sebenarnya aku bukanlah membawa ajaran yang baru, bahkan aku hanya menurut ajaran golongan salaf yang terdahulu. Akidahku dan peganganku yang mana aku berpegang dengannya ialah akidah “Ahli Sunnah Waljamaah” yang mana ia merupakan pegangan sebenar kaum muslimin, sebagaimana pegangan imam-imam mazhab yang empat dan juga pengikut mereka sehingga hari kiamat[12]. Beliau juga pernah berkata: “Adapun mazhab kami ialah mazhab Imam Ahmad bin Hanbal, iaitu Imam Ahlus Sunnah (dalam masalah furu’), dan kami tidak mendakwa mampu berijtihad. Dan jika jelas kepada kami satu sunnah Rasulullah yang sahih, kami akan amalkannya dan kami sekali-kali tidak akan mendahulukan pendapat orang lain, walaupun siapa sahaja yang mengatakannya”[13].
- Fahaman Wahhabi menekankan kepada perlunya kembali kepada ajaran al-Qur’an dan Sunnah.
- Ia juga mengajak kepada membuka pintu ijtihad.
- Mengajak kaum muslimin supaya kembali kepada dasar tauhid yang dibawa oleh para salafussolih yang terdahulu dan menyucikannya daripada sebarang syirik.
Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi: “Perkara yang paling utama bagi al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab di semenanjung tanah arab ialah perkara aqidah. Iaitu untuk menjaga aqidah daripada sebarang syirik dan khurafat yang boleh mengotorkannya dan mengeruhkan kejernihannya. Di atas perkara itulah beliau menulis buku-bukunya dan juga surat-surat kirimannya, dan beliau telah bangkit dengan dakwahnya dan amalannya untuk meruntuhkan syiar-syiar syirik tersebut” [14].
- Mengisbatkan al-Asma’ was Sifat sebagaimana yang Allah SWT isbatkan dan Rasulullah s.a.w. isbatkan tanpa “tamsil”, “tasybih”, takyiif dan “takwil”.
Ini kerana mereka berpendapat bahawa tidak ada yang mengenali Allah SWT melebihi darupada diriNya sendiri dan juga RasulNya. Berkata Imam Ahmad: “Tidak boleh kita sifatkan Allah SWT melebihi daripada apa yang disifatkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak boleh melampaui al-Qur’an dan juga al-Hadis"[15]. Dan mereka tidak menerima takwilan dalam bab ini kerana telah sepakat ulamak samada yang menerima takwil atau menolaknya bahawa takwilan adalah perkara yang “zhanni”, iaitu perkara yang tidak pasti. Dan mereka tidak mahu menyifatkan Allah SWT dengan perkara yang tidak pasti kesahihan nisbahnya kepada Allah. Kerana itulah mereka menerima segala sifat-sifat tersebut dengan menyakini bahawa tidak ada persamaan antara Allah SWT dengan para makhluk. Ini kerana perbincangan mengenai sifat Allah SWT adalah cabang daripada perbincangan tentang zat Allah SWT. Kalaulah kita mengisbatkan zatNya dengan isbat bahawa zatNya itu wujud dan bukannya isbatkan kaifiatNya, maka samalah juga kita mengisbatkan sifatNya tanpa isbatkan kaifiatNya.
- Memerangi perkara-perkara bid’ah dan khurafat seperti berdoa kepada kuburan, bersembelih dan bernazar kepadanya.
Berkata Dr. Abdullah al-Faqih: “Sesiapa yang mengenali Najd dan semenanjung arab sebelum tersebarnya dakwah Syeikh Muhammad, akan mengetahu betapa luasnya tersebar perkara-perkara bid’ah dan khurafat akan mengetahui betapa banyaknya peranan yang diberikan oleh dakwah ini daripada kesan-kesan yang baik dan terpuji, dan peranannya yang sangat besar dalam menghidupkan sunnah dan menghapuskan bid’ah”[16].
- Menanamkan semangat jihad.
- Membahagikan tawassul kepada tawassul yang dibenarkan dan yang dilarang. Yang dibenarkan adalah dengan “Asma’ul Husna” dan yang dilarang pula adalah seperti dengan ketinggian Rasul, para solihin dan sebagainya.
- Melarang membina binaan di atas perkuburan.
- Menganggap meninggalkan dalil yang jelas dan menggunakan dalil yang kesamaran sebagai cara kumpulan yang sesat seperti golongan “Rafidhah” dan “Khawarij”.
- Membahagikan syirik kepada beberapa martabat, seperti “syirik akbar” iaitu syirik dalam beribadah, niat, ketaatan dan mahabbah. “Syirik asghar” pula ialah riak dan “syirik khafi”pula ialah syirik yang tidak disedar[17].
Wahhabiyyah, Antara Khilaf Dan Fitnah
Penentangan terhadap golongan Wahhabiyyah sebenarnya tercetus kerana perkara-perkara khilafiyyah dan juga kerana fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Sebagai contoh, keratan akhbar tadi mengandungi perkara-perkara yang memang menjadi khilaf di kalangan para ulamak seperti qunut, talkin, membaca al-Qur’an untuk orang yang meninggal dunia dan sebagainya. Dan ada juga yang memang fitnah yang sengaja dilemparkan seperti mengatakan bahawa fahaman ini menolak berzikir, berdoa dan mengharamkan perkara-perkara sunat dan harus di sisi “Ahli Sunnah Waljamaah”.
Adakah mazhab Hanafi dan Hanbali yang tidak berqunut pada solat subuh itu dianggap sebagai Wahhabi? Adakah Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bermazhab Wahhabi kerana mereka tidak menggalakkan membaca al-Qur’an di perkuburan[18]? Adakah Imam Nawawi dan para pengikut fahaman Syafiei dianggap Wahhabi kerana beliau ada berkata: “Membacakan al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat dan bersembahyang untuknya dan seumpamanya, maka dalam mazhab Syafie dan jumhur ulamak bahawa perkara itu tidaklah sampai kepada mayat dan memang khilaf ulamak padanya"[19]. Kerana inilah Syeikh Muhammad Basyir as-Sahwani (seorang ulamak Hindi) meyatakan bahawa tidak ada satu pun daripada pendapat Imam Muhammad yang hanya pendapat beliau dan tidak pernah dikeluarkan oleh para ulamak sebelumnya.
Dan antara fitnah yang paling besar yang dilemparkan oleh Dr Uthman kepada Wahhabi ialah “semata-mata memberikan penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah”. Fitnah ini adalah satu fitnah yang sangat besar yang dilemparkan kepada golongan ini (jika sahih kenyataannya itu sebagaiamana yang tersiar di akhbar) selain daripada fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan kepada Syeikh Muhammad seperti mengaku Nabi, menghina Nabi, menyamakan mereka dengan Khawarij, mengkafirkan orang Islam dan lain-lain lagi. Dan sebagai menerangkan lagi perkara ini, saya akan mengutarakan jawapan Imam Muhammad sendiri terhadap fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya:
"والله يعلم أن الرجل افترى علي أمورا لم أقلها ولم يأت أكثرها على بالي، فمنها: قوله إني مبطل كتب المذاهب الأربعة، وإني أقول إن الناس من ست مئة سنة ليسوا على شيء وإني أدعي الاجتهاد، وإني خارج عن التقليد وإني أقول: إن اختلاف العلماء نقمة، وإني أكفر من توسل بالصالحين، وإني أكفر البوصيري لقوله: يا أكرم الخلق، وإني أقول: لو أقدر على هدم قبة رسول الله صلى الله عليه وسلم لهدمتها، ولو أقدر على الكعبة لأخذت ميزابها وجعلت لها ميزابا من خشب، وإني أحرم زيارة قبر الني صلى الله عليه وسلم وإني أنكر زيارة قبر الوالدين وغيرهما، وإني أكفر من حلف بغير الله...وجوابي عن هذه المسائل أن أقول: { سبحانك هذا بهتان عظيم }[20].
Ertinya: “Dan Allah SWT mengetahui bahawa lelaki itu telah memfitnah diriku dengan pelbagai perkara yang mana ia bukanlah pendapatku, bahkan sebahagian besar daripadanya tidak pernah terlintas di fikiranku. Antaranya ialah perkataannya bahawa aku telah menganggap silap buku-buku mazhab yang empat itu, dan aku berkata bahawa orang Islam tidak mempunyai sebarang nilai sejak daripada enam ratus tahun yang lampau, dan aku berkata bahawa aku adalah mujtahid yang mampu berijtihad, dan aku berkata bahawa aku sudahpun keluar daripada bertaqlid, dan aku berkata bahawa khliaf ulamak itu adalah satu bala dan aku mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dengan para solihin, dan aku mengkafirkan Syeikh al-Busiri kerana (burdahnya yang berbunyi): “Wahai semulia-mulia makhluk Allah”, dan aku juga dikatakan berkata: “kalaulah aku mampu untuk meruntuhkan kubah makam Nabi, nescaya aku akan runtuhkannya, dan jika akau mampu meguasai kaabah, nescaya aku akan tukar saluran airnya kepada saluran air yang dibuat daripada kayu, dan aku mengharamkan menziarahi maqam Nabi s.a.w. dan mengengkari menziarahi kubur para kedua ibu bapa dan juga lain-lain, dan aku juga mengkafirkan sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah…dan jawabanku terhadap semua masalah ini adalah dengan bahawa aku berkata: “Maha suci Engkau (wahai Tuhanku), sesungguhnya ini adalah satu pembohongan yang sangat besar”.
Wahhabiyyah Dan “Ahli Sunnah Waljamaah”
Antara tohmahan berbisa yang biasa dilemparkan kepada golongan Wahhabi ialah mereka telah terkeluar daripada golongan “Ahli Sunnah Waljamaah”. Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tuduhan ini, kita perlu melihat kepada istilah “Ahli Sunnah Waljamaah”. Istilah “Ahli Sunnah Waljamaah"[21] diertikan sebagai “Orang yang kekal dengan cara Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya samada dalam bentuk aqidah, syariah dan akhlak"[22]. Mengikut Dr. Hasan Ibrahim Hasan penggunaan istilah “Ahli Sunnah Waljamaah” sebenarnya tidak digunakan melainkan pada permulaan zaman Abbasi, iaitu ketika mana berkembangnya mazhab “Muktazilah. Nama “Ahli Sunnah Waljamaah” digunakan kepada orang-orang yang berpegang kepada al-Qur’an dan al-Hadis, manakala “Muktazilah” pula digunakan kepada mereka banyak menggunakan ilmu “Kalam”[23]. Namun mengikut Abdul Rahim as-Sulami, gelaran “Ahli Sunnah Waljamaah” sebenarnya sudah bermula sejak berlakunya fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Usman r.a. Ini kerana kaum muslimin yang sebenar memerlukan kepada gelaran yang boleh membezakan mereka dengan golongan sesat yang telah lari daripada panduan Sunnah dan terkeluar daripada kumpulan sebenar orang Islam[24].
Sebenarnya Syeikh Muhammad yang merupakan pengasas kepada fahaman ini pernah menerangkan pendiriannya dalam masalah ini. Beliau pernah berkata: “Alhamdulillah, sebenarnya aku bukanlah membawa ajaran yang baru, bahkan aku hanya menurut ajaran golongan salaf yang terdahulu. Akidahku dan peganganku yang mana aku berpegang dengannya ialah akidah ““Ahli Sunnah Waljamaah” yang mana ia merupakan pegangan sebenar kaum muslimin, sebagaimana pegangan imam-imam mazhab yang empat dan juga pengikut mereka sehingga hari kiamat. Cumanya aku menerangkan kepada masyarakat tentang perlunya mengikhlaskan agama semata-mata kerana Allah SWT, dan aku melarang mereka daripada berdoa kepada selainNya samada yang hidup atau yang telah mati dan samada para solihin atau lain-lain. Aku juga melarang mereka daripada cara mereka beribadat kepada Allah yang mengandungi unsur syirik seperti penyembelihan, nazar, tawakkal dan sujud (kepada selain Allah) yang mana perkara-perkara itu tidak boleh ada sebarang syirik kepadanya samada para malaikat muqarrabin atau para Nabi yang mursalin (diutuskan Allah SWT). Dan akidah inilah (menyucikan sebarang syirik) merupakan intipati dakwah para Rasul, dari permulaan mereka hingga kepada Rasul yang terakhir. Dan inilah akidah “Ahli Sunnah Waljamaah”[25].
Dan sebahagian ulamak (terutamannya golongan “Asyairah” dan Maturidiyyah”) telah mengkhaskan penggunaan “Ahli Sunnah Waljamaah” kepada mereka yang berfahaman “Asyairah” atau Maturidiyyah”. Padahal penggunaan takrif “Ahli Sunnah Waljamaah” kepada dua golongan ini sahaja pada hakikatnya adalah satu juzuk daripada “Ahli Sunnah Waljamaah”. Manakala sebahagian ulamak golongan Salafiyyah pula menganggap bahawa gelaran “Ahli Sunnah Waljamaah” hanya tertentu kepada kumpulan mereka sahaja. Mereka menganggap bahawa kumpulan “Asyairah” atau Maturidiyyah” samalah seperti golongan “Muktazilah” yang telah pun terkeluar daripada kumpulan “Ahli Sunnah Waljamaah"[26].
Dan cara yang terbaik untuk kita memahami perkara ini adalah seperti yang disebut oleh al-Baghdadi dalam kitabnya “al-Farqu Bainal Firaq” bahawa golongan “Ahli Sunnah Waljamaah” terdiri daripada pelbagai lapan kumpulan manusia dan mereka pula terdiri daripada ulamak ataupun orang awam. Antara kumpulan yang disebutkan oleh beliau ialah ulamak akidah, para fuqaha, muhaddisin, mufassirin, sufiyyah, ulamak bahasa, para mujahidin dan juga kaum awam muslimin.
Kesimpulannya golongan Wahhabiyyah bukanlah terkeluar daripada kumpulan sebenar “Ahli Sunnah Waljamaah” tetapi ia bukanlah kumpulan “Asya’irah” atau “Maturidiyyah” yang hanya dianggap sebagai “Ahli Sunnah Waljamaah” oleh sebahagian manusia, terutamanya di rantau ini yang rata-ratanya berfahaman “Asyairah”.
Wahhabiyyah Dan Kebangkitan Islam Masa Kini
Mengikut sesetengah pemikir Islam, Harakah Islah yang dibawa oleh golongan Wahhabiyyah ini memberikan kesan yang sangat positif kea rah kebangkitan dan kesedaran umat Islam. Berkata Syeikh Muhammad Qutb: “Sesungguhnya gerakan yang dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab untuk memperbetulkan akidah umat Islam merupakan factor sebenar kepada kesedaran dunia Islam, sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat dan menghapuskannya”.
Dr Yusof al-Qardhawi pula berkata: “Sesungguhnya kebangkitan yang kita lihat pada hari ini bukanlah timbul daripada kosong dan tidaklah meletup secara tiba-tiba, dan ia juga bukanlah “parasit” yang timbul sendiri tanpa ada penanam dan penjaganya sebagaimana yang digambarkan oleh sebahagian manusia. Sesungguhnya kebangkitan yang timbul ini merupakan kesinambungan dan tajdid kepada gerakan-gerakan Islamiyyah dan madrasah-madrasah pemikiran dan amali yang lepas, yang mana sebahagian daripadanya telahpun lenyap dan sebahagiannya masih lagi wujud dengan gambarnya atau dengan penjelmaan yang lain. Ia merupakan gerakan-gerakan yang diusahakan oleh lelaki-lelaki yang ikhlas yang mana setiap daripada mereka ingin mentajdidkan agama atau ingin menghidupkan ummah Islam di suatu tempat tertentu atau di lebih dari satu tempat, dalam sudut tertentu atau lebih daripada satu sudut, samada dalam pegangan, pemikiran dan juga akhlak. Sejarah telah mencatatkan bahawa antara mereka ialah “nujaddid” semenanjung arab, iaitu pembangkit “Dakwah Salafiyyah”, keluaran “Madrasah Hanbali”, iaitu Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang mana dengan asas gerakannyalah tertegaknya kerajaan Arab Saudi”[27].
Pandangan Ulamak Terhadap Golongan Wahhabiyyah
Ramai di kalangan ulamak, samada yang sezaman atau yang datang selepas Syeikh Muhammad yang memuji beliau dan harakah dakwah yang di bawa oleh beliau. Antara ulamak yang memuji beliau ialah Imam Syaukani, al-Amir as-Son’ani, Muhammad Rashid Ridha, al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Ali Tontowi, Muhammad Qutb, Dr Yusuf Qardhawi, Dr Muhammad Imarah, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan lain-lain lagi. Di sini kami akan memetik sebahagian daripada pandangan para ulamak tersebut mengenai Syeikh Muhammad.
1. Syeikh Muhammad Bahjah al-Baitor (seorang ulamak Syam, dalam kitabnya “Hayat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah”): “Bukanlah Wahhabi dan Imam Muhammmad bin Abdul Wahhab itu satu mazhab yang baru, tetapi beliau (semoga Allah merahmatinya) merupakan mujaddid bagi dakwah Islamiyyah dan mengikut mazhab Ahmad bin Hanbal”.
2. Dr Wahbah az-Zuhaili: “Antara yang paling berani meyatakan kebenaran, dan reformis yang sangat agung dalam islah, pembinaan dan jihad untuk mengembalikan pegangan kepada Islam dan mengembalikan manhaj (method) para salafussolih ialah dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab”.
3. Dr. Yusof al-Qardhawi pernah menamakan beliau sebagai “Syeikhul Islam” dalam bukunya “Haqiqatul Tauhid”.
4. As-Sayyid Muhammad Rasyid Ridha: “Sesungguhnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhaban-Najdi merupakan salah serang mujaddid yang ikhlas itu. Beliau bangkit untuk membersihkan tauhid dan mengajak kepada mengikhlaskan ibadat semata-mata kepada Allah SWT sebagaimana yang dianjurkan al-Qur’an dan juga as-Sunnah. Beliau juga bangkit untuk menghapuskan bid’ah-bid’ah dan maksiat-maksiat dan untuk mengangkat kembali syiar-syiar agama yang ditinggalkan dan untuk membuang perkara-perkara haram yang dicerobohi. Dan telah bangkit menentang dakwah ini tiga kekuatan, iaitu kekuatan kerajaan dan pemerintah, kekuatan penolong-penolong mereka daripada kalangan ulamak munafiq dan kekuatan masyarakat yang hina dina. Dan senjata yang paling kuat untuk menentang gerakan ini ialah gerakan ini telah menyanggahi jumhur umat Islam. Siapakah sebenarnya umat Islam yang mana Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sanggahi dalam dakwahnya? Tidakkah mereka itu adalah para arab badwi yang mana kehidupan mereka itu lebih teruk daripada golongan jahiliyyah[28].
Kesimpulan
Pada kesimpulannya, saya melihat bahawa fahaman Wahhabi bukanlah satu fahaman yang terkeluar daripada “Ahli Sunnah Waljamaah”, apatah lagi daripada Islam. Bahkan kumpulan ini merupakan kesinambungan kepada fahaman salafussolih yang terdahulu. Khilaf teori mereka dengan “Asya’irah” dan “Maturidiyyah” tidaklah menyebabkan mereka terkeluar daripada golongan “Ahli Sunnah Waljamaah”, kerana “Ahli Sunnah Waljamaah” tidaklah tertentu kepada dua golongan tersebut. Tetapi ini tidaklah bererti bahawa hanya fahaman Wahhabiyyah sahaja yang berada dalam kebenaran, kerana fahaman ini adalah salah satu cabang daripada pendapat para ulamak. Semoga kita memberikan nilaian yang sebenar kepada fahaman ini dan tidak menzalimi dan menganiayai mereka.
Kebimbangan terhadap menularnya fahaman ini adalah tidak lain melainkan kerana kejahilan dan terpedaya dengan tohmahan yang dilemparkan kepada golongan ini yang sebenarnya ingin kembali kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. Bahkan kalau kita memerhatikan apa yang dinyatakan dalam permulaan keratan akhbar tadi, maka kita akan dapati bahawa kefahaman ini banyak menular di kalangan cendikiawan muda, dan bukannya pada golongan awam yang tidak mengerti atau kepada sebahagian remaja yang telah rosak kerana terpengaruh dengan budaya barat. Pada pandangan saya, fahaman ini mudah menular di kalangan mereka (cendikiawan) kerana merekalah sebenarnya yang lebih pandai untuk menilai kesahihan atau kebatilan sesuatu perkara. Firman Allah SWT: “Katakanlah: adakah sama orang yang mengwetahui dengan orang yang tidak mengetahui”.
والله أعلم، وصلى الله على محمد وعلى آله وصحبه وسلم. والحمد لله رب العالمين.
Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Shariah, Universiti Mu’tah, Jordan & Sarjana Pengajian al-Quran & as-Sunnah (Pengkhususan Hadis) UIAM, KL, 1426HDec2005
[3] تاريخ المذاهب الإسلامية في السياسة والعقائد وتاريخ المذاهب الفقهية للإمام أبي زهرة, ص 208، ج 1, ب. ط., دار الفكر العربي، 1989م
[7] Bahkan mereka telah menulis kitab khas untuk perkara tersebut. Antaranya ialah kitab:
“دعوة الإمام محمد بن عبد الوهاب سلفية، لا وهابية”. Sila rujuk kitab tersebut, iaitu karangan Ahmad bin Abdul Aziz al-Husoin, cetakan pertama, Dar Alamul Kutub,
“تصحيح خطأ تاريخي حول الوهابية" m/s25.
[8] [8] Rujuk buku " دعوة الإمام محمد بن عبد الوهاب سلفية، لا وهابية, m/s 378.
[11] Antara buku yang terbaik ditulis dalam menceritakan tentang peribadi beliau ialah buku
الشيخ محمد بن عبد الوهاب، عقيدته السلفية ودعوته الإصلاحية وثناء العلماء عليه"” karangan seorang Qadhi Qatar, Syeihk Ahmad bin Hajar Abu Thomi, dan buku yang ringkas pula ialah buku karangan Syeikh Abdul Aziz bin Baz
انظر "الاتجاه السلفي بين الأصالة والمعاصرة"، د. راجح عبد الحميد الكردي، ص 49، ط 1، دار عمار، الأردن، 1409هـ [12]
[14] Layari: http://www.qaradawi.net
[16] Layari laman web www.islamweb.net (مركز الفتوى بإشراف د. عبد الله الفقيه)
[19] المنهاج شرح صحيح مسلم للنووي، تحقيق: خليل مـأمون شيحا، ج 11، ص 88، دار المعرفة، بيروت، ط 2، 1417هـ
[20] انظر مفاهيم يجب أن تصحح للسيد محمد بن علوي المالكي، ط 10، دائرة الأوقاف والشؤون الإسلامية، دبي، ص 74. وانظر أيضا تصحيح خطأ تاريخي حول الوهابية للدكتور محمد بن سعد الشويعر، ص 58، مكتبة المعارف، الرياضط 2، 1413هـ.
[21] Lihat perbahasan mengenainya dalam الفرق بين الفرق للبغدادي، من ص 276-325، ط 2، دار المعرفة، 1417هـ.
[22] Lihat takrif-takrif “Ahli Sunnah Waljamaah” dalam أهل السنة والجماعة للسيد ممحمد عقيل المهدلي، ص 7, حقيقة التوحيد بين أهل السنة والجماعة والمتكلمين لعبد الرحيم صمايل السلمي والعقيدة الصافية للفرقة الناجية, ص 29.
[23] تاريخ الإسلام، د. حسن إبراهيم حسن، دار الجيل بيروت ومكتبة النهضة المصرية، القاهرة، ج 2، ص 134، ط 13، 1411هـ.
[24] Rujuk " حقيقة التوحيد بين أهل السنة والمتكلمين", karangan Abdul Rahim bin Somail as-Sulami, m/s 35, cetakan pertama, Darul Mua’llimah,
انظر "الاتجاه السلفي بين الأصالة والمعاصرة"، د. راجح عبد الحميد الكردي، ص 49، ط 1، دار عمار، الأردن، 1409هـ. [25]
[26] Sila lihat perbahasan ini dalam buku-buku berikut : حقيقة التوحيد بين أهل السنة والمتكلمين، عبد الرحيم السلمي، ص 40، أهل السنة والجماعة للمهدلي، ص 9، منهج أهل السنة والجماعة ومنهج الأشاعرة، لخالد بن عبد اللطيف، ص 40-49، في باب حكم إطلاق لقب أهل السنة والجماعة على الأشاعرة.
[27] Layari: http://ikhwan.net