Saturday, May 2, 2009

Kepada pencinta dan musuh Wahhabi.... Sila baca!!!

Aqidah : Fahaman Wahhabi, Satu Penilaian

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan, di bawah adalah pandangan dan penjelasan tentang fahaman 'wahhabi' oleh Us TMSTI. Artikal ini merupakan posting ke-3 mengenai 'wahhabi' dalam laman TasekPauh, dan kami yakin ia adalah satu penilaian yang adil mengenai topik ini. Sila baca sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang konklusi. Semoga artikal ini memberi manafaat kepada semua dan merapatkan jurang antara kedua-dua pihak; yang pro dan yang kontra, semata-mata atas dasar perpaduan ummah. Bersama-sama kita menegakkan Islam - zy.

Fahaman Wahhabi, Satu Penilaian

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.

Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun temurun kini dikatakan menular di kalangan cerdik pandai muda. Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Qur’an untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah”. Ini Adalah keratan akhbar Mingguan Malaysia, 27 November lepas (2005). Ia merupakan sebahagian daripada pandangan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Antara katanya: “Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain”.

Berdasarkan keratan-keratan akhbar ini, fahaman Wahhabi dianggap sebagai satu fahaman yang menyeleweng dan lari daripada landasan “Ahli Sunnah Waljamaah”. Kertas kerja ini akan menerangkan serba sedikit gambaran fahaman Wahhabi, moga-moga ia boleh menjadi asas kepada kita untuk menilai sendiri kebenaran atau kebatilan fahaman ini.

Siapakan Golongan Wahhabi?

“Mausuah al-Muyassarah Fil Adyan Wal Mazahib al-Mua’sorah” menamakan mereka sebagai kumpulan “Dakwah Salafiyyah” dan memperkenalkan mereka sebagai pencetus Harakah Islahiyyah (reformasi) yang timbul di hujung zaman kemunduran dan kejumudan pemikiran di dunia Islam. Ia adalah satu kumpulan yang menyeru supaya kembali kepada berpegang dengan Aqidah Islamiyyah dan asas-asasnya yang suci bersih. Ia juga mengajak supaya menyucikan Tauhid daripada sebarang unsur syirik. Dan mereka juga digelar sebagai Wahhabiyyah kerana dinisbahkan kepada pengasasnya iaitu Muhammad bin Abdul Wahha[1]. Pada hakikatnya para penganut fahaman ini bukanlah satu kumpulan yang asing (terkeluar daripada Islam) bahkan mereka adalah satu kumpulan yang masih menjaga asas-asas Islam ataupun (boleh dikatakan juga bahawa) mereka adalah kaum muslimin yang bermazhab Hanbali, yang mana sandaran pegangan-pegangan mereka merupakan al-Qur’anul Karim dan juga Hadis Nabawi[2].

Kemunculan Fahaman Wahhabi

Kumpulan ini muncul kerana keterlampauan dalam mentaqdiskan individu-individu tertentu dan keterlampauan dalam mengambil berkat dengan mereka dan mendekatkan diri dengan menziarahi kubur-kubur mereka[3]. Dr Muhammad Imarah menganggap kemunculannya adalah sebagai tunas kesedaran Islam dan sebagai petunjuk pertama kepada era baru umat Islam[4]. Beliau juga menganggap bahawa fahaman ini adalah kesinambungan aqidah salaf yang terdahulu yang bersumberkan nas dan dipelopori pada asalnya oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Menurut kitab “al-Madkhal ila Dirasatil Adyan Walmazahib”, Wahhabiyyah ini muncul sebagai reaksi tindak balas kepada banyaknya perkara-perkara bid’ah yang tidak ada asalnya dalam agama. Timbulnya kumpulan ini untuk menentang bid’ah tersebut dan kumpulan ini menghidupkan ajaran Ibnu Taimiyyah. Pada hakikatnya mereka bukanlah satu kumpulan yang berasingan, bahkan mereka adalah sebahagian daripada kaum muslimin yang bermazhab Hambali, yang mana sandaran akidah mereka juga adalah al-Qur’anul Karim dan Hadis Nabawi. Tujuan mereka adalah untuk mengasaskan kerajaan Islam di atas asas-asas Syariah Islamiyyah. Mereka menolak fahaman Syiah dan menentang sagala bentuk bid’ah yang dibawa oleh golongan Syiah dan Sufiyyah[5].

Antara Wahhabiyyah Dan Salafiyyah

Para penganut fahaman Wahhabi tidaklah menamakan diri mereka dengan gelaran Wahhabi, bahkan mereka lebih suka dengan gelaran Salafi[6]. Ini kerana pada pandangan mereka akidah dan amalan yang mereka perjuangkan tidaklah lari daripada cara para Salafussolih. Dan hakikat ini diakui oleh ramai ulamak dan pemikir-pemikir Islam. Sebahagian daripada mereka menganggap gelaran Wahhabi adalah gelaran daripada penentang fahaman mereka yang cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan bahawa mereka adalah golongan sesat yang terkeluar daripada “Ahli Sunnah Wal Jamaah”[7]. Berkata al-Malik Abdul Aziz (pengasas Negara Arab Saudi dan pendokong fahaman ini, dan kata-kata ini merupakan khutbah yang diucapkannya pada 11/05/1929M, bersempena musim haji 1347H): “Mereka menamakan kita sebagai orang-orang Wahhabi dan mazhab kita adalah mazhab Wahhabi, dan menganggapnya sebagai satu mazhab yang lain. Ini adalah satu kesilapan besar yang timbul kerana kepercayaan kepada dakyah-dakyah palsu yang disebarkan oleh orang-orang yang bertujuan jahat. Kami bukanlah satu mazhab yang baru, ataupuhn akidah yang baru. Dan Muhamad bin Abdul Wahhab tidaklah membawa satu perkara yang baru, bahkan akidah kami adalah akidah para Salafussoleh yang berpandukan al-Qur’an, as-Sunnah dan juga fahaman Salafussoleh. Kami menghormati imam-imam mazhab yang empat dan tidak ada beza di sisi kami antara imam Malik, Syafie, Ahmad dan Abu Hanifah. Mereka semua adalah mulia pada pandangan kami…"[8].

Dan sebahagian mereka juga berkata bahawa nisbah yang paling tepat untuk mereka adalah “Muhammadiyyah” dan bukannya “Wahhabiyyah”. Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Baz (bekas Mufti Arab Saudi): “Gelaran yang sahih kepada mereka adalah al-Muhammadiyyah, kerana ini jelas membawa erti bahawa pengasas dakwah ini (fahaman ini) ialah Syeikh Muhammad dan bukannya ayahandanya Abdul Wahhab. Dan antara yang sangat pelik ialah kamu tidak akan dapati bagi galaran ini (Wahhabiyyah) sebarang kesan di Najd, bahkan orang-orang Najd mengengkari gelaran ini kepada mereka. Dan ini jelas menunjukkan bahawa gelaran ini adalah datang dari lpihak luar yang memusuhi dakwah ini…"[9].

Syeikh Al-Albani pula menyatakan gelaran Wahhabiyyah sebenarnya satu kemuliaan, kerana ia dinisbahkan kepada salah satu nama Allah SWT, iaitu "Al-Wahhab". (walaupun tujuan musuh menamakannya demikian untuk memburuk-burukkan mereka). Beliau juga menganggap faktor utama fitnah yang dilemparkan kepada golongan ini adalah masalah politik di zaman tersebut[10].

Pengasas Fahaman Ini

Pengasas fahaman ini ialah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi an-Najdi (1115-1206H, 1703-1791M)[11]. Dilahirkan di al-Uyaynah, satu kampung yang memang dikenali di al-Yamamah di Najd, tenggara Bandar Riyadh. Beliau membesar dalam suasana keagamaan dan pada mulanya belajar dengan ayahandanya sendiri Syeikh Abdul Wahhab bin Sulaiman. Ayahandanya adalah Qadhi al-Uyaynah dan datuknya pula Syeikh Sulaiman merupakan seorang ulamak yang terkemuka di Najd. Beliau menghafal al-Quran sejak kecil lagi iaitu ketika berumur sepuluh tahun.

Beliau merupakan seorang yang sangat cerdik, sehinggakan ayahandanya yang merupakan seorang Qadhi pernah menyatakan bahawa terdapat beberapa hukum hakam yang beliau ambil kefahaman daripada anaknya sedangkan anaknya itu masih belum baligh. Ayahandanya pernah menajdikannya imam solat semenjak umurnya dua belas tahun lagi. Setelah beliau pergi ke Mekah menunaikan haji, (dalam lingkunga umur 12 tahun), beliau sempat belajar dengan sebahagian ulamak-ulamak Masjidil Haram. Kemudian beliau menuju ke Madinah, dan belajar dengan Syeikh Muhammad Hayat al-Sindiyy (1165H). Syeikh Wahabi juga telah pergi ke Iraq untuk menimba ilmu. Dan beliau pernah berazam untuk ke Syam, namun tidak kesampaian kerana masalah perbelanjaan.

Beliau kahwin dalam usia yang sangat muda iaitu ketika berumur dua belas tahun dan dikurniakan beberapa orang anak. Tinggal di “ad-Dar’iyyah” lebih kurang 50 tahun dan di situlah pusat beliau mengembangkan ajarannya dengan disokong oleh pemerintah “ad-Dar’iyyah”, iaitu Muhammad bin Su’ud. Beliau bukan sahaja menghabiskan masanya dengan dakwah secara lisan, bahkan seperti juga ulamak-ulamak yang lain yang berdakwah dengan penulisan. Beliau pernah menulis beberapa surat untuk menyatakan dakwahnya. Beliau juga meninggalkan beberapa buah seperti kitab “at-Tauhid”, kitab “Kasyfus Syubuhat”, kitab “al-Usulus Salasah”, kitab “al-Kaba’ir”, kitab “al-Qawaidul Arba’”, kitab “Fadhlul Islam”, kitab “Usulul Iman” dan lain-lain lagi.kitab-kitab beliau ini telah dikumpulkan dan kita boleh mengenali pendapat dan pandangan beliau berdasarkan kitab-kitab ini.

Beliau meninggal pada hari isnin pada bulan Syawwal tahun 1206H, dalam lingkungan umur 91 tahun.

Fikrah-fikrah Imam Muhammad bin Abdul Wahhab Dan Pengikutnya

- Syeikh Muhammad dalam pengajarannya bermazhab Hambali, tetapi beliau tidak melaziminya secara mutlak. Ini kerana beliau akan meninggalkan pendapat mazhab Hanbali jika pendapat yang lain adalah lebih “rajih” dalilnya pada pandangan beliau. Kerana inilah dikatakan bahawa golongan “Salafiyyah” ini tidak bermazhab pada “usul” dan bermazhab Hambali pada furu’.

Ertinya dalam masalah aqidah, Syeikh Muhammad dan para pengikutnya tidaklah bermazhab “Asyairah, atau Maturidiyyah, Muktazilah dan sebagainya, kerana mereka hanya menyambung pegangan para salaf yang terdahulu. Dan dalam masalah furu’ atau fiqh pula mereka bermazhab Hanbali. Dalam hal ini Syeikh Muhammad pernah menyatakan: “Alhamdulillah, sebenarnya aku bukanlah membawa ajaran yang baru, bahkan aku hanya menurut ajaran golongan salaf yang terdahulu. Akidahku dan peganganku yang mana aku berpegang dengannya ialah akidah “Ahli Sunnah Waljamaah” yang mana ia merupakan pegangan sebenar kaum muslimin, sebagaimana pegangan imam-imam mazhab yang empat dan juga pengikut mereka sehingga hari kiamat[12]. Beliau juga pernah berkata: “Adapun mazhab kami ialah mazhab Imam Ahmad bin Hanbal, iaitu Imam Ahlus Sunnah (dalam masalah furu’), dan kami tidak mendakwa mampu berijtihad. Dan jika jelas kepada kami satu sunnah Rasulullah yang sahih, kami akan amalkannya dan kami sekali-kali tidak akan mendahulukan pendapat orang lain, walaupun siapa sahaja yang mengatakannya[13].

Ada juga yang menganggap bahawa fikrah Syeikh Muhammad tidaklah lari daripada pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah (728H), cuma pandangan beliau agak lebih keras.

- Fahaman Wahhabi menekankan kepada perlunya kembali kepada ajaran al-Qur’an dan Sunnah.

- Ia juga mengajak kepada membuka pintu ijtihad.

- Mengajak kaum muslimin supaya kembali kepada dasar tauhid yang dibawa oleh para salafussolih yang terdahulu dan menyucikannya daripada sebarang syirik.

Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi: “Perkara yang paling utama bagi al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab di semenanjung tanah arab ialah perkara aqidah. Iaitu untuk menjaga aqidah daripada sebarang syirik dan khurafat yang boleh mengotorkannya dan mengeruhkan kejernihannya. Di atas perkara itulah beliau menulis buku-bukunya dan juga surat-surat kirimannya, dan beliau telah bangkit dengan dakwahnya dan amalannya untuk meruntuhkan syiar-syiar syirik tersebut[14].

- Mengisbatkan al-Asma’ was Sifat sebagaimana yang Allah SWT isbatkan dan Rasulullah s.a.w. isbatkan tanpa “tamsil”, “tasybih”, takyiif dan “takwil”.

Ini kerana mereka berpendapat bahawa tidak ada yang mengenali Allah SWT melebihi darupada diriNya sendiri dan juga RasulNya. Berkata Imam Ahmad: “Tidak boleh kita sifatkan Allah SWT melebihi daripada apa yang disifatkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak boleh melampaui al-Qur’an dan juga al-Hadis"[15]. Dan mereka tidak menerima takwilan dalam bab ini kerana telah sepakat ulamak samada yang menerima takwil atau menolaknya bahawa takwilan adalah perkara yang “zhanni”, iaitu perkara yang tidak pasti. Dan mereka tidak mahu menyifatkan Allah SWT dengan perkara yang tidak pasti kesahihan nisbahnya kepada Allah. Kerana itulah mereka menerima segala sifat-sifat tersebut dengan menyakini bahawa tidak ada persamaan antara Allah SWT dengan para makhluk. Ini kerana perbincangan mengenai sifat Allah SWT adalah cabang daripada perbincangan tentang zat Allah SWT. Kalaulah kita mengisbatkan zatNya dengan isbat bahawa zatNya itu wujud dan bukannya isbatkan kaifiatNya, maka samalah juga kita mengisbatkan sifatNya tanpa isbatkan kaifiatNya.

- Memerangi perkara-perkara bid’ah dan khurafat seperti berdoa kepada kuburan, bersembelih dan bernazar kepadanya.

Berkata Dr. Abdullah al-Faqih: “Sesiapa yang mengenali Najd dan semenanjung arab sebelum tersebarnya dakwah Syeikh Muhammad, akan mengetahu betapa luasnya tersebar perkara-perkara bid’ah dan khurafat akan mengetahui betapa banyaknya peranan yang diberikan oleh dakwah ini daripada kesan-kesan yang baik dan terpuji, dan peranannya yang sangat besar dalam menghidupkan sunnah dan menghapuskan bid’ah[16].

- Menanamkan semangat jihad. Para penganut Wahhabi sanggup berjihad untuk menyebarkan dakwah mereka dan menghilangkan unsur-unsur syirik.

- Membahagikan tawassul kepada tawassul yang dibenarkan dan yang dilarang. Yang dibenarkan adalah dengan “Asma’ul Husna” dan yang dilarang pula adalah seperti dengan ketinggian Rasul, para solihin dan sebagainya.

- Melarang membina binaan di atas perkuburan.

- Menganggap meninggalkan dalil yang jelas dan menggunakan dalil yang kesamaran sebagai cara kumpulan yang sesat seperti golongan “Rafidhah” dan “Khawarij”.

- Membahagikan syirik kepada beberapa martabat, seperti “syirik akbar” iaitu syirik dalam beribadah, niat, ketaatan dan mahabbah. “Syirik asghar” pula ialah riak dan “syirik khafi”pula ialah syirik yang tidak disedar[17].

Wahhabiyyah, Antara Khilaf Dan Fitnah

Penentangan terhadap golongan Wahhabiyyah sebenarnya tercetus kerana perkara-perkara khilafiyyah dan juga kerana fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Sebagai contoh, keratan akhbar tadi mengandungi perkara-perkara yang memang menjadi khilaf di kalangan para ulamak seperti qunut, talkin, membaca al-Qur’an untuk orang yang meninggal dunia dan sebagainya. Dan ada juga yang memang fitnah yang sengaja dilemparkan seperti mengatakan bahawa fahaman ini menolak berzikir, berdoa dan mengharamkan perkara-perkara sunat dan harus di sisi “Ahli Sunnah Waljamaah”.

Adakah mazhab Hanafi dan Hanbali yang tidak berqunut pada solat subuh itu dianggap sebagai Wahhabi? Adakah Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bermazhab Wahhabi kerana mereka tidak menggalakkan membaca al-Qur’an di perkuburan[18]? Adakah Imam Nawawi dan para pengikut fahaman Syafiei dianggap Wahhabi kerana beliau ada berkata: “Membacakan al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat dan bersembahyang untuknya dan seumpamanya, maka dalam mazhab Syafie dan jumhur ulamak bahawa perkara itu tidaklah sampai kepada mayat dan memang khilaf ulamak padanya"[19]. Kerana inilah Syeikh Muhammad Basyir as-Sahwani (seorang ulamak Hindi) meyatakan bahawa tidak ada satu pun daripada pendapat Imam Muhammad yang hanya pendapat beliau dan tidak pernah dikeluarkan oleh para ulamak sebelumnya.

Dan antara fitnah yang paling besar yang dilemparkan oleh Dr Uthman kepada Wahhabi ialah “semata-mata memberikan penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah”. Fitnah ini adalah satu fitnah yang sangat besar yang dilemparkan kepada golongan ini (jika sahih kenyataannya itu sebagaiamana yang tersiar di akhbar) selain daripada fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan kepada Syeikh Muhammad seperti mengaku Nabi, menghina Nabi, menyamakan mereka dengan Khawarij, mengkafirkan orang Islam dan lain-lain lagi. Dan sebagai menerangkan lagi perkara ini, saya akan mengutarakan jawapan Imam Muhammad sendiri terhadap fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya:

"والله يعلم أن الرجل افترى علي أمورا لم أقلها ولم يأت أكثرها على بالي، فمنها: قوله إني مبطل كتب المذاهب الأربعة، وإني أقول إن الناس من ست مئة سنة ليسوا على شيء وإني أدعي الاجتهاد، وإني خارج عن التقليد وإني أقول: إن اختلاف العلماء نقمة، وإني أكفر من توسل بالصالحين، وإني أكفر البوصيري لقوله: يا أكرم الخلق، وإني أقول: لو أقدر على هدم قبة رسول الله صلى الله عليه وسلم لهدمتها، ولو أقدر على الكعبة لأخذت ميزابها وجعلت لها ميزابا من خشب، وإني أحرم زيارة قبر الني صلى الله عليه وسلم وإني أنكر زيارة قبر الوالدين وغيرهما، وإني أكفر من حلف بغير الله...وجوابي عن هذه المسائل أن أقول: { سبحانك هذا بهتان عظيم }[20].

Ertinya: “Dan Allah SWT mengetahui bahawa lelaki itu telah memfitnah diriku dengan pelbagai perkara yang mana ia bukanlah pendapatku, bahkan sebahagian besar daripadanya tidak pernah terlintas di fikiranku. Antaranya ialah perkataannya bahawa aku telah menganggap silap buku-buku mazhab yang empat itu, dan aku berkata bahawa orang Islam tidak mempunyai sebarang nilai sejak daripada enam ratus tahun yang lampau, dan aku berkata bahawa aku adalah mujtahid yang mampu berijtihad, dan aku berkata bahawa aku sudahpun keluar daripada bertaqlid, dan aku berkata bahawa khliaf ulamak itu adalah satu bala dan aku mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dengan para solihin, dan aku mengkafirkan Syeikh al-Busiri kerana (burdahnya yang berbunyi): “Wahai semulia-mulia makhluk Allah”, dan aku juga dikatakan berkata: “kalaulah aku mampu untuk meruntuhkan kubah makam Nabi, nescaya aku akan runtuhkannya, dan jika akau mampu meguasai kaabah, nescaya aku akan tukar saluran airnya kepada saluran air yang dibuat daripada kayu, dan aku mengharamkan menziarahi maqam Nabi s.a.w. dan mengengkari menziarahi kubur para kedua ibu bapa dan juga lain-lain, dan aku juga mengkafirkan sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah…dan jawabanku terhadap semua masalah ini adalah dengan bahawa aku berkata: “Maha suci Engkau (wahai Tuhanku), sesungguhnya ini adalah satu pembohongan yang sangat besar”.

Wahhabiyyah Dan “Ahli Sunnah Waljamaah”

Antara tohmahan berbisa yang biasa dilemparkan kepada golongan Wahhabi ialah mereka telah terkeluar daripada golongan “Ahli Sunnah Waljamaah”. Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tuduhan ini, kita perlu melihat kepada istilah “Ahli Sunnah Waljamaah”. Istilah “Ahli Sunnah Waljamaah"[21] diertikan sebagai “Orang yang kekal dengan cara Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya samada dalam bentuk aqidah, syariah dan akhlak"[22]. Mengikut Dr. Hasan Ibrahim Hasan penggunaan istilah “Ahli Sunnah Waljamaah” sebenarnya tidak digunakan melainkan pada permulaan zaman Abbasi, iaitu ketika mana berkembangnya mazhab “Muktazilah. Nama “Ahli Sunnah Waljamaah” digunakan kepada orang-orang yang berpegang kepada al-Qur’an dan al-Hadis, manakala “Muktazilah” pula digunakan kepada mereka banyak menggunakan ilmu “Kalam”[23]. Namun mengikut Abdul Rahim as-Sulami, gelaran “Ahli Sunnah Waljamaah” sebenarnya sudah bermula sejak berlakunya fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Usman r.a. Ini kerana kaum muslimin yang sebenar memerlukan kepada gelaran yang boleh membezakan mereka dengan golongan sesat yang telah lari daripada panduan Sunnah dan terkeluar daripada kumpulan sebenar orang Islam[24].

Sebenarnya Syeikh Muhammad yang merupakan pengasas kepada fahaman ini pernah menerangkan pendiriannya dalam masalah ini. Beliau pernah berkata: “Alhamdulillah, sebenarnya aku bukanlah membawa ajaran yang baru, bahkan aku hanya menurut ajaran golongan salaf yang terdahulu. Akidahku dan peganganku yang mana aku berpegang dengannya ialah akidah ““Ahli Sunnah Waljamaah” yang mana ia merupakan pegangan sebenar kaum muslimin, sebagaimana pegangan imam-imam mazhab yang empat dan juga pengikut mereka sehingga hari kiamat. Cumanya aku menerangkan kepada masyarakat tentang perlunya mengikhlaskan agama semata-mata kerana Allah SWT, dan aku melarang mereka daripada berdoa kepada selainNya samada yang hidup atau yang telah mati dan samada para solihin atau lain-lain. Aku juga melarang mereka daripada cara mereka beribadat kepada Allah yang mengandungi unsur syirik seperti penyembelihan, nazar, tawakkal dan sujud (kepada selain Allah) yang mana perkara-perkara itu tidak boleh ada sebarang syirik kepadanya samada para malaikat muqarrabin atau para Nabi yang mursalin (diutuskan Allah SWT). Dan akidah inilah (menyucikan sebarang syirik) merupakan intipati dakwah para Rasul, dari permulaan mereka hingga kepada Rasul yang terakhir. Dan inilah akidah “Ahli Sunnah Waljamaah[25].

Dan sebahagian ulamak (terutamannya golongan “Asyairah” dan Maturidiyyah”) telah mengkhaskan penggunaan “Ahli Sunnah Waljamaah” kepada mereka yang berfahaman “Asyairah” atau Maturidiyyah”. Padahal penggunaan takrif “Ahli Sunnah Waljamaah” kepada dua golongan ini sahaja pada hakikatnya adalah satu juzuk daripada “Ahli Sunnah Waljamaah”. Manakala sebahagian ulamak golongan Salafiyyah pula menganggap bahawa gelaran “Ahli Sunnah Waljamaah” hanya tertentu kepada kumpulan mereka sahaja. Mereka menganggap bahawa kumpulan “Asyairah” atau Maturidiyyah” samalah seperti golongan “Muktazilah” yang telah pun terkeluar daripada kumpulan “Ahli Sunnah Waljamaah"[26].

Dan cara yang terbaik untuk kita memahami perkara ini adalah seperti yang disebut oleh al-Baghdadi dalam kitabnya “al-Farqu Bainal Firaq” bahawa golongan “Ahli Sunnah Waljamaah” terdiri daripada pelbagai lapan kumpulan manusia dan mereka pula terdiri daripada ulamak ataupun orang awam. Antara kumpulan yang disebutkan oleh beliau ialah ulamak akidah, para fuqaha, muhaddisin, mufassirin, sufiyyah, ulamak bahasa, para mujahidin dan juga kaum awam muslimin.

Kesimpulannya golongan Wahhabiyyah bukanlah terkeluar daripada kumpulan sebenar “Ahli Sunnah Waljamaah” tetapi ia bukanlah kumpulan “Asya’irah” atau “Maturidiyyah” yang hanya dianggap sebagai “Ahli Sunnah Waljamaah” oleh sebahagian manusia, terutamanya di rantau ini yang rata-ratanya berfahaman “Asyairah”.

Wahhabiyyah Dan Kebangkitan Islam Masa Kini

Mengikut sesetengah pemikir Islam, Harakah Islah yang dibawa oleh golongan Wahhabiyyah ini memberikan kesan yang sangat positif kea rah kebangkitan dan kesedaran umat Islam. Berkata Syeikh Muhammad Qutb: “Sesungguhnya gerakan yang dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab untuk memperbetulkan akidah umat Islam merupakan factor sebenar kepada kesedaran dunia Islam, sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat dan menghapuskannya”.

Dr Yusof al-Qardhawi pula berkata: “Sesungguhnya kebangkitan yang kita lihat pada hari ini bukanlah timbul daripada kosong dan tidaklah meletup secara tiba-tiba, dan ia juga bukanlah “parasit” yang timbul sendiri tanpa ada penanam dan penjaganya sebagaimana yang digambarkan oleh sebahagian manusia. Sesungguhnya kebangkitan yang timbul ini merupakan kesinambungan dan tajdid kepada gerakan-gerakan Islamiyyah dan madrasah-madrasah pemikiran dan amali yang lepas, yang mana sebahagian daripadanya telahpun lenyap dan sebahagiannya masih lagi wujud dengan gambarnya atau dengan penjelmaan yang lain. Ia merupakan gerakan-gerakan yang diusahakan oleh lelaki-lelaki yang ikhlas yang mana setiap daripada mereka ingin mentajdidkan agama atau ingin menghidupkan ummah Islam di suatu tempat tertentu atau di lebih dari satu tempat, dalam sudut tertentu atau lebih daripada satu sudut, samada dalam pegangan, pemikiran dan juga akhlak. Sejarah telah mencatatkan bahawa antara mereka ialah “nujaddid” semenanjung arab, iaitu pembangkit “Dakwah Salafiyyah”, keluaran “Madrasah Hanbali”, iaitu Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang mana dengan asas gerakannyalah tertegaknya kerajaan Arab Saudi[27].

Pandangan Ulamak Terhadap Golongan Wahhabiyyah

Ramai di kalangan ulamak, samada yang sezaman atau yang datang selepas Syeikh Muhammad yang memuji beliau dan harakah dakwah yang di bawa oleh beliau. Antara ulamak yang memuji beliau ialah Imam Syaukani, al-Amir as-Son’ani, Muhammad Rashid Ridha, al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Ali Tontowi, Muhammad Qutb, Dr Yusuf Qardhawi, Dr Muhammad Imarah, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan lain-lain lagi. Di sini kami akan memetik sebahagian daripada pandangan para ulamak tersebut mengenai Syeikh Muhammad.

1. Syeikh Muhammad Bahjah al-Baitor (seorang ulamak Syam, dalam kitabnya “Hayat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah”): “Bukanlah Wahhabi dan Imam Muhammmad bin Abdul Wahhab itu satu mazhab yang baru, tetapi beliau (semoga Allah merahmatinya) merupakan mujaddid bagi dakwah Islamiyyah dan mengikut mazhab Ahmad bin Hanbal”.

2. Dr Wahbah az-Zuhaili: “Antara yang paling berani meyatakan kebenaran, dan reformis yang sangat agung dalam islah, pembinaan dan jihad untuk mengembalikan pegangan kepada Islam dan mengembalikan manhaj (method) para salafussolih ialah dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab”.

3. Dr. Yusof al-Qardhawi pernah menamakan beliau sebagai “Syeikhul Islam” dalam bukunya “Haqiqatul Tauhid”.

4. As-Sayyid Muhammad Rasyid Ridha: “Sesungguhnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhaban-Najdi merupakan salah serang mujaddid yang ikhlas itu. Beliau bangkit untuk membersihkan tauhid dan mengajak kepada mengikhlaskan ibadat semata-mata kepada Allah SWT sebagaimana yang dianjurkan al-Qur’an dan juga as-Sunnah. Beliau juga bangkit untuk menghapuskan bid’ah-bid’ah dan maksiat-maksiat dan untuk mengangkat kembali syiar-syiar agama yang ditinggalkan dan untuk membuang perkara-perkara haram yang dicerobohi. Dan telah bangkit menentang dakwah ini tiga kekuatan, iaitu kekuatan kerajaan dan pemerintah, kekuatan penolong-penolong mereka daripada kalangan ulamak munafiq dan kekuatan masyarakat yang hina dina. Dan senjata yang paling kuat untuk menentang gerakan ini ialah gerakan ini telah menyanggahi jumhur umat Islam. Siapakah sebenarnya umat Islam yang mana Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sanggahi dalam dakwahnya? Tidakkah mereka itu adalah para arab badwi yang mana kehidupan mereka itu lebih teruk daripada golongan jahiliyyah[28].

Kesimpulan

Pada kesimpulannya, saya melihat bahawa fahaman Wahhabi bukanlah satu fahaman yang terkeluar daripada “Ahli Sunnah Waljamaah”, apatah lagi daripada Islam. Bahkan kumpulan ini merupakan kesinambungan kepada fahaman salafussolih yang terdahulu. Khilaf teori mereka dengan “Asya’irah” dan “Maturidiyyah” tidaklah menyebabkan mereka terkeluar daripada golongan “Ahli Sunnah Waljamaah”, kerana “Ahli Sunnah Waljamaah” tidaklah tertentu kepada dua golongan tersebut. Tetapi ini tidaklah bererti bahawa hanya fahaman Wahhabiyyah sahaja yang berada dalam kebenaran, kerana fahaman ini adalah salah satu cabang daripada pendapat para ulamak. Semoga kita memberikan nilaian yang sebenar kepada fahaman ini dan tidak menzalimi dan menganiayai mereka.

Kebimbangan terhadap menularnya fahaman ini adalah tidak lain melainkan kerana kejahilan dan terpedaya dengan tohmahan yang dilemparkan kepada golongan ini yang sebenarnya ingin kembali kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. Bahkan kalau kita memerhatikan apa yang dinyatakan dalam permulaan keratan akhbar tadi, maka kita akan dapati bahawa kefahaman ini banyak menular di kalangan cendikiawan muda, dan bukannya pada golongan awam yang tidak mengerti atau kepada sebahagian remaja yang telah rosak kerana terpengaruh dengan budaya barat. Pada pandangan saya, fahaman ini mudah menular di kalangan mereka (cendikiawan) kerana merekalah sebenarnya yang lebih pandai untuk menilai kesahihan atau kebatilan sesuatu perkara. Firman Allah SWT: “Katakanlah: adakah sama orang yang mengwetahui dengan orang yang tidak mengetahui”.

والله أعلم، وصلى الله على محمد وعلى آله وصحبه وسلم. والحمد لله رب العالمين.

Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Shariah, Universiti Mu’tah, Jordan & Sarjana Pengajian al-Quran & as-Sunnah (Pengkhususan Hadis) UIAM, KL, 1426HDec2005

انظر الموسوعة الميسرة في الأديان والمذاهب المعاصرة, الندوة العالمية للشباب الإسلامي، الرياض, ص 273 , ط 2, 1409هـ [1]

[2] المدخل إلى دراسة الأديان والمذاهب، ج 2، ص 236.

[3] تاريخ المذاهب الإسلامية في السياسة والعقائد وتاريخ المذاهب الفقهية للإمام أبي زهرة, ص 208، ج 1, ب. ط., دار الفكر العربي، 1989م

الصحوة الإسلامية والتحدي الحضاري, للدكتور محمد عمارة, ص18, ط 2, دار الشروق, 1418هـ. [4]

المدخل إلى دراسة الأديان والمذاهب, للعميد عبد الرزاق محمد أسود، ج 3، ص 237, [5]

[6] سلفية لا وهابية، ص 377.

[7] Bahkan mereka telah menulis kitab khas untuk perkara tersebut. Antaranya ialah kitab:

دعوة الإمام محمد بن عبد الوهاب سلفية، لا وهابية”. Sila rujuk kitab tersebut, iaitu karangan Ahmad bin Abdul Aziz al-Husoin, cetakan pertama, Dar Alamul Kutub, Saudi Arabia, m/s 376. Rujuk juga

تصحيح خطأ تاريخي حول الوهابية" m/s25.

[8] [8] Rujuk buku " دعوة الإمام محمد بن عبد الوهاب سلفية، لا وهابية, m/s 378.

[9] Ibid, m/s 377.

[10] فتاوى الشيخ الألباني، عكاشة عبد المنان الطيبي، ص 12

[11] Antara buku yang terbaik ditulis dalam menceritakan tentang peribadi beliau ialah buku

الشيخ محمد بن عبد الوهاب، عقيدته السلفية ودعوته الإصلاحية وثناء العلماء عليه"” karangan seorang Qadhi Qatar, Syeihk Ahmad bin Hajar Abu Thomi, dan buku yang ringkas pula ialah buku karangan Syeikh Abdul Aziz bin Baz

انظر "الاتجاه السلفي بين الأصالة والمعاصرة"، د. راجح عبد الحميد الكردي، ص 49، ط 1، دار عمار، الأردن، 1409هـ [12]

انظر التجاه السلفي بين الأصالة والمعاصرة، للدكتور راجح الكردي، ص 48. [13]

[15] شرح العقيدة الواسطية لمحمد خليل هراس، ص 26، مؤسسة الرسالة، بيروت، ط 1، 1417هـ.

[16] Layari laman web www.islamweb.net (مركز الفتوى بإشراف د. عبد الله الفقيه)

[17] Sila rujuk fikrah-fikrah ini kepada kitab: “الموسوعة الميسرة في الأديان والمذاهب المعاصرة”.

فقه السنة للسيد سابق، ج 1، ص 493، دار الكتاب العربي، ط 8، 1407هـ [18]

[19] المنهاج شرح صحيح مسلم للنووي، تحقيق: خليل مـأمون شيحا، ج 11، ص 88، دار المعرفة، بيروت، ط 2، 1417هـ

[20] انظر مفاهيم يجب أن تصحح للسيد محمد بن علوي المالكي، ط 10، دائرة الأوقاف والشؤون الإسلامية، دبي، ص 74. وانظر أيضا تصحيح خطأ تاريخي حول الوهابية للدكتور محمد بن سعد الشويعر، ص 58، مكتبة المعارف، الرياضط 2، 1413هـ.

[21] Lihat perbahasan mengenainya dalam الفرق بين الفرق للبغدادي، من ص 276-325، ط 2، دار المعرفة، 1417هـ.

[22] Lihat takrif-takrif “Ahli Sunnah Waljamaah” dalam أهل السنة والجماعة للسيد ممحمد عقيل المهدلي، ص 7, حقيقة التوحيد بين أهل السنة والجماعة والمتكلمين لعبد الرحيم صمايل السلمي والعقيدة الصافية للفرقة الناجية, ص 29.

[23] تاريخ الإسلام، د. حسن إبراهيم حسن، دار الجيل بيروت ومكتبة النهضة المصرية، القاهرة، ج 2، ص 134، ط 13، 1411هـ.

[24] Rujuk " حقيقة التوحيد بين أهل السنة والمتكلمين", karangan Abdul Rahim bin Somail as-Sulami, m/s 35, cetakan pertama, Darul Mua’llimah, Riyadh, 1421H.

انظر "الاتجاه السلفي بين الأصالة والمعاصرة"، د. راجح عبد الحميد الكردي، ص 49، ط 1، دار عمار، الأردن، 1409هـ. [25]

[26] Sila lihat perbahasan ini dalam buku-buku berikut : حقيقة التوحيد بين أهل السنة والمتكلمين، عبد الرحيم السلمي، ص 40، أهل السنة والجماعة للمهدلي، ص 9، منهج أهل السنة والجماعة ومنهج الأشاعرة، لخالد بن عبد اللطيف، ص 40-49، في باب حكم إطلاق لقب أهل السنة والجماعة على الأشاعرة.

[27] Layari: http://ikhwan.net

[28] انظر الشيخ محمد بن عبد الوهاب بقلم الشيخ أحمد بن حجر آل أبو طامي، ص 92، طبع بنفقة جلالة الملك فيصل بن عبد العزيز، 1395

Friday, May 1, 2009

Penilaian semula mengenai tahlil

beberapa artikel sebelum ini telah saya paparkan dalam blog saya. dengan mengambil pelbagai pendapat untuk dikongsikan bersama pembaca yang sudi mengunjungi blog ini. Setelah diteliti secara kasar tanpa merujuk betul-betul dengan lebih mendalam, saya beranggapan bahawa mengadakan majlis tahlil diboleh dengan mengambil pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad yang mengatakan sampai sedekah pahala kepada si mati. Namun demikian imam-imam lain seperti Imam syafi'e dan Imam Malik mengatakan tidak sampai sedekah pahala. Begitu juga dapat saya ambil kesimpulan daripada ceramah agama yang disampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz ketika berbicara mengenai bid'ah yang mengatakan selagi tidak berasa bersalah kalau tidak membuatnya maka mengadakannya boleh dan harus ketika mengulas mengenai majlis sambutan Maulidul Rasul dan perkara yang sehampir dengannya. Apatah lagi kalau sedekah harta yang ditinggalkan oleh si mati kerana ini sangat jelas seperti yang terdapat dalam hadis.
Walaubagaimanapun, keharusan ini tidak bermakna boleh dibuat tanpa syarat, ia juga bersyarat (bagi pendapat saya) kerana saya belum dapati kata-kata ulama' muktabar yang mengharuskan mengadakan jamuan selepas kematian yang termasuk 1,2,3,7 hari atau 40 hari atau lebih. Malah Imam Syafi'e sendiri pun sangat membencikannya kalau dirujuk dalam Hasyiah I'anat Thalibin begitu juga pendapat Syeikh Daud al-Fathani yang melarang untuk mengadakan jamuan selepas kematian. al-Marbawi dalam Bahrul mazi pun saya melarang perbuatan tersebut.. kalau rujukan terkini boleh juga dirujuk dalam kitab Fiqh al-Manhaji yang menghukumkan sebagai bid'ah bagi sesiapa yang mengadakan makanan atau jamuan sempena kematian samada sebelum atau selepas sehingga 40 hari atau lebih..
Jadi dengan ini, saya berpendapat mengadakan tahlil adalah harus dilakukan tetapi tidak boleh mengadakan jamuan kalau ada jamuan pun biar orang lain yang tidak bersangkutan sebagai waris yang membuatnya dengan duit sendiri bukan dari duit keluarga si mati atau waris.

Tuesday, April 28, 2009

Karya Rasul dahri diharamkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan dan kerajaan Malaysia? Semua karyanya atau sebahagian? Diharamkan atau tidak?

CARILAH SENDIRI!!!!!
Saya tak sempat untuk mencarinya buat masa sekarang...
SEMUA BUKU KARANGAN RASUL DAHRI DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DAN KERAJAAN MALAYSIA.
1. Setiap Bid'ah menyesatkan (1)Pengarang : Rasul DahriPenerbit : Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru
2. Persoalan Bid'ah dan PercanggahannyaPengarang : Rasul DahriPenerbit : Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas, 81200 Johor BahruPencetak : Percetakan IWC Sdn. Bhd. No.78, Jln. 10/11 8B Desa Tun Razak (Industrial Park) 56000 Cheras, Kuala Lumpur
3. Bahaya Taqlid Buta & Ta'sub MazhabPengarang : Rasul DahriPenerbit : Perniagaan Jahabersa, 15, Jalan Dataran 3/3 Taman Kempas, 81200 Johor Bharu, Johor.Pencetak : Percetakan ICW Sdn.Bhd, Kuala Lumpur
4. Bahaya Tarikat Sufi / Tasawuf Terhadap MasyarakatPengarang : Ustaz Rasul Bin DahriPenerbit : Perniagaan Jahabersa, 15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, MalaysiaPercetakan Putrajaya Sdn.Bhd.
5. Hukum Mengenai Rokok & Mencukur JanggutPengarang : Rasul DahriPenerbit : Perniagaan Jahabersa 15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor.Pencetak : Percetakan Nasional Malaysia Berhad Caw. Johor Bahru.

Antara Dr. Asri, Hj. Ahmad hafiz al-Bakkani dan Zamihan Al-Ghari: Siapakah mereka?

Apabila kita berbicara mengenai tokoh-tokoh cendekiawan masa kini di serata dunia maka kita tidak terlepas dari membincangkan juga tokoh-tokoh Malaysia yang kian hebat berbalas ucapan terutama di antara mereka bertiga. Namun apa yang jelas Dr. Asri lebih menonjol kerana mungkin beliau pernah memegang institusi mufti dan banyak tulisannya tercetak dalam akhbar utusan dalam rungan khas untuknya. Mereka yang lain pun tak kurang popular juga, seperti Hj. Ahmad Hafiz al-Bakkani yang selalu menulis dalam majalah Melenia Muslim yang merupakan salah seorang anggota Majlis Agama Islam pahang( Kalau tak salah). Begitu juga dengan al-Fadhil Ust. Zamihan al-Ghari, yang mana al-Ghari itu bermaksud gua, mengikut dari sumber yang boleh dipercayai beliau berasal dari Gua Musang, Kelantan. Merupakan anggota kerajaan yang bertugas di ILIM sebagai Penolong Pengarah( Kalau tak silap).

Nampaknya mereka bertiga ini mempunyai buah fikiran yang hebat dan sudah tentunya dari aliran yang berbeza. Sorang dikatakan Wahabi dan dua lagi Ahlu Sunnah Wal jamaah. Betul ke Ahlu Sunnah Wal Jamaah hanya tuhan yang tahu dan kebenaran mengenai penyelewengan Wahabi pun hanya tuhan yang tahu. Sebab semua mereka mengaku di pihak yang benar dan saling menyalahkan satu sama lain, jadi siapkah yang benar sebenarnya?... sama-sama kita fikirkan!!!

Saya mengaku saya lebih cenderung pada pendapat Dr. Asri, kerana pendapatnya bagi saya adalah lebih tepat berbanding yang lain namun begitu saya tidak mengatakan pendapat yang lain itu salah. Namun saya betul-betul tak setuju dengan tulisan Hj. Ahmad Hafiz al-Bakkani dalam Majalah Milenium yang melebalkan Sayyid Qutb sebagai sesat dan beberapa ulama lain. Apabila saya terbaca tulisan beliau, siapakah dia sebenarnya? Adakah termasuk dalam golongan al-Ahbash seperti yang dipaparkan dalam majalah 'i" pada beberapa keluaran yang lepas. Dan ternyata Hj. Ahmad Hafiz juga sangat bencikan fahaman Wahabi sama dengan Ust. Zamihan al-Ghari yang terlalu antikan Wahabi..

Golongan yang di labelkan dengan wahabi mengatkan mereka adalah dari salafi, namun di tambah oleh mereka yang anti wahabi dengan gelaran wahabi salafi sehingga Ust. Zamihan al-Ghari menulis sebuah buku yang bertajuk Penyelewengan Wahabi Salafi (kalau tak silap saya)...

Apapun, kembalilah kepada al-quran dan sunnah, nilailah mereka dengan ilmu bukan semangat yang taklid tidak bermata... jadilah orang yang bijak dan sopan walaupun sejauhmana baik dan betulnya kita jangan sampai menyesatkan dan mengkafirkan orang... itu sangat bahaya... wa Allahu a'lam....

Sunday, April 26, 2009

Metod Pemikiran Ibnu Taimiyah Dalam Usul Fiqh

Dipetik dari al-ahkam.net


Berbicara tentang manusia dengan posisinya sebagai makhluk sosial kita sebagai manusia yang beriman hendaklah tidak mengabaikan sebuah disiplin ilmu yang dengannya manusia dituntun dan dipimpin untuk hidup denga cara yang mulia di mana ilmu tersebut adalah Fiqh. Kedatangan Islam membawa perubahan yang sangat bererti bagi bangsa Arab dan seluruh bangsa pada umumnya. Selain mengusung akidah tauhid dan konsep moral, fiqh juqa merupakan bidang pokok dalam Islam meskipun istilah Fiqh belum muncul pada masa Nabi Muhammad dan para sahabatnya. Tetapi tidak bermakna kita mengatakan aktiviti kehidupan pada masa itu adalah kehidupan yang tidak ideal menurut Fiqh. Ini perlu difahami terlebih dahulu agar tidak berlaku kekeliruan dalam memahami apa yang akan diperbincangkan.



A. Ibnu Taimiyyah dengan Metodologi nya Dalam Memahami Al-Qur'an
Kenapa kita mengawali dengan maudhu' ini?. Karena maudhu' ini adalah sebuah metode dalam penafsiran Al-Qur'an yang dipakai oleh beliau sebagai titik tolak atau dasar dalam mengemukakan pendapat-pendapat beliau mengenai sifat-sifat Allah, akidah, fiqh dan semua hal yang berhubungan dengam pemikiran Islam.

Di sini kita akan memperbincangkan sebahagian daripada metode pemikiran serta pendapat-pendapat beliau secara peribadi dan daipada sini kita akan menemukan bahawa corak pemikiran tokoh agama sama seperti ulama-ulama yang berada atas manhaj salaf. Catatan pertama yang perlu kita garis bawahi, bahwasanya dalam metod pemikiran sebagai berikut1:

Beliau merungkaikan dalam tiga topic asas sebagai berikut1:
a. Penafsiran Al-Qur'an dengan Sunnah Rasulullah SAW.
b. Penafsiran Al-Qur'an yang dirangkai oleh para sahabat.
c. Penafsiran Al-Qur'an yang dirangkai oleh para Tabi'in.

Penafsiran Al-Qur'an dengan Sunnah Rasulullah SAW. Beliau beralasan dengan keyakinan bahwasanya Nabi telah menjelaskan semua isi yang terkandung daripada Al-Qur'an itu sendiri. Beliau tidak meninggalkan sedikitpun ayat-ayat yang memerlukan penjelasan dan perincian dan tidak pula Ayat yang Mujmal (umum) yang perlu dibatasi dan tidak pula Ayat yang Musytarok (Bersekutu) yang perlu dijelaskan. Dan keyakinan tersebut bagi beliau (Ibnu Taimiyah) adalah sebahagian daripada iman kepada Al-Qur'an atau apa yang datang dari Nabi Muhammad SAW sebagaimana Firman Alloh dalam Surat An-Nahl yang bererti "Supaya kamu (Muhammad) menerangkan pada umat manusia apa yang di turunkan pada mereka.2

Penafsiran Al-Qur'an yang telah dirumuskan oleh para Sahabat karena merekalah orang-orang yang bertemu secara langsung dengan Nabi. Nabi mengajari Al-Qur'an dan apa yang terkandung di dalamnya seperti masalah Akidah, Sosial, Hukum, makna dan lafaz-lafaz yang terkandung di dalamnya. Beliau juga yakin bahwa para sahabat belajar Al-Qur'an beserta denga makna yang terkandung di dalamnya dan jikalau mereka hafal Al-Qur'an maka dapat dipastikan pula telah hafal makna-maknanya sekali.

Penafsiran Al-Qur'an oleh para Tabi'in iaitu generasi setelah Sahabat yang masih diakui keoriginalannya sebagaimana yang di riwayatklan oleh Mujahit (Tabi'in), "Saya belajar Al-Qur'an dari Ibnu Abbas, saya selalu bertanya pada tiap-tiap ayatnya.” Oleh karena hal ini, mereka para imam mazhab menggunakannya sebagai rujukan seperti Imam Syafie, Bukhari, Ahmad Bin Hambal dan lain sebagainya.Maka dari sinilah Ibnu Taimiyah berkeyakinan bahwa penafsiran Al-Qur'an telah sempurna. Mereka tidak meninggalkan pemahaman sedikitpun yang masih perlu untuk di tafsirkan.

B. Ibnu Taimiyah Tidak Ta'asub Pada Salah Satu Madzhab
Beliau menghargai dan memberikan penghargaan setinggi-tingginya kepada para Imam Mazhab dalam berbagai upayanya berijtihad mentransformasikan perintah-perintah dan larangan-larangan Allah yang selanjutnya terangkum dalam berbagai disiplin ilmu keislaman yang mereka pelajari dan teliti melalui beberapa pencarian secara bersungguh-sungguh yang hasil daripada kajian tersebut telah diakui oleh para 'Ulama' sebagai sebuah hasil karya yang memang pantas untuk di pertanggungjawabkan. Walaupun demikian, beliau tidak Ta'asub pada mereka dengan memberikan seluas-luasnya pintu berijtihad jikalau memang dipandang masih ada kebenaran yang perlu untuk digali dan dirungkai yang tentunya hal tersebut memerlukan sebuah disiplin ilmu yang tidak sedikit3. Dari sini timbul sebuah tanda tanya mengapa beliau tidak Ta'asub dan beliau lebih mengutamakan pendapatnya Imam Ahmad Bin Hambal. Beliau lebih mengutamakan pendapatnya Imam Ahmad Bin Hambal daripada pendapat para Imam lainnya karena pandapatnya lebih dekat Sunnah.

Beliau pantas disebut sebagai Pioneer yakni pelopor pencari Syari'at Islam yang hakiki. Beliau tidak membentuk orang untuk berta'asub sekalipun ia hidup di sisi seorang Imam yang termashur dan diakui keilmuannya. Oleh karena beliau tidak membentuk pencari kebenaran untuk ta'asub dengan mengikuti salah satu dari beberapa mazhab selama kebenaran di pandang masih ada pada madzhab yang lainnya.

Dalam hal ini Beliau berkata : Kebanyakan manusia bahwa tumbuh kembang mereka menurut pada keyakinan bapa mereka atau tuan mereka atau lingkungan tempat tinggal mereka sebagaimana seorang anak kecil yang mengikut pada agama kedua orang tuanya ,tuannya dan penduduk sekitarnya. Kemudian jikalau ia telah meningkat dewasa (Baligh), maka wajib baginya menjalankan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya di manapun dia berada dan seharusnya dia tidak termasuk dalam golongan orang–orang yang jika di katakan pada mereka ikuti dan laksanakan apa yang di turunkan (perintahkan) oleh Allah SWT. Tetapi mereka berkata kami hanya mengikuti apa yang kami dapati dari nenek moyang kami. Maka barang siapa menyimpang daripada mengikuti Al-Qur'an dan Al-Hadits dan ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya dengan mengikuti kemahuan diri sendiri ,bapa atau penduduk sekitarnya. Maka dia termasuk dalam golongan kaum jahiliyyah dan begitu juga seseorang yang sudah dihadapkan padanya suatu masalah hak dari beberapa masalah yang hakiki yang telah diperintahkan oleh Allah melalui Rasul-Nya kemudian dia berpaling daripadanya kepada kemahuannya sendiri maka dia termasuk daripada orang-orang yang tercela.4

Dari sini jelaslah menunjukkan apakah beliau menyuruh semua orang untuk meninggalkan madzhab yang dianuti oleh mereka. Tetapi menurut beliau peluang untuk menelusuri sebuah kabenaran berkemungkinan berada pada madzhab lain sekalipun orang tersebut tidak memiliki peringkat ilmu yang memenuhi sebuah persyaratan dalam menggunakan sebuah Dalil.Maka dalam hal ini Ibnu Taimiyah membahagi manusia kedalam TIGA golongan5 :

1. Orang yang sudah jelas-jelas mengetahui keunggulan dan keutamaan daripada pendapat lain selain Imam Madzhab mereka iaitu dengan mengetahuinya Dalil-dalil secara terperinci, mengetahui yang lebih tepat daripada yang tepat dan dia memiliki penunjuk yang betul dengan mengetahui Hukum-hukum daripada Nas-nas Al-Qur'an dan Al-Hadits. Maka dari hal inilah sudah bagi seseorang tersebut mengikuti yang lebih Hakiki sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surat An-Nisa' Ayat 65 yang berbunyi :"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu Hakim dalam perkara yang kamu perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan ,dan mereka menerima dengan sepenuhnya. Dan didukung juga dengan Firman Allah dalam Surat Al-Ahzab Ayat 36 yang bererti: " Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan pula bagi perempuan yang Mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan ,akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.6

Bertolak dari hal tersebut di atas, jika seseorang sudah dianggap mampu dalam menggunakan sebuah Dalil dan mengetahui kebenaran pada Madzhab lain maka wajib baginya untuk mengikutinya.

2. Orang yang tidak memiliki kemampuan dalam menggali Hukum-hukum Syar'ie. Maka orang ini tidak mengikut Dalil tetapi mengittiba' pada orang yang soleh, mujtahid sekaligus Imam. Ibnu Taimiyah dalam hal ini berkata : Oleh karena banyak Hukum-hukum yang tidak diketahui oleh manusia, maka hendaklah manusia merujuk kepada Alim 'Ulama' karena mereka lebih mengerti apa yang dikatakan dan dimaksudkan oleh Rasul. Oleh karena para Imam Mazhab yang mereka ikuti adalah perantara jalan atau petunjuk antara umat Islam dan Rasulnya. Mereka adalah penyampai apa yang di katakana Rasul.

3.Orang yang berpindah dari satu mazhab ke mazhab lain tanpa disertai Dalil. Padahal mereka ahli dalam menggunakan Dalil. Serta mereka melaksanakannya tanpa adanya halangan yang Syar'ie dengan menganggap mudah masalah tersebut.

C. Mengutamakan Hadits daripada Madzhab
Ibnu Taimiyah meninggalkan madzhab untuk mempertahankan Hadits dan berkata: Bahwasanya orang yang percaya ketulenan Hadits maka dia wajib mengambilnya sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surat An-Nisa' Ayat 59 yang berarti: Jikalau kamu berlainan pendapat tentang sesuatu hal, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul-Nya (Sunnah).

Maka dari hal di atas tidak wajib bagi seseorang untuk ta'asub pada salah satu mazhab kecuali Sunnah Rasul SAW. Para "Ulama' Salafussoleh sejak zaman para Sahabat sampai pada masa para Imam Mujtahid menganggap pandapat seseorang itu sah,jika pendapatnya sesuai dengan Sunnah Rasul SAW. Ada sebuah riwayat yang menyatakan bahwasanya Ibnu Abbas berdiskusi serta membahas masalah "Nikah Mut'ah" yang di Da'wahkan hal tersebut pernah diperbolehkan dalam islam dan di katakana kepadanya bahwasanya Abu Bakar dan Umar telah menghukuminya tidak sah7.

D. Kaedah-Kaedah Manhaj Salafi Dalam Pemikiran Islam
Menurut sejarah yang dimaksudkan dengan Salafi adalah para Sahabat dan para Tabi'in sampai pada awal-awal abad ketiga Hijriyah. Mazhab Salaf sebagai suatu disiplin ilmu yang dianuti oleh umat Islam pada waktu itu. Di antara Imam Madzhab tersebut adalah Sofyan Al-Tsauri, Lais Bin Sa'd, Abdulloh Bin Mubarak, Imam Bukhari, Imam Muslim dan sebagainya. Mazhab tersebut dianut dari generasi ke generasi tanpa menimbulkan suatu Bid'ah sebagaimana yang di lakukan oleh kaum Khawarij, Syi'ah, Murji'ah, Qadariyah, Mu'tazilah dan lain sebagaimya8. Munculnya istilah Salaf berawal dari adanya pertentangan mengenai masalah Ushul Al-Din (pokok-pokok Agama). Antara golongan ahli kalam dan golongan Asosiasi 'ulama' Al-Soleh, di antara pegangan Quwa'id 'ulama Salaf Al-Soleh sebagai berikut :

1. Mendahulukan Syara' daripada Akal
Kaedah inilah yang pertama kali menjadi panduan dan pedoman mereka di dalam memahami dan menafsirkan Al-Qur'an. Misalnya dalam masalah ketuhanan, mereka tidak memberatinya. Mereka mengartikan Al-Qur'an secara zahir. Mereka lebih mengutamakan Al-Qur'an dan Al-Hadits kemudian pendapat para Sahabat (karena wahyu turun pada masa-masa mereka). Maka secara automatiknya mereka lebih tahu Ta'wilnya daripada para 'Ulama' pada masa-masa berikutnya. Mereka semua lebih serasi danmemahami dalam masalah-masalah keagamaan. Oleh karena itu Bid'ah tidak berlaku pada masa mereka9.

Maka dari sini menampakkan ciri-ciri pengikut Salafi,mereka adalah ahli Hadits, Khufad, Ahli meriwayatkan Hadits dan lain sebagainya. Sebagaimana mereka kutip dalam Al-Qur'an Surat Al-Nisa' Ayat 115 ,yang bererti lebih kurang sebagai berikut :Dan barang siapa tidak mengikuti jalannya orang-orang Mu'mi , kami biarkan ia berleluasa dengan kesesatan yang telah d kuasainya itu, kami masukkan mereka kedalam jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali10.

Mereka mengatakan berbeda dengan Ahli Kalam dalam masalah Syara' dengan menundukkan dan memposisikan akal di bawah Syara'. Mereka lebih mengutamakan riwayah daripada kepandaian dan rabaan akal. Maka dari sini sudah jelas bahawa dasar akidah mereka dalam Iman kepada sifat-sifat dan nama-nama Allah SWT tanpa adanya penambahan dan pengurangan dan tidak mahu menakwilkan apa-apa yang sudah jelas bagi mereka.

2. Menolak Ta'wil
Ta'wil menurut 'Ulama' kalam secara umum adalah suatu metod pengambilan Hukum dengan mengedepankan akal atas Syara'.11 Jikalau ada pertentangan antara keduanya dalam mena'wilkan Nas, mereka lebih mengutamakan akal. Akan tetapi Salaf sebaliknya. Sebagaimana kenyataan yang dikemukakan Syaikhul Al-Islam : Gunakanlah Hukum-hukum Ayat Al-Qur'an dan Al-hadits12. Menurut Dr. Ghomrowi , : Akal lemah untuk mengerti dan memahami kebenaran-kebenaran yang di paparkan Agama , karena agama bersumber dari pencipta semua makhluk semesta alam.13

E. Penggunaan Ayat-Ayat Al-Qur'an Sebagai Dalil
Al-Qur'an memiliki Thorikoh dalam penggunaan Dalil. Di antaranya menganjurkan manusia untuk melihat dan menyaksikan ciptaan tuhan yang begitu besar yang berupa Langit dan Bumi beserta isinya dan juga menganjurkan serta mendorong untuk membuka rahsia-rahsia menakjubkan penciptaan Makhluk yang tiada lain penciptanya hanya Allah SWT semata. Kemudian daripada itu anjuran memuliakan 'Ilmu dan 'Ulama'. Pada awal-awal masa sejarah pemikiran Islam para pengkaji keislaman tidaklah lebih berleluasa kecuali hanya tetap berpegangan pada Al-Qur'an dan Sunnah dalam pengambilan Dalil dan petunjuk dalam berbagai permasalahan kehidupan mereka sehari-hari dan mereka telah tenggelam dan terfokus dalam bacaan dan hafalan serta menekuni penafsiran secara zahir dan mempraktikkan hukum –hukumnya. Selain daripada itu mereka menggali dan mempergunakannya (Ayat – Ayat Al-Qur'an) melalui kaedah-kaedah cara pandang akal dan mengambil daripadanya gambaran hakikat alam Ghoib14.

Tidak ada satu permasalahan pun dari masalah-masalah Kalam dan Falsafah yang mereka bicarakan pada masa itu sebagaimana di tuturkan Syaikh Al-Islam. Semuanya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an dan Al-Qur'an pun telah memberikan ketetapan, penjelasan tentang Zat Allah dan Sifat-sifat-Nya serta masalah-masalah Tauhid, Kenabian, Hari Akhirat, manusia dan awal mula penciptaannya, Takdir, sejarah para Nabi, sejarah manusia, kepastian adanya Alam Ghaib seperti Malaikat dan Jin. Akhirat dan lain sebagainya sebagaimana diterangkan dalam Firman Allah SWT yang berarti : Sesungguhnya dari penciptaan Langit dan Bumi, silih bergantinya malam dan siang , bahtera yang berlayar di Laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air Dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya) dan Dia sebarkan di Bumi itu segala jenis haiwan serta pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara Langit dan Bumi. Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keEsaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan15.

F. Usul Fiqh
Sudah merupakan keharusan bagi para Imam Mazhab Usul sebagai Maraji' dalam menggali Hukum- hukum Syar'ie. Begitupun Imam Ibnu Taimiyah memiliki sebuah mazhab yang sudah banyak dikenal seperti yang lainnya. Akan tetapi ijtihad yang di lakukan oleh beliau lebih cenderung pada ijtihad yang di \lakukan oleh Imam Hambali. Oleh kerena itu Usul Fiqhnya secara global lebih cederung dengan Usulnya Imam Ahmad Bin Hambal16 . Menurut Abu Abdillah Muhammad bin Abu Bakar, yang lebih dikenali dengan sebutan Ibnu Al-Qoyyim (Wafat tahun 751H) ada lima usul yang dipakai oleh Imam Ahmad Bin Hambal dalam Fiqh dan fatwa-fatwa nya. Di antara Usul-usul tersebut adalah17:
1. Nas (Al-Qur'an dan Al-Hadits)
2. Ijma' (Fatwa-fatwa Sahabat)
3. Jika para Sahabat berbeda dalam pendapatnya, maka beliau lebih memilih pendapat yang lebih dekat dengan Al-Qur'an dan Al-Hadits.
4. Hadits Mursal.
5. Qiyas.

Kita tidak akan membahas lebih jauh Usul yang dipakai oleh Imam Ahmad Bin Hambal, tetapi akan lebih kita fokuskan pada Usul Ibnu Taimiyah. Di antara usul beliau adalah sebagai berikut :

'


1. Kitab dan Sunnah.


Tidak ada keraguan bagi umat Islam bahwasanya Al-Qur'an adalah pedoman pertama


bagi mereka yang mencakupi Akidah , Syari'at , Akhlak dan lain sebagainya. Dan adapun Sunnah adalah pedoman kedua setelah Al-Qur'an. Dalam hal ini beliau membahagilan Sunnah menjadi tiga bahagian18 :


'

Sunnah Yang Mutawatir. Iaitu Sunnah yang menafsiri Al-Qur'an secara zahir, jumlah solat lima waktu sehari semalam, jumlah rakaatnya, ukuran nisab zakat pada jenis harta yang berbeda, manasik Haji dan Umrah beserta tata-cara pelaksanaannya dan lain sebagainya.

'


Sunnah yang tidak menafsirkan Al-Qur'an dan juga tidak bertentangan dengan zahirnya. Akan tetapi datang dengan hukum baru, misalnya kadar nisab daripada pencuri, rejam bagi penzina dan hukum-hukum lain yang tidak dinas secara terperinci dalam Al-Qur'an.

'


Hadits Ahad yang sampai pada kita melalui riwayat yang tsiqoh dan bisa di terima. Ibnu Taimiyah menjadikan Hujjah dan Dasar daripada Ushul Fiqh dan wajib mendahulukannya daripada sumber-sumber lain yang datang setelahnya. Pendapat ini juga didukung oleh Ahli Ilmi yang diantaranya Ahli Fiqh, Hadits, Tasawuf dan lain sebagainya dan hal tesebut di ingkari oleh Ahli Kalam Dan Ahli Ro'yi19



2. Ijma'


Ijma' adalah sebuah cara dari beberapa cara mengambil Hukum-hukum Syar'ie dan posisinya setelah Kitab dan Sunnah. Ijma' merupakan kesepakatan majoriti para 'Ulama' dalam mengambil suatu Hukum yang mana Ijma' tersebut di awali oleh generasi para Sahabat, Tabi'in, serta generasi setelahnya. Di samping itu Ibnu Taimiyah menulis dalam Risalahnya tentang Mu'jizat dan Karomah; Dalam hal ini para ahli Ilmi berbeda pendapat tenang masalah Ijma' baru pada masa setelah masa Sahabat dalam berbagai permasalahan, seperti Ijma' nya para Tabi'in atas salah satu pendapatnya Sahabat dan Ijma' yang tidak musnah pada masanya sehingga sampai pada adanya perbedaan di antara mereka dan lain sebagainya20 .



Sebagaimana beliau masukkan dalam salah satu Fatwanya: " Makna daripada Ijma' adalah kesepakatan majoriti daripada 'Ulama' Islam atas suatu Hukum dari beberapa Hukum Agama, dan apabila Hukum-hukum tersebut telah di sepakati maka tidak ada dari salah satu mereka keluar daripada kenyataan yang mereka sepakati karena mereka tidak bersepakat dalam hal kesesatan. Akan tetapi masih adanya masalah-masalah yang disangka oleh Umat adalah Ijma' ternyata bukan begitu pula sebaliknya. Bahkan pendapat lain (selain Ijma') dianggap lebih unggul dalam pandangan Kitab dan Sunnah .



Dengan melihat dan memperhatikan huraian diatas, sudah semestinya Ijma' di jadikan Hujjah dan dasar daripada Usul Fiqh dan hal itu karena segala apa yang di sepakati oleh majoriti 'Ulama' mengenai Hukum-hukum Fiqh telah di Nas oleh Rasul SAW dan hal tersebut telah di jelaskan dalam Haditsnya. Akan tetapi hanya saja terkadang di ragukan oleh sebagian Umat. Maka dari itu Ijma' sebagai petunjuk daripada keutamaan pesanan tersebut dan oleh karena tidak adanya permasalahan – permasalahan yang telah disepakati keluar daripada Nas .



3.Qiyas


Sebagai salah satu landasan Hukum Islam. Qiyas menempati posisi setelah Ijma'. Akan tetapi Qiyas yang Sahih saja yang bisa dikatakan sejalan dengan Nas. Akibat daripada pengguanaan Qiyas sebagai Hujjah oleh sebahagian Sahabat , Rasulullah SAW telah menetapkan orang yang pertama kali dalam hidup beliau atas penerapan Qiyas dan hal itu sebagaimana dilaksanakan oleh Mu'az Bin Jabal ketika Rasul ingin mengutusnya ke Yaman dan Rasul bertanya : "Bagaimana kamu memutuskan suatu Hukum jika kamu di hadap pada suatu permasalahan21 "



Dan oleh karena sebaahgian Sahabat mengamalkan Qiyas , Ibnu Taimiyah berkata:, Dan telah diriwayatkan dari Ali dan Zaid bahwasanya mereka berdua menggunakan Qiyas. Maka barang siapa menyangka menyangka kesepakatan mereka meninggalkan penggunaan pendapat Qiyas, maka sangkaan mereka tidak benar. Dan barang siapa menyangka bahwasanya Qiyas termasuk daripada permasalahan yang tidak mereka (Ali dan Zaid ) bicarakan dan bahas kecuali dengan pendapat dan qiyas. Prasangka mereka telah salah. Akan tetapi mereka membicarakan dan membahasnya dengan didukung pengetahuan mereka ) sampai pada akhir ucapan beliau. Qiyas yang di anggap (dijadikan pedoman Hukum) oleh Imam Ibnu Taimiyah adalah Qiyas Sahih bukan Qiyas Fasiq yang sesuai dengan syari'at Allah SWT dan Rasul-Nya. Syari'at ini adalah Syari'at yang di sepakati dalam Hukum antara dua permasalahan yang sama. Memisahkan antara dua perbedaan dan hal itu tiada lain dengan mengqiyaskan dua hal yang sama dalam Illah (alasan ) bukan perbedaannya .


artikel blog : http://opalotus99.blogspot.com/

Tuesday, April 21, 2009

Nabi Muhammad sesat: Dakwaan terhadap Albani.. Sejauh manakah kebenarannya? Suatu ulasan dari blog www.abu-syafiq.blogspot.com

Beberapa hari lepas saya membuka satu blog yang terlalu keras kenyataannya. Perkataan takfir, tadhlil dan tabdi' seolah-olah sudah dari lali dari lidah mereka.. Kadang-kadang bila terbaca tulisan dari blog tersebut hati akan jadi keliru dengan tulisan mereka tapi bukan keliru yang menyebabkan terseleweng akidah cuma keliru dari mana sumber yang diperolehi mereka.

saya selaku orang yang tidak berapa tahu dalam hukum-hakam agama sangat tidak berani untuk menghukum orang lain apatah lagi jika orang tersebut diiktiraf sebahagian besar ulama. Tetapi bagi penulis blog ini, senang-senang je melontarkan kata-kata sesat dan kafir, apakah mereka tidak takut dengan Allah terhadap perkataan mereka. Mudah-mudahan bersegera bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.

Antara isu yang panas ialah bila Albani di tuduh mengatakan Nabi Muhammad sesat, saya tidak pernah terbaca dalam tulisan-tulisan atau buku muktabar yang membicarakan tetang ini tetapi blog ini ada tertulis kenyataan tersebut. Sejauh mana kebenarannya saya pun tak tahu.. Apa pun pada pendapat awal saya sangat tidak bersetuju dengan pendapat penulis blog ini.

Bagi saya pertama, kalau Albani mengatakan Nabi s.a.w sesat, sedang beliau sendiri pun umat Muhammad mana mungkin ini boleh terjadi. Kedua, pertuduhan sesat itu di rujuk dalam agama apa? kalau agama Islam apa saja yang dibawa Nabi semuanya betul? Macam mana pula dituduh sesat, sedang Albani pun menyampaikan ajaran yang dibawa oleh Nabi iaitu ajaran Islam, mana mungkin beliau akan katakan Nabi sesat. Ketiga, saya tidak pernah terdengar ulama muktabar yang memberikan gelaran yang buruk terhadap Albani kecuali ianya datang dari kumpulan tertentu sahaja terutama golongan al-Ahbash...

itu saja lah yang dapat saya tuliskan setakat ini, apa yang jelasnya adalah tulisan ini terdapat unsur-unsur pendustaan yang nyata terhadap Albani. Lagipun dalam tulisan ust. Zaharuddin iaitu www.zaharuddin.net ada memasukkan nama Albani dalam senarai ulama masa kini. Ini bermakna Albani tetap diiktiraf diseluruh dunia termasuklah di Malaysia....

AL-AHBASH : Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Friday, February 15, 2008

dipetik dari www.bankahbash.blogspot.com

Ringkasan Dari Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Kumpulan AHBASH (1)

Semenjak beberapa tahun yang lalu aku (Dr. Yusuf al-Qaradhawi) ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lubnan, ia menimbulkan masaalah kepada umat Islam di Lubnan dengan pandapat-pendapat yang pelik dan menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fiqh dan akhlak. Sehingga mereka menggugurkan kewajipan zakat bagi individu yang memiliki sampinan wang yang banyak dari matawang kertas yang digunakan pada hari ini, mereka juga mengharuskan wang tersebut berurusan dengan riba, mereka mendakwa matawang kertas bukanlah matawang yang syar'ie yakni bukan Emas dan Perak. Mereka mengharuskan orang yang memakan bawang atau meletakkannya di dalam poket tidak menunaikan solat Jumaat, dan mereka mengharuskan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas.

Dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dari kalangan umat Islam hari ini atau yang dahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti Mujaddid Tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sepertimana mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya. Aku (al-Qaradhawi) telah menyebut di dalam buku-ku (al-Sofwah al-Islamiyyah Baina al-Juhud wa al-Tatorruf) bahawa terjatuh ke dalam lubang menghukum kafir adalah tanda-tanda yang paling serius terhadap pemikiran ekstrim dan melampau dalam beragama.

Golongan Ahbash yang pelampau dan penyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abi al-Hasan al-'Asy'ariy di dalam aqidah, dan mazhab al-Imam al-Syefie di dalam Fiqh, dan mengikut tarikat al-Rifa'iyyah di dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka mereka amat jauh dari manhaj para imam ini kesemuanya samaada dalam pemikiran, adab dan akhlak.

Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lubnan, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah mereka dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belakkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Fatawa al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jld 3, ms: 685-686)

Sunday, April 19, 2009

Hentikan mengkafirkan orang

Saya terbaca dalam satu blog yang boleh tahan jugak mengkafirkan orang. Blog ini seolah-olah diwujudkan khas untuk menghentam musuh yang tidak sealiran dengannya terutama wahabi. Tapi apa yang saya perhatikan dalam blog ini seolah-olah penulis blog ini tergolong dalam golongan yang kumpulan wahabi katakan sebagai kumpulan al-ahbash. Tapi saya tak tuduh cuma itu yang dapat saya perhatikan mungkin tak betul harus salah.. cuma anggapan saja.

Saya selalu membeli dan membaca majalah milenia muslim yang diterbitkan setiap bulan, dalam majalah tersebut terdapat seorang penulis yang bernama Hj. Ahmad Hafiz al-Bakkani, mungkan berasal dari pekan Pahang kot, dalam banyak-banyak tulisannya terselit suatu agenda yang menghentam sesebuah aliran terutama wahhabi. Itu saya tak berapa kisah sangat sebab itu adalah pendapat beliau cuma yang saya kisahkan sedikit ialah tulisan beliau mengenai Sayyid Qutb yang digolongkan sebagai sesat yang saya tak berapa setuju. Sebab yang saya tahu golongan yang menyesatkan Sayyid qutb, Yusuf al-Qaradhawi dan Syeikh Nasiruddin albani termasuk juga Ibnu Taimiyyah adalah terdiri dari suatu aliran yang bernama al-ahbash yang begitu berkembang pesat sekarang ini termasuk di Malaysia.

Periwayatan hadis palsu dikalangan penceramah

Suatu malam saya terlupa tarikhnya, cuma yang saya masih ingat pada malam tersebut ada sambutan maulidurrasul di surau alhuda, bukit teratai, ampang. Penceramah adalah antara yang tersohor, selalu masuk tv dan ceramahnya sangat menarik dengan sumbangan ilmu-ilmu yang sangat bermanfaat bagi masyarakat-masyarakat biasa dam awam.

Tatkala di penghujung ceramah beliau, saya kurang setuju beberapa pendapat beliau cuma yang dapat saya katakan di sini beliau tidak sepatutnya meriwayatkan sebuah hadis yang nyata palsu iaitu "Tuntutlah ilmu walau ke negeri cina" . Saya kurang pasti apakah beliau tidak tahu atau terlepas pandang cuma yang jelasnya beliau sebagai orang yang berilmu dan masyhur tidak sepatutnya cuai dalam membacakan sesebuah hadis selagi tidak nyata sahihnya.